Complete half deen.
Baitul Muslim.
Subhanallah..
InsyaAllah.. ini adalah contoh insan-insan hebat di dalam Baitul Muslim mereka...Ustaz Syaari & Kak Nurul :)
-------------Baru lepas baca entri di sini

Kahwin Cepat - Boleh Jadi Mudarat Ke?
Majlis akad nikah itu baru sahaja usai. Saya dan beberapa orang sahabatmasih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan sayadan bertanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?" Saya lantas bertanya, "Tuk dulu kahwin cepat?" "Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang... "
Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang.Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak."Bahagia Tuk?" "Tak bahagia apa... anak Tuk 12 orang!" Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka. "Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orangheboh saya tak sabar," adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundangreaksi.
"Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira terlajak dah tu!""Betulkah saya tak sabar, Tuk? " tanya saya semacam mengusik. "Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat dari maksiat.Kalau betul tak sabar, Tuk ni lagilah tak sabar... umur 17 tahun dahkahwin, heh, heh, heh... " "Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat lambat,tapi soal dah bersedia atau tidak?" "Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu... " tajam Tuk membalas."Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknya persediaan tu?" "Soal ni tak boleh agak-agak... Mesti tepat."Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang.
"Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur... Asal akil baligh dahboleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan yangcukup, tapi yang penting kematangan diri... Ertinya, seseorang yang nakkahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh sedikitsebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang."Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati petanyaan, sudahkah sayamatang sewaktu mula berkahwin dahulu?
"Jangan menung... Tuk cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payahtunggu matang betul... nanti tak kahwin pula!" usik Tuk seperti dapatmembaca fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedangmenjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak dapatditimba di mana-mana menara gading."Macam mana nak matang?" tanya saya perlahan. Malu rasanya untukdiajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat!"Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan... umur sebelas tahundah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah, bataldan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka kitab Muhimmah,baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggung jawab suami,isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga."
"Itu sahaja? Ilmu lain?" soal saya pendek. "Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilahguru, pegawai kerajaan... ikut keadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasibbaik... kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah.Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang ni... ""Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji." "Tak senang. Tapi mudah-mudahan... tenang. Tulah doa Tuk, biar hidupkita tenang."
"Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?" cuitsaya, kembali ke tajuk asal. "Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macam lambatmatang. Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dahboleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tulancar... tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun masih bergantungkepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh sekali."Terbayang kekesalan di wajahnya. Dia menyambung, "Sekali tu Tuk tengokbetul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantintersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tuk kadhi. Bila tanyarukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja... "
"Kalau macam tu macam mana?" "Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anaknyananti? Tu baru ilmu yang paling asas, belum lagi ilmu... apa orangkata... ... parenting skill." "Tuk pun tahu parenting skill?" "Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah,buku-buku... ah, macam-macam.""Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga... Nanti terjebak denganmaksiat," kilas saya."Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu.Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga danseterusnya... Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia.Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semuadah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada."
"Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya belumbersedia, dari segi material dan agama?""Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama... sampaimati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dantambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material, soal kerja,profesion... Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dankemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmuada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada... ""Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?" terluncur soalanyang berbau akademik tanpa saya sedari.
"Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam, keadaan jadi agaklintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan,membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab.""Antara dua keadaan ni... yang mana patut kita pilih?""Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk... pilihlah keadaan yang tidakmemaksa kita membuat pilihan!"Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribuwacana para sarjana! -------------------------------
Bimbang bila mana soalan yang selalu dielak untuk dijawab,tiba-tiba diminta oleh Allah untuk dijawab segera...
Justeru, saya belajar untuk belajar ilmu yang dulu saya kira belum awla untuk saya tahu sebaiknya...
InsyaAllah.. Mohon terus-terusan yang terbaik dariNya..
Pemilik setiap hati & pemilik segala ilmu pengetahuan..
Wallahu'alam.
Faqir Ilalah..
3 comments:
Artikel tu daripada Ustaz Pahrol dalam buku Satu Rasa Dua Hati. :)
Pesan Ustaz Hasrizal, dalam soal perkahwinan, jangan tergesa-gesa dan jangan bertangguh-tangguh~ ;)
assalamualaikum,
petanda dah sampai nih..
kak kamilah kita dah tak lama dah nih.. semoga akak dapat suami yang soleh dan dan dipercepatkan jodohnya oleh Allah.. caiyok2 kak kamilah..
To kak zini :
Syukran for d sharing..
InsyaAllah... :)
to cik Anon(tanpa nama) :D:
Aminn ya Rabb..
Syukran atas doanya..
Mohon yang terbaik dariNya untuk diri, agama & keluarga..
Catat Ulasan