Rabu, Disember 05, 2012

Artis & Hijrah

Okey, entri ni untuk meraikan kakak-kakak dan abang-abang Artis yang telah berhijrah (InshaAllah, ramai lagi yang akan dan sedang berhijrah.. ) adik-adik artis? InshaAllah,mudah-mudahan mereka pula menyusul berhijrah seperti kakak-abang mereka.. ;)

Eh2.. ingat tentang artis je... saya dan kita ini? Hijrah dah ke? If dah? Jom refresh niat Hijrah.. InshaAllah..








Usrah fitrah (usrah Artis2 yang berhijrah) : http://usrahfitrah.com/open-house-usrah-fitrah/







1. Catriona Ross : 

Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.


Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.

Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.

"Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.

"Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya.

"Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya mengadu," katanya sambil menghela nafas panjang.

Pagi Jumaat (16 Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi drama rantaian Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa apabila yang ada hanya selendang.

Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan beberapa helai tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di kepala.

"Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu prinsip yang saya pegang sejak kecil.

"Apabila pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira dengan keputusan saya.

"Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya boleh berjalan semula dan doa itu Allah perkenankan.

"Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya. Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan?

"Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.

"Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham," kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata daripada mengalir.

2. Irma Hasmie : 

~“Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.

“Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga.

“Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini,” jelas Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia Irma. Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia

Berdoa di Mekah

Mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin.

“Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah Subhanallah. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci ini.

“Memang seronok berada di sana, saya dapat lihat sendiri betapa hebat dan ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu melepaskan peluang untuk berdoa, macam-macam doa saya minta.

“Slma 29 tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan, diberi rezeki dan jodoh yang baik,” jelas Irma yang turut memohon ditenangkan hati setiap masa.

3. Abby Abadi : 

“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya. Segala-galanya dipermudahkan.“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban kepada orang sekeliling.Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap berjalan seperti sedia kala.

Mengenai kesempatan indah menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara.

Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.Ada saja halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan.“Namun syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana senantiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah.

“Saya juga tak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak.Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak ralat dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah.

4. Diana Amir : 

~“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.

“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,”

“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. “Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,”

“Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.

“Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, “Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,”

“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,”

~ Alhamdulillah... ^_^ 
sumber



Doakan untuk kita semua..

Sabtu, November 17, 2012

This far..




Nice wrtiting : http://www.suhaibwebb.com/personaldvlpt/purification-heart/learning-how-to-love-the-right-way/

Seriously..

How far? :')




Segala yang ada dalam hidupku
Ku sedari semua milik-Mu
Ku hanya hamba-Mu yang berlumur dosa

Tunjukan aku jalan lurus Mu
Tuk menggapai syurga-Mu
Terangi ku dalam setiap langkah hidupku
Kerana ku tahu Hanya Kau Tuhanku

Allahu Akhbar, Allah Maha Besar
Ku memuji-Mu di setiap waktu
Hanyalah pada-Mu tempatku berteduh
Memohon redha dan ampunan-Mu 

Khamis, September 06, 2012

To be accepted..

Hari ini bersungguh saya tanyakan pada Allah..
Apa hikmahnya atas beberapa perkara yang sedang berlaku dalam fasa kehidupan saya ini..
Akal saya yang terbatas ini , hampir buntu memilih-milih kata-kata untuk menyusun menjadi sesuatu untuk difahami..

Namun, Alhamdulillah..
Masih ada hasilnya, ayat yang disusun tadi, meski tidak dicatat, tapi dinyatakan di hati..
"Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk saya. Belajarlah menjadi hamba yang Redha, mudah-mudahan Allah meredhai kehidupan ini. Apa lagi yang lebih mengembirakan  bagi seorang hamba yang serba lemah apabila Redha Khaliqnya ada padanya.. "
Subhanallah..

Usai Maghrib..
bertemu pula dengan kata-kata ini..


"...Not meant to be understood, but to be accepted"

InsyaAllah ya Allah.Mohon kekuatan dari Mu selalu..
Tiada daya upaya melainkan semua dengan izinMu..


















Jelas sekali!
Allah Maha Hebat. Allah Maha Memahami.. :)

Subhanallah.. :')

La hawlawala quwwata illa billah..
Rabbi yassir wala tu'assir..













Jumaat, Ogos 31, 2012

Malaysia & Anak Malaysia!


Selamat Hari Merdeka yang ke 55 tahun, Malaysia.
Selamat Mengisi Kemerdekaan dengan selamat, Anak Malaysia! :)

Malaysia milik kita,
dan kita miliki Malaysia dengan nilai yang kita sendiri bina.

 Sedang Malaysia dan kita, anak Malaysia milik Allah yang Maha Bijaksana,
Malaysia akan kekal menjadi tanah.
sedang anak Malaysia akan di soal di dalam tanah ; di alam Barzakh.

Aku dan kamu, sama-sama kita syukur & izzah dengan bumi Malaysia ini,
namun aku dan kamu tak pasti 
adakah akan sama-sama kita direzekikan untuk bersama-sama di JannahNya.

Semoga Allah kasihan dan rezekikan kita untuk meraih merdeka di JannahNya juga. Ameen.

Jannah, hadiah yang indah untuk jiwa yang tunduk pada KhaliqNya.

Selamat berusaha! 


Happy Best Day yang ke 55 tahun Malaysia.


Khamis, Ogos 16, 2012

Ramadhan 1433H : Pelbagai persoalan..

Ramadhan 1433H : Pelbagai persoalan..

Yang terus di soal..
Yang berusaha untuk menjawab soalan..
Cuba perhatikan, soalan itu dari siapa..
Selalunya sahaja yang ada, soalan dari manusia dan untuk dunia..
Sedangkan Tuhan terus memberi nyawa dan peluang untuk menjawab soalanNya..

Yang terus di soal..
Yang berusaha untuk menjawab soalan..
Cuba nilaikan, soalan itu dan jawapan kita.. 
Wahai jiwa, kita nak 'score' untuk penilaian Allah dan akhirat, bukan 'score' manusia dan dunia..
Cukuplah bagi manusia dan dunia, untuk mereka merasa manfaat kebaikan dari kita..
Mereka tak berhak lebih dari itu untuk perhatian kita!

Yang terus di soal..
Yang berusaha untuk menjawab soalan..
Cuba dan terus cuba, menjawab hanya soalan yang berguna..
Exam dari Allah ini, Unik! kerana Allah suka hambaNya bertanya dan berdoa padaNya,
Jawapan, betul dapat markah, salah jika dibetulkan dengan taubat & istighfar, juga dapat markah.
Subhanallah, sweetnya kasih sayang Allah pada kita..
Soalkan pula kita? sweetkah kita di pandangan Allah? :')

Yang terus di soal..
Yang berusaha untuk menjawab soalan..
Selamat berusaha menulis jawapan yang diredhaiNya di buku amalan..
Ingat, nyawa dan peluang ini untuk dimanfaatkan untuk menjawab soalanNya.

Yang terus di soal..
Yang berusaha untuk menjawab soalanNya..
Ya Allah, mohon kekuatan dan bimbingan dari Mu, agar sentiasa setiap jawapan yang diusahakan diredhai oleh Mu dan mendapat rahmat dan keampunan Mu..

Ya Allah, adakah amal ku diterima oleh Mu? 

Semoga Ramadhan kali ini menjadikan diri bertaqwa kepada Mu..
Ikhlas, sabar dan bertaqwa dalam menjawab ujian Mu..
Mohon dengan sangat. Allahumma Ameen.

- 27 Ramadhan 1433H , 16 Ogos 2012

ps: Catatan sebelum pulang ke kampung dunia, moga catatan ini bernilai juga tatkala pulang ke kampung akhirat.

Selamat menghargai masa-masa emas Ramadhan kali ini dan
Selamat meneruskan ibadah kesyukuran, ziarah, dan berukhuwwah di Syawal. 
Taqabballahu minna waminkum.

.


Selasa, Julai 17, 2012

Ramadhan 1433H akan tiba. :) Moga diberkati

Ramadhan Tiba untuk semua.

Ramadhan dihargai oleh yang menantiNya..

Subhanallah.. Tahun ini sambutan untuk menyambut Ramadhan semakin meriah, pelbagai, menarik dan bermanfaat. :)



Start dengan Productive Muslim.Com  :



It's NOT impossible to be Productive during Ramadan! Find out HOW! http://productiveramadan.com/its-not-impossible-to-be-productive-in-ramadan/



ProductiveRamadan eBook TODAY! : 30 Tips in 30 days to help you stay Productive during Ramadan
http://productiveramadan.com/get-your-free-productiveramadan-ebook/

eBook








----------------------------------------------------

Syoknya Puasa by One Heart Creative Sotutions.. :)


----------------------------------------------------------








----------------------------------------------------------

E - Usrah : http://www.facebook.com/Eusrah


----------------------------------------------------------------------

----------------------------

----------------------------------

Ramadhan 1433H akan tiba. :) Moga diberkati