Khamis, Disember 17, 2009

Lebih Baik Susah Dari Berubah

Salam Ma'al Hijrah..

Artikel tulisan Abi Saif ini, ingin saya kongsikan bersama-sama dengan sahabat-sahabat..

------------------------

Lebih Baik Susah Dari Berubah

discart_the_cook.jpg

Hijrah… apa lagi yang mahu diperkatakan tentang Hijrah?

Saban tahun kita menyambutnya, sebagaimana saban tahun segelintir kita mengulang debat tentang hukum merayakannya.

Hijrah bukan perayaan… ia hanya suatu usaha mengambil peluang kesediaan masyarakat untuk diperingat dan diprogramkan.

ayyamullah.jpg

Dan peringatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran dan keagungan Allah) bagi orang yang sangat bersabar lagi bersyukur ” (14:5)

Hari-hari Allah itu mungkin hari kekalahan, kegagalan dan musibah… lantas menjadi titik ingatan bagi setiap insan yang sangat penyabar dan kuat bergantung kepada Allah. Ia juga mungkin hari kemenangan, kejayaan dan kegembiraan… lantas menjadi bekalan besar bagi setiap insan yang amat bersyukur sifatnya.

Lantas peristiwa itu perlu diperingatkan kepada umat Islam dari semasa ke semasa.

Said Hawwa mengingatkan kita bahawa pada setiap tarikh munculnya hari-hari Allah itu, umat Islam akan tertanya-tanya, “tidak adakah apa-apa program atau sambutan sempena kedatangan tarikh ini?”. Dalam erti kata yang lain, umat Islam secara tanpa dipaksa bersedia untuk diprogramkan. Adalah suatu jenayah bagi pendakwah untuk mengabaikan kesediaan ini, semata-mata atas kefahaman literal kita bahawa ‘nabi tak buat jadi kita jangan buat’.

Setiap pendakwah harus mengambil peluang untuk memanfaatkan kesediaan masyarakat untuk diri mereka diprogramkan. Hindarkan diri dari ritual yang tidak berkenaan, dari sandaran fadhilat yang tidak berasas, tetapi jadikan ia sebagai peluang mendidik dan saling ingat mengingatkan.

PELAJARAN DARI HIJRAH

“Hijrah umat Islam yang pertama adalah hijrah gerombolan Mekah mendapatkan perlindungan di Habshah, semasa perjanjian Aqabah, Nabi SAW menerima ikrar setia dari rombongan Yathrib, Baginda SAW bersembunyi bersama-sama Abu Bakr di Gua Thur….”, semua penjelasan secara naratif ini boleh dirujuk di pelbagai sumber yang ada. Bahkan saban tahun kita sering mengulanginya. Namun, apakah lagi yang boleh kita belajar dari Hijrah itu?

Saya ingin mengaitkan Hijrah dengan proses perpindahan kita dari zon selesa (comfort zone) ke zon yang mencabar (courage zone).

KESUSAHAN BUKAN SEMESTINYA MENYAKITKAN

Bagaimana boleh dikatakan Mekah itu sebagai zon selesa?

Semua kita tahu bahawa nasib umat Islam amat menyedihkan semasa mereka di Mekah sebelum Hijrah. Bukan sahaja peluang mengamalkan ajaran Islam menjadi begitu terhad, malah tidak sedikit nyawa yang telah terkorban demi iman. Apakah ini yang dinamakan zon selesa?

Ya… ia boleh jadi zon selesa.

Tidak semua orang menganggap kesusahan itu sebagai sesuatu yang menyakitkan. Pepatah Melayu pun ada menyebut “alah bisa tegal biasa”. Dek kerana sudah biasa dengan penderitaan, jangan terkejut jika ramai di kalangan kita yang lebih rela terus hidup di dalam kesusahan dan penderitaan, berbanding mengambil langkah perubahan untuk memperbaikinya.

Lebih baik terus hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Biar pun sakit dan makan tidak pernah cukup, lebih baik begini, daripada menyambung pelajaran, menambahkan kemahiran dan kelulusan agar boleh mencari pekerjaan yang lebih baik.

Lebih baik perniagaan kita ini sekadar cukup-cukup makan, daripada mengubah strategi, membuat pinjaman untuk menambah modal bagi meningkatkan pelaburan… kerana kita sudah biasa begini.

Lebih baik bercerai berai dan hancurkan rumahtangga, daripada masing-masing mengubah apa yang patut diubah. Ubah sikap, ubah kebiasaan…

Jangan terkejut jika ramai yang berfikiran begitu.

Malah lebih baik rakyat untuk mereka terus ditipu, diperintah oleh pemimpin-pemimpin yang korupsi dan tidak berintegriti, malah terus derita dengan ketidakadilan politik dan sosial, daripada mengambil langkah mengubah pangkah, untuk berubah. Biarlah terus derita dan sengsara daripada mengejar harapan dan kebaikan yang susah dan payah jalan mencapainya itu.

Itu rakyat…

Tidak keterlaluan juga bagi sesetengah pejuang untuk membiarkan diri mereka terus ditipu, kalah dan terus kalah, mengulangi sahaja strategi lama yang mereka sudah mahir dan biasa, daripada memberanikan diri untuk berubah… ke arah yang lebih baik, kerana berubah itu SUSAH.

“Malah kalau kita mati atau dihukum mati… kita syahid. Jika syahid kita masuk ke Syurga…!” kata sesetengah ‘pejuang berani mati’.

Jangan terkejut jika ramai yang berpendapat sedemikian rupa.

BERANI HIDUP VS BERANI MATI

Sebelum ini saya telah menulis sebuah artikel bertajuk BERANI HIDUP VS BERANI MATI, khusus untuk memperkatakan tentang hal ini.

Tetapi ramai juga pembaca yang cuai. Mereka menganggap saya sebagai “pencinta kehidupan, takutkan kematian, hamba dunia dan pengkhianat perjuangan”, semata-mata kerana saya mempertahankan ketinggian nilai pasukan BERANI HIDUP berbanding pasukan BERANI MATI. Mereka keliru di antara berani hidup dengan cintakan hidup. Mereka keliru antara bersedia untuk mati dengan sengaja mencari mati.

Jika Nabi SAW itu jiwanya jiwa pejuang berani mati, maka Baginda SAW dan umat Islam tidak perlu berhijrah. Tidak perlu sama sekali. Duduk sahaja di Mekah, bertahan dengan ibadah solat sembunyi-sembunyi mereka dan kenapa harus takut? Jika kita dibunuh kuffar Mekah, kita mati syahid. Jika kita mati syahid, kita masuk Syurga!

Apakah begitu cara Nabi SAW berfikir?

Saya yakin jawapan kita adalah tidak. Malah kita juga yang sering berkata, “Nabi SAW berhijrah bukan kerana takut, tetapi kerana perintah Allah”.

Soalnya apakah “perintah Allah” itu? Tidakkah mati syahid juga tinggi kedudukannya di sisi Allah?

Benar sekali, syahid itu tinggi kedudukannya. Namun Allah tidak pernah memerintahkan kita “matilah kamu!”, atau “syahidlah kamu!”. Allah menyuruh kita berjuang, mempertahankan kehidupan dan seterusnya bekerja keras memperbaiki kehidupan. Itu ‘job description‘ seorang khalifah.

Andaikata dalam usaha itu kamu dibunuh dan bertemu maut, maka matimu adalah mati yang mulia… mati syahid.

Syahid adalah anugerah… ia bukan perintah dan sesuatu yang ‘disengajakan’.

Nabi SAW mahu Islam terus berkembang bukan sekadar mengatur hidup manusia berhubung dengan Allah, seperti solat, yang boleh dibuat dalam suasana Mekah. Islam lebih dari itu. Islam itu sistem hidup. Islam bukan sekadar menghantar manusia ke Akhirat… tetapi Islam menahan manusia dari sengaja mati agar berjuang di dunia sebagai bekal menuju Akhirat.

Kerana itu kita harus BERANI HIDUP. Bukannya mengambil jalan mudah dengan mati dan punah. Binasa secara mudah dan tanpa usaha. Mencari jalan mudah untuk diangkat sebagai hero, digelar berani, kerana berjuang berani mati.

Sedangkan tanpa hijrah, tiadalah segala-galanya. Tiada puasa, tiada zakat, tiada haji, tiada muamalat, tiada jihad dan tiada segala-galanya.

Dari manakah segala peluang untuk Islam berjaya mencapai apa yang telah dicapai? Iaitulah dari keberanian dan kesungguhan Nabi SAW dan generasi sahabat mengambil langkah perubahan. Keluar dari zon selesa yang sudah biasa, kepada zon yang lebih mencabar dan sukar. Dan untuk membolehkan langkah itu diambil, kita harus berani hidup, dan bukannya secara selfish memilih untuk berani mati dan masuk Syurga sendiri-sendiri.

Golongan yang berani hidup, tidak takut dengan mati. Orang yang berani mati, mungkin terlalu pengecut untuk hidup. Atau malas berjuang memperbaiki kehidupan, lalu memilih kematian.

hijrah_taubat.jpg

“Hijrah tidak terputus atau berakhir selagi mana taubat terus diterima. Dan taubat itu terus diterima sehinggalah nanti terbitnya matahari dari Barat (Kiamat)” [Riwayat Ahmad]

Hanya dengan keberanian untuk berubah, keluar dari zon selesa kepada zon mencabar, kemenangan akan datang menyusul. Jangan diulang asbab kekalahan dan kegagalan yang kita sudah biasa itu, sebaliknya cabarlah diri dengan realiti kehidupan yang tidak semudah memilih kematian.

Saya mencari dan mengusahakan perubahan…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Link

----------------------

Rabu, Disember 16, 2009

Mencari Mardhatillah~



Musafir kami kali ini..
membawa erti dan pengalaman yang pelbagai buat kami..
Teringin juga untuk berkongsi pengalaman sendiri..
Tapi mohon maaf sahabat-sahabat sekalian..
ada amanah dan tuntutan yang membutuhkan masa saya
saat ini..

Apa lagi??
Imtihan datang lagi..!! ^_^

InsyaAllah,
akan dikongsikan jika ada ruang dan peluang..
..rezeki dan izin dariNya..
atau jika tidak dapat ...
saya dahulukan dengan
perkongsian dari sahabat2 yang lain.
antaranya
sis annaml
adik memei
-------------
Jazakumullahu khairan khatheera buat semua sahabat2 yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung..

dan buat adik-adik yang sudi ditarbiyyah,
mohon maaf atas segala khilaf/salah/kekurangan dari kami para fesi dan urusetia...


----------
Khusus buat adik-adik..akak coretkan :)
Pengalaman ditamrinkan bagi akak,(akak pun pernah menjadi peserta juga dik..;)
adalah satu pengalaman yang mendidik hati dan jiwa..
menundukkan ego dan nafsu..ya lah.. mana tak nya..
Banyak perkara yang kita tak suka yang kita kena lalui.. :D
(akak tak dapat nafikan, sebab akak pernah melaluinya..) :P
tapi itulah tarbiyyah dik..
didikan untuk hati..
3hari 2malam..
singkat..
tapi di situlahlah..
semuanya teruji..
... samaada benar atau kita seorang pejuang Islam sejati??
Kita sendiri yang mendidik hati untuk menjadi orang yang sabar(cthnya: jika ditegur oleh fesi),
mendidik diri untuk menjadi orang yang bertolak ansur dengan sahabat(cthnya: makan dlm talam),
dan pelbagai lagi pengalaman
yang mungkin sedikit berbeza..
tetapi natijahnya (InsyaAllah..) tak jauh bezanya..
Menjadikan diri semakin dekat dengan Khaliq (Pencipta) kita
& semakin sedar tentang hakikat diri..
Tapi dik,
pelajaran/pengalaman itu
hanya dapat dirasai oleh orang-orang yang mahu menerima pelajaran/pengalaman..
kerana ada juga yang melihat tamrin ini adalah sebaliknya..
Berilah ruang diri untuk ditarbiyyah, (pesanan ini utk akak terutamanya..)
sungguh dik..
Tarbiyyah itu bukan datang dari ustaz/fesi@urusetia..
tapi hakikatnya adalah didikan dariNya..
InsyaAllah..
Jika ikhlas keranaNya..
Ikhlaslah juga ilmu yang meresap dalam di jiwa kita..
Wallahu'alam..
---------------------
Terima kasih buat kalian semua
atas komitmen dan kerjasama..
Kalianlah bunga-bunga agama di MMU Melaka..
InsyaAllah.. ^_^
----------------------



Sejak saya bertemu dengan satu ayat ini..
(sewaktu program tanzim 07/08 bersama Kak Niza.. )

saya selalu bisikkan pada diri setiap kali melalui tamrin..

Tarbiyyah fi aidikum fi aidikum faqad
"Tarbiyyah di tangan kamu, dan hanya ditangan kamu..."
------------------

~Pesan ustaz di Ikim tadi.....~
Belajarlah menjadi hamba..
Maka Allah akan menjadi tuhan mu..

Menjadi hamba yang sempurna..
sempurna dalam mengabdikan diri padaNya..

-Yang masih belum sempurna menjadi hamba sempurna-

----------------
Wallahu'alam..



[kata-kata di dalam gambar ini sedang mentarbiyyah saya..]

-------------------
ps: Ingat ingin pendek2 sahaja untuk post kali ini.. tp panjang juga jadinya...


Asif Jiddan


Ahad, Disember 06, 2009

Cara-Cara Kembali Meraih Cinta Allah.












------------------

Gambar2 diatas di 'crop' agar lebih jelas untuk di view di dalam page..
Untuk salinan asal kartun ini boleh dapatkan dibawah...
Boleh sebar2kan..
InsyaAllah, moga ia bermanfaat..

ps: kartun ini sekali-kali mahupun berkali2.. bukanlah dilukis oleh saya..
:)
----------------



--------------------
Sekian.

MUJAHADAH ITU PAHIT,
KERANA SYURGA ITU MANIS...



Sabtu, Disember 05, 2009

Ya Allah, pada Mu kami persembahkan.. ,
Mohon dipermudahkan oleh Mu..


InsyaAllah,next week akan berlangsung 2 program yang saya nanti2kan..
Pertama: Program Alumni SHAH untuk adik2 lepasan SPM..


SPM 09 : Moga mendapat keputusan yang cemerlang..
tambah 4 tahun selepas SPM 05 : Alhamdulillah.. Segala nya bantuan dariNya..

Kenangan ~ ^_^

Credit to Alia Salleh for the lovely poster!-http://aliaaa.tumblr.com/

Tentatif Program

0800 – 0900 : Bebaskan Diri
0900 – 1000 : Sesat Mencari Minat
1000 – 1030 : It Is Playtime!
1030 – 1130 : Ijazah Pertama Bukan Terakhir
1130 – 1230 : Style Kehidupan Universiti
Onwards : Borak-Borak Bersama Fasilitator

* setiap slot mempunyai games, persembahan video dan audio tersendiri.
* kepada x-shahian yang ingin/dapat hadir, sila hubungi saya secara peribadi.

-----------------------------------
Namun asiff...Buat kak zaffan ( antara pengerak utama misi "The Returns" kami :)
dan sahabat2 SHAHIANs..saya tidak dapat turut serta,
kerana
ia weekdays.. MMU enggak cuti sih..:D

lagipun ada program yang lebih awla di Kampus tercinta.. ^_^
iaitu..

-----------------------------------

Kedua : Musafir Tautan Syahadah '09


ASSALAMUALAIKUM W.B.T
"Salam sejahtera ke atas kamu."

Institusi Usrah (IU), Kampus Melaka
dengan sukacita dan berbesar hati
menjemput anda semua....
(samada ahli IU atau tidak,
atau samada pernah menyertai Travelog pada sem lepas ataupun tidak)

untuk menyertai

Program yang InsyaAllah
akan memberikan pengalaman yang bermanfaat
disamping ilmu-ilmu yang berguna,


Ayuh
kita sertai
bersama-sama..




“MUSAFIR TAUTAN SYAHADAH '09"

Dengan Tema:
TAUTAN SYAHADAH,
MENCARI MARDHATILLAH.

[*mardhatillah bermaksud keredhaan Allah]


Pada:
11 DISEMBER 2009
(Sebelum Maghrib)
sehingga
13 DISEMBER 2009
(Sehingga Zuhur)

Permusafiran kita akan bertempat di :
ANJUNG BONDA HOMESTAY,
ASAHAN,
MELAKA

Permusafiran kita memerlukan yuran

hanya RM 10 shj.

(pengangkutan,makanan,penginapan dan handout)


******************************************
ADA APA DENGAN
MUSAFIR TAUTAN SYAHADAH '09 ?


PROGRAM LANJUTAN "TRAVELOG ASPIRASI
RAMADHAN'09"
PERKENALAN YANG MEMBINA
IKATAN PERSAUDARAAN ISLAM.
JALINAN UKHUWWAH FILLAH YANG INDAH.
AKTIVITI YANG MENARIK DAN BERMANFAAT.
PENGALAMAN YANG MANIS ^_^
MEREHATKAN MINDA (SELEPAS MIDTERM /SEBELUM
MIDTERM&FINAL EXAM) DENGAN SUASANA YANG MENGHIJAU
SAMBIL MEMBESARKAN ALLAH.
MENGENAL ERTI SYAHADAH YANG SEBENAR.
MEMPERTINGKATKAN ILMU & KEFAHAMAN MENGENAI
SIRAH ISLAM.
MEMOTIVASIKAN DIRI.
DAN TERUTAMA SEKALI...
DAPAT MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH S.W.T




******************************************

Ayuh !!
Ajaklah rakan-rakan sertai sekali..
Barulah lebih seronak...


-----------------------
Memang berbaloi..
2 Thumbs up!
InsyaAllah..
Jika Ikhlas Kerana Allah..^_^
---------------


Sekian.
Wallahu'alam.
Terima kasih atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan..


Salam Persahabatan..
USRAH itu KELUARGA..

INSTITUSI USRAH 0910
UNIVERSITI MULTIMEDIA
KAMPUS MELAKA.


website: iumelaka.com

------------------------------
Alhamdulillah ya Allah..
adik2 IU sangat supportive...
walau tunda,
tidak mengape.. mei guan xi.. la baksa..
sebab kami HAPPY untuk laksanakan .. ^_^

Alhamdulillah..Bersyukur atas segala perancanganNya..
yang pasti adalah lebih baik.. :)
InsyaAllah..


------------------
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami..
Ya Allah, moga sampai maksud kami..
Semuanya adalah amal untuk dipersembahkan kepada Mu.. :)

-------------

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
“Artinya : Senantiasa ada segolongan dari umatku yang selalu dalam kebenaran menegakkan perintah Allah, tidak akan mencelakai mereka orang yang tidak menolongnya dan orang yang menyelisihinya sampai datang perintah Allah dan mereka tetap di atas yang demikian itu.


Ya Allah..
Hamba tidak akan berhenti berharap..
kerana janji Mu..
akan sentiasa ada segolongan yang akan mencintai jalan dakwah ini..

walau sedikit..tetapi berkat.. ia sudah cukup ya Allah..
kerana itu lebih baik daripada banyak tapi tidak berkat..

Wallahu'alam..

Jumaat, Disember 04, 2009

Berdoalah...



Rasulullah SAW bersabda, “Do’a adalah senjata kaum beriman”.
-------------
Beliau juga menjelaskan: “Do’a adalah inti ibadah”.
-------------

Allah menyatakan bahwa Dia mengabulkan doa orang-orang yang teraniaya dan orang-orang yang berada dalam kesusahan:

"Atau siapakah yang mengabulkan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada tuhan lain selain Allah? Sedikit sekali kamu yang memperhatikannya." (Q.s. an-Naml: 62).

----------------

Sebagaimana hadis qudsi, “Jika hamba-Ku mengangkat tangannya dan berdo’a kepada-Ku, Aku tidak akan membiarkannya kembali dengan tangan hampa”.

----------------

--------

Berimanlah.. !

Allah Maha Hebat..

Moga diperlembutkan hati mu untuk sentiasa bertaubat...

aminn Ya Rabb....

InsyaAllah...

---------