Khamis, April 03, 2014

Pesanan si Syahid.. Imam Hassan Al-Banna

dan pesanan ini bukan sekadar copy-paste!

Insha Allah usaha untuk amalkan.


10 Pesanan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna



1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.


2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah k e majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.



3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam


4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang yangnyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang


8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang


10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya........


Khamis, Mac 27, 2014

Wajah yang tidak melemahkan

Hari ini 22 Mac merupakan ulang tahun ke 10 kematian Syeikh Ahmad Yasin Rahimahullah yang ditembak oleh helikopter Apache milik Israel sekembalinya dari menunaikan solat Subuh pada pagi 22 Mac 2004.

Berkata Syeikh Yusuf Al-Qaradawi : Darah Syekh Yasin tak akan tumpah percuma. Bahkan ia akan menjadi api dan laknat bagi Israel. Kesyahidan Syekh Yasin tidak akan melemahkan penentangan seperti yang diharapkan Israel.

Semoga Allah menjadikan kematian kita semulia-mulia kematian sebagaimana matinya para syuhada.

Rabu, Januari 29, 2014

sebak dengan cita

Datang sebak bila mendengarkan lagu ini,
lagi-lagi di office dan sedang closing date.

"Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga"

[9:52]

bila cita itu perlukan cinta ~

Isnin, September 23, 2013

Doa2



Sumber: Hisnul Muslim, al Qahtaniy

أَسْتَغْفِرُ الله (ثلاثا) اللّهُـمَّ أَنْـتَ السَّلامُ ، وَمِـنْكَ السَّلام ، تَبارَكْتَ يا ذا الجَـلالِ وَالإِكْـرام
. "Aku memohon keampunan Allah" (3 kali). "Ya Allah! Engkaulah Al-Salam(yang memiliki kesejahteraan), daripada Engkau kesejahteraan itu. Maha Suci Engkau, wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kemuliaan" -Riwayat Muslim 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا

Doa dan Zikir ]


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى
Maksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu petunjuk, takwa,
diri yang terjaga dan kekayaan.”
(HR. Muslim, no. 6842)


1- {رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ} [الأعراف 23]. 
Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.


4- {رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ}
{وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ} [البقرة 127، 128]. Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
Terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani

5- {رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء} [إبراهيم 40]. Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

6- {رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ} [إبراهيم 41]. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan


"Allahumma fakkihna  fiddin, waallimna takwil"
Bermaksud:|
" Ya Allah berilah kepadaku kefahaman tentang agama dan ajarilah kepada kami tafsiran berkaitan dengan agama tersebut".


Doa memperelokkan amalan
 اللهُمَّ أَعِنِي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
”Ya Allah! Bantulah aku untuk mengingati Mu,
bersyukur kepada Mu dan beribadat dengan baik kepada Mu.
(Riwayat Abu Daud dan Al-Nasa’i)
 

 

قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم
 كَانَ مِنْ دُعَاءِ دَاوُدَ يَقُولُ
 اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ
وَالْعَمَلَ الَّذِى يُبَلِّغُنِى حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَىَّ مِنْ نَفْسِى
 وَأَهْلِى وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ.
 قَالَ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
 إِذَا ذَكَرَ دَاوُدَ يُحَدِّثُ عَنْهُ قَالَ  كَانَ أَعْبَدَ الْبَشَرِ .
 

Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)


Doa Memohon Kesenangan Hidup

اللَّهُّمَ اَصْلِحْ لِي فِي دِينِى الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي
وَاَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي 
وَاَصْلِحْ لِي آخِرَاتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي 
وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِّي فِي كُلِّ خَيْرٍ 
وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ

Ya Allah perelokkanlan agamaku yang menjadi punca segala urusanku,
perelokkanlan duniaku yang menjadi tempat kehidupanku,
dan perelokkanlah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku nanti,
Jadikanlah hidupku ini sebagai bekalan segala kebaikkan 
serta jadikanlah mati itu sebagai penghapus segala keburukan bagiku.

lmam Muslim dam Al-Turmudzî, dari Abû Hurairah


 
 رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Al Baqarah : 127
Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Doa Nabi Ibrahim A.S.


 
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

Al Imran : 8
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya

 
 
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ
 وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي 
فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu,
 dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, 
maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim
 Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722; Sunan Al-Baihaqi, 5/97;
 Musnad Ahmad, 2/403; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30; Sohih

Sabtu, September 21, 2013

Rabia untuk Mesir



Info semasa mengenai Mesir (Bahasa Melayu)








Saudaraku... Engkau adalah Merdeka [اخي انت حر]





Prihatin Mesir | Gaza
Setelah berlaku rampasan kuasa, pemerintah Mesir menutup pintu Rafah yang dibuka 24 jam pada zaman Mursi. Rafah merupakan satu-satunya pintu masuk bantuan dari masyarakat dunia kepada penduduk Gaza. 

Tidak cukup dengan menutup pintu Rafah, kerajaan haram Mesir memusnahkan terowong-terowong bawah tanah yang menghubung Gaza dan Mesir. Rakyat Mesir yang tinggal berhampiran sempadan Gaza dihalau dan rumah mereka dirobohkan.

Kini Gaza kembali tersepit dari semua arah, segala bantuan disekat. Gaza ibarat penjara terbesar di dunia. Israel ternyata bergembira dengan apa yang berlaku.

Israel tidak perlu berusaha keras, cukup sekadar mengarahkan anjing mereka bernama As-sisi untuk menyiksa penduduk Gaza.

#prihatinmesir


Video kurang 4 minit yang menyentuh hati :-

Kami akan kekal di sini ...
"Tidak ada apa yang dapat mengalahkan orang yang mencintai kematian"
"Nafas kebenaran lebih panjang daripada nafas kebatilan"
"Mereka menyangka kami akan bosan, namun Alhamdulillah nafas kami masih panjang"



Usaha kita

Doa dan terus berdoa.
Sebarkan info terkini mengenai Mesir.

Doa Qunut NAZILAH


Untuk mudah menghafal bacaan dan maksud :-


Dan ini AS-SISI ,
Ketua Tentera yang kejam membunuh !


Photo: ‎Prihatin Mesir |  SISI PENGKHIANAT

Beliau pernah bersumpah atas nama Allah akan taat setia kepada presiden yang dipilih rakyat dan perlembagaan negara, akhirnya beliau khianati sumpah tersebut.

Pada hari ini beliau membunuh rakyat sendiri dan menjual Negara kepada musuh, yang beroleh manfaat adalah Negara haram Israel. Rampasan kuasa adalah pelaksanaan rancangan Israel melalui Sisi. 

Orang yang khianati sumpah atas nama Allah…adakah beliau akan selamat?

Sumber : حزب الحرية و العدالة - الصفحة الرسمية‎

Prihatin Mesir | SISI PENGKHIANAT

Beliau pernah bersumpah atas nama Allah akan taat setia kepada presiden yang dipilih rakyat dan perlembagaan negara, akhirnya beliau khianati sumpah tersebut.


Pada hari ini beliau membunuh rakyat sendiri dan menjual Negara kepada musuh, yang beroleh manfaat adalah Negara haram Israel. Rampasan kuasa adalah pelaksanaan rancangan Israel melalui Sisi.


Orang yang khianati sumpah atas nama Allah…adakah beliau akan selamat?

Sumber : حزب الحرية و العدالة - الصفحة الرسمية



Dan ini pula kisah di Syiria... 






share if u care.



these all REAL pictures. Be real..


Tambahan :

Pengantin R4BIA anti-kudeta.

Sumber : Remember Rabaa
#mesirkini
#R4BIA


juga di medan bola

Selasa, September 17, 2013

Etiquettes of Speaking =)





More to know : read here 





Etiquette of Speaking With non-Mahram

Praise be to Allah.
In brief, what the scholars have said about women’s voices is that they are not ‘Awrah in and of themselves, and there is nothing wrong with listening to them when there is a need to do so, so they do not forbid listening to them, but certain conditions apply, as follows:
The woman should speak without elongating the words, making her voice soft, or raising her voice. It is Haram for a man to listen with enjoyment, for fear of Fitnah (temptation). The decisive factor for knowing what is Haram in the matter of women’s speaking is what is included in the ayah (interpretation of the meaning):
“O wives of the Prophet! You are not like any other women. If you keep your duty (to Allah), then be not soft in speech, lest he in whose heart is a disease (of hypocrisy, or evil desire for adultery, etc.) should be moved with desire, but speak in an honorable manner. ” [Noble Quran 33:32]
What is forbidden is being too soft in speech. It is obligatory for women to speak in an honorable manner, which means, that they should not make their voices soft when addressing men.
In conclusion, what is required of the Muslim woman when she speaks to a non-Mahram man is that she should adhere to what is mentioned in this Ayah.
1) She should refrain from what is forbidden and should fulfill her duties.
2) She should speak only when necessary, and only about matters that are permissible and honorable, not evil.
3) Between a woman and a non-Mahram man there should be no intonation, gestures, chat, joking, flirting or playful talk, so that there will be no room for provocation of desires and doubts.
4) Women are not prevented from talking to non-Mahram men when it is necessary to do so, such as dealing directly with them when buying things or conducting any other financial transaction, because in such cases it is necessary for both parties to speak.
5) A woman may also ask a scholar about some legal Islamic matter, or a man may ask a woman such questions, as is proven in various texts of the Quran and Sunnah.
Within the guidelines described above, there is nothing wrong with a woman speaking to a non-Mahram man. It is also permissible for men to greet women with Salam and vice versa, according to the most correct opinion, but this greeting must be free of anything that may provoke desire in the person in whose heart is a disease, so as to be safe from Fitnah and pay attention to the regulations outlined above.
If there is fear of Fitnah being provoked by this greeting, then the woman should refrain from either initiating or returning the greeting, because warding off Fitnah by neglecting the greeting is warding off mischief, and warding off mischief takes precedence over doing something useful. (See al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah by ‘Abd al-Karim Zaydan, vol 3/276).
And Allah knows best.
Sheikh Muhammad Salih Al-Munajjid