Sabtu, Disember 06, 2025

Approaching 40s (Well, this is a reminder 2 years in advance. :D)

Hi me, 
I'm not sure if there's another soul reading this posting. ^_^
But if there is, then let me great you with the most beautiful greeting that happen to be said in Jannah too -  Assalamu'alaikum- peace be upon you. ๐Ÿ˜€

Every time we say ‘Assalamu’alaikum,’ we are spreading peace in this world and practicing the greeting that we will also share in Paradise.

A small act in the present, yet a blessed one that echoes in the hereafter.

(I started to write this post in the morning, then I got to respond to other things.. searching other topics.. then I came back here.. hihi)

So what my hidden agenda/ motive to do this posting. 

I think, the first reason is because it has been consider almost TWO years I'm not giving any words here..hihi.

Today almost end of 2025, and my last posting was on 2023..

About my "Exponential Learning Graph" , I'm still learning.. but Alhamdulillah, with Allah guide.. I've made a positive progress !  (Hehe.. well..let me recognize myself achievement..)

So, if the previous posting was last 2 years, so this the new one..

---------------------------------------------------------

This year, I vow to myself to capture the meaningful videos, pictures, and words I share on my WhatsApp status, so I can revisit and reflect on them later

(Okey that one I'm going to post in early Jan 2026 ya.. hope I keep this promise..
Because let me compile it until end Dec 2025 )

This compilation is actually to make myself reflect and somehow re-remind myself with what that I already knew.. but may be forgot, and not really practice yet..

---------------------------------------------------------

As I approach my 40s, I’ve realized that there are so many basic, everyday terms we think we already understand. But, masyaAllah… when we truly revisit them, we uncover their deeper meaning, the core reason, and the beliefs behind them.

Often, we not fully understand, or we’ve forgotten and seeing it only at the surface.


Last nite, I've attended usrah that talk about Ummul Hadith, Hadis ke-2 dalam Matan
Arba'in An-Nawawiyah. Ia juga dikenali sebagai Hadis Jibril. Hadis ini agak panjang
dan membincangkan 3 asas utama dalam Islam iaitu Islam, Iman dan Ihsan.

The basic 6 rukun Islam, 5 rukun Iman.. we know what it is, but the reflections that really need to be done DAILY.

Please help yourself to read this hadith, InsyaAllah..

Please read it by remembering that.. that's what had been said by our most beloved Rasullullah , Nabi Muhammad.. The one that will provide us syafaat to enter Jannah, The one that make du'a to us as his ummati.. The one that loves us.



Juga daripada Umar RA, beliau berkata: 

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang sangat putih bajunya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan jauh, dan tiada seorangpun di antara kami yang mengenalinya, sehingga dia duduk di hadapan Rasulullah SAW. Lalu dia merapatkan lututnya ke lutut Rasulullah SAW dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua pahanya.

Dia segera berkata, 

“Wahai Muhammad, ceritakan kepadaku tentang Islam.”
 Lalu Rasulullah SAW menjawab, “Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah Pesuruh Allah, kamu mendirikan Solat, mengeluarkan Zakat, dan menunaikan Haji jika kamu mampu mengerjakannya.” Lelaki itu berkata, “Benarlah kamu!” Kami merasa hairan terhadapnya, dia bertanya dan dia juga yang membenarkannya.

Lelaki itu berkata lagi,

“Ceritakan kepadaku tentang Iman.”
Lalu Baginda SAW bersabda, “Bahawa kamu beriman kepada Allah, para Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, Hari Kiamat dan kamu beriman dengan ketentuan Baik dan Buruk-Nya.” Lelaki itu berkata, “Benarlah kamu!” 

Dia berkata lagi,

 “Ceritakan kepadaku tentang Ihsan.” 
Lalu Baginda SAW menjawab, “Bahawa kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya. Jika kamu tidak melihatnya, sesungguhnya Allah melihat kamu.” 

Dia berkata lagi, 

“Ceritakan kepadaku tentang Hari Kiamat.”
 Lalu Baginda SAW menjawab, “”Yang ditanya tidaklah lebih tahu daripada yang bertanya.”


Lelaki itu berkata lagi, 

“Ceritakan kepadaku tentang tanda-tandanya.” 
Lalu Baginda menjawab, “Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya. Dan apabila kamu melihat orang yang tidak berkasut, tidak berbaju, miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan.”

Kemudian lelaki itu berlalu dan aku berdiam sebentar,

Kemudian Baginda (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “.

Sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya dia adalah Jibril. Dia datang untuk mengajar kamu tentang ad-Din kamu.”

(HR Muslim)

-----

During the usrah Naqibah Quwwatun Hafizah.. we call her "Quwwat" ^_^.. 
She told and asked us, several questions that really make us to think and ponder.

1. Hadith ni dinamakan Ummul Hadith (Kalau quran, Ummul Quran : Surah AlFatihah)
2. Hadith ni berlaku  tidak lama sebelum kewafatan Baginda. (Sangat penting hadith yang mungkin biasa bagi kita)
3. Q : Why on Ihsan, Jibril not mentioned “Benarlah kamu!” ?
4. Q : What is missing when a nation that even the basic is not proper complete, but suddenly  focus on berlumba-lumba membina bangunan.?


Looking for answer, flip the next page (hehe..no la)

Here's the explanation. 

For no. 3, Jibril not validate what Rasulullah said about Ihsan, because Jibril don't know what it feel to not see Allah, because Jibril can see Allah directly. 

The Ihsan actually being thought in Tasawuf knowledge . :)

For no. 4 , the missing component that we might think is mindset, how they perceived success only on materials and buildings instead the importance of well being is not just materials. So towards hari kiamat, people so into the materialistic belief. Innalillah..

Kupasan untuk "hamba perempuan melahirkan tuannya" , that's not much we can conclude, need to further study. 

Wallahu'alam.

-------------------

So when I'm Approaching 40s , I want to keep remind my self and improve within the MOST importance things. Which all that include in this Ummul hadith.


  • Priorities is the key. 
  • Know to ignore noise. 
  • Conscious discipline to perform 5 rukun Islam
  • Connection on 6 rukun Iman
  • Be wasatiyyah
  • Be inspired to be Ulul Albab. 
  • Be inspired to be 'IbadurRahman
  • Be inspired to be bold and clear like Ashabul Kahfi
  • Believe in Allah like Musa story and all prophets story.

Somehow, it looks like I'm repeating the same topic what I had learn in kindergarten BUT now with more reflection and deeper connection to Allah..

May Allah bless and guide us always.

All the best 2026!
May Allah forgive us what we have done in 2025 and accept the good deeds.


Bismillah.

Ahad, September 24, 2023

Career Growth. What's ur BiG-Y

Assalamu'alaikum,

lamanya tak tulis blog.
nak mencoret beberapa kata-kata motivasi untuk diri.

Currently tengah memotivasikan diri untuk terus kuat berjuang dalam rezeki dan peluang career growth yang Allah rezekikan. 

Sounds weird kan ? Ya lah, biasa tukar kerja.. sebab kita cakap reason "better offer" hehe..

But somehow in this middle of "Exponential graph for my career growth",  I need to find my Big Why ?
With that reason, insyaAllah bisikan-bisikan melemahkan or nak menjatuhkan will look so little... :)

Term "Exponential graph" tu suami bagi tahu.. hehe..menarik teori dia.. dia kata.. sbb sblm ni around 11 years di company yang sama, so mmg ada some level of comfort zone.. so now, bila Allah rezekikan peluang utk career growth yang agak cepat, jadi diri saya kena belajar untuk adapt dengan that 'level of stress"

 InsyaAllah..


Dear myself, 

You choose to have career growth not only becoz Salary..
It's not about salary, tp niatkan kerana Lillah.

Menjadi muslimah yang ada expertise dalam bidang percukaian.
This might sound cliche.. but let your self declare it !
And the struggle is real..

Yes, bismillah,
That's my BiG-Y now. Smile. 

 

*************

Sometimes Allah uji (Well actually memang hidup di dunia ni adalah ujian..)
sebab memang Allah nak jadikan kita menjadi lebih baik.. dan makbulkan doa-doa kita
Doa yang nak khusnul khatimah, redha Allah, Syafaat Rasulullah..

Pernah sekali tu, rasa down .. tetiba teringat, Rasulullah sebagai Rasul, kekasih Allah memang tak diuji ke dengan kesedihan dan down ? (Allah.. malunya.. )
Rasulullah pun diuji, inikan saya.. memang berhak Allah uji.. ^_^
Yang sy pilih untuk contohi adalah cara Rasulullah handle ujian-ujian yang datang kepadaNya.

Last but not least, mohon doakan saya berjaya dunia dan akhirat.

*************
To those yang senasib dengan saya.Ada ujian di tempat kerja..


NO ONE KICKS A DEAD DOG, 

and if you are being kicked (metaphorically only),  

if you are being unjustly criticized, then you should consider it as a sign of your significance and ignore it.

Remember That No One Ever Kicks A Dead Dog – Arsenio's ESL ...

Jumaat, Disember 11, 2020

Apa khabar ?

Kita pernah ada kisah ..

pelbagai kisah..

banyak kisah..

satu persatu kisah itu..

meski kadang tak terucap, 

tapi

bila diimbau boleh jadi berjilid-jilid kisahnya..


Cuma kadang..


Kita pernah tak kisah ..

pelbagai kisah..

banyak kisah..

satu persatu kisah itu..

meski kadang boleh diucap, 

tapi

bila tak diimbau ,sepertinya kita tiada kisah..


Kita pernah bermula dengan tiada kisah 
Dan sekarang 

kita telah melepasi kisah garis mula. 

Tak kisah lah kisah itu hebat atau tidak

Tapi mari..

kita hebatkan kesyukuran kita dalam SETIAP kisah.

Syukur. Alhamdulillah.

IzinNya, 

semoga syukur kita ini

akan jadi kisah ke syurga.



....

11 Dis 2020.

...

Ya , apa khabar kalian semua ? :)

Rata-ratanya rakan blog saya makin ramai bersara /atau berehat seketika dari menaip.

Saya faham , masing-masing dari kami sedang membina kisah kami..

Saling doakan ya. :)

#365IamEnoughSayaCukup

Khamis, Disember 29, 2016

syukuri seikhlas iman :)

"Pelangi selalu terlihat di atas kepala orang lain."

Enjoy the rainbow ; Thankful for the rain. 

2016 bakal berakhir.
Alhamdulillah 'ala kullihal
 masih bertambah-tambah nikmat Allah kurniakan..


mengeluh?
apa yang di keluh kan?
apa yang meresahkan mu wahai hati?

masa yang berlalu?
amal yang compang camping?
atau..
senarai hajat yang bergunung tak habis-habis?

wahai hati..
tak pandaikah kau
syukuri seikhlas iman ?
atas setiap masa, 
peluang dan nikmat kurniaanNya.

atau iman mu sakit?
sebab itu hati.. 
kau
tak larat bersyukur?
lelah membersih semak samun dunia?
tak bersungguh menanam ikhlas?

jika ya...
cepat istighfar wahai hati..

Astaghfirullah..
mohon ampun ya Allah..

barangkali air mata itu ingin sekali menderu
rindu sekali ia mengalir untuk tuhan penciptaNya..

wahai hati..
cepatlah sedar..
kita hamba.. 
faqir ilallah..

kasihanilah air matamu..
biarlah ia melepaskan rindu pada RabbNya.
jadi saksi untuk mu bila bertemu sang Khaliq.

ya biarkan air mata taubat mu mengalir
ini sahaja peluang nya berbakti untuk mu 
air mata tanpa kos ini,
jika ikhlas mohon taubat..
nilainya memadamkan api neraka..

Allah..
Allah..
kami ini kedekut apa?
tak melapangkan waktu bertaubat dan menangis

Allah..
atau sebenarnya kami tak dipilih oleh Mu?
pilih kami ya Allah..
rezekikan air mata taubat untuk kami.
...

Lega...
ya..
itu baru 
satu tangisan
.. 
baru 
beberapa istighfar..
..
Subhanalah,
Rasullullah adalah orang yang selalu menangis.
tak mahu kah hati 
kita teladani sunnah itu?


...

eh?
hati..
tak hairan kah engkau wahai hati..
lidah mu tak pula kelu beristighfar..
kelihatannya ini bukan pekerjaan sukar baginya..
tapi kenapa
tak pula sentiasa lidah itu beristighfar?

“Barangsiapa yang senantiasa beristighfar niscaya Allah akan menjadikan baginya kelapangan dari segala kegundahan yang menderanya, 
jalan keluar dari segala kesempitan yang dihadapinya 
dan Allah memberinya rezeki dari arah yang tidak ia sangka-sangka.” 
(HR. Abu Daud)


Astaghfirullahal 'azim..
hati, kau kelukan lidah mu..

barangkali hati..
kau tak percaya dengan janji tuhan Mu.
atau.. selalu lah kau indahkan catatan mu..
dengan
alasan lupa!

Astaghfirullahal 'azim..
tugas mu masih tak selesai hati!
tambahkan iman mu....
tambah percaya mu pada Hadith Rasul kita....


-----


syukuri seikhlas iman

bila syukur, 
Allah tambahkan lagi nikmat.
bila kufur, 
azab Allah amat pedih.

2017 bakal tiba.
tak mungkin Allah takdirkan peluang semua ini sia-sia

untuk penat mu 2016,
ketahuilah jika ikhlas,
Allah terima..
dah terjilid amal 2016 itu.

untuk resah mu 
pada urusan mendatang 2017,
ada Tuhan yang tak tertakluk pada waktu melihat Mu.
memahami Mu..

Dia
menunggu Mu memohon padaNya.
Allah, tanpa perlu diberitahu 
Dia sudah tahu..

tapi atas sebab kita ini hamba, 
ingin selalu diberi perhatian..
maka doa itu lah 
terapi jiwa hamba yang keluh kesah itu..

tawakkal yang indah,
sabar yang indah,
semoga Allah kurniakan
iman yang indah
dan bertemu dengan Allah di syurgaNya
yang penuh keindahan.

syukuri seikhlas iman 

apa itu iman?




Jumaat, September 02, 2016

ู…َู†ْ ุฌَุฏَّ ูˆَุฌَุฏَ


ุงู„ุณَّู€ู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู€ู‡

" Man jadda wajada, wa man zara’a hasada, wa man yajtahid yanjah " adalah prinsip meraih kejayaan dan keuntungan yang berasaskan kepada usaha yang bersungguh-sungguh oleh seseorang Muslimin dan Muslimat di dalam hidupnya dengan berpandukan kepada ajaran Islam.

ู…َู†ْ ุฌَุฏَّ ูˆَุฌَุฏَ - Man jadda wajada bermakna "sesiapa yang berusaha (Inshallah) akan mendapat apa yang diusahakannya".

ู…َู†ْ ุฒَุฑَุนَ ุญَุตَุฏَ - Man zara'a hasada pula bermaksud "sesiapa yang bercucuk tanam (Inshallah) akan menuai hasilnya."

ู…َู†ْ ูŠَุฌْุชَู‡ِุฏْ ูŠَู†ْุฌَุญْ - Man yajtahid yanjah pula bererti "sesiapa yang berusaha (Inshallah) akan beroleh kejayaan."

Berusaha, bekerja dan belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh adalah dituntut dalam agama Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya." (Surah Yunus, 26)

Sesungguhnya ruang kebaikan, rezeki, ilmu, kebahagian, kekayaan dan pahala itu sangatlah luas. Tanpa usaha yang teliti dan bersungguh-sungguh maka seseorang itu tidak akan berjaya meraihnya.

Ibaratkan kalau tak dipecahkah ruyung manakan dapat sagunya!

Sabda Rasulullah saw: "Kebaikan itu banyak tetapi pengamalnya (yang melaksanakannya) sedikit." (HR. Abu Hanifah)

Akhir sekali lakukanlah sesuatu usaha itu dengan niat yang ikhlas, berprinsip dan bermaruah.

Sepertimana sabda Nabi saw: "Janganlah kamu menjadi orang yang "ikut-ikutan" dengan mengatakan "Kalau orang lain berbuat kebaikan, kami pun akan berbuat baik dan kalau mereka berbuat zalim kami pun akan berbuat zalim". Tetapi teguhkanlah dirimu dengan berprinsip, "Kalau orang lain berbuat kebaikan kami berbuat kebaikan pula dan kalau orang lain berbuat kejahatan kami tidak akan melakukannya". (HR. Tirmidzi)

Ketahuilah saudara bahawa sesungguhnya ilmu itu adalah amal jariah dan sedekah. Ianya penyubur minda dan panduan kehidupan. Ia juga penyuluh jiwa dan merupakan cahaya yang meningkatkan iman dan taqwa. Ilmu dapat mendekatkan diri kita kepada Pencipta dan dengan ilmu jua Allah tingkatkan kebijaksanaan kita. Carilah ilmu sebelum jasad berhijrah. Harap-harap ilmu boleh menjadi landasan ke Syurga!

Petikan dari :
http://penanota.blogspot.my/2011/10/man-jadda-wajada-wa-man-zaraa-hasada-wa.html

Isnin, Ogos 15, 2016

Dikelilingi dengan Ummi-Ummi

Dikelilingi dengan Ummi-Ummi :)
Ini gambar terkini, (beza hanya 2 hari dengan hari diambil gambar..)
Gambar terkini saya dengan sahabat-sahabat seusrah sewaktu di kampus ..
sekarang pun.. kami hadir ke usrah juga.. InshaAllah..
cuma dah pelbagai tempat ..
dah tak car pool naik TAN atau AEQ.. hehe...

ya, Alhamdulillah.. sangat mengembirkan bila dapat berkumpul dan bertemu ramai-ramai... ^_^

Gambar ini bermakna buat saya,
meski saya tampil berbeza dengan sahabat-sahabat yang lain..

Spot the difference.. hehe..
All-except me..
Alhamdulillah with their babies.. ^_^

from left side :
Me with me ~ :p
Q.Ain with Sweet little Hana Qaisara
Kak Zini with Innocent Nawfal
Kak Sab with Lovely Qudwah Hasanah a.k.a Sakinah
Kak Aina with Smart Alif
Izzati with Good boy Nu'man



Let me share some words.
As these consider as reminder for me too.... :D

When all your friends are getting married and getting children..
As single muslimah lady, the best thing to do is to learn from them..and offer them help if they need.

That's the way to do good deeds..
That's actually extra opportunity to do good deeds given by Allah.. :)
To gain Allah's loves and mardhatillah..  :)


I'm feel release and thankful , now I understand that the question of
"Why, you are not yet married" will not be question by Allah.. :D
(Eventhough this question, still will be questioned by friends, makcik pakcik or even little anak sepupu! :P)

Because
Allah knows the reason..
and even Allah knows when..
Allah knows already who is my spouse-to-be , just me don't know yet..
So when the right time comes, May Allah bring us together..
if not here at Dunia.. may Allah grants it happen at Jannah..Ameen ya Rabb..

After all, not yet married up to this age is nothing bad to me.
Allah Ar-Rahman Ar-Rahim make this happen..  :)
and really up to this age.. so many things I learn and I able to explore..
Alhamdulillah... and that's really so much better for  me in this condition.

Yet,
there is question Allah will ask me on.. which is "What I've done with my age"
So InshaAllah.. I plan ( I work hard) to make my life worth for myself, family,jemaah & ummah.
"The best of people are those that bring most benefit to the rest of mankind." [Daraqutni, Hasan]


( campurization happen so much in this posting.. sorry for that)

Mesti dengar

Ustazah Norhafizah Musa - Tabir Hikmah,Ikim.fm 6.2.2014
http://www.mediafire.com/download/3r34ka5czh2xyaw
Kredit: aie125

Ustazah Norhafizah Musa - Tabir Hikmah 2,Ikim.fm 13.2.2014
http://www.mediafire.com/download/ow0pze9j59a4kov