man ana?

Jika ditanya siapa aku?
Akulah mukmin yang akan hidup sebagai mukmin.
Ana Faqir, Hamba, Khalifah juga Insan..
~ Manusia mengawal pena dan menyusun kata-kata, agar ia menjadi catatan terbaik untuk dipersembahkan kepada Khaliqnya~
[With so many paint colours to choose from, it can be hard to pick the right one for your life.]
Life is the sum of your choices. — Albert Camus

Pages

▼

Selasa, Ogos 25, 2009

Pesanan Abi untuk anaknya..

Ya abnaa al jama'ah..

Ramadhan Al Mubarak..bulan yang diberkati. Memang bulan Ramadhan ialah bulan yang penuh dengan keberkatan. Maksudnya bulan yang melimpah ruah kebaikan..lebih teruja untuk beramal soleh..amal soleh diganjari dengan pahala yang berlipat ganda..amal kejahatan dibalasi dengan dosa yang berganda juga kecuali bertaubat dan memohon keampunan.

Allah Maha Penerima Taubat dan membuka ruang keampunan yang lebih luas di bulan Ramadhan.Namun apakah cukup bulan Ramadhan yang diberkati..bagaimana kita. Apakah kita selaku ummat Nabi terangsang dan teruja untuk mendapat keberkatan? Dengan makna berlimpah ruah amalan kita..bertambah-tambah kebaikan dalam diri kita..?

atau kita hanya melalui bulan Ramadhan rutin biasa kita sahaja..sahur sebelum subuh..menahan lapar dan dahaga di waktu siang..berbuka dan solat tarawih..dan di hujung bulan Ramadhan ini kita menyambut hari raya...
Sebenarnya inilah peluang dan ruang untuk kita memperkasakan peribadi dan ibadah kita..ABi mencadangkan modul-modul berikut untuk antum semua :


solat


1. Bangunlah seawal jam 4 pagi..ambil wudhu..solat tahajjud 8 rakaat..banyakkan istighfar paling tidak 100 kali,..banyakkan tahlil paling tidak 100 kali, banyakkanlah selawat paling tidak 100 kali...dan berdoalah sungguh-sungguh padaNya...mohonlah keampunanNya..mohonlah keikhlasan dariNya..mohonlah kekuatan dariNya..mohonlah agar istiqamah..mohonlah kebersihan jiwa dariNya...

quran001
2. Bacalah Al Quran sekerap yang boleh paling tidak sehari 1 juzuk.. `Sesungguhnya ibadah malam ianya lebih bersangatan kesannya pada jiwa dan lebih tetap pada bacaannya'..Al Muzzammil: 6


3. Istiqamahlah dengan wirid al ma'thurat..
paling tidak wazifah sughro ( bacaan 3 kali )..j
angan ditinggalkan..inilah makanan ruh yang amat lazat
di bulan Ramadhan..




Solat Hajat
4. Usahakan solat fardhu subuh hingga ke 'isya berjamaah. Dan jangan tertinggal solat sunat rawatib 2 rakaat sebelum dan selepas dzohor, 2 rakaat sebelum asar, 2 rakaat selepas maghrib juga 2 rakaat selepas 'isya...Juga usahakanlah solat sunat Dhuha 2 rakaat.."Ya Allah..kalaulah rezkiku ada di langit turunkanlah ia..dan kalau ianya di bumi keluarkanlah ia..dan kalau ianya jauh dekatkanlah..dan kalau ianya dekat mudahkanlah..dan kalau ianya sedikit banyakkanlah..dan kalau ianya banyak ringankanlah ia...."

5. Usahakanlah sekerasnya agar antum tidak tertinggal untuk solat sunat tarawih..samaada berjamaah mahupun dibuat sendiri kerana kesibukan atau musafir atau yang lainnya. Bagaikan tidak ada makna bulan Ramadhan jika antum mengabaikan solat tarawih...kerana ianya hanya dapat dilaksanakan dalam bulan Ramadhan.


6. Solatlah sunat witir samaada 1 rakaat atau 3 rakaat..sebelum tidor atau pun selepas bangun dari tidor iaitu selepas mengerjakan solat tahajjud. Dan amalan ini tidak sayugianya hanya di bulan Ramadhan bahkan di setiap malam selain bulan yang berkat ini..

7. Sebelum tidor berwudhulah..jangan tidor lewat sebab nak bangun awal. Seeloknya bacalah surah al Mulk, al Waqiah dan Yaa Sin sebelum tidor..jadikanlah tidor itu juga sebagai ibadah...

7. Inilah juga peluang untuk diperbanyakkan pembacaan buku-buku Islami..menghafaz ayat-ayat Al Quran dan hadith-hadith Nabi S.A.W...sebagai memenuhi masa-masa yang terluang di bulan berkat ini.

Ya abnaie...
aturlah elok-elok jadual ibadahmu ini di bulan Ramadhan..
tidak sepatutnya ibadah di bulan ini sama seperti yang kita lalui di bulan-bulan yang lain. Ramadhan tetap bulan yang diberkati. Namun sewajarnya kita juga mendapat keberkatan yang sama sehingga selepas Ramadhan ini ..akan lahirlah sebuah peribadi yang hebat..yang kukuh ruhiyy ..kuat aqliy..muslih qalbiy..dan terdidik serta tenang nafsunya untuk meneruskan kerja jihad sehingga ke hembusan nafasnya yang terakhir dengan kalimah thoiyyibah..لا اله الا الله...wallahu a'lam.

ABi

--------------------------------
ps: Selamat Menjalani ibadah Ramadhan dengan sebaik-baiknya..
Ya Allah, moga madrasah tarbiyah Ramadhan ini mendidik nafsu ku..
Agar tidak lagi suka bermalas-malasan dan bersenang-senang..

Hidup adalah perjuangan..
wahai hati.. berjuanglah.. hingga mendapat smada dua kebaikan itu..
samada kemenangan ...atau syahid.. aminnn..

Saya doakan..
agar sahabat2 sentiasa berada dalam rahmat dan redhaNya..
dipermudahkan segala urusan olehNya..
dan diberikan keputusan yang terbaik dalam imtihan kehidupan yang tidak putus2 ini..





cahaya at 6:06:00 PTG 2 ulasan:
Kongsi

Selasa, Ogos 18, 2009

When you say...














-------------------------------------------


Segalanya ada di sini... di dalam Al-Quran...~

------------------------

Dalam memupuk minat menghayati al-Quran, mari kita merenung bagaimana situasi, pengamatan dan contoh yang ditunjukkan sahabat.

Abdullah bin Mas’ud sering membaca al-Quran di hadapan Rasulullah dan baginda pernah
menangis apabila Abdullah membaca ayat 41 surah al-Nisaa’ lantaran terharu dengan maksud ayat berkenaan.
iaitu

Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu[299]). (AnNisa' ayat 41)

[299]. Seorang nabi menjadi saksi atas perbuatan tiap-tiap umatnya, apakah perbuatan itu sesuai dengan perintah dan larangan Allah atau tidak.

Zaid bin Thabit terkenal sebagai seorang penulis wahyu, penghafal al-Quran dan panel semakan
yang terkenal di kalangan sahabat.

Ummu Salamah dapat menghurai dengan terperinci cara bacaan Rasulullah.

Ubay bin Kaab menangis ketika Rasulullah membacakan ayat pertama surah Al-Baiyyinah di
hadapan beliau.

Saidina Ali mengetahui bukan sekadar kedudukan ayat di dalam al-Quran, malah beliau mengetahui secara mendalam sebab penurunan ayat [asbabun nuzul] dan tempat diturunkan ayat al-Quran.

Saidina Umar tertarik memeluk Islam selepas terdengar bacaan ayat al-Quran daripada surah Taha.

Rasulullah terpesona dengan kelunakan suara Abu Musa al-Asyaari dan memuji suaranya umpama suara Nabi Daud a.s.

Demikian secebis daripada ribuan kisah sahabat yang begitu mencintai al-Quran. Umat Islam akan diberi kekuatan dan rahmat sekiranya membaca, mentadabbur (mengamati) dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

----------------------------------

1.Al Qur’an adalah Kalamullah a.Kitab yang Mubarak (diberkahi)
QS. 6 : 92 b.Menunjuk kepada jalan yang lurus Qs. 17 : 9 c.
Tidak ada sedikitpun kebatilan di dalamnya QS. 41: 42

2. Membaca Al Qur'an adalah sebaik-baik amal perbuatan.
Rasulullah bersabda : "Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar dan mengajarkan AL Qur'an" HR Al Bukhariy dari Utsman bin Affan.

3. Al Qur'an akan menjadi syafi' penolong di hari kiamat.
Rasulullah bersabda : Bacalah Al Qur'an sesungguhnya ia akan menjadi penolong pembacanya di hari kiamat " HR Muslim dari Abu Umamah.

4. Beserta para malaikat yang mulia di hari kiamat.
Sabda Nabi : "Orang yang membaca Al Qur'an dan dia lancar membacanya akan bersama para malaikat yang mulia dan baik. Dan orang yang membaca Al Qur'an dengan terbata-bata, ia mendapatkan dua pahala " Muttafaq alaih dari Aisyah ra.
5. Aroma orang beriman.
Sabda Nabi : "Perumpamaan orang beriman yang membaca Al Qur'an adalah bagaikan buah utrujah, oromanya harum dan rasanya nikmat.....
6. Penyebab terangkatnya kaum. Sabda Nabi :
"Sesungguhnya Allah akan mengangkat suatu kaum dengan kitab ini dan akan menjatuhkannya dengan kitab ini pula" HR Muslim dari Umar bin Khatthab.

7. Turunnya rahmah dan sakinah.
Sabda Nabi : "Tidak ada satu kaum yang mereka sedang berdzikir kepada Allah, kecuali para malaikat akan mengitarinya, dan rahmat Allah akan tercurah kepadanya, dan sakinah (kedamaian) akan turun di atasnya, dan Allah akan sebutkan mereka pada malaikat yang ada di sisi-Nya. HR. At Tirmidziy dan Ibn Majah dari Abu Hurairah dan Abu Said.


8. Memperoleh kebajikan yang berlipat ganda.
Dari Ibnu Mas'ud ra berkata : Rasulullah SAW bersabda:"Barang siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah, maka ia akan memperoleh satu hasanah (kebajikan). Dan satu hasanah akan dilipat gandakan menjadi sepuluh, saya tidak katakan alif lam mim satu huruf, akan tetapi ali satu hurf, lam satu huruf, dan mim satu huruf. HR At Tirmidziy
9. Bukti hati yang terjaga.
Dari Ibn Abbas ra berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya orang yang di hatinya tidak ada sesuatupun dari Al Qur'an, maka ia bagaikan rumah kosong. HR At Tirmidziy.

Wallahu a'lam.

http://kaderisasi.pks.or.id




cahaya at 10:20:00 PG Tiada ulasan:
Kongsi

Ahlan wasahlan ya Ramadhan..





ramadhan kareem datang lagi menemui kita...

kalau kat mesir,bila tiba bulan ramadhan
akan kedengaranla ayat seperti ni..
Ramadhan Kareem..
jadi,bila org arab ucap kat kita ramadhan kareem..
cara jawab dia...
Allahu akram..)..


kedatangan mu dinanti-nantikan..


---------------------------------------------

Buat sahabat2 dan barisan tanzim Institusi Usrah 09/10... =)



cahaya at 9:20:00 PG Tiada ulasan:
Kongsi

Sabtu, Ogos 08, 2009

Bingkisan dari Teman...

Wahai Pejuang kebenaran...

Ajarlah jiwa mu untuk terbang tinggi..
supaya ia bencikan sesuatu yang remeh..




ajarlah jiwa mu erti kemuliaan..

agar ia bencikan kehinaan..





Hendak berkata bahawa muslimat ini lemah fizikal, tidak hebat, nah!! lihat gambar-gambar ini,
mereka membuktikan kepada dunia ini bahawa menutup aurat ini bukanlah penghalang pekerjaan untuk menjadi tangkas seperti lelaki..

klik disini


Berilah peluang jiwa mu merasai kelazatan rohani yang agung..

nescaya ia akan bencikan kelazatan kecil yang sementara..

Semoga setiap pengorbanan dan kepayahan ini..

akan menjadi saksi di akhirat sana..

bahawa kita semua pernah bersama..
dalam episod perjuangan membela agamaNya..

-dari teman tersayang-
ukhwah fillah

--------------------------------
=)

doa ku buat diri ini:
Ya Allah,
jadikanlah saya kuat semangat seperti sahabat saya ini..
penuh ilmu didadanya..
molek amal ibadahnya..
santun dalam berkata..
bernas dalam berhujjah..
bijak dalam berkomunikasi..
aminn..

"Sesungguhnya pelindungku adalah Allah yang telah menurunkan Kitab (AlQuran).
Dia melindungi orang-orang yang soleh"
(Al-A'raf:ayat196)

----------------------------------------------------------




Mujahidah..
Diceritakan Nabi pada Fatimah,
Tentang penglihatan baginda ketika mikraj,
Betapa isi neraka itu ramainya wanita,
Dengan linangan air mata.

Mujahidah..
Ikutilah jejak Khadijah,
Yang berkorban kerana Allah,
Yang bersama Nabi senang dan susah,
Yang perginya ditangisi Rasulullah.




Mujahidah..
Teladanilah Siti Aisyah,
Fatimah mahupun Masyitah,
Atau Rabiah kekasih Allah,
Atau yang diceritakan tinggi taatnya pada suami seperti Mutiah.

Mujahidah..
Contohilah Siti Hawa,
Yang berlari antara Safa dan Marwah,
Yang tinggi sabarnya kerana Allah.




Mujahidah..
Sesungguhnya mereka menjadi sejarah,
Antara orang-orang yang mendapat mardhiah.
Yang dijanjikan kebahagiaan akhirat.

Mujahidah..
Sabarlah dengan ujian dan dugaan,
Yakinlah pada ketentuan Tuhan,
Tiada ujian melebihi kemampuan
Sepertimana yang pernah dijanjikan.




Mujahidah..
Ada hikmah di sebalik ketentuan,
Ada kemanisan di sebalik kepahitan,
Ada sesuatu yang bakal diberikan,
Sabarlah menempuh segala dugaan.

Mujahidah..
Pasti ada yang bersamamu,
Yang akan selalu membantu,
Sepanjang zaman setiap waktu,
Tika tawa dan tika sendu.

sumber: http://ukhwah.com/



cahaya at 12:23:00 PG Tiada ulasan:
Kongsi

Rabu, Ogos 05, 2009

didiklah hati...

" Ya Allah, berilah keberkahan pada kami di dalam bulan Rajab dan Sya’ban

serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.”


Amin
------------

Online sekejap di cc

sambil menguruskan tugasan yang memerlukan internet..

teringin pula update blog ini..

rasa rugi jika tidak diupdate..

^_^

------------------

Ada satu vedio clip ni..

ia sangat menarik..

seorang pemuda yang membuatkan syaitan menangis dan marah.. =)

kerana bersungguh-sungguh menahan pandangan matanya..

Subhanallah...

bahkan adik saya yang lelaki berumur 11 tahun,darjah 5 ..

Alhamdulillah.. terkesan dengannya..

Ia bukan pesanan utk muslimin shj,

bahkan muslimat juga...

Moga bermanfaat..






cahaya at 12:52:00 PTG Tiada ulasan:
Kongsi
‹
›
Laman utama
Papar versi web

About Me

Foto saya
cahaya
Selesa dengan nama pena Cahaya. Merupakan puteri pertama drpd 6 org putera puteri ayahda dan ibunda tercinta. Sekarang bergelar isteri dan ibu buat seorang putera. Belajar di sekolah rendah di kampung, bersekolah menengah di sekolah sains , belajar perakaunan dengan tajaan di universiti lokal Malaysia dan berjaya menamatkan Master dalam bidang Comparative Financial Studies dan doakan saya sambung belajar ACCA dan PhD.
Lihat profil lengkap saya
Dikuasakan oleh Blogger.