Jika ditanya siapa aku?
Akulah mukmin yang akan hidup sebagai mukmin.
Ana Faqir, Hamba, Khalifah juga Insan..
~ Manusia mengawal pena dan menyusun kata-kata, agar ia menjadi catatan terbaik untuk dipersembahkan kepada Khaliqnya~
[With so many paint colours to choose from, it can be hard to pick the right one for your life.]
Life is the sum of your choices.
— Albert Camus
Isnin, Ogos 15, 2016
Dikelilingi dengan Ummi-Ummi
Ini gambar terkini, (beza hanya 2 hari dengan hari diambil gambar..)
Gambar terkini saya dengan sahabat-sahabat seusrah sewaktu di kampus ..
sekarang pun.. kami hadir ke usrah juga.. InshaAllah..
cuma dah pelbagai tempat ..
dah tak car pool naik TAN atau AEQ.. hehe...
ya, Alhamdulillah.. sangat mengembirkan bila dapat berkumpul dan bertemu ramai-ramai... ^_^
Gambar ini bermakna buat saya,
meski saya tampil berbeza dengan sahabat-sahabat yang lain..
Spot the difference.. hehe..
All-except me..
Alhamdulillah with their babies.. ^_^
from left side :
Me with me ~ :p
Q.Ain with Sweet little Hana Qaisara
Kak Zini with Innocent Nawfal
Kak Sab with Lovely Qudwah Hasanah a.k.a Sakinah
Kak Aina with Smart Alif
Izzati with Good boy Nu'man
Let me share some words.
As these consider as reminder for me too.... :D
When all your friends are getting married and getting children..
As single muslimah lady, the best thing to do is to learn from them..and offer them help if they need.
That's the way to do good deeds..
That's actually extra opportunity to do good deeds given by Allah.. :)
To gain Allah's loves and mardhatillah.. :)
I'm feel release and thankful , now I understand that the question of
"Why, you are not yet married" will not be question by Allah.. :D
(Eventhough this question, still will be questioned by friends, makcik pakcik or even little anak sepupu! :P)
Because
Allah knows the reason..
and even Allah knows when..
Allah knows already who is my spouse-to-be , just me don't know yet..
So when the right time comes, May Allah bring us together..
if not here at Dunia.. may Allah grants it happen at Jannah..Ameen ya Rabb..
After all, not yet married up to this age is nothing bad to me.
Allah Ar-Rahman Ar-Rahim make this happen.. :)
and really up to this age.. so many things I learn and I able to explore..
Alhamdulillah... and that's really so much better for me in this condition.
Yet,
there is question Allah will ask me on.. which is "What I've done with my age"
So InshaAllah.. I plan ( I work hard) to make my life worth for myself, family,jemaah & ummah.
"The best of people are those that bring most benefit to the rest of mankind." [Daraqutni, Hasan]
( campurization happen so much in this posting.. sorry for that)
Mesti dengar
Ustazah Norhafizah Musa - Tabir Hikmah,Ikim.fm 6.2.2014
http://www.mediafire.com/download/3r34ka5czh2xyaw
Kredit: aie125
Ustazah Norhafizah Musa - Tabir Hikmah 2,Ikim.fm 13.2.2014
http://www.mediafire.com/download/ow0pze9j59a4kov
Ahad, Mac 20, 2016
Aku juga ingin beribadah di sana.
Tapi aku yakin..
Engkau Maha Indah dalam ketentuan.
Aku syukur dan redha atas nikmat yang Engkau rezekikan.
Bukan wang dan manusia yang mengizinkan aku beramal..
Tapi semua dengan rahmat izin Mu.. ^_^
InshaAllah
-------------------
HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN
Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah menceritakan kisah ini.
Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, "Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?" Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.
"Tujuh ratus ribu," jawab malaikat yang satu lagi.
"Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?"
"Tiada satu pun"
Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, "Apa?" Dia menangis dalam mimpi.
"Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?"
Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.
"Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Diatas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah. "
"Bagaimana ia boleh terjadi begitu?"
"Itu adalah kehendak Allah"
"Siapakah orang tersebut?"
"Sa'id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik"
Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga. Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria.
Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa'id bin Muhafah.
"Di sana, di pinggir bandar", kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh.
"Adakah benar anda bernama Sa'id bin Muhafah?", tanya Ulamak
"Betul, siapakah tuan?"
"Saya Abdullah bin Mubarak"
Said terharu, "Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?"
Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu.
"Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?"
"Wah! saya sendiri tidak tahu!"
"Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini".
Sa'id bin Muhafah kemudian teringat, "Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika....Labbaika la syarika laka labbaika... innal hamda...Wanni'mata... Laka wal mulka... La syarika laka...
Ya Allah, aku datang kerana panggilan -Mu. Tiada sekutu bagi -Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi -Mu.
Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis "Ya Allah aku rindu Mekah ... Ya Allah aku rindu melihat ka'abah ... Izinkan aku datang ... Izinkan aku datang, ya Allah ..."
Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan. Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.
"Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji"
"Tetapi anda batalkan?"
"Benar"
"Apa yang berlaku?"
"Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu ngidamkan sesuatu "
"Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?
"Ya sayang"
"Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya "
"Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Disitu terdapat seorang balu dan enam orang anaknya."
Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit. Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.
Akhirnya dengan perlahan dia berkata, "Tidak boleh tuan"
"Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi," kata saya tegas
"Makanan ini bukan untuk dijual, tuan," katanya sambil berlinang air mata.
Saya bertanya kena
pa?
Sambil menangis, wanita itu berkata, "Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan," katanya.
Dalam hati saya, "Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim? Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, "Kenapa?"
"Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak "
"Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram".
Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah.
Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi.
"Ini masakan untuk kamu"
Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka.
"Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi"
Ya Allah ... disinilah Hajiku ...by
Ya Allah... disinilah Mekahku ...
Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata.
Fikirkanlah bagi orang yg pergi berpuluh puluh kali Haji tapi bakhil....dimana tempatnya...sedangkan dlm masa yg sama berapa ramai lagi umat Islam yang memerlukan...
Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa dekat dgn kita
Sabtu, Februari 20, 2016
Inspirasi
Surah Al-Ankaboot, Verse 27:
وَوَهَبْنَا لَهُ إِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَجَعَلْنَا فِي ذُرِّيَّتِهِ النُّبُوَّةَ وَالْكِتَابَ وَآتَيْنَاهُ أَجْرَهُ فِي الدُّنْيَا وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ
Dan Kami anugrahkan kepda Ibrahim, Ishak dan Ya'qub, dan Kami jadikan kenabian dan Al Kitab pada keturunannya, dan Kami berikan kepadanya balasannya di dunia; dan sesungguhnya dia di akhirat, benar-benar termasuk orang-orang yang saleh.
MashaAllah.
Nikmatnya... Allahu Akhbar..
Isnin, Februari 01, 2016
New Quantum Tarbiyah & Marhalah Takwin (pembentukan)
Marhalah takwin mesti dilalui oleh mereka yang membuat keputusan untuk bersama jamaah Islam dan sanggup pula melalui proses pembentukan dan latihan, bersedia meninggalkan perkara haram dan melaksanakan perintah waiib di peringkat individu seperti solat, puasa dan zakat. Mereka inilah orang yang layak untuk meneruskan proses peningkatan kualiti diri sebagai mukmin mujahid yang bakal meneruskan amal Islam setelah melalui proses pembentukan di marhalah takwin.
Marhalah takwin adalah satu marhalah yang lebih tinggi daripada marhalah mukmin biasa. Mereka yang bersedia serta terpilih untuk melalui marhalah ini perlu menjalani
dan menguasai sekurang-kurangnya empat aspek, iaitu:
1. Tarbiyah Thaqafiyah - pembentukan ilmu dan pengetahuan
Pengisian ilmu dan pengetahuan adalah salah satu aspek penting dalam pendidikan Islam.. Ilmu pengetahuan akan melahirkan kefahaman. Justeru dalam Islam tampak jelas hakikat ini dengan turunnya ayat pertama (Iqra') yang melambangkan perintah membaca untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman berasaskan sumber yang betul
iaitu Allah SWT.
Segala ilmu yang ada bersumberkan Allah. Allah memberi akal dan ilmu kepada manusia agar mereka dapat melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan menggunakan ilmu pengetahuan yang dikurniakan oleh Allah SWT. Pengasas gerakan Islam abad
ke-20, Imam Hasan a1Banna meletakkan kefahaman sebagai syarat pertama baqi
seorang mukmin mujahid. Ulama Islam telah membahagikan ilmu kepada fardu 'ain
dan fardu kifayah. Ilmu fardu 'ain ialah ilmu-ilmu asas yang mesti dipelajari dan dikuasai oleh setiap individu Muslim seperti konsep Islam, akidah, hukum-hukum syara', bahasa Arab, al-Quran, as-Sunnah dan konsep jahiliah. limu fardu kifayah ialah bidang pengkhususan seperti keiuruteraan dan perubatan. Ilmu fardu kifayah tidak diwajibkan kepada setiap individu tetapi wajib kepada sebilangan tertentu yang sesuai. Anggota pada marhalah ini perlu memilih bidang pengkhususan tertentu atau ditentukan untuk mereka apa-apa pengkhususan yang diperlukan.
2. Tarbiyah Ruhaniyah
Aspek kedua yang mesti diialui ialah pendidikan hati atau jiwa. Hati perlu dibersihkan daripada kekotoran dan kekufuran. Hati yang bersih sahaja yang akan mengenali Allah dan beriman serta patuh kepada sistem Allah. Sebaliknya hati yang kotor akan menolaknya. Hati yang kotor mempunyai penyakit dan akan membawa masalah kepada tuannya. Orang yang berilmu tetapi memiliki hati yang keras tidak akan tunduk dan patuh kepada arahan Allah. Oleh itu Allah sangat menuntut supaya setiap mukmin mentarbiyah hati. FirmanNya yang bermaksud:
"Dan demi jiwa dan penyempurnaannya, maka Allah mengilhamkan padanya potensi fujur (jahat) dan potensi takwa. Sesunggubnya berjayalah bagi mereka yang menyucikannya dan rugilah mereka yang mengotorinya."
3. Tarbiyah Jasadiyah - Pendidikan Jasmani
Aspek jasmani juga adalah satu daripada tuntutan dalam marhalah takwin. Pembentukan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW adalah bersifat sempurna dan menyeluruh. Seorang Mukmin mujahid mestilah memiliki kemampuan dari segi fizikal untuk melayakkan mereka melaksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi dalam erti kata sebenarnya.
4. Tanzimi
Aspek tanzimi ialah satu aspek dalam Islam. Rasulullah SAW menegakkan Islam melalui tanzim atau penyusunan yang rapi. Benarlah kata-kata Saidina Ali:
"Kebenaran yang tidak bersistem boleh ditewaskan oleh kebatilan
yang bersistem (tersusun rapi ). "
Ringkasnya keempat-empat aspek ini mesti dikuasai mereka yang menjalani proses pembentukan di peringkat takwin. Selagi tidak menguasai dan memiliki ciri-ciri yang sebenarnya, seseorang itu tidak mampu untuk melaksanakan tuntutan Islam yang banyak dan mencabar. Akibatnya umat Islam akan menjadi lemah dan terus ditindas.
Isnin, Oktober 05, 2015
Lovely Du'a for parents / Doa Terindah Untuk Ibu Bapa Kita
Our parents, our fathers and mothers.
Ahad, Mei 24, 2015
The 'REAL SUPERMAN"
So instead posting it at Fb, I decided to post it here.. hihi..

WHILE visiting one of my daughters at her hostel in UIAM
Kuantan, I noticed 'these beautiful phrases' written on its noticeboard.It was narrated from Abu Hurairah that the Messenger of Allah s.a.w. said:
The point here is that 'great individual' or 'superman' if
you wish to call him so, is a person who could control himself of his desires
including his 'nafsu' (nafs). The 'ustaz' went on to elaborate by giving a
simple example regarding the taking of food by an individual. He said when the
food is delicious and our appetite good, then we could finish off plates after
plates of the food and nobody could stop us.
