Ahad, April 25, 2010

Poetry of Forty Hadith
Subhanallah. Alhamdulillah..^_^




barukisuglimpse:



Hard to memorize all the Forty Hadith of An-Nawawi’s? Alhamdulillah, found this poetry of Forty Hadith recited by Brother Ammar Alshukry; simple yet straight to the point. Subhanallah.

Here are the words to the poem:

1 Know that all actions are by intentions
2 And the deen was taught by angelic interventions
3 Islam is built on five pillars of might
4 And the angels in our mother’s wombs did write
5 The deen rejects all types of innovation
6 And the heart is the limbs temptation or salvation
7 The religion is based all on advice sincere
8 And the sanctity of a Muslims blood is severe
9 We don’t ask about that which is obscure
10 And Allah only accepts that which is pure

11 We leave things that are doubtful and suspect
12 And things that don’t concern us, we don’t inspect
13 And to love for you, what I would love for me
14 And blood to never be spilt, except for three
15 And to speak only good, if not, then refrain
16 Anger is from the heat of hell, avoid its flames
17 Everything is to be done in an excellent fashion
18 Fear Allah everywhere, treat people with compassion
19 Everything that happens is only by Allahs permission
20 Hayaa was forever written, as every prophets vision

21 Believe in Allah and be steadfast
22 Perform halal, avoid haram, pray, and fast
23 Purification is equal to one half of our Iman,
24 And oppression was forbidden to Allah and man,
25 Everyone has something they can give in charity
26 Even picking up litter, a selfless rarity
27 sin is what makes your heart feel resistance and unease
28 Upon us is the Sunnah, in times of difference and disease
29 The tongue is the most common catalyst to the fire
30 About those things kept silent, we should not inquire

31 Show indifference to the world, you shall be of the Zuhaad,
32 There’s no initiating harm, or reciprocating harm to add,
33 Evidence is to be brought forth by the accuser,
34 And who sees munkar, must be its remover
35 Be the servents of Allah, all together as brothers
36 Allah is in your service, so long as you are for each other
37 And every good deed Allah takes and multiplies
38 And He is for His awliya, their hearing, hands and eyes
39 He has forgiven us duress, mistakes and what we forget
40 We are strangers in this world, don’t settle just yet

41 Perfection occurs, when passions fall in line with the Divine
42 And Allah will forgive all sins, and He will not mind

-Baca Dari Alia.tumblr -

----------


Klik disini untuk
Hadis 40
- Imam An-Nawawi -
( tapi ia adalah ringkasan penjelasan, buku lebih panjang penerangannya)

Hadith tentang NIAT,Hadith pertama ...

-------------------
- Malas itu adalah nafsu yang tidak terdidik..
didiklah ia-





Sabtu, April 24, 2010

Manusia sebagai makluk percaya.


“Sabarlah emak, Ina nak ke Shah Alam bekerja kilang ini sebab emak. Nak tolong emak. Dah lama emak susah” Ina teresak-esak menahan rasa.

Memeluk emak yang kesedihan mahu melepaskan anak.

Suasana di perhentian bas di tepi jalan berhampiran Sekinchan itu sungguh hiba dan pilu.

Drama ibu dan anak.

Setibanya Ina di rumah sewanya di Shah Alam, hampir 30 kali sehari beliau menghantar sms kepada emak di kampung.

“Mak, Ina dah makan. Mak dah makan?”

“Mak, tadi Ina beli sikat baru!”

“Mak, Ina nak tidur ni.”

Demikianlah pada minggu pertama.

Bulan kedua begitu juga.

Bulan ketiga, Ina bertemu dengan Udin.

Daripada 30 sms sehari, Ina menghantar 30 hari sekali satu sms!

“Maaf mak, Ina sibuk kerja banyak shif,” kata Ina.

Sibuk dengan Udin, si buayafriend yang cinta dua bulan mereka berjaya memadamkan cinta dua puluh tahun emak Ina di kampung.

KISAH SUAMI

I kerja untuk you sayang!” kata suami sambil membawa pulang hadiah cincin belah rotan buat isterinya.

Semasa itu gajinya RM800 sebulan.

I kerja untuk you sayang!” ulang suami sambil membawa pulang cincin solitare buat isteri yang dikasihi.

Gaji sudah meningkat RM4000 sebulan.

I rasa nak buka cawangan barulah sayang!” kata suami membawa pulang ‘payung emas’ berupa surat izin untuk ditandatangani sang isteri.

Gaji ketika itu sudah RM10,000 sebulan.

Bukanlah poligami itu isunya.

Tetapi mengapa semasa bergaji RM800 sebulan, kerjanya untuk isteri, tetapi apabila gaji mencecah RM10,000, sudah bercadang mahu membuka cawangan?

BUKAN FIKSYEN

Kisah di atas bukan berdasarkan kejadian sebenar, tetapi banyak benarnya.

Tujuan awal lain, hala dituju kemudian lain pula.

Sesuai benar dengan pepatah Melayu yang menyebut, “lagi tinggi pokok yang dipanjat, lagi kuat angin yang menggoncang.”

Semua itu adalah terjemahan kepada kesan niat dalam perbuatan.

Bekerja kerana emak itu adalah bekerja atas satu tujuan yang berada di luar kita. Semakin jauh dan lama tujuan luar itu ditinggalkan, semakin pudar kesannya pada niat kita bekerja.

Bekerja kerana isteri itu adalah bekerja atas satu tujuan yang berada di luar kita. Semakin jauh dan lama tujuan luar itu ditinggalkan, bersaing pula dengan anasir luar yang semakin banyak di kejauhan perjalanan hidup, semakin pudar kesannya pada niat kita bekerja.

Bekerja kerana emak dan bekerja kerana isteri itu susah. Lebih susah kalau bekerja kerana slogan-slogan retorik, “demi agama, bangsa dan negara!”

KUASA NIAT

Itulah besarnya maksud pada pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentang NIAT:

“Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung kepada niat” [Al-Bukhari dan Muslim]

Niat bukan hanya soal menentukan dosa dan pahala di Akhirat.

Niat itu titik mula sebuah amal. Silap sedikit di titik mula, silap besar dan bertambah besar dengan pertambahan jarak dan masa.

Seperti sebuah pesawat yang sepatutnya terbang ke Jeddah, bisa sahaja di akhir perjalanan mendarat di Tel Aviv. Segalanya berpunca daripada tersasar beberapa darjah di permulaan kembara. Sikit-sikit lama-lama jadi penyakit. Kesilapan awal yang tidak diperbetulkan.

Allah mencipta manusia sebagai makhluk percaya. Dia akan bertindak mengikut apa yang dia percaya. Kepercayaan itu pula letaknya di dalam jiwa. Percaya di dalam, amal dan kerja di luar. Kerja luar adalah terjemahan kerja dalam. Betulkan dalam, eloklah luar. Justeru betulkan hati, tempat letak percaya diri.

Manusia adalah makhluk inside-out.

Tetapi manusia suka berniat dengan outside-in.

Kerana isteri, isteri tetap sengsara. Kerana bonda, bonda terus derita.

Sebab itu, hanya satu sahaja yang sejahtera diangkat menjadi percaya.

Bekerja kerana Allah.

Bekerja, niatnya biarlah kerana DIA, kerana Allah.

Kerana Allah, kita tidak lupa menjaga kebajikan bonda. Kerana Allah, kita sentiasa ingat keperluan isteri dan keluarga.

HIKMAH BISMILLAH

Bekerja kerana Allah itu sentiasa menjadi tujuan yang mengawal diri di sepanjang perjalanan mendaki kerjaya. Tidak keliru antara tujuan dan keperluan. Malah menjadikan tujuan, sebagai motivasi untuk memperbaiki keperluan.

Justeru kita diajar agar memulakan setiap satu perbuatan dengan membaca Bismillah.

“Setiap perkara penting yang tidak dimulakan padanya dengan Bismillah, maka perkara itu terputus” [Hadith riwayat Abu Daud, al-Nasaa'ie, Ibn Majah dan Ibn Hibban di dalam Sahihnya daripada Abu Hurairah]

Terputus daripada tujuan asal yang baik.

Terputus daripada Allah.

Seperti layang-layang terputus tali yang jatuhnya entah ke mana.

Itulah hikmah memulakan setiap pekerjaan dengan Bismillah.

Agar setiap kerja, kita kerjakan dengan sedar apakah tujuannya.

Bekerja kerana Allah, kerana Dia!

Bekal titik mula kita bersama…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

------------

Justeru,kita percaya kita akan berjaya.

Maka kita akan bekerja untuk melihat kita berjaya !

Namun apakah definisi berjaya kita sama dengan definisi yang telah Allah nyatakan dalam kalamNya?

Masa untuk memuhasabah diri kembali... dan kembali..

yang akan kembali padaNya nanti..


Rabu, April 21, 2010

UMMAH TALK : DUNIA SUDAH TUA

Assalamu'alaikum w.b.t

Semua dijemput hadir ke Usra Wida' (penutup) bagi sesi 2009/2010 pada
hari Khamis ini, 22 April 2010
bertempat di Sri Ruby, jam 8.45 malam.


Jemputan Gandingan Speaker yang Mantap iaitu:

Ustaz Mohd Najib bin Khasim (Penasihat IU & Lecturer FOSEE)

Dan

Mr. Abdul Halim bin Abdul Hamid (Lecturer FBL)

InsyaAllah, Saps Point & Jamuan Ringan akan disediakan,

serta

Door gifts special untuk yang hadir...




Ke arah membina

"MAHASISWA PEKA ISU SEMASA."



"Usrah Itu Keluarga"
Institusi Usrah 2009/2010,
Universiti Multimedia,
Kampus Melaka.

Rabu, April 14, 2010

"IU APPRECIATION DINNER" is back!!
[it's special for u ^_^]

Assalamualaikum w.b.t.





"IU APPRECIATION DINNER" is back!!
This appreciation night is specially organized by Usrah Institution for our members (family).

:: Kenduri Sekampus @ A Nite to Unite ::

Date : 18th April 2010 (Sunday)
Time : 8pm - 11.30 pm
Venue : D'PELICAN RESTAURANT AYER KEROH ( tasek area)
Ticket : RM 5 ONLY
Attire : SMART CASUAL
Theme : WHITE CHOCOLATE

**Do not forget! There will be lucky draws, door gifts and lots of delicious meal too.

**Good news for final year students (going to graduate), please submit your name, ID and I/C no as there will be special gifts for you.

**All are invited! Quick, submit your name to the persons in charge below!! (by this Friday)

Aitiqah - 0133066197
Suhailah - 0136431475
---------------------------------


--------------


Hadith yang diriwayatkan oleh Tarmidzi, Rasulullah bersabda :
"Di sekitar arsy ada menara-menara dari cahaya. di dalamnya ada org2 yang pakaiannya dari cahaya dan wajah2 mereka bercahaya. mereka bukan para nabi atau syuhada.

sahabat2 bertanya kepada Rasulullah,

"mereka adalah org2 yg saling mencintai kerana Allah,

saling bersahabat kerana Allah, dan saling mengunjungi kerana Allah"




Rabu, Mac 31, 2010

Siapa itu Al-Fateh?
Yuk! Akademi Al-Fateh menanti kehadiran anda ;)

Yang mengujakan,
yang membuatkan saya kagum mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya ialah..


Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam.

Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,

“Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!
”.

Tiada seorang pun yang duduk
, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. [Subhanallah!]


Baginda bertanya lagi,

“Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi,

“Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”.

Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri.

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu,

Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh .

Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali.

Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

[Saat ini, baru Soalan pertama.. mungkin sudah ramai tidak lepas]
tidak perlu melihat orang jauh,
lihat sahaja orang yang berdiri dihadapan cermin itu sendiri...

Allahu Akhbar..
(dgn nada penuh rasa malu)

itu reaksi pertama saya bila membaca kisahnya...

--------------------

























Mencari
Spirit Yang Hilang !
Terbuka kepada seluruh mahasiswa Multimedia University
IU, UPG, SRM, I-Smart, Silat Gayung, Silat Cekak, PBMKM, Outrech, dll.
Dakwah kami bukan dakwah ekslusif, tapi dakwah kami untuk semua.
Tiada sebarang syarat diletakkan.
Kita semua sama, asalnya kita dari tanah dan akan kembali ke tanah.

2 - 4 April 2010
Kem Gunung Ledang

Fikir-fikirkan apa yang baik untuk iman anda, bukan nafsu..
Selamat berfikir,
Selamat datang ke Akademi Al-Fateh,
Mencetak kader dahsyat full manfaat.
Ayuh, melejit !

------------

Dari perspektif : Ustaz Muhammad Fauzi



Lakaran sultan Muhammad al-Fateh



HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.

_________________________________________________________

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.




Guru al-Fateh berserban putih di sebelah kuda

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican




Rantai yang merentangi Teluk Horn



Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.



Inilah rantai yang digunakan



Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.






Kapal merentasi gunung - laluan coklat di belakang sebelah kanan



Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin




al-Fateh sebagi pemimpin yang berkarisma dan berwibawa



Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.




Rabu, Mac 10, 2010

SIMPOSIUM MAHASISWA 2010 [Jom Join ;) ]



Assalamualaikum, Insya Allah Institusi Usrah 09/10 akan membawakan

”SIMPOSIUM MAHASISWA 2010

yang bertemakan

Transformasi Gagasan Kepimpinan Mahasiswa”.

Kami berbesar hati

menjemput SEMUA pelajar Multimedia University Melaka

& Cyberjaya ke program ini.

Almarhum Bapak Mohammad Natsir (mantan Perdana Menteri Indonesia) pernah mengatakan,

” Tidak ada percetakan yang bisa mencetak pemimpin”.

Menurut Natsir lagi, pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas di kancah geladangan ummah, muncul di tengah-tengah pergumulan masalah, menonjol dari kalangan rakan-rakan seangkatannya, lalu diterima dan didukung oleh umat”.

Justeru itu, kertas kerja ini akan memperlihatkan bagaimana kepimpinan mahasiswa di kampus harus diperkasakan dalam melahirkan golongan intelektual yang akan menjadi harapan ummah pada masa akan datang. Tambahan pula, kebanyakan mahasiswa tidak mampu mendepani ledakan arus globalisasi yang kian menghimpit struktur masyarakat kini. Harus diingat, gerakan mahasiswa merupakan suatu kuasa yang harus diambil perhatian kerana ia mempunyai sejarah yang tersendiri. Maka tidak hairanlah pemimpin dari peringkat Negara sehinggalah di peringkat masyarakat lahir daripada mantan pimpinan kampus pada era 70an dulu.

Butiran:

Program : Simposium Mahasiswa

Tema : ‘Transformasi Gagasan Kepimpinan Mahasiswa’

Tarikh : 20 Mac 2010 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang

Tempat : Central Lecture Complex(CLC 0002),MMU

Yuran : RM 10

Deposit : RM 5

Pelbagai slot yang menarik bakal menanti anda!Pastinya akan memberikan implikasi yang hebat dan satu momentum baru kepada diri anda, organisasi anda serta University Multimedia.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Nik Muhammad Amin bin Nik Muhammad Kamil (Koordinator)

Tel : 013-6285901

E-mail : zuhud_life@yahoo. com

Nadiah binti Mokri ( Ketua unit Pemasaran)

Tel : 013-7105292

Email : bikrunsolehah_ 91@yahoo. com

Sekian Terima Kasih

"We are here not to judge, but to share"

Usrah Institution 0910
Multimedia University
Melaka Campus.

ps: Alhamdulillah.. laptop sudah kembali sihat... :)