|
Jika ditanya siapa aku?
Akulah mukmin yang akan hidup sebagai mukmin.
Ana Faqir, Hamba, Khalifah juga Insan..
~ Manusia mengawal pena dan menyusun kata-kata, agar ia menjadi catatan terbaik untuk dipersembahkan kepada Khaliqnya~
[With so many paint colours to choose from, it can be hard to pick the right one for your life.]
Life is the sum of your choices.
— Albert Camus
Rabu, Jun 23, 2010
Ahad, Jun 20, 2010
2 Thumbs Up! : We're Brothers & Sisters
We are brothers, we are sisters
Facing one qiblah
We should feel for one another
Share the tears and joy ,in this small world we share
We are brothers and sisters, help the world together
Alif ba and Ta we learn the al Quran together
Allahu Akbar we raise our hand takbir together
No matter how smart we are, the earth is just a tiny space
Born like white cloth, cloth then dyed with sins and deeds.
We are brothers, we are sisters
Facing one qiblah
We should feel for one another
Share the tears and joy ,in this small world we share
We are brothers and sisters, help the world together
We are brothers, we are sisters
Facing one qiblah
We should feel for one another
Share the fear and hope, in this small world we share
We are brothers and sisters, lend your hand together
We are brothers and sisters, help the world together
We are brothers and sisters, lend your hand together
--------------------------------

Product Description
“We’re Brothers and Sisters”
Terbitan : Genius Aulad EdutainmentGenius Aulad Edutainment, sebuah anak syarikat kepada Genius Aulad Learning Consultancy Sdn Bhd yang mempunyai hampir 90 orang kakitangan di 8 buah premisnya, adalah komited dalam usahanya untuk pendidikan berkualiti dan penuh kreativiti kepada kanak-kanak melalui pelbagai pendekatan :- Prasekolah - Produksi audio dan video- Penerbitan bahan bacaan
Album “We’re Brothers and Sisters” ini adalah merupakan projek terbaru Genius Aulad yang mensasarkan golongan kanak-kanak , awal remaja dan seisi keluarga. Album ini mendapat usahasama Islamic Relief Worldwide dan Islamic Relief Malaysia dalam mempromosikan keamanan seluruh dunia.
Objektif:.Genius Aulad telah melibatkan diri dalam pelbagai pendidikan kreatif kanak-kanak sejak 10 tahun lalu dan kini tiba masanya untuk berkongsi kreativiti tersebut bersama lingkungan yang lebih luas, kanak-kanak dari seluruh dunia.
Pelancaran:Pengumuman pelancaran dibuat pada 16Mei 2010 di majlis Musical Showcase oleh kanak-kanak yang menyanyikan lagu-lagu dari album tersebut . Pelancaran pula dibuat pada 28 Mei 2010 di Perth,Australia bersempena dengan International Children’s Day yang disambut pada 1 Jun setiap tahun.
Pengedar:Raihan Records – Pengedar Eksklusif. Pengedar Utama - Warner Music dan Wahyu Suci.
Format:Cakera Padat, Muat Turun Digital
Penerbit:Puan Zaliza Alias, Genius Aulad Edutainment.
Penerbit Album:Mohd Nazri Mohd Yusoff
Konsep : `WORLD Nasyid’ `World Nasyeed’ yang dibawakan sepenuhnya oleh kanak-kanak buat pertama kalinya di Malaysia. Penggunaan suara dan `percussions’ dalam irama genre terbaru yang menyeronokkan .Sepenuhnya di dalam Bahasa Inggeris. Berkonsepkan kombinasi dari pelbagai resipi Antarabangsa . Walaupun dinyanyikan oleh kanak-kanak, konsep yang dibawa didalam album ini adalah begitu kontemporari dan begitu sesuai untuk selera seisi keluarga!
Tempoh Rakaman :Album ini mengambil masa perlahan-lahan hampir dua tahun untuk disiapkan. Ianya disiapkan secara sambilan sepanjang hampir dua tahun; cuma dilihat sekali-sekala apabila ada masa terluang terutamanya waktu cuti sekolah .
Penyanyi: GENIUS AULAD Talents feat RAIHAN.
Di sebalik kemunculan mereka yang `low profile’ , GENIUS AULAD Talents, adalah sebenarnya kanak-kanak yang begitu aktif dalam pelbagai penglibatan kreatif . Antara lain, mereka pernah memenangi Top Winner di NTV7 Grand Children Theatre Festival 2006, bakat-bakat di dalam VCD Happy To Solat , sketsa Doa Berbuka Puasa tahun 2008 di TV3 di samping pelbagai persembahan teater . Dan yang paling penting adalah akhlak dan kecemerlangan akademik mereka.
RAIHANRAIHAN adalah kumpulan nasyid yang telah memenagi pelbagai anugerah selama hampir 15 tahun. Mereka telah menjelajah keserata dunia menyampaikan mesej keamanan kepada pelbagai negara dan agama. Dianggotai oleh empat orang ahli; Abu Bakar, Amran , Zulfadli dan diketuai oleh Che Amran.
Ahad, Jun 13, 2010
PERMULAAN JALAN HIDAYAH...
Bidayatul Hidayah
Terjemahan: Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam
{Keterangan lagi? Klik Sini }
KITAB BIYADATUL HIDAYAH
(PERMULAAN JALAN HIDAYAH)
OLEH AL-IMAM HUJJATUL ISLAM AL GHAZALI R.A.
.Part 1.
Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihani. Segala puji bagi Allah sebenar benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik baik makhlukNYA, penghulu kita Nabi Muhammad S.A.W. dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.
Ketahuilah
~ Wahai saudaraku yang sangat berminat dan mempunyai perhatian dalam mencari ilmu, yang telah menunjukkan cita-cita yang tinggi dan rasa sangat dahaga terhadap ilmu pengetahuan
~ Seandainya engkau berniat dengan mencari ilmu ini untuk berlumba lumba dan mendapatkan kemegahan dan terkemuka dikalangan kawan kawan dan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan akan kekayaan dunia,
maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dan menjual akhiratmu untuk mendapatkan harta dunia, maka penjualanmu adalah rugi dan perniagaanmu porak-peranda dan guru yang mengajarmu adalah dikira menolongmu dalam membuat maksiat dan ia juga akan merasakan kerugian.
Ketika ini guru yang mengajarmu itu laksana seorang menjual pedang kepada perompak seperti sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud,"Siapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun hanya dengan setengah kalimah maka orang itu dikira berkongsi di dalam melakukan maksiat tersebut."
Dan jikalau niatmu didalam mencari ilmu itu untuk mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah, bukan semata mata untuk pandai bercakap maka hendaklah engkau bergembira, kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan (menuju tempat belajar) dan ikan yang ada di dalam laut semuanya meminta ampun bagimu ketika engkau berjalan.
Tetapi sebelum itu hendaklah engkau ketahui bahawa hidayah itu adalah buah daripada ilmu dan bagi hidayah itu ada "bidayah" (permulaan) dan ada pula "nihayah" (kesudahan) dan ada "zahir" dan ada pula "batinnya" dan engkau tidak akan sampai kepada "nihayatul hidayah" dan engkau tidak akan dapat menyelami "batin hidayah" kecuali setelah engkau selesai daripada menyempurnakan segala urusan yang berkenaan dengan "zahir hidayah" itu.
Di dalam kitab ini saya akan sebutkan "Bidayatul Hidayah" (permulaan jalan menuju hidayah) supaya engkau cuba mengamalkannya pada dirimu dan supaya engkau dapat menguji hatimu. Seandainya engkau dapati hatimu cenderung kepadanya dan nafsumu mahu mengikuti arahannya dan dia dapat memberikan perhatian yang sewajarnya, maka nanti engkau akan sampai kepada "nihayatul hidayah" hingga engkau mampu mengharungi lautan ilmu yang luas itu. Tetapi jikalau engkau mendapati hatimu tidak memberi perhatian kepadanya dan nafsumu suka berlambat lambat dalam melaksanakan perintahnya maka ketahuilah bahawa kecenderunganmu dalam menuntut ilmu sebenarnya hanya tunduk kepada perintah syaitan yang terkutuk yang mahu menipu engkau dengan bermacam macam tipu helahnya. Sehingga engkau akan terjerumus ke dalam jurang kecelakaan.
Syaitan sebenarnya bermaksud supaya engkau melakukan kejahatan pada hal engkau mengira bahawa engkau telah berbuat kebaikan. Maka dengan itu syaitan telah berjaya memperdayakan engkau dan ia telah berjaya mengumpulkan engkau bersama sama dengan golongan yang disebutkan dalam ayat yang bermaksud,"Katakanlah ~ Wahai Muhammad! Mahukah kamu aku khabarkan dengan orang yang sebenarnya mendapat kerugian di dalam usaha mereka. Iaitu orang yang telah mensia-siakan perbuatan mereka dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat baik." (Surah Al Kahfi, ayat 103-104)
Ketika itu syaitan sangat pandai mengajar engkau akan kelebihan ilmu dan darjat para ulama' dan ia mengajar engkau beberapa kelebihan mencari ilmu yang telah disebut di dalam hadis dan juga perkataan ulama', sedangkan syaitan dengan sengaja melupakan engkau daripada seumpama sabdaan Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Siapa yang bertambah ilmunya sedangkan hidayahnya (amalannya) tidak bertambah, maka ia hanya bertambah jauh daripada rahmat Allah."
Dan syaitan juga melupakan engkau daripada sabda Baginda S.A.W. yang bermaksud:"Orang yang paling dahsyat siksaannya pada hari kiamat nanti ialah orang yang alim yang tidak memberi manfaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya."
Pada hal Rasulullah S.A.W. selalu berdoa (dengan mengajarkan kepada umatnya) dengan doa yang bermaksud:"Ya Allah, aku berlindung dengan engkau daripada ilmu yang tidak memberi manfaat dan daripada hati yang tidak khusyuk dan daripada amalan yang tidak diangkat (tidak diterima) dan daripada doa yang tidak didengar (tidak dimakbulkan)."
Dan syaitan juga melupakan engkau daripada sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:"Aku melalui pada malam aku diisrakkan dengan kaum yang dipotong lidah mereka dengan gunting daripada api. Maka aku bertanya: Siapakah kamu ini? Mereka menjawab: Kami adalah orang yang suka menyuruh orang lain berbuat kebaikan tetapi kami tidak melakukannya dan kami suka melarang orang lain meninggalkan kejahatan tetapi kami mengerjakannya."
| The image failed to load. |
Selasa, Jun 08, 2010
T r a n q u i l i t y ~
~ T r a n q u i l i t y ~
Mencari sakinah dalam ramai..
mungkinkah kan bertemu?
Sekali lagi..
hati diuji dengan persoalan yang sama..
untuk kali yang tidak pasti keberapa..
walaupun
sebenarnya saya tidak suka untuk memikirkannya..
namun hati..
terkadang tewas juga
kerana lemah imannya..
Hati insan..
Ingin sahaja terus mengetahui jawapan sebenarnya..
[meskipun saya tidak pasti adakah saya mampu & bersedia untuk menerima jawapan sebenarnya..]
Justeru..
saya yakin..
pasti ada hikmah disebalik
perjalanan yang panjang ini..
ada tarbiyyah(didikan) bernilai dari Rabb..
sebelum saya menemui jawapan sebenarnya..
inilah saya..
hamba..
lemah..
memerlukan Mu setiap masa...
----------------




"Hai jiwa yang tenang.."
Khamis, April 29, 2010
Kenapa awak tak minum milo?
dan makan Mc D?
Ia harus Istiqamah..
perlu mujahadah.. ;)
Betul tak bagi awak?
----------------







Saya berusaha menjadi ‘saya‘ !
Rujukan lebih lanjut untuk barangan boikot:
http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html
------------


---------------------
Bunch of credits to : This novaadila
Kenalan di alam maya dari KYUEM lagi.. ^_^
Musolla Community
-----------
Selamat berimtihan buat semua sahabat2 di MMU..
Untuk saya,
Selamat berusaha lebih baik & disiplin lagi..
STUDY SMART & HARD !
[ Niat refresh selalu.. agar study menjadi ibadah]
Pesanan Abi selalu menjadi reminder diri..
" kembalilah islahkan dirimu dengan ilmu,
simbahi hatimu dengan munajat dan muroqobah (merasakan diri sentiasa berada di bawah kawalan Allah sama ada ketika sembunyi mahupun terang terangan),
tekan nafsumu dengan ibadah,
tambahi waktu mu dengan Allah Azza wa Jalla di malam hari,
nescaya kecekalan, keutuhan dan keperkasaan peribadimu sebagai da'ie mujahid akan terserlah kembali di persada jihad...”
----
Ahad, April 25, 2010
Poetry of Forty Hadith
Subhanallah. Alhamdulillah..^_^
Hard to memorize all the Forty Hadith of An-Nawawi’s? Alhamdulillah, found this poetry of Forty Hadith recited by Brother Ammar Alshukry; simple yet straight to the point. Subhanallah.
Here are the words to the poem:
1 Know that all actions are by intentions
2 And the deen was taught by angelic interventions
3 Islam is built on five pillars of might
4 And the angels in our mother’s wombs did write
5 The deen rejects all types of innovation
6 And the heart is the limbs temptation or salvation
7 The religion is based all on advice sincere
8 And the sanctity of a Muslims blood is severe
9 We don’t ask about that which is obscure
10 And Allah only accepts that which is pure
11 We leave things that are doubtful and suspect
12 And things that don’t concern us, we don’t inspect
13 And to love for you, what I would love for me
14 And blood to never be spilt, except for three
15 And to speak only good, if not, then refrain
16 Anger is from the heat of hell, avoid its flames
17 Everything is to be done in an excellent fashion
18 Fear Allah everywhere, treat people with compassion
19 Everything that happens is only by Allahs permission
20 Hayaa was forever written, as every prophets vision
21 Believe in Allah and be steadfast
22 Perform halal, avoid haram, pray, and fast
23 Purification is equal to one half of our Iman,
24 And oppression was forbidden to Allah and man,
25 Everyone has something they can give in charity
26 Even picking up litter, a selfless rarity
27 sin is what makes your heart feel resistance and unease
28 Upon us is the Sunnah, in times of difference and disease
29 The tongue is the most common catalyst to the fire
30 About those things kept silent, we should not inquire
31 Show indifference to the world, you shall be of the Zuhaad,
32 There’s no initiating harm, or reciprocating harm to add,
33 Evidence is to be brought forth by the accuser,
34 And who sees munkar, must be its remover
35 Be the servents of Allah, all together as brothers
36 Allah is in your service, so long as you are for each other
37 And every good deed Allah takes and multiplies
38 And He is for His awliya, their hearing, hands and eyes
39 He has forgiven us duress, mistakes and what we forget
40 We are strangers in this world, don’t settle just yet
41 Perfection occurs, when passions fall in line with the Divine
42 And Allah will forgive all sins, and He will not mind
-Baca Dari Alia.tumblr -----------
Klik disini untuk
Hadis 40
- Imam An-Nawawi -
( tapi ia adalah ringkasan penjelasan, buku lebih panjang penerangannya)
Hadith tentang NIAT,Hadith pertama ...-------------------
- Malas itu adalah nafsu yang tidak terdidik..
didiklah ia-
