Ahad, November 13, 2011

Kalimat yang baik
Umpama pohon yang baik.


KALIMAH YANG BAIK IBARAT POKOK YANG BAIK


Perumpamaan Aqidah untuk difahami ialah seperti yang digambarkan oleh Allah swt dalam Al-Qur’an :

“Perumpamaan Allah kepada kalimah yang baik ialah seperti pokok yang baik dan asalnya (akarnya) teguh dan cabangnya menjulang ke langit , menghasilkan buah dengan izin tuhan-Nya dan demikianlah perumpamaan Allah kepada manusia semoga mereka beroleh peringatan” (Ibrahim : 25).

كلمة طيبة - ( Kalimah yang baik )

Disebut oleh Ibn Katsir ra melalui riwayat yang dibawa oleh Ali ibn Abi Thalhah bahawa ianya ditafsirkan oleh Ibn Abbas ra sebagai “ Kalimah Syahadah” iaitu kalimah tauhid. Secara keseluruhannya ianya dimaksudkan perkara-perkara aqidah yang menjadi I’tiqad dan pegangan.

Manakala ayat

كشجرة طيبة – (Pokok yang baik)

Ditafsirkan sebagai perumpamaan bagi orang-orang yang beriman seperti yang diriwayatkan dari Ibn Umar ra dengan katanya : “ Diberitahukan kepada aku bahawa sesungguhnya orang yang beriman itu diibaratkan sebatang pokok” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 72 dan Muslim no. 2861).


Manakala ayat

أصلها ثابت – (Asalnya & Akarnya kukuh)

Sebagai membawa maksud aqidah yang benar itu ialah yang dimiliki oleh orang-orang yang beriman dan keadaannya itu ialah kukuh, teguh dan tetap tanpa ragu dan goncang dan bagaimanakah hal ini mampu tercapai pada aqidah taqlid dan ikutan buta ? Maka jelaslah aqidah yang sahih itu ialah yang terhasil dari ilmu dan pegangan yang kukuh dari sumber yang juga yakin dan teguh iaitu kitab dan sunnah.

Dari kekukuhan dan keteguhannya aqidah itu akan menghasilkan buah dan amal yang baik seperti maksud ayat berikut :

و فرعها في السمآ ء توتى أكلها كل حين بأذن ربها - (Dan Cabangnya menjulang ke langit menghasilkan buah pada setiap waktu dengan izin tuhannya)

Iaitu cabangnya menuju ke langit mengeluarkan buah-buah dengan izin Allah iaitu sebagai membawa maksud hasil amalan soleh yang dilakukan dimisalkan seperti buah hasil dari pokok yang baik yang disepertikan kepada orang yang beriman yang memiliki akar iaitu asas aqidah yang kukuh teguh yang akan mengangkat amalan baik itu tadi ke langit untuk diterima oleh Allah swt.

Membawa hujah bahawa jika akar itu buruk atau rosak iaitu aqidah itu bukanlah aqidah yang sahih sebaliknya rosak, aqidah bathil maka akan menjadikan pokok itu juga rosak sekaligus amalan itu tidak akan sampai diterima dan akan ditolak.

Cabang dalam ayat ini juga bermaksud penujuan matlamat dari amalan soleh itu semuanya menuju kepada Allah di langit dan terhasilnya demikian itu melalui wujudnya aqidah yang sahih yang kukuh dan benar. Demikianlah tafsir Imam Ibn Katsir ra yang diriwayatkan dari Said ibn Jubair ra (lihat Mukhtasar Ibn Katsir ra 375 Jilid 2).

---------------------------------------------------------


"Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang,
tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan,
ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya..." (Yusuf al-Qardawi)

---------------------------------------------------------

Suka dengar lagu ni..
Ada kata-kata yang baik :)
Semoga semua penulis lirik,komposer dan penyanyi terus menyebarkan kata-kata yang baik..
Bukan kata-kata yang melalaikan dan mensia-siakan..
Kerana setiap apa yang dikata mahupun difikirkan akan diperkirakan..
pencatat Buku 555 Amalan baik & buruk kita sentiasa di tepi kita.Setia..

Moga kita semua terus-terusan berpesan dan berkongsi kata-kata yang baik..:)
Dan... menjadi pohon dengan buahnya..
(Beramal dengan ilmu yang sampai ke hatinya..
Begitulah adab mukmin..terus beramal untuk rahmat dan keampunan Allah)





Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

2 comments:

insidewinme berkata...

Ketika Rasulullah Saw. menantang berbagai akidah bathil dan pemikiran rusak kaum musyrikin Mekkah dengan Islam, Beliau dan para Sahabat ra. menghadapi kesukaran dari tangan-tangan kuffar. Tapi Beliau menjalani berbagai kesulitan itu dengan keteguhan dan meneruskan pekerjaannya.

Unknown berkata...

alhamdulillah.syukran for sharing. i would like to share it in my blog.please visit at http://agriculturewithad-deen.blogspot.com/