Our parents, our fathers and mothers.
Jika ditanya siapa aku?
Akulah mukmin yang akan hidup sebagai mukmin.
Ana Faqir, Hamba, Khalifah juga Insan..
~ Manusia mengawal pena dan menyusun kata-kata, agar ia menjadi catatan terbaik untuk dipersembahkan kepada Khaliqnya~
[With so many paint colours to choose from, it can be hard to pick the right one for your life.]
Life is the sum of your choices.
— Albert Camus
Isnin, Oktober 05, 2015
Lovely Du'a for parents / Doa Terindah Untuk Ibu Bapa Kita
Our parents, our fathers and mothers.
Ahad, Mei 24, 2015
The 'REAL SUPERMAN"
So instead posting it at Fb, I decided to post it here.. hihi..

WHILE visiting one of my daughters at her hostel in UIAM
Kuantan, I noticed 'these beautiful phrases' written on its noticeboard.It was narrated from Abu Hurairah that the Messenger of Allah s.a.w. said:
The point here is that 'great individual' or 'superman' if
you wish to call him so, is a person who could control himself of his desires
including his 'nafsu' (nafs). The 'ustaz' went on to elaborate by giving a
simple example regarding the taking of food by an individual. He said when the
food is delicious and our appetite good, then we could finish off plates after
plates of the food and nobody could stop us.Rabu, Oktober 01, 2014
Untuk adik bongsu kami
Jika ditanya pada ku,
kakak sulung mu..
apa istimewanya kamu ?
Akan ku dahulukan dengan senyuman ..
dan ku jawab ; dia PELENGKAP keluarga kami ..
dan senyuman ku akan terus melebar..
sambil terbayang pelbagai keletahnya..
Dan ku sambung terus jawapan ku..
dengan yakin aku gelarkan dia "PENCERIA" keluarga kami
Sejak dari kecil,
dia selalu berjaya buat kami tersenyum..
dari segi keletah dan akhlaknya..
Kadang suasana tegang menyapa..
InshaAllah, Tak mengapa! Super ceria kami ada ^_^
Meski kadang gara-gara dia juga keadaan menjadi tegang.. :D
Namun suasana itu bukanlah berterusan..
dengan merendah diri, dia meminta maaf..
Berjaya lagi dia buatkan kami tersenyum!
Dan terus..
dia selalu berjaya buat kami tersenyum..
dengan pencapaiannya yang selalu kami gelarkan "advance"
dari segi pemikirannya..
dari segi soalannya..
selalu sahaja menjadikan kami tertanya kembali.. ? hihi
dan tak mengapa..
soalannya ada kewajaran untuk dijawab..
dan selalunya aku akan berusaha berikan jawapan,
meski sebenarnya.. itulah jawapan "cuba-jaya" ku
dan jika tidak berjaya..
aku minta "masa tambahan" ..
perlu dirujuk pada yang lebih berilmu..
dan Alhamdulillah, dia seorang yang bertimbang rasa,
dia bersetuju, tanpa respon balas mengejek ku..
dia percaya aku akan berusaha mendapatkan jawapan itu.
dia percaya ada jawapan bagi setiap soalannya :D
Ya, Berjaya lagi dia buatkan kami tersenyum!
Dan terus..
dia berjaya buat kami tersenyum..
dari segi pencapaian akademiknya..
Yang selalu menjadi "kejutan" buat kami..
dan bagi ku yang dapat juga melihat usahanya , meski tak selalu..
ku lafazkan
"Alhamdulillah, rezeki yang layak untuknya"
dan selalu kepercayaan ku padanya ; ada.
atau jika tidak..
aku ajarkan caranya bagaimana untuk mendapatkan kepercayaan ku,
agar kembali.. aku percaya padanya
Atas sebab ku kenal dia sejak lahirnya..
dan Alhamdulillah.. tidak mengurangkan nikmat ku sekeluarga..
bahkan mengindahkan hari-hari kami sekeluarga..
Ya,
dia berjaya lagi dia buatkan aku tersenyum!
Tersenyum pada kurnian Allah,
Alhamdulillah..
yang unik , yang berbeza..
yang ada pada kami sekeluarga..
Hari ini..
apabila dia meningkat dewasa,
dan jika ditanya pada ku,
"Mungkinkah senyuman itu akan terukir pada wajah ku.. ?"
InshaAllah ya! Akan ku dahulukan dengan senyuman ..
dan ku jawab ; dia PELUANG keluarga kami..
Jika ada keletahnya tak seindah yang kami harapkan..
(Salahnya juga.. sebab dari kecil selalu buat kami gembira.. hingga harapan kami padanya selalu terbina.hihi )
Adalah tidak adil untuk aku bersedih atau kecewa,
kerana aku yakin...
dia sedang dalam prosesnya untuk membuatkan kami lebih tersenyum.. ^-^
dia sedang melalui proses sukarnya ..
dalam memberikan "kejutan gembira" pada kami..
dia sedang memberikan kami masa,
untuk membantunya agar dapat menjawab persoalan-persoalan dalam hidupnya..
maka
Untuk itu adik,
Senyumlah pada kehidupan mu.
Senyumlah pada yang memberi kehidupan ini.
Dia tak pernah berikan yang terburuk untuk mu.
Selalu baik-baik sahaja.
Ia kehidupan Hadiah Allah buat mu :)
Engkau hadiah Allah pada kami sekeluarga.
Baik-baik dik lalui kehidupan ini.
Lalui titian sabar dan syukur
Ada jalan istiqamah yang perlu kau tempuh
Dan itu juga jalan yang sama untuk kakak mu lalui..
InshaAllah, sama-sama kita usaha!
Jom! :)
Khamis, April 03, 2014
Pesanan si Syahid.. Imam Hassan Al-Banna
dan pesanan ini bukan sekadar copy-paste!
Insha Allah usaha untuk amalkan.
10 Pesanan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah k e majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam
4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram
6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang yangnyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang
8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya........
Khamis, Mac 27, 2014
Wajah yang tidak melemahkan
Hari ini 22 Mac merupakan ulang tahun ke 10 kematian Syeikh Ahmad Yasin Rahimahullah yang ditembak oleh helikopter Apache milik Israel sekembalinya dari menunaikan solat Subuh pada pagi 22 Mac 2004.
Berkata Syeikh Yusuf Al-Qaradawi : Darah Syekh Yasin tak akan tumpah percuma. Bahkan ia akan menjadi api dan laknat bagi Israel. Kesyahidan Syekh Yasin tidak akan melemahkan penentangan seperti yang diharapkan Israel.
Semoga Allah menjadikan kematian kita semulia-mulia kematian sebagaimana matinya para syuhada.
Rabu, Januari 29, 2014
sebak dengan cita
lagi-lagi di office dan sedang closing date.
"Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga"
[9:52]
bila cita itu perlukan cinta ~




