man ana?

Jika ditanya siapa aku?
Akulah mukmin yang akan hidup sebagai mukmin.
Ana Faqir, Hamba, Khalifah juga Insan..
~ Manusia mengawal pena dan menyusun kata-kata, agar ia menjadi catatan terbaik untuk dipersembahkan kepada Khaliqnya~
[With so many paint colours to choose from, it can be hard to pick the right one for your life.]
Life is the sum of your choices. — Albert Camus

Pages

▼

Selasa, Ogos 25, 2009

Pesanan Abi untuk anaknya..

Ya abnaa al jama'ah..

Ramadhan Al Mubarak..bulan yang diberkati. Memang bulan Ramadhan ialah bulan yang penuh dengan keberkatan. Maksudnya bulan yang melimpah ruah kebaikan..lebih teruja untuk beramal soleh..amal soleh diganjari dengan pahala yang berlipat ganda..amal kejahatan dibalasi dengan dosa yang berganda juga kecuali bertaubat dan memohon keampunan.

Allah Maha Penerima Taubat dan membuka ruang keampunan yang lebih luas di bulan Ramadhan.Namun apakah cukup bulan Ramadhan yang diberkati..bagaimana kita. Apakah kita selaku ummat Nabi terangsang dan teruja untuk mendapat keberkatan? Dengan makna berlimpah ruah amalan kita..bertambah-tambah kebaikan dalam diri kita..?

atau kita hanya melalui bulan Ramadhan rutin biasa kita sahaja..sahur sebelum subuh..menahan lapar dan dahaga di waktu siang..berbuka dan solat tarawih..dan di hujung bulan Ramadhan ini kita menyambut hari raya...
Sebenarnya inilah peluang dan ruang untuk kita memperkasakan peribadi dan ibadah kita..ABi mencadangkan modul-modul berikut untuk antum semua :


solat


1. Bangunlah seawal jam 4 pagi..ambil wudhu..solat tahajjud 8 rakaat..banyakkan istighfar paling tidak 100 kali,..banyakkan tahlil paling tidak 100 kali, banyakkanlah selawat paling tidak 100 kali...dan berdoalah sungguh-sungguh padaNya...mohonlah keampunanNya..mohonlah keikhlasan dariNya..mohonlah kekuatan dariNya..mohonlah agar istiqamah..mohonlah kebersihan jiwa dariNya...

quran001
2. Bacalah Al Quran sekerap yang boleh paling tidak sehari 1 juzuk.. `Sesungguhnya ibadah malam ianya lebih bersangatan kesannya pada jiwa dan lebih tetap pada bacaannya'..Al Muzzammil: 6


3. Istiqamahlah dengan wirid al ma'thurat..
paling tidak wazifah sughro ( bacaan 3 kali )..j
angan ditinggalkan..inilah makanan ruh yang amat lazat
di bulan Ramadhan..




Solat Hajat
4. Usahakan solat fardhu subuh hingga ke 'isya berjamaah. Dan jangan tertinggal solat sunat rawatib 2 rakaat sebelum dan selepas dzohor, 2 rakaat sebelum asar, 2 rakaat selepas maghrib juga 2 rakaat selepas 'isya...Juga usahakanlah solat sunat Dhuha 2 rakaat.."Ya Allah..kalaulah rezkiku ada di langit turunkanlah ia..dan kalau ianya di bumi keluarkanlah ia..dan kalau ianya jauh dekatkanlah..dan kalau ianya dekat mudahkanlah..dan kalau ianya sedikit banyakkanlah..dan kalau ianya banyak ringankanlah ia...."

5. Usahakanlah sekerasnya agar antum tidak tertinggal untuk solat sunat tarawih..samaada berjamaah mahupun dibuat sendiri kerana kesibukan atau musafir atau yang lainnya. Bagaikan tidak ada makna bulan Ramadhan jika antum mengabaikan solat tarawih...kerana ianya hanya dapat dilaksanakan dalam bulan Ramadhan.


6. Solatlah sunat witir samaada 1 rakaat atau 3 rakaat..sebelum tidor atau pun selepas bangun dari tidor iaitu selepas mengerjakan solat tahajjud. Dan amalan ini tidak sayugianya hanya di bulan Ramadhan bahkan di setiap malam selain bulan yang berkat ini..

7. Sebelum tidor berwudhulah..jangan tidor lewat sebab nak bangun awal. Seeloknya bacalah surah al Mulk, al Waqiah dan Yaa Sin sebelum tidor..jadikanlah tidor itu juga sebagai ibadah...

7. Inilah juga peluang untuk diperbanyakkan pembacaan buku-buku Islami..menghafaz ayat-ayat Al Quran dan hadith-hadith Nabi S.A.W...sebagai memenuhi masa-masa yang terluang di bulan berkat ini.

Ya abnaie...
aturlah elok-elok jadual ibadahmu ini di bulan Ramadhan..
tidak sepatutnya ibadah di bulan ini sama seperti yang kita lalui di bulan-bulan yang lain. Ramadhan tetap bulan yang diberkati. Namun sewajarnya kita juga mendapat keberkatan yang sama sehingga selepas Ramadhan ini ..akan lahirlah sebuah peribadi yang hebat..yang kukuh ruhiyy ..kuat aqliy..muslih qalbiy..dan terdidik serta tenang nafsunya untuk meneruskan kerja jihad sehingga ke hembusan nafasnya yang terakhir dengan kalimah thoiyyibah..لا اله الا الله...wallahu a'lam.

ABi

--------------------------------
ps: Selamat Menjalani ibadah Ramadhan dengan sebaik-baiknya..
Ya Allah, moga madrasah tarbiyah Ramadhan ini mendidik nafsu ku..
Agar tidak lagi suka bermalas-malasan dan bersenang-senang..

Hidup adalah perjuangan..
wahai hati.. berjuanglah.. hingga mendapat smada dua kebaikan itu..
samada kemenangan ...atau syahid.. aminnn..

Saya doakan..
agar sahabat2 sentiasa berada dalam rahmat dan redhaNya..
dipermudahkan segala urusan olehNya..
dan diberikan keputusan yang terbaik dalam imtihan kehidupan yang tidak putus2 ini..





cahaya at 6:06:00 PTG
Kongsi

2 ulasan:

  1. hamdan al-kandahlawiRabu, Ogos 26, 2009 7:57:00 PG

    moga yang terbaek mengiringi.ameen

    BalasPadam
    Balasan
      Balas
  2. cahayaRabu, Ogos 26, 2009 11:56:00 PG

    Aminn ya rabbal 'alamin..

    BalasPadam
    Balasan
      Balas
Tambah ulasan
Muatkan lagi...

ThaNks 4 tHe comMents n 4 ur DRoP iN ^-^

‹
›
Laman utama
Papar versi web

About Me

Foto saya
cahaya
Selesa dengan nama pena Cahaya. Merupakan puteri pertama drpd 6 org putera puteri ayahda dan ibunda tercinta. Sekarang bergelar isteri dan ibu buat seorang putera. Belajar di sekolah rendah di kampung, bersekolah menengah di sekolah sains , belajar perakaunan dengan tajaan di universiti lokal Malaysia dan berjaya menamatkan Master dalam bidang Comparative Financial Studies dan doakan saya sambung belajar ACCA dan PhD.
Lihat profil lengkap saya
Dikuasakan oleh Blogger.