Memaparkan catatan dengan label My voice. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My voice. Papar semua catatan

Sabtu, September 10, 2011

Mujahidah itu..


Ya Allah, Mohon Kau Pegang hati ku erat..

Puisi 'Mujahidah itu' menjadi santapan pertama di sini.
Mujahadah diteruskan di sini .

Di sini ... Mohon Allah terus pegang erat hati ini.

~ KL . 10 Sept 2011. 12 Syawal 1432H ~


Mujahidah itu…
Hati meresahkan kesal menolak cintanya,
Api cinta marak dipendam bahangnya,
kerna itu Rahsia hati dan cintanya,
Pada Allah saja diceritakan rahsianya,
Terusan berdoa memohon kepada-Nya,
Moga itu terbaik buat dirinya…

Mujahidah itu…
Di luaran dia tenang,
Dalam hati iman menentang,
Dalam hati nafsu berperang,
Antara dua cinta yang bertandang,
Namun, cinta Allah selalu menang,
Cinta kedua dilepaskan terbang…
Hari demi hari terus menyapa,
Kata orang mengapa tak punya rasa,
Sedangkan dia masih remaja,
Kata orang mengapa dia bahagia,
Sedangkan dia tak punya cinta,
Kata orang mengapa mantap hatinya,
Sedangkan dia tiada rijal penguatnya,
Mulut itu mulut mereka,
Sabarlah, biarkan saja…

Mujahidah itu…
Rabiatul Adawiyah itulah idolanya,
Sumayyah itulah obornya,
Khawlah itulah kecemburuannya,
Nusaybah itulah pahlawannya,
Fatimah itulah teladannya,
Aishah itulah buktinya,
Khadijah itulah kebanggaannya…

Mujahidah itu…
Dia mahu jadi bidadari,
Terus solehah di jalan Ilahi,
Itu mimpinya di malam hari,
Itu angannya di siang hari,
Itu bicaranya sehari-hari,
Menjadi isteri sentiasa berbakti,
Kepada suami bakal berbudi,
Pilihan Allah akan terbukti!
Ia janji yang sangat pasti!

Mujahidah itu…
Tidak takut kehilangan cintanya,
Biar pelbagai ujian melanda,
Lelaki itu, perlukan masa,
Memilih buat diri mereka,
Pilihan yang semestinya istimewa,
Calon ibu, buat zuriatnya!
Penyeri dunia, itulah temannya!
Di Syurga, itulah bidadarinya!
Membuat lelaki segan dengannya,
Menyedarkan, lelaki melainkan peranan,
Bahawa wanita bukan mainan,
Tetapi mutiara itulah nilaian…

Ya, mujahidah itu..
menghitung langkahnya,
Muhasabah dirinya,
katanya, dia masih banyak kurangnya!
Hanya menggeleng kepala..
Tatkala datangnya lelaki menggoda
Hanya bisu berdiam saja,
Diam maknanya iman sahaja bersuara,
Pandangan matanya dibutakan sahaja,
Buta maknanya hatinya mula berkata,
Rijal kekasih Allah itu yang diharapnya!
Pejuang agama itulah pembimbingnya!
Redha ibubapa itulah pilihannya!
Bukannya rijal yang sebaliknya…

Mujahidah itu…
Bukan dia tidak punya hati
Tetapi hatinya sudah mati,
Tatkala ummat Muhammad dilukai,
Hatinya menangis penuh ngerti,
Tatkala jasad saudaranya dikelar sana-sini,
Hatinya meraung penuh simpati,
Tatkala adik seakidah dirogoli,
Dibunuh tanpa secebis insani,
Hatinya jadi benar-benar mati,
Tak punya masa untuk bekasihani…

Mujahidah itu…
Tidak dia rasa kekurangan,
Kerna sudah cukup adanya Tuhan,
Tidak dia sepi sendirian,
Bila sentiasa bertemankan Tuhan,
Dia umpama permata yang bersilaun,
Kerdipnya menyilau pandangan,
Dialah wanita harapan Tuhan,
Kebanggaan umat zaman berzaman…

Mujahidah itu…
Menjadi gadis sudah fitrahnya,
Menjadi pilihan bukan pintanya,
Sebagai penyeri itulah hakikatnya,
Menjadi khalifah itulah tugasnya,
Membuat silap bukan sekali,
Namun mengalah tidak sekali,
Menjadi seorang mukminat sejati,
Itulah usahanya setiap hari…

Mujahidah itu…
Tetaplah dirinya teguh di satu jalan…
Menjadi bidadari sememangnya impian…
Melangkah dengan sejuta harapan…
Mengejar cinta dan keredhaan Tuhan…
Moga beroleh Syurga idaman…
Ameen…Ya Rabbb…


sumber : http://loveofislam.wordpress.com/2010/11/19/mujahidah-ansarullah/

Sumber :

Jumaat, April 08, 2011

You-tube : 'pisau' kita..

Ya! Seperti sebelum ini..
saya katakan kepada downloader youtube , adalah 'pisau' kepada kita
andai 'pisau' digunakan untuk pertahankan diri dan kegunaan bermanfaat ; menyiang ikan,melapah daging dan sebagainya..
maka pisau itu selamat kepada penggunanya..

tetapi jika sebaliknya..
"pisau" itu membahayakan pemiliknya
yang cuba mengunakan "pisau" untuk mencederakan dirinya..
maka "pisau" itu bahaya untuknya..

Ya! itu perumpamaan youtube..internet dll..

ada manfaat dan keburukannya..

kena bijak memilih...
kena sentiasa mohon bantuan Allah..
buat pilihan terbaik untuk mempersembahkan amal yang terbaik pada Allah..
agar semuanya buat kita semakin dekat kepada Allah.. & mengamalkan sunnah Rasulullah..

Kini kita tentukan.. dan jadikan ia "pisau" yang bermanfaat..aminn. :)


Sharing videos yang memang saya suka


1. Enjoying Islam With Zain and Dawud

- Awesome! Subhanallah..Alhamdulillah.. :) -
Go forward young muslim :) Takbir! Allahu akhbar!


2. K.etika C.inta B.ertasbih - M.eraih R.idho I.lahi Ep1


Sambungan dari filem KCB (karya Kang Abik) dan kemudian KCB Special Ramadhan..
terus menerus lagi.. dengan KCB Mencari Redha Ilahi
- Sangat memberikan pencerahan..bukan! bukan fokusnya KCB hanya pada baitul muslim. tetapi lebih kepada membina individu muslim yang akan membina baitul muslim..=) -


3. How to be a productive muslim

From : productivemuslim.com [Come.Join2 Sangat bermanfaat.;)]
Tak caye? Have a try!
[One of The mOst fav website :) ]


4.Culture vs Islam

Brother Baba Ali. Mabruk! Subhanallah..
[ visit ummahfilms.com ]
I bet u will love it!! :)


5.Aagym - Sholat Khusuk 1

- Aa Gym - Mengajar kita lebih kepada management hati..


6.Berita dari TV PAS


- Untuk membuka minda ! Melihat siasah(politik) sebagai ibadah-
Demokrasi hanya sebagai wasilah. Allah sebagai matlamat.
Solat : Diperintahkan didirikan. Daulah Islamiyyah : Juga diperintahkan untuk didirikan..
Tak kenal maka tak cinta.. kena dulu Pakatan Rakyat..:) -

[Sekarang ni.. Banyak isu nak buruk-burukan PR.Berdasarkan kajian saya : Sebenarnya mereka ni saja je create isu untuk buat PR nampak buruk( tiada keputusan kata individu tersebut terlibat dengan video tersebut.tapi mereka seoalah-olah mengatakan individu tersebut dah bersalah! )
Ala.. sat g habis pilihan raya dkt Sarawak! depa menang dengan helah dan fitnah..
diamlah tu isu-isu video dll..

Astaghfirullah.. Semoga bertaubat !
sama-sama kita mohon ampun atas segala khilaf kita.

Wallahu'alam.

----------------------------------------------

Khas untuk diri saya & awak...

Amal kita untuk dipersembahkan padaNya..
bahkan sebenarnya.. Amal yang baik adalah untuk manfaat kita.. dan sebaliknya..

Terima kasih ya Allah atas segala rezeki, bantuan, kemudahan & kehidupan ini..



[Hujung minggu ini ke Tanjung Piai,Johor.. :)]

Ya Allah..
Mereka adalah anugerah dan amanah dari Mu untuk kami..
Bantu kami ya Allah..
Engkau pemilik setiap hati-hati..
Ampunkan dosa-dosa kami..agar hati kami semakin lunak dan dekat kepada Mu..
Kami mohon tersangat kerana kami hamba yang sangat lemah..

Alhamdulillah ya Allah atas segala nikmat Mu..
Sujud syukur atas nikmat Mu..

Selasa, Ogos 24, 2010

BersamaNya di Ramadhan 1431 H
Alhamdulillah




Video Klip Nasyid terbitan ISIUKM
Lagu oleh Inteam : KeredhaanMu
Rebutlah keampunan dan keredhaan dari Allah SWT di bulan mulia ini..
------------
Ya Allah...
Hamba Mu kembali...
Kembali menjadi hamba Mu..
-------------------

Buat sahabat-sahabat..
terima kasih kerana masih sentiasa di sisi..
dan masih sentiasa sudi memapah sahabat mu yang lemah ini..
-------------------
Hati merintih...
Benar-benar menagih dan berharap..
agar...
Ramadhan kali ini jangan dibiarkan ia terlepas lagi..

bertemu Lailatul Qadar perlu diusahakan..
dan benih Taqwa perlu disemai subur dalam hati..

Ya Allah..
ampunkan hamba..
ampunkan hamba Mu yang masih merangkak menuju Mu..
tapi dengan kasih sayang Mu.. masih lagi Kau berlari menerima ku..

Alhamdulillah..
Terima kasih atas kasih sayang dan tarbiyyah Mu.. :)

--------------------

Beruntungnya Abdah binti Abi Syawal..
dapat berguru dengan
guru idaman ku...
Wanita sufi.. Rabiah.. Rabiatul Adawiyah Ismail Al-Adawiy..
(Perindu cinta abadi..)


........
Imtihan semakin dekat..
Usaha wajib dipertingkat..
Doa & Solat sebagai penguat..
Berjaya mengikut Sunnatullah..

Man Jadda, Wa jadda..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hamba mulakan langkah hijrah ini ..
agar sentiasa berhijrah ke arah yang lebih diredhai dan dicintaiNya... :)







Rabu, November 18, 2009

Coretan..



Coretan hari ini..
ingin dibuat catatan sedikit...

Alhamdulillah,Kelas tutorial tadi sangat berbeza dengan kelas-kelas tutorial sebelum ini..(tutorial semenjak melangkah ke Degree). Bincangkan jawapan tutorial dalam kumpulan dan diberikan markah(macam kuiz) untuk setiap kumpulan, kumpulan pula, berdasarkan nombor yang dikira..
Pada mulanya, kami semua tidak selesa, hu3.. rasa macam budak sekolah pun ada juga.. tapi setelah hampir 1 jam 30 minit bertutorial, (Short sem, semua dipadatkan dalam ruang masa yang ada dan dengan kelas yang agak "limited addition" di MMU..) Ada manfaat yang baik, mungkin kerana dipaksa untuk keluar dari comfort zone kami, (berpisah dengan Farhana, kemudian bergabung dengan pelajar lain yang jarang-jarang dapat berkerjasama), kami rasa ia adalah satu kaedah yang baik untuk mendapatkan keterlibatan semua pelajar meskipun di dalam kelas tutorial.

Usai kelas, berjanji dengan Sis Wani untuk bertemu di masjid, untuk sama-sama merawat telefon bimbit dengan bantuan Sis Iqa dan AEQ beliau..^_^ ( Bateri telefon bimbit saya "kembong" kerana dimasuki air) Alhamdulillah, dipermudahkan urusan olehNya.. Dapat dicari ganti bateri telefon dengan jumlah yang tidak lah sedikit, iaitu 5000sen.Dan telefon dapat berfungsi kembali..

Ucapan terima kasih buat Sis Iqa yang sudi membantu menemani kami.:)


Buat adik lelaki saya, Ide.. :)
Moga terus diberikan kekuatan untuk menempuhi ujianNya..
Sungguh, Terlalu banyak hikmah yang ingin diberikan olehNya sebenarnya ..

Fitrah manusia akan selalu mengingati Allah, tatkala diuji dengan kesusahan..
dan mudah sekali lalai, bila diuji dengan nikmat kesenagan..

Lapangkanlah hati mu,
Ada tarbiyah untuk mu wahai adikku..
Bergembiralah..kerana
Dia sedang mendidik mu dengan segala kasih sayangNya..
Yakin dan percayalah kepadaNya, setelah berusaha.. kini bertawakkal lah pula.. ^_^
Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mu..
InsyaAllah..
-------------------------------------------

[Sharing]
Discover and understand different aspects
of your personality by taking our free tests.
Personality Test - Discover Your Type [here]

mohon maaf, ayat tidak berapa tersusun..

Selasa, November 17, 2009

Terus berlari..




Lagu ini menjadi antara lagu kegemaran saat ini.. :)



Suci Sekeping Hati
Album : Kembara Cinta
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com



Suci Sekeping Hati - Saujana


Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

------------

ada kartun..
tentang korban..




Waktu silih berganti..


Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku,
jika Allah menjadikan untukmu malam itu terus menerus sampai hari kiamat,
siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan sinar terang kepadamu?
Maka apakah kamu tidak mendengar?"


Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku,
jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus menerus sampai hari kiamat,
siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu yang kamu beristirahat padanya?
Maka apakah kamu tidak memperhatikan?"


[ Al-Qashash : 28:71&72 ]

-------------

Alhamdulillah..
Segala pujian hanya layak ditujukan kepadaNya..

-------------------------
Benarlah,
Yang sangat jauh ; adalah masa yang berlalu..

Masa berlalu dalam kadar yang pantas,
selalunya,
tidak akan sempat memintas..
bahkan,
hampir juga kehidupan dicantas..

tapi diri diajar,
untuk terus sedar..
untuk terus mengejar..
ya, kejarlah..!!


Dalam larian pantas itu,
tiba-tiba kaki tersadung batu ..

Allahu Akhbar...
Sakit..
Sangat perit...!!

Hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui..
apa yang hamba alami..


Sendiri,
diri menyesali.
berulang kali..
ditanyakan pada diri..
"Diri.., Kenapa lah kau tak nampak akan batu ini....?"

Meskipun soalan itu ingin dijawab,
Namun, bergunakah jawapan itu menjadi asbab
untuk menghasilkan ubat yang mujarab?

sudahlah,
tak perlu lagi bermadah,
cepatlah..


cepatlah dirawat,
agar tak terlewat..
merawat luka
yang masih belum diisikan ubat..

----

Sesungguhnya,
Hanya pada Nya
diadukan segalanya..
dimohon ampun atas khilaf dan dosa..
"Tuhan, maafkan hamba..

Salahnya hamba...
bukan batu yang tidak tahu apa-apa
"

yang wajar menghisab diri,
yang harus menyesali diri,
adalah diri sendiri..

Salah sendiri,
dek kerana nak cepat sampai ke destinasi..
tak menyempat berlari-lari,
sampai tak pula berhati-hati,

asif jiddan..

wahai diri...
banyak kali dilukai
disebabkan kelemahan sendiri..

---------

Tak sangka,
perit dan sakitnya
masih terasa..
mohon izin dari semua..
untuk ambil masa
untuk mengubatinya..
mungkin sedikit lama dari yang biasa..
kerana perit dan sakitnya sedikit luar biasa..

Benar,
Sakit masih terasa,
namun diri tak punya masa,
untuk terus membawa rasa...

Mohon hamba pada Mu, Ya Rabbi..
Wahai tuhan yang mendidik diri..
agar hilang terus perit ini ..
jika dapat, dikebalkan hati
dengan keadaan ini
agar mudah cergas kembali..
agar diri ceria sekali
dalam dakapan Ilahi..
dalam tunduk hati..
dalam sujud diri..
sebagai abdi..
yang hina sekali..
yang berasal dari setitis air mani...


Allahu Akhbar..

Bantulah diri ini..
agar terus berlari..
mudah-mudahan dengan langkahan yang lebih berhati-hati..
dengan membawa sekeping hati..
untuk dipersembah kepada Ilahi..

walau tidak dapat dinafi
diri sendiri masih belum berhenti
dari memperbaiki diri..

-----

Alhamdulillah,
dalam diri lemah..
sahabat-sahabat datang memapah..
membantu agar diri tak terus rebah..

Ucapan ku,
Untuk para sahabat dan saudara-saudara ku
Yang sentiasa sudi membantu..
Yang menerima seadanya diri ku

Jazakumullahu Khairan Khathira..

-------

Faqir..
Insan..



Mohon hidayah Mu

dalam tiap saat hayat ku..

Aminn ya Rabbal 'alamin..

------
mudah-mudahan tidaklah pula disalah tafsirkan..
----------------


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI BUAT WAN (Nenek saya).. ^_^
*Tiada doa dicoretkan disini,
kata kak Nad (Fesi Klinik Solat)
doa lebih berkat jika di rahsiakan.. :)


Wallahu'alam..
------------



*plz change the word *he/him, to *she/her ..

Rabu, April 29, 2009

Penilaian Diri : Materialiti dalam Masalah


[Gambar pembuka bicara,
Moga kebaikan itu selalu jadi pilihan kita.
aminn]

Assalamu'alaikum w.b.t
[Ku berdoa,semoga kamu dalam keadaan sejahtera]
dan segala puji buat Allah,
Khaliq ku (Pencipta ku),
Pencipta Langit dan Bumi
dan apa yang diantara keduanya,
juga selawat dan salam buat Junjungan hati, Rasulullah S.A.W.
dan doa ku pohon, Moga kita semua dalam rahmat dan redhaNya.

Kapankah akan saya update blog ini? Itulah antara persoalan dalam diri dan antara perkara [list-to-do] yang penting-tidak mustahak. Alhamdulillah,baru saat ini saya dapat lakukannya. Bermula TRO JED sehingga selesai IU Dinner dan kini Usrah Wida' IU pula yang akan bertandang dalam diari hidup hamba ini, selama itulah jari ini rindu untuk menaip sesuatu nukilan/cetusan fikiran yang bersarang dalam fikiran. Karangan? eh, tak.. saya tidak berniat untuk menghasilkan karangan yang panjang.. cukuplah dengan catatan yang sederhana. Saya akan berhenti untuk catatan kali ini, bila ilham dari Ilahi[ilmu kurnianNya] ini dapat saya ekspresskan dan disharekan dalam blog ini.. [tapi jika menjadi karangan, harap kalian sudi juga membacanya.. =]

Baiklah, merujuk kepada tajuk diatas,kalian rasa apa yang mungkin saya ceritakan? Betulkah Materialiti dalam Masalah? atau saya telah melakukan kesalahan susunan perkataan, yang sepatutnya, "Masalah dalam Materialiti". Untuk mengetahui samada susunan perkataan itu salah atau tidak, izinkan saya terangkan apa itu Nilai Materialiti.. :)


Nilai Materialiti.
Konsep asas yang wajib difahami dalam bidang perakaunan.
klik disini untuk tambahan
.

Bagi pelajar-pelajar Perakauanan, ia adalah sesuatu yang tidak wajar jika tidak mengetahui konsep ini. Namun bagi masyarakat umum, perkataan materialiti lazimnya akan dikaitkan dengan orang-orang yang mementingkan harta dan kekayaan, atau lebih senang kita rujuk mereka dengan keadaan yang mementingkan kebendaan.

By refering to the Wikipedia, it is mention that Materiality can refer to distinct concepts in different professions and areas of study eg:Materiality (auditing), Materiality (architecture) & Materiality (law).

Jadi, untuk mendefinisikan setiap satu maksud materialiti merujuk setiap profesyen/mahupun persepsi, saya tidak dapat lakukannya. Namun berdasarkan tajuk diatas, ruang rujuk saya adalah Nilai Materialiti di dalam bidang perakaunan. :)

Buat kalian yang bukan pelajar Perakaunan, konsep ini sebenarnya mudah difahami, [tetapi saya rasa walaupun kalian pelajar bidang Kejuteraan mahupun Undang-Undang sekalipun, tetap kalian akan menempuh/mengambil subjek Akaun kan ? ][Maaf jika tersalah] dan kepada pelajar Perakaunan, jika saya salah, betulkan saya.. :)

Dalam Perakaunan, [sebenarnya kekok menggunakan perkataan Perakauanan sebab, perkataan Accounting telah sangat biasa saya gunakan] Nilai materialiti digunakan untuk mengukur sejauh mana (atau lebih baik guna "sebesar mana") nilai wang tersebut terhadap sesebuah perniagaan/syarikat.



-RM50 Edisi terhad, kredit buat Nurafaz- :)

Contoh paling mudah, sebuah gerai yang menjual buah-buahan akan menilai RM50 adalah suatu nilai yang besar, namun bagi syarikat/perusahaan yang besar, contohnya Sime Darby, RM50 bukanlah suatu nilai yang besar, bahkan mungkin RM500 pun "tiada apa-apa" bagi mereka, kerana keuntungan tahunan mereka lebih 1 Billion [mungkin, ini hanya sekadar contoh] berbanding keuntungan gerai tadi, yang purata keuntungannya mungkin bernilai RM 1000 atau mungkin kurang daripada itu. [Rujuk juga link ini untuk konsep perakaunan yang lain]

Bukanlah niat saya untuk memperkecilkan perkerjaan seorang penjual, tidak, tidak sama sekali. Contoh di atas saya berikan untuk menunjukkan bagaimana, nilai kepada wang berbeza meskipun dengan jumlah yang sama iaitu RM50.

Kenapa nilai kepada wang ini berbeza?
Kerana nilai wang dinilai berdasarkan penilaian terhadap besar @ kecil peniagaan itu.

Konsep Materialiti dalam Masalah.

Menggunakan konsep materialiti merujuk ruang rujuk bidang perakaunan, ingin saya bawa konsep Materialiti dalam menilai masalah.

Ilham ini Allah izinkan saya perolehi tatkala saya didatangi oleh seorang teman. Situasi itu berlaku selepas berakhirnya satu majlis yang agak besar di bumi MMu, dan berlaku semasa kami sama-sama menanti kenderaan untuk pulang. Suatu yang tidak dijangka, tiba-tiba sahaja teman saya ini bertanya , [lebih kurang ayatnya seperti ini..]
" Bagaimana nak jadi sempurna ya? macam awak.. Maksud saya, hampir sempurna macam awak" dia bertanya
"Sempurna?" saya kurang faham maksudnya dan berharap dia menjelaskan maksud soalannya. [Dalam hati saya terdetik, adakah disebabkan maksud nama saya dia berkata begitu? hu3 main-main ke apa kawan saya ni? soalan macam serius pula..]

" Maksud saya, jadi orang yang nampak macam tidak-ada-masalah..... Orang nampak awak seperti awak tidak ada masalah, walaupun awak mesti ada masalah sebenarnya. Tapi saya, walaupun saya cuba sorok, tapi orang lain mesti still nampak saya ada masalah" jelasnya

Saya tidak tahu untuk memberikan jawapan apa, bibir dipaksa untuk tersenyum... ia bukanlah senyuman bermaksud bangga, tapi tersenyum sinis kepada diri sendiri, dalam hati terdetik, "kalaulah dia tahu tentang hidup saya yang sebenarnya, adakah itu juga persepsi nya untuk saya? "

Ya Allah, malu sungguh..kerana dia terlalu bersangka baik dengan saya. Sedang diri ni selalu saja khilaf dalam kehidupan seharian.

Ya Allah, ampunkan hamba Mu ini.. Moga kami terus menerus memperbaiki diri dan amalan setiap masa. Agar niat tidak lari dari lorong Lillahi.

Mungkin dia faham yang saya masih tidak faham maksud soalannya yang sebenar, kali ini dia menambahkan penjelasannya mengenai masalah yang dia hadapi.

Apakah masalah yang dihadapinya, biarlah saya dan dia sahaja yang tahu, tetapi secara kasarnya saya berikan pendapat saya tentang permasalahannya, Saya berharap agar dia tidak terlalu mengambil berat dalam masalah-masalah yang kecil, kerana fokus utama seperti belajar & score adalah yang patut diutamakan, dan bukanlah masalah-masalah kecil yang patut diberikan tumpuan utama.Saya katakan juga, tips bagi saya dalam kehidupan ialah perbaiki diri dan terus memperbaiki diri..sebab diri sentiasa akan melakukan kesalahan...

Dalam kebisingan dan dalam keadaan terkejar-kejar ke kenderaan yang telah sampai untuk membawa kami pulang, kami berpisah. Tidak sempat saya bersalam dengannya, dan boleh juga saya katakan, jawapan yang saya berikan masih lagi tergantung. Sepanjang perjalanan pulang, saya mencari-cari jawapan. "Ya Allah, apakah jawapan yang sesuai saya berikan padanya, kasihan dia.."




Dan ingin saya tujukan buat teman saya itu, mogamoga dia membaca tulisan ini.
{Inilah ilham dariNya untuk cuba menyelesaikan masalah awak. }

Saya harap awak dapat applykan konsep materialiti ini dalam kehidupan. Bagaimana menilai masalah yang kecil adalah kecil dalam kehidupan. Kehidupan yang sebenar menanti dengan pelbagai lagi masalah yang bernilai lebih besar dari itu. Gangguan-gangguan manusia sebegitu lebih saya ketegorikan sebagai angin sepoi-sepoi yang kadang cuba bergerak kencang, tapi masih.. ia angin sepoi-sepoi, tiupannya mungkin terasa tapi tidak pula mengoncangkan dunia. Awak cuma perlu selesaikan masalah kecil itu dengan cara yang mudah tanpa perlu bersusah-payah memberatkan diri untuk menyelesaikannya dengan kaedah yang susah. Teman,awak punyai cita-cita yang besar, [Malah, saya sangat mengagumi semangat dan keberanian yang awak tunjukkan] maka masalah-masalah sebegitu saya rasakan, ia bukanlah sesuai bagi awak untuk letakkan ia sebagai masalah besar. Maka teruskan dengan cita-cita besar mu, dan masalah-masalah kecil itu akan menjadi semakin kecil nanti.

Tambahan buat kita bersama, ayuh kita lihat sama-sama ke langit.. Subhanallah.. lihatnya secara mata kasar sahaja sudah jelas betapa luas dan besar langitNya.. dan dalam ramainya manusia, lihat pula diri kita, ia mungkin kelihatan kecil sahaja dari langit sana. Dan masalah kita? dalam pandanganNya, pasti kecil sahaja jika Dia mahu menyelesaikannya, "Kun Fa Yakun" (Jadi,maka jadilah). Maka wahai diri dan temanku, tiap kali jika diri bertemu masalah, adukan sahaja padaNya, dekatkan dirimu denganNya serapat dan seerat yang mungkin. Jadikan setiap aktiviti (jika mampu) kita sentiasa berinteraksi dengan Allah, Mohon ampun pada nya selalu, Taati perintahNya itu wajib sekali buat diri kita yang lemah ini. Kita kembali padaNya, hambakan diri padaNya, itu sahaja yang mampu hamba seperti kita lakukan dalam mengharapkan pelbagai limpah rahmat dan redhaNya. Mujahadah itulah modal kita dalam menempuh dunia yang sudah termaktub akan melalaikan dan menggoda setiap jiwa.Sama-samalah kita sentiasa memperbaiki diri. InsyaAllah ruang dan peluang itu selalu Allah berikan, cuma kdang2 kita sendiri yang suka sia-siakan.

..Ya Allah, ampunkanlah kami atas kekhilafan diri,
kurniakanlah kekuatan kepada diri kami
untuk tuju iltizam pada taubat kami...

aminn..
Berani Bercita-cita Besar
(Petikan ini saya ambil dari solusi isu.2)


Secubit garam akan memasinkan segelas air. Tetapi jika garam yang secubit itu diletakkan ke dalam sebuah teko, kemasinan garam akan berkurang. Jika garam yang sama kuantitinya itu dilarutkan pula dalam sebaldi, sekolah malah sekolam air... masinnya tidak akan terasa langsung.
Begitulah perumpamaan perbandingan di antara masalah dengan cita-cita. Masalah umpama garam, manakala cita-cita umpama air. Semakin besar cita-cita, maka semakin mengecil masalah, seperti mana garam yang hilang kemasinannya apabila air bertambah.

Ya, cita-cita besar akan mengecilkan masalah yang sedang dihadapi. Sebab itu jika kita terlalu disusahkan bahkan dikalahkan oleh masalah-masalah semasa, itu petanda cita-cita kita masih kecil. jika cita-citanya kecil, bangsa yang bagaimana bijak,kuat dan kaya sekalipun tidak akan mampu mencipta sejarah.Sebaliknya, mereka akan mudah "diratah" oleh bangsa yang kecil tetapi mempunyai cita-cita yang besar.

Cita-cita besar datang daripada jiwa yang besar.
Jiwa yang besar lahir daripada keyakinan (keimanan) yang kuat.

Inilah yang diucapkan oleh Rubaiyi' bin Amir-Panglima tentera Islam ketika berdepan dengan dengan Rustam, ketua tentera Parsi. Antara lain beliau berkata:"Kami ialah pejuang yang ingin membebaskan manusia daripada penghambaan sesama manusia untuk menghambakan diri hanya kepada Allah.Kami ingin membawa manusia keluar daripada kesempitan dunia menuju kelapangan akhirat..."

Sungguh, jika kita benar-benar menghambakan diri kepada Allah maka merdekalah kita daripada belenggu penghambaan sesama manusia dan segala sistem hidup yang menyeleweng. Kita akan menghirup udara kebebasan walaupun terhimpit oleh kesempitan dan penindasan orang yang zalim.

Keyakinan kepada hari Akhirat yang kekal Abadi, menyebabkan kita reda dan rela menerima ujian hidup di dunia sementara ini.

Rasa manisnya iman dan keghairahan mengecapi syurga akan memujuk hati kita daripada tergoda oleh nikmat kejahatan yang sangat menggiurkan pada akhir zaman ini.

Rasa gerun kita pada neraka dan kemurkaan Allah akan menyebabkan kita sanggup memikul beban menggalas sunnah Rasulullah s.a.w. [selawat dan salam buat Junjungan mulia.] walaupun semacam mengenggam bara api.



Justeru, ketika ditimpa ujian hidup,
usahlah dipinta kecilkan ujian itu,
tetapi pintalah agar "dibesarkan" iman bagi menghadapinya!"

..aminn Ya Rabbal 'alamin..
-------------------------------------------------------------------
p/s: maaf, entri kali ini hampir menjadi karangan.
Moga-moga ia bermanfaat untuk semua.

Tolong doakan,agar kita semua
sentiasa mohon ampun dan memperbaiki amalan.

Khamis, April 09, 2009

Dunia...

The world rules whoever loves and seeks it,
and serves whoever abandons and denies it.

The world is that which desires and that which is desired.
Whoever desires the world is rejected by it.

Whoever rejects the world is followed by it.

The world is a bridge over the road to the Hereafter.

Cross that bridge,

but do not behave as if you will remain on it forever.
It is unwise to build palaces on bridges.
Take as much from the world as will lead you to the Hereafter,
but leave behind that which will prevent you from entering it.

~Yahya ibn Muadh~

--------------------------------

Tahniah kepada pimpinan yang memenangi kerusi di 3 Dun..
Alhamdulillah...
Kalau memang pemimpin itu layak untuk memimpin,Maka Allah akan memuliakannya.. :)

Ya Allah, perbaikilah amalan kami..
Teruskanlah,wahai pemimpin yang berjiwa Abdullah (Hamba Allah)

-----------------------

"Belajar Dari Dua Umar-Kenyangkan Perut Rakyat"

--------------------------------------------------------------------
Alangkah baiknya,jika semua mengambil ibrah dari kisah dua Umar ini..

terutama pemimpin yg ada skrg..
tapi untuk mengharapkan mereka..erm...
maka, tak perlulah pergi terlalu jauh..

maka saya jadikan ia sbg peringatan untuk diri sendiri..

..Belajarlah dari dua Umar..

-------------------------------------------------------


Azilah, Sirul dihukum gantung sampai mati
09/04/2009 9:52am

KUALA LUMPUR 9 April - Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh wanita Mangolia, Altantuya Shaariibu pada Oktober 2006 lalu.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin memutuskan demikian setelah mendapati pembelaan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Azilah, 33, dan Sirul, 37, didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita berusia 28 tahun itu di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 10 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006 lalu. - Utusan

--------------------------

ps: Pendek shj catatan di akhbar, selepas berhelai2 catatan dan laporan yang ditulis semasa kes ini dibicarakan..

Akhirnya kes ni selesai..

Wallahu'alam...

Harap semua diadili dengan saksama..

Cuma tak diberitahu pula dengan jelas apa motif pembunuhan dilakukan.? :)

***

Wallahu'alam..


Isnin, Mac 16, 2009

Mubarok 'Alaikum


Mubarok 'Alaikum!!
(Tahniah..
Semoga usaha kalian semua diberkahi oleh Allah S.W.T
)


dikesempatan ini
sy nak ucapkan...
Tahniah kepada
semua warga MPBP yg berkerja keras untuk memastikan Minggu Penghayatan Bumi Palestin berjalan dengan lancar& jayanya....

InsyaAllah..
Usaha baik kalian semua tidak sia2..
bnyak respon positif telah dilontarkan..
bahkan
MPBP telah berjaya membawakan impak positif
kepada warga MMU & masyarakat..

Malam penghayatan yang
telah berjaya membawa para hadirin
menghayati tentang isu BUMI PALESTIN..
biarpun
ada masalah2 picisan yg timbul..
namun,
bg saya...
Alhamdulillah..
objektifnya tercapai..!!

Syukur..
Ramai telah menyedari
tentang isu Bumi Palestin..
dan telah dpat menambahkan keprihatinan (awareness)
masyarakat tentang isu Bumi Palestin..
dan juga telah dapat membantu msyarakat untuk lebih memahami..
tentang isu Bumi Palestin..


FREE PALESTINE
END THE AGONY!
(decoration main hall yg mantOp) :)


(nadia,aini,cik dila and.. sape eh? :D)

(wani,k.aini& k.wawa a.k.a k.nawwar :)

********************



and we need Allah..
Takbir!!
Allah Maha Besar..


.. gambar sebilangan kecil muslimah
drpd barisan besar bakal Mujahidah..
InsyaAllah..
Takbir..!!
we are here NOT for a joke!
[antara kata-kata penuh semangat yg menggamit jiwa..
..kata2 dr seorang budak lelaki di dlm vedio clip
yg diselitkan semasa persembahan sajak
oleh seorg penyajak berbangsa Arab,(mf xingt pula namanya)
semasa malam persembahan MPBP..]



_________________________



Khaibar khaibar ya yahud

Tunggu saatnya hai yahudi
jaisyu Muhammad saufa ya'ud
Tentera Muhammad kan kembali

Kobarkan perang suci
bebaskan seluruh negeri
Jiwa jiwa pemberani
maju meski harus mati
Ingatlah wahai diri
syurga Allah telah menanti
Tinggalkan semua mimpi,
berjihad teguhkan hati

Derap tank senjata berat
jangan surutkan langkah 2x
Lontar batu penuh semangat
yakin kita takkan kalah 2x
[kerana samada menang @ syahid..
kedua2nya adalah kemenangan bg seorang mukmin..!
Takbir!! ]


Bom syahid mengguncang bumi
tebar takut kaum yahudi 4x
Bebaskan palestina
bebas dari durjana
Majulah wahai jiwa
jadilah kau syuhada

diubah suai dari
Khaibar Ya Yahud
Munsyid : Ar-Ruhul Jadid
_____**********************_____

Jihad,
bukan sekadar angkat senjata dan berperang..
tp pendekatan jihad
adalah struggle utk lakukan kebaikan,
dan tinggalkan kemungkaran/kesia-siaan/kelalaian..

struggle to wake up and perform subuh prayer,
struggle in studies to achieve good result,
struggle to do & finish the assignments & tutorials..
struggle to BOYCOTT Israel's products
struggle to do good things
and struggle to prevent our self from doing maksiat & bad things
struggle to control our nafsu..


Pray to Allah for the strength to do all this..
InsyaAllah..

*************


Jihadlah
wahai diri..
dalam memperbaiki kelemahan diri..
dalam membersihkan hati..
dalam terus menerus mengabdikan diri..
dan istiqamah dlm melakukan amar ma'ruf nahi mungkar..
aminn..

Teman..
Rakan seperjuangan..
Saudara dan Saudari ku..
ketahuilah..
ingin sekali aku lafazkan..
"aku mohon maaf atas segala kesalahan....
atas kekhilafan diri.."
egois dlm diri harus segera aku padam & hapuskan..
lalu dgn terus dan menerus menyemai sifat rendah diri..
smpai ke akar umbi hati..

Ya Rabbi..
didiklah hati2 ini..aminn..

*************
buat warga kerja MPBP..


InsyaAllah..

Wallahu'alam..
p/s: sy belajar perkataan baru. click


Isnin, Mac 09, 2009

dia, sy kagumi..

Align Center


Saya mula mengenalinya ketika masih kecil lagi...
Seringkali melihat raut wajahnya di dalam kaca tv..
Walau ada yg mengatakan dia "pelik"
tapi pada sy, kata2 nya benar..

Sedar/tidak..
dia adalah sumber inspirasi sy dlm arena sastera ini..

Dan kini,
diri telah bergelar mahasiswi..

Namun tetap,
dia teguh mendepani arus globalisasi
dengan pasakan utuh untuk mendaulatkan bahasa tercinta..
dengan madah2 yg membuka minda dan membakar semangat..

dialah,
yang selesa dirinya dipanggil
Sasterawan Rakyat..

Pak Samad,
Bapa Sastera era Millenium ini.


KEBENARAN
setiap yang benar
betapa ditekan
tetap menjalar,
tanpa dibaja
kan tetap mekar,
tanpa udara pun
kan tetap segar.


ringkas, tapi cukup pantas menyelinap ke pemahaman akal-akal yg waras!!

S.N A. Samad Said

-PPSMI-

Lalu, aku sayu dan aku pilu;
lalu, aku ragu dan aku malu …

Buah ranum pada tangkai;
bahasa gugur dari hati,
sekali janji, sekali nafi;
sekali pancang, sekali pincang,
iktibar apakah semua ini?

Lalu pemimpin angkuh berkata …

Aku apa peduli
Kalaupun Shakespear turun ke bumi!

Jangan berikan undi,
pada mereka yang menghina bahasa sendiri.

Jangan diundi pemimpin yang …
bertelinga satu,
berlidah dua.



gambar ini,pencetus bg entry ini..


klik disini

Isnin, Februari 23, 2009

mutiara utk kita kongsi bersama..



SKI tamat..
Alhamdulillah..
sy gembira mendengar respon dari sahabat2..
yang mengatakan banyak input yg berharga yang mereka dpt..
InsyaAllah..
moga ouput yg berharga juga turut dpt dihasilkan..
aminn..

-------------------------------------------------------

~ Bila kita sandarkan harapan dan usaha pd Ilahi..
walau kritikan
mahupun pujian yg mendatang..
kita
kembalikan kpdNya semula...
kerana kita lemah..
tak kan mampu lakukan sesuatu tanpa izinNya...~


---------------------------------------------------------

Slot 1 sy tidak sempat ikuti sepenuhnya..

Dan untuk slot 2..
Alhamdulillah..
keadaan protokol,pendaftaran dan makanan..
dlm kwalan dan dapat dihandle dengan baik
oleh HOD2 dan AD yg sgt berkomitmen tinggi.. =)

dan sy mengambil keputusan
untuk kutip mutiara di sesi forum ini..
ada yg kata sy g "hilangkan diri"..
he3..ape2 aje la..
sy "hilangkan diri" utk kutip mutiara di slot ini..:)

Mantap,bertenaga dan ada unsur humor yg berguna..
bg para panel2 forum..

**********************

Dari Ustaz Dzul.


"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah.
Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma
dan
jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada"

- Sheikh Abdul Qadir Audah -

Saidina Umar berdoa,
"Ya Allah, aku berlindung pada Mu
daripada orang kuat yang zalim,
dan orang soleh yang lemah"


Beliau menyenaraikan tokoh perjuangan Islam,
Sir Iqbal,
Badi'uzzaman Sa'id al-Nursi,
Sheikh Abdul Qadir Audah,
Imam Hassan Al-Banna,
Salahuddin Al-Ayyubi,
Al Fatih,
dan
mcm2 lgi nama yg..
hu3.. asing untuk sy..
note: Bnyak lg yang perlu sy baca&teroka..

juga tentang Khawlah,
seorang yg tangkas berlawan di medan perang..
yg rupa2nya ialah seorang muslimah.

Akhir katanya,
" Kalau Islam tidak memimpin,
kita akan rugi ! "

******************

Panel ke 2
Saudara Azlan

Tentang Cabaran Mahasiswa..

Antara yg ditekankan oleh beliau..
1-Islam menekankan kepercayaan dan penghayatan..
(tak banyak teori.. seperti Barat yg bnyak dgn teori2 mrk..)
2-Bila berhadapan dengan cabaran, untuk kuat dan mampu hadapi ialah dengan kefahaman dan keyakinan tentang Islam.


Katanya lagi,

Islam TIDAK PERNAH kalah
dan sentiasa menang
walau mcm mana keadaan pun..
Lihatlah dlm isu Palestin..
kerana Allah ingin berikan sesuatu yg lebih besar dr menang..
Iaitu SYAHID...!!!



"Kita pendakwah, bukan penghukum.."

"Pemimpin ini,
bukannya terpengaruh dengan zamannya,
tp mereka cipta zaman mereka sendiri.."

"Nak jd orang hebat, kena challenge "comfort zone"! "

Ulama kata : pengorbanan adalah melakukan sesuatu yang diluar kemampuan.
jika ada 20 sen, maka ingin sedekahkan 30sen..

Bila kita berhadapan dengan Cabaran :
Kita akan ada lambakan isu..

Maka berdirilah atas kebenaran..

Al-Haq.
***************

Panel 3: ustaz Najib

[time ni tak bnyk dpt catat,
sbb dah dipanggil untuk membantu...]

tp xpe..ada yg sempat di salin skit2..
lagipun..
kan mereka ada rakam slot ini.. :)

Persiapan dalaman dan luaran: bermula dengan tarbiyyah, (kefahaman)

"pemimpin perlu motivate satu sama lain"

Di highlightkan dlm forum ini tentang kepentingan ilmu,kefahaman dan tarbiyyah..

"Dan orang yang takut kpd Allah, ialah orang yang berilmu.."

kepentingan Ilmu..

*************
gambar sekitar persiapan SKI..
[bru tringat nak tgkp gambar time ni..]






dan lain2..

Widad.. puteri ustaz Najib.. :)
comei nya..^_^..

gambar.. Lain2..

kasut2..

bunga2 pink..


~ trip gegar kami~ :)
.:ain,nabila,k.zini&k.alia:.
..peace,no war..
..Minggu Penghayatan Bumi Palestin..