Rabu, November 18, 2009

Coretan..



Coretan hari ini..
ingin dibuat catatan sedikit...

Alhamdulillah,Kelas tutorial tadi sangat berbeza dengan kelas-kelas tutorial sebelum ini..(tutorial semenjak melangkah ke Degree). Bincangkan jawapan tutorial dalam kumpulan dan diberikan markah(macam kuiz) untuk setiap kumpulan, kumpulan pula, berdasarkan nombor yang dikira..
Pada mulanya, kami semua tidak selesa, hu3.. rasa macam budak sekolah pun ada juga.. tapi setelah hampir 1 jam 30 minit bertutorial, (Short sem, semua dipadatkan dalam ruang masa yang ada dan dengan kelas yang agak "limited addition" di MMU..) Ada manfaat yang baik, mungkin kerana dipaksa untuk keluar dari comfort zone kami, (berpisah dengan Farhana, kemudian bergabung dengan pelajar lain yang jarang-jarang dapat berkerjasama), kami rasa ia adalah satu kaedah yang baik untuk mendapatkan keterlibatan semua pelajar meskipun di dalam kelas tutorial.

Usai kelas, berjanji dengan Sis Wani untuk bertemu di masjid, untuk sama-sama merawat telefon bimbit dengan bantuan Sis Iqa dan AEQ beliau..^_^ ( Bateri telefon bimbit saya "kembong" kerana dimasuki air) Alhamdulillah, dipermudahkan urusan olehNya.. Dapat dicari ganti bateri telefon dengan jumlah yang tidak lah sedikit, iaitu 5000sen.Dan telefon dapat berfungsi kembali..

Ucapan terima kasih buat Sis Iqa yang sudi membantu menemani kami.:)


Buat adik lelaki saya, Ide.. :)
Moga terus diberikan kekuatan untuk menempuhi ujianNya..
Sungguh, Terlalu banyak hikmah yang ingin diberikan olehNya sebenarnya ..

Fitrah manusia akan selalu mengingati Allah, tatkala diuji dengan kesusahan..
dan mudah sekali lalai, bila diuji dengan nikmat kesenagan..

Lapangkanlah hati mu,
Ada tarbiyah untuk mu wahai adikku..
Bergembiralah..kerana
Dia sedang mendidik mu dengan segala kasih sayangNya..
Yakin dan percayalah kepadaNya, setelah berusaha.. kini bertawakkal lah pula.. ^_^
Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mu..
InsyaAllah..
-------------------------------------------

[Sharing]
Discover and understand different aspects
of your personality by taking our free tests.
Personality Test - Discover Your Type [here]

mohon maaf, ayat tidak berapa tersusun..

0 comments: