Jumaat, Februari 06, 2009

geMpar!

KUALA KANGSAR 6 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, 47, baharu sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-11 di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Balai Istiadat Istana Iskandariah, di sini. - Utusan
---------------------
-----------------------

[di Petik dr page ustaz zaharuddin]

KERAJAAN NEGERI PERAK

Semasa saya menulis artikel ini, belum ada keputusan dari pihak Sultan sama ada untuk memperkenankan pembubaran DUN atau tidak. Namun, adalah sangat bijak jika diperkenankan pembubaran bagi menyapu bersih muka-muka yang tiada ‘malu' DENGAN PERLAKUAN SALAH MEREKA atau yang juga sedang merendahkan minda dan hak rakyat di negeri mereka.

Sangat elok kiranya, rakyat diberi peluang semula untuk memilih pemimpin mereka agar individu tiada parti diganti dengan yang ada parti. Yang melompat-lompat diganti dengan yang tidak melompat. Amat diharap DUN boleh dibubarkan. Ia saya kira keputusan yang terbaik di mata pemerhati awam khususnya saya.

Bagi saya, kes di Perak sebenarnya membuktikan betapa ‘TIDAK TAHU MALUNYA' sebahagian orang-orang politik di Malaysia. Seolah tidak lagi mereka mengendahkan perasaan, kebencian dan minda rakyat.

Tiada lagi malu untuk berbuat apa sahaja atas nama politik. Yang penting boleh dijustifikasikan walaupun dengan hujjah tidak beraqal.

INILAH POLITIK TIDAK TAHU MALU namanya dan politik hina dan membawa kepada kehinaan dan tiada maruah. Nabi s.a.w pernah menyebut kita PERLU MALU, kerana malu adalah agama, dengan terang lagi jelas baginda menyebut :-

إن مما أدرك الناس من كلام النبوة الأولى إذا لم تستح فاصنع ما شئت

Erti : Sesungguhnya, perkara yang telah diketahui ramai dari perkataan nabi-nabi awal dahulu adalah : Apabila kamu tidak lagi mempunyai perasaan malu, kamu buatlah ( akan berbuat) apa sahaja ( Riwayat Al- Bukhari)

-----------------------------------------

KUALA KANGSAR, 6 Feb (Hrkh): 3.30 petang - Bacaan yasin dan zikir munajat selesai diadakan di Masjid Ubudiyah. Doa dibaca oleh pelajar tahfiz Perak, Putera Tazreemudin, 20 sambil menangis dan memohon supaya Allah menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Doa diaminkan kira-kira 5,000 orang yang ada di masjid dan persekitarannya. - mns
---------------------------

Wallahu'alam

--------------------------

saya cuba mengambil[mencedok]..
tapi tak nak mencuri.. :D

pendapat, idea dan kritikan tentang keadaan yang berlaku di Perak..
dari pelbagai sumber tanpa sbrang kepentingan politik :D

dan ...
bole sy tnya skit tak?

pada pendapat kalian kenapa jadi macam ni??




kreatif dan inovatif.

Salam'alaik ya ukhti wa akhi..

bagaimana dengan keadaan iman?
semakin kembali sihat atau lemah?
atau.....
masih tak check lagi tentang keadaan iman..


Jom2,
jom kita check selalu iman kita... =)

bimbang2 kalau dah parah keadaan iman dlm hati,
hidup jd jauh dgn Ilahi..
-------------------------------
bukan insan mulia,
bukan pula insan berjaya..
cuma insan (yang mudah lupa) yang dirinya sbg seorang hamba
------------------------------





**********
tadi klik di laman sesawang, jumpa berita tentang kisah ini..

**********

Chicago - Dakwah boleh dilakukan dengan berbagai cara yang syarie, salah satunya dengan memasang iklan di dinding bus yang bergerak di sekeliling kota. Hasilnya ternyata lebih dari yang diharapkan, banyak orang yang menyatakan diri ingin masuk Islam setelah melihat iklan tersebut. Adalah organisasi Muslim yang berbasis di Chicago,

Gain Peace yang memasang iklan-iklan tersebut. Mereka mengeluarkan biaya sebesar 29,900 dollar untuk memasang iklan layanan masyarakat di 25 bus CTA (Chicago Transit Authority) yang melayani jalur di sepanjang North Side.

Iklan-iklan itu sebenarnya bagian dari kempen mereka dalam upaya meluruskan pandangan-pandangan yang salah tentang Islam di kalangan masyarakat Barat.

Kerana dipasang dibadan bus yang ukurannya cukup besar, iklan-iklan dengan mudah terlihat oleh masyarakat Chicago. Salah satu warga Chicago yang tertarik dengan iklan itu adalah Moses Robinson, 38, yang bekerja di sebuah perusahaan software.

Saat jam istirehat, ia keluar kantor dan melihat salah satu bis yang melintas di Canal Street dengan iklan Gain Peace di badan bus tersebut.


"Semua informasinya ada dalam satu tempat," kata Robinson yang langsung mencatat nomor telepon Gain Peace yang tertera di iklan tersebut. Ia lalu menelefon Gain Peace dan setelah bertemu dengan orang-orang Gain Peace, Robinson menyatakan dirinya ingin masuk Islam di hari berikutnya. [Alhamdulillah]


Tentu saja, banyak juga orang yang tidak mempedulikan iklan tersebut. Mereka yang tahu, sebagian mengatakan iklan semacam itu tidak layak ditempelkan di badan bus. Tapi pengelola CTA mengatakan iklan Gain Peace tidak bermasalah, karena banyak iklan-iklan kempen bertemakan keagamaan yang juga dipasang di bus-bus CTA lainnya. [btui tu.. ]

Pihak Gain Peace mengatakan, kempen mereka dengan memasang iklan-iklan layanan informasi di bus-bus CTA cukup sukses. "Kami menerima delapan orang yang menyatakan ingin masuk Islam, menjawab sekitar 400 telefon yang masuk dan hit laman kami naik hingga 75.000 dalam satu minggu," kata Sabeel Ahmad, direktur Gain Peace.

Kerana sukses, Gain Peace memperpanjang pemasangan iklannya di bus-bus CTA untuk enam minggu kedepan.

******************

Selasa, Februari 03, 2009

....DEDICATES TO U....

السلام عليكم
Buat semua...


Saya bertemu dengan gambar ini..
saya hanya click "save image as" shj dahulu..
[utk membolehkan sy zOoM]
sebelum lihat secara jelas apa tulisan yg tercatat sebenarnya..





bila di dalam puisi "Sahabatku" ini..
ada bait2 kata dr si pemuisi menyatakan kpd sahabatnya agar menjadi..

Seorang lelaki yang beriman...
.....Yang Solatnya adalah Maruahnya....

ia suatu ayat yang menyentuh akal dan hati bg saya..
[gets inspired by that words.. InsyaAllah..]

Bagaimana pula pd pendapat antum...?


Buat saudari2 muslimat saya,
saya ingin
dedicatekan gambar ini buat antunna..



Dan buat saudara2 seMuslimin saya,
ini khas buat antum..



Moga Dia "mengetuk" pintu hati kita untuk
memuhasabah diri...
menilai diri kembali...
dan beriltizam dgn sungguh untuk memperbaiki diri..

Aminn

----------------------------------------------------------
Next Topic : Gambar2 My aDik-adik.... [di Perlis semasa DT09 (Desa Tercinta)]



Sy sgt suka gambar ini..

MasyaAllah..
this the awesome pose by Adam [in front] and Mamat [back]
sgt chumil ^_^

[diaorang posing sendiri...]


to sis zini : erm.. nampaknyaUdin ada pencabar utk tittle "paling chumil.." he2


...any shots, looks cute...
[That's the creation of God..
Totally perfect.. !!]



di belakang adalah sawah yang terbentang luas..
[sperti kata cik ina sblum ini..
disana...
"hijau, sejauh mata memandang.."


ini pula abg kpd Mamat..
:)


Mamat...
[kpd abg angkatnya yg sbenar...
iaitu abg Din..
maaflah sbb mempopularkan si Mamat ini..
iNa dan saya memang suka kacau dia.. :D ]



Sepak bola..
tp Tiang Gol nya mana Mamat.. ???
:p

--------------------------------------------

Moga Nikmat kedamaian ini
di hargai..
di hayati..
dan disyukuri..

dan tidak ditarik atas sebab
dosa2 yang berterusan kita lakukan..

Mohon maaf jika ada salah dan silap saya
sepanjang program Desa Tercinta 2009 berlangsung..
Tahniah kepada Komiti DT'09 ..


Isnin, Januari 26, 2009

Mata dan jiwa tak tenang melihatnya..



Salam buat teman2 yang
hatinya cintakan keredhaan Ilahi..
dan takut akan dosa
dan takut hatinya berjauhan dengan Sang Rabbi..


aku disini bru tamat dari berjuang diluar kawasan kita..
bersama2 dgn beberapa orang teman2 kita...
(jumlah teman kita.. kurang dr jumlah jari yang kalian ada..)

teman..
pedih, sakit dan parah rasa hati ini..
bila orang2 yg ku temui disana..
jauh berbeza dengan kalian semua..

teman2 ku..

pedih yg teramat !!
bila kebaikan diperlekehkan dan kemaksiatan diagung-agungkan..

sakit jiwa !
bila melihat rakan dan kawan yang disangka teman seperjuangan..
rupa2nya manusia yang sebenarnya pengkhianat agama
dan memburukkan agama yang mulia ini..
sekadar bertopeng dgn kata2 mulia..
tapi wajah sebenarnya "na'uzubillah.."
mungkin lbh teruk dr Israel..
si kejam yang membunuh umat Islam secara terang2 an..
kerana mereka yg ku sangka rakan seperjuangan rupanya cuba "membunuh" agama kita secara diam2 !!!


parah jiwa ini!!
bila hanya mampu membenci dgn hati..
sdgkan ada mulut yang berupaya utk bersuara..
tp tertahan dan ditahan suara itu..
krn dirasakan blum masanya utk bersuara...
belum sesuai mungkin..

benar kah???

dan
aku bersyukur..
bila Dia izinkan dan berikan kekuatan utk aku bersuara..

[aku dah malu sebenarnya.. !!
tersangat malu pd Ilahi..
sbb setiap kali bila mungkar dihadapan mata..
aku hanya lakukan dgn selemah iman..]
tp kali ini aku bersyukur diberikan kekuatan
untuk menggunakan lidah ini..

bila lagi kan?

teman...
di kwasan luar kwasan kita itu kan..
aku dan teman2 seperjuangan kita
kepingin benar kembali kepangkuan dan berada dilingkaran kawasan kita..
tenang rsanya di kwasan kita..
"terjaga dan menjaga" itu yang kita amalkan dlm kawasan kita..

teman..
nanti bila kita ada peluang untuk berjuang diluar kawasan kita..
moga aku tak takut utk pergi..
dan diberikan izin olehNya utk pergi..
[tp kali ini dgn senjata yang lebih baik..]

dan dgn penuh harapan..
aku berharap..
agar kalian semua ada bersama2 tatkala itu..
sama2 turut serta ^_^

aminn..

*************
hikmah..
aku akan mencari mu...
dan aku berdoa agar mendapat mu dlm setiap apa yang aku lakukan..
*******

sy mohon maaf atas janji yg tak tertunai..
sy kehilangan kertas yg disalin..
tp sy kira..
apa yg disalin,isinya tak jauh beza
dgn apa yg ditulis di softcopy pamphlet dr seorang sahabat saya
dapat sedikit sebanyak mengantikan janji saya..






BOIKOT !!!

TAKBIR !!!

*******

kini sy perlu settlekan perkara2 di kawasan saya..
*******
“Sesungguhnya barangsiapa yang
mencari redha Allah sedangkan manusia murka,
maka Allah akan cukupkan baginya akan segalanya di dunia ini.
Tetapi barangsiapa yang
mencari keredhaan manusia dalam keadaan Allah murka,
maka Allah menyerahkan nasibnya pada manusia.”



-kata2 ini yg sentiasa ku pegang semasa diluar kawasan kita..-

Mohon agar
ku TIDAK tergolong dlm golongan
orang yang MEYANGKAKAN
dirinya bersama Allah
sdgkan sebenarnya TIDAK..

Na'uzubillah..

..ana faqir ilallah..

Rabu, Januari 07, 2009

..ziOnis, hati mati...


Assalamu'alaikum w.b.t.

[tadi selepas dengar slot dr ikim.fm tentang boikot..
terus bergegas ambil pen dan kertas utk mencatit..
InsyaAllah nanti saya kongsi kan disini..]
jg sbg respon kpd ankmuda..


Israel Zalim..!!
Kejam!!
Hebat dengan tipu helahnya..
Moga Laknat Allah atas mereka,
Yang tak kenal erti kasih sayang..

Apa yang boleh kita lakukan???

jerit kuat2... Yahudi Laknatullah!!!
kutuk..
kecam..
surat terbuka..
adakan demonstrasi..??

Ya, semua diatas adalah cara-cara utk kita expresskan rasa
kebencian dan kemarahan..

saya setuju utk itu..


tapi adakah
si Zionis yg hatinya sudah mati itu
memandang itu semua??
terkesankah mereka dgn suara2 kita dan tulisan2 kita..

[mnurut apa yg dikatakan dlm siaran ikim td]

dia org cuma perlu pekakkan teliga
dan butakan mata..
terancam??
mereka tidak rasa terancam..

bahkan mencabar dunia..

dengan angkuh Perdana Menteri,Ehud Olmert
menegaskan kepada Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy bahawa
Yahudi menolak sebarang gencatan senjata.

Maka...
lihatlah logo2 dibawah ini..
dan kenal pastilah yang manakah favourite2 anda...??
Ketahuilah..
inilah antara syarikat yang menjadi
penyumbang dana kepada Israel..








a journey of 1000 miles starts with the first step...

Mulakanlah boikot kita dengan

Bismillahhirrahmanirrahim....
dan moga terus istiqamah..
dan dibantu dan dipermudahkan dlm mencari substitute kepada product2 diatas ini...
hu3 tak sampai mati rasanya jika tak makan Mc D.. ;)
bukan mudah..
tapi bukan susah ..kalau nak!

Wallahu'alam..

Khamis, Januari 01, 2009

Qunut Nazilah



Ada Apa tentang Qunut Nazilah

Saya juga bru mengetahui tentang Qunut Nazilah ini..
Ya Allah,
masih bnyak yg sy tidak tahu..

Benar kata
Imam Asy Syafie

"Semakin Bertambah Ilmu Ku, Semakin Jahil Ku Rasa"

**********************



Bersamaan dengan situasi kezaliman dan penindasan yang dahsyat berlaku keatas pejuang keadilan di negara kita, Maka semestinya pencinta keadilan dan demokrasi yang telus bermunajat kepada-NYA agar mereka yang berjuang menegakkan kebenaran terus thabat dan istiqamah dalam perjuangan…

DEFINISI QUNUT NAZILAH
Qunut secara istilahnya adalah seperti yang dikatakan oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah: "Suatu doa di dalam shalat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri." (Fathul Bari 2/490.) Dan Nazilah artinya malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk gempa, banjir, peperangan, penganiayaan dan sebagainya.

HUKUM QUNUT NAZILAH
Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunnahkan ketika terjadi musibah dan kezaliman. Sunnah qunut nazilah ini merupakan pendapat para ulama dari madzhab Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi'iyyah, Hanbaliyyah dan lain-lainnya.
Imam Syafi'i rahimahullah berkata: "Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh shalat wajib." (Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279).
Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata: "Apabila turun bencana kepada kaum muslimin, hendaknya imam melakukan qunut dan diaminkan oleh orang yang dibelakangnya." (Al-Mughni 1/450).
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: "Di kalangan ulama ada tiga pendapat tentang qunut. Yang paling benar dari tiga pendapat tersebut, qunut disunnahkan ketika ada keperluan.،¨ (Taudhih Al-Ahkam).
Pendapat-pendapat diatas tentunya berlandaskan hadis-hadis yang sahih mutawatir seperti hadits Anas bin Malik radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim yang menjelaskan pelaksanaan qunut nazilah oleh Rasulullahu saw selama sebulan pada peristiwa pembunuhan 60 shahabat penghafal Al-Quran, juga hadis Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim.

LAMANYA QUNUT NAZILAH
Dalam hadis Anas bin Malik riwayat Bukhari-Muslim, juga hadis Ibnu Abbas riwayat Abu Dawud dengan sanad hasan dan lain-lainnya, menunjukkan bahwa Nabi shallallahu 'alahi wasallam pada peristiwa pembunuhan 60 sahabat penghafal Al-Quran, baginda berqunut selama sebulan. Namun hal ini tidaklah menunjukkan bahwa pelaksanaan qunut nazilah hanya terbatas selama sebulan, kerana dalam hadis Abi Hurairah radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim, juga hadis Baro bin Azib, Hifaf bin Ima' riwayat Muslim serta hadis Anas bin Malik riwayat Ibnu Khuzaimah dan hadis-hadis lainnya menjelaskan dalam bentuk umum dan tidak menunjukkan batasan sebulan. Maka dapat dibuat kesimpulan bahwa qunut nazilah tetap dilaksanakan sampai musibah dan kezaliman tersebut diangkat dari kaum muslimin. Dan ini merupakan fatwa dari Syaikh Abdul Muhsin Al Abbad hafidzohullah.

WAKTU QUNUT NAZILAH
Dari hadis-hadis yang menjelaskan tentang qunut nazilah dapat diambil kesimpulan bahwa petunjuk Nabi shallallahu `alaihi wa sallam dalam pelaksanaan qunut, iaitu beliau melakukan qunut nazilah pada seluruh shalat-shalat wajib dan beliau lebih mengutamakan pelaksanaannya pada shalat Maghrib dan Subuh. Akan tetapi beliau tidak melakukan qunut setiap hari pada seluruh shalat lima waktu sekaligus. Ini merupakan fatwa dari Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah. Qunut nazilah dapat dilaksanakan sebelum ruku' atau setelah ruku' di dalam sholat tersebut. Akan tetapi pelaksanaannya setelah ruku' lebih banyak dilakukan oleh Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam. Dua cara ini dicontohkan oleh Rasullah shallallahu `alaihi wa sallam dalam hadis-hadis beliau yang mulia

LAFAZ QUNUT NAZILAH
Tidak ada hadis dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam yang menunjukkan adanya doa khusus dalam qunut nazilah. Siapa yang menelaah pendapat-pendapat para ulama, nescaya ia akan mendapati para ulama memberi keluasan dalam perkara ini. Oleh kerana itu seseorang berdoa di dalam qunut nazilah dengan doa yang bersesuaian keadaan yang tertimpa musibah, kezaliman dan penindasan dan apa yang mereka perlukan. Bahkan Al-Qadli Iyadl rahimahullah menukil kesepakatan jumhur ulama bahwa tidak ada doa khusus dalam qunut. Ibnu Shalah menganggap orang yang berpendapat ada doa khusus dalam qunut adalah pendapat ang aneh dan tertolak, menyelisihi jumhur ulama. Lihat Al-Majmu' 3/477, Majmu' Al-Fatawa 23/108.
Contoh bacaan yg biasa dibaca
اللهمﺇنانجعلك في نحورأعدائناونعوذبك من شرورهم اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت
كلمتهم وزلزل أقدامهموسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقمياالله ياالله يااللهاللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزابﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهوانصرنا عليهم
Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

PERINGATAN!!!
1. Lafaz qunut di atas bukan dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam. Oleh kerana itu, tidak ada keterkaitan dengannya apalagi menganggapnya sebagai doa yang disunnahkan. Dan bagi orang yang mampu menyusun doa dalam bahasa arab yang sesuai dengan keadaan musibah, tidak ada larangan baginya untuk berdoa dengannya.
2. Boleh mengulang potongan kalimat dari doa di atas beberapa kali.
Apakah Ada Syariat Mengusap Muka setelah Qunut Pendapat jumhur ulama tidak ada mengusap muka setelah berdoa qunut. Imam Al-Baihaqy (dari ulama Syafi'iyyah) dalam As-Sunan Al-Kubra 2/212 mengatakan: Adapun mengusap muka dengan kedua tangan ketika selesai dari doa, saya tidak mengetahui hal tersebut dari salah seorang ulama salaf pun yang melakukannya dalam doa qunut
Bolehkan Qunut Dilakukan dalam Shalat Sendirian?Sepanjang penelitian, belum ditemui adanya nash dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam dan para shahabatnya yang menunjukkan pelaksanaan qunut dalam shalat sendirian. Mungkin disebabkan hal ini Ibnu Qudamah dalam Al-Mughni 1/450 menegaskan: "Tidak ada pelaksanaan qunut secara individu". Dan ini juga merupakan fatwa dari Syaikh Abdul Muhsin Al-Abbad hafidzohullah. Hukum ini juga berlaku pada kaum wanita, tidak melakukan qunut kecuali pada sholat jamaah.
Apakah Disyariatkannya Mengaminkan Doa Qunut bagi Makmum Disyariatkannya mengaminkan doa qunut berdasarkan hadis Rasullah shallallahu `alaihi wa sallam yang diriwayatkan Abu Daud (lihat Al-Irwa' 2/163). Dan hal ini ditegaskan oleh Ibnu Qudamah dalam Al-Mughni 1/449: "Apabila imam melakukan qunut hendaknya diaminkan oleh orang yang di belakang imam (makmum) dan tidak dikeetahui ada perbezaan pendapat (dikalangan para 'ulama) dalam masalah ini." Akan tetapi perlu diingat bahwa pengaminan diucapkan pada lafaz-lafaz doa, bukan pada lafaz pujian. Ini merupakan pendapat Imam Ahmad dan dibenarkan oleh Imam Khirqy serta An-Nawawi.(Suaalat Abi Daud hal. 67 dan Al-Majmu' 3/481). Dan hendaknya imam berdoa dengan lafaz umum (bukan untuk pribadinya) sehingga makmum ketika mengaminkannya juga mengambil andil dari doa tersebut, sebagaimana yang ditegaskan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah, Al Hafizh Ibnu Hajar, Syekh Ibn Al Utsaimin dan lain-lainnya. Mudah-mudahan apa disampaikan ini bermanfaat bagi kaum muslimin yang mencintai keadilan dan kebenaran serta dapat dilaksanakan bagi mereka yang menjunjung prinsip kebenaran sebagai bentuk keperihatinan kepada mereka yang dizalimi dan ditindas tanpa ada bukti.

***********
moga diamalkan InsyaAllah..