Ahad, Februari 03, 2008

di saat ini...



( Surah Al-Fajr ; Ayat 27-30 )

Yaa Ayyuhan nafsul mutmainnah

27. Hai jiwa yang tenang..

28. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya.
29. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,
30. masuklah ke dalam syurga-Ku.


Indahnya ayat cinta Allah ini..
Pasti...!!
Nikmatnya.. miliki jiwa yang tenang....

bebas dari pesona dunia yg dusta
bebas dari godaan makhluk durjana
bebas dari belenggu dosa
bebas dari jiwa yang tak tentu hala..


Ya Allah ...
ku mohon agar seruan Mu ini..
seruan untuk diri ku..

kerana diri ku sudah lama rindukan
ketenangan..
ketenangan dalam dakapan redhaMu..

Mencintai Mu, wahai Allah
diri tak perlu gusar
samaada kau kan menerima kelemahan diri ini..
kerana
Engkau sudah pun mengetahui

Ya Allah...
Rindu kpd jiwa yg tenang ..
membuatkan ku rindu pada insan ini
insan yg terpancar ketenangan dari raut wajahnya
Aku rindu~
pada kekasihMu..

apakah baginda
tersenyum
atau berduka
dgn diri ku..

-nukilan hati-

Khamis, Januari 10, 2008

SALAM MAAL HIJRAH





AMALAN-AMALAN SUNAT
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam: Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Hari Asyura (10 Muharram):
Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

wallhu'alam
sumber dr : Jabatan Mufti Negeri Melaka

mahu pulang

td try nak update page bdt,
Alahai, sukarnye..
Sebab ia gunakan wordpress..
sy tak faham dan tak reti nk gunakan..
hu3 .. hmpir juga hilang sabar tadi..

sy nak header dia gambar ni

tapi.. hu3.. sukarnye la bhasa wordpress gunakan..
hampir sejam sy try nak tukar..
tak dapat2..
xmau dah la ckp tntg wordpress..
boleh bikin pusing kepala.. :P
huhu

Alhamdulillah.. saya guna blogspot..
patut la sblm ni ade org ckp kat sy blogspot lagi mudah dr wordpress..
hi3.. terbukti dan sahih apa yg dickpkannya .. :D
*************************************
skrg dah 10.00 pagi..
InsyaAllah sat g sy akan berangkat pulang ke kpg halaman.

Hari sabtu ngan ahad yg lepas ada rihlah..
sy suke..
Alhamdulillah..
dapat lepas serba sedikit..
bak kata omputeh, release tension...

ade gmbar to share :)


mahalnye : hu3 semangkuk RM7.00 ??? Air RM1.50
cukuplah setahun sekali mkn makanan yg cost begitu..
*yg ni sy mkn tahun lepas, Disember 2007 :D
may be not for this year.. Mahal sungguh.. terkejut sungguh..



2 gambar diatas dan 1 dibawah adalah sewaktu hantar adik sy(angah) g PLKN,
he3 She's the chosen one.. ;)
Alhamdulillah kem angah xjauh sgt,still dlm Phg.. kat Pekan BAndar Diraja..
dia suka g, saya pun suka dia g..
harap wirawati negara sorg ni dpt jalani PLKN dgn baik..
aminn...

chumil x mereka??
hi3.. budak bju kotak2 tu adik sedara sy..
(Subhanallah, dia ada lesung pipit.. cantik ciptaan Allah utk dia) :)
yg bju dua2 butang tu pulak adik bongsu sy..
(hi3 muke terpaksa kene senyum.. :D)


okey.. ni pula gmbar sewaktu rihlah hari tu..


sesi menyiang ikan kembong.. :D
ada bakat2.. ;)
ade tu smpai ilang bentuk dan paras rupe ikan.. siape ek??hehe



petang tu : smbil berta'aruf.. kami minum petang
minum teh'0' dan biskut ini..
suasana sng sekali.. :)
hi3 tp smbil dgr sesi ta'aruf ..
sy nampak bekas pembalut biskut itu..
tp... ade yg kelakar dgn packing biskut ini..
cube tgk?
craker
di BM kan ke kraker..
hu3 ni Malayglish ni..


mlmnye: lepas balik meeting KKB
kami disajikan dgn ayam BBQ dan ikan goreng serta nasi :)
Alhamdulillah..
sedap lew ayam BBQ tu..
btul2 masak dan sedap
kak kam, aini dan athirah ..
ikan goreng pun sdap jugak..
he3


keesokannya :
lpas solat subuh..
dan hemat diri..

kami "terkene" berlakon la pulak..
hu3.. igtkan xde xtiviti yg kne present..

dgn bertajukkan tjuk Ukhuwwah..
kami sekumpulan goreng je apa bahan2 yg ada..
hu3.. abish jugak persembahan kami..

tapi slot tu best..
sebab time tu..
masalah yg kami dpt didiscuss bersama and not really fully present by us.. :)

dan seterusnya bila ada dipantai,
apa lagi main pantai menjadi kemestian..
xdpt mandi main pasir pun ok ... :)

cuaca : cerah dgn IzinNya


jdi bermulalah istana "KAMI"















okey.. itu shj..

sebelum terlupe:
Salam Maal Hijrah Pada semua.

Maafkan saya atas kekasaran budi bahasa atau apa shj yg menguris hati dan jiwa.
Terkadang gelombang kita tak sama..
sy terpaksa menentang gelombang itu agar sy xhanyut
walaupun kdg gelombang itu ingin membawa sy ke tebing..
sy cuba..
tapi mungkin
saya memerlukan masa..

Syukran buat semua..
kehadiran kalian sy hargai dlm hidup sy..

Selasa, Januari 08, 2008

semalam yg berlalu

Salam blog..
dah 6 hari ditinggalkan..
time 1/1/08 tu pun.. hnya sekadar letak gambar..
~still wanna consider about new year even in exam week ~ :D

td sdg melihat blog org..
Alhamdulillah terjumpe link nie..

KLINIK HATI..
Luahkan segala masalah disana,InsyaAllah "doktor hati" akan menjawab..

Khamis, Disember 27, 2007

Persoalannya : Mengapakah kita dizaman ini,

dipermainkan sesuka hati oleh musuh kita?

Tiada pembelaan dari tuhan untuk umat ini.

Kerana

CINTA DUNIA

DAN

TAKUT MATI

ARBAHAH

Ababil-Raihan








Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Bersandarkan Hanya Kerana Allah
Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya:“Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.”
(at-Tirmidzi)

Huraian
1. Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas.
2. Sifat taqwa merupakan benteng yang menjadikan seseorang itu merasa dekat dengan tuhannya tanpa mengira situasi apapun ia berada sama ada di dalam kelopok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuannya dipersembahkan kerana Allah.
3. Seorang ahli hikmah berkataContoh orang yang beramal dengan riyaa' atau sum'ah itu adalah bagaikan orang yang keluar ke pasar dan mengisi poketnya dengan batu, sehinggakan semua orang yang melihat poketnya berasa kagum dan berkata: "Alangkah banyaknya wang orang itu.", tetapi sebenarnya dia sama sekali tidak berwang kerana tidak dapat membeli apa-apa dengan batu tersebut tetapi hanya sekadar mendapat pujian orang semata. Demikian juga orang yang beramal dengan riyaa' sum'ah, tidak ada pahalanya di akirat kelak.Na'uzubillah.
4. Ali bin Abi Talib r.a. berkata: "Tanda orang yang riyaa' itu ada empat iaitu malas jika bersendirian, dan tangkas jika di hadapan orang, dan menambah amalnya jika dipuji, dan menguranginya jika dicela.”
5. Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah itu banyak. Di antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukannya dan menangis kerana takutkan siksaan Allah. Dan seseorang itu akan berani dalam berjihad menegakkan agama Allah hingga sanggup menghadapi kecedaraan malah menempuh syahid kerana Allah dan seseorang itu akan sabar dan tekun (khusyuk) dalam menjalankan ketaatan kepada Allah hingga terdapat kesan-kesan lebam di dahi dan anggota badannya. Semua ini merupakan ciri-ciri orang yang benar-benar beriman di mana ganjaran daripada perbuatan tersebut amat besar pahalanya di sisi Allah SWT dan diberi ganjaran di hari akhirat kelak.