[Ku berdoa,semoga kamu dalam keadaan sejahtera]
dan segala puji buat Allah,
Khaliq ku (Pencipta ku),
Pencipta Langit dan Bumi
dan apa yang diantara keduanya,
juga selawat dan salam buat Junjungan hati, Rasulullah S.A.W.
dan doa ku pohon, Moga kita semua dalam rahmat dan redhaNya.
Kapankah akan saya update blog ini? Itulah antara persoalan dalam diri dan antara perkara [list-to-do] yang penting-tidak mustahak. Alhamdulillah,baru saat ini saya dapat lakukannya. Bermula TRO JED sehingga selesai IU Dinner dan kini Usrah Wida' IU pula yang akan bertandang dalam diari hidup hamba ini, selama itulah jari ini rindu untuk menaip sesuatu nukilan/cetusan fikiran yang bersarang dalam fikiran. Karangan? eh, tak.. saya tidak berniat untuk menghasilkan karangan yang panjang.. cukuplah dengan catatan yang sederhana. Saya akan berhenti untuk catatan kali ini, bila ilham dari Ilahi[ilmu kurnianNya] ini dapat saya ekspresskan dan disharekan dalam blog ini.. [tapi jika menjadi karangan, harap kalian sudi juga membacanya.. =]
Baiklah, merujuk kepada tajuk diatas,kalian rasa apa yang mungkin saya ceritakan? Betulkah Materialiti dalam Masalah? atau saya telah melakukan kesalahan susunan perkataan, yang sepatutnya, "Masalah dalam Materialiti". Untuk mengetahui samada susunan perkataan itu salah atau tidak, izinkan saya terangkan apa itu Nilai Materialiti.. :)
Nilai Materialiti.
Konsep asas yang wajib difahami dalam bidang perakaunan.
klik disini untuk tambahan.
Bagi pelajar-pelajar Perakauanan, ia adalah sesuatu yang tidak wajar jika tidak mengetahui konsep ini. Namun bagi masyarakat umum, perkataan materialiti lazimnya akan dikaitkan dengan orang-orang yang mementingkan harta dan kekayaan, atau lebih senang kita rujuk mereka dengan keadaan yang mementingkan kebendaan.
By refering to the Wikipedia, it is mention that Materiality can refer to distinct concepts in different professions and areas of study eg:Materiality (auditing), Materiality (architecture) & Materiality (law).
Jadi, untuk mendefinisikan setiap satu maksud materialiti merujuk setiap profesyen/mahupun persepsi, saya tidak dapat lakukannya. Namun berdasarkan tajuk diatas, ruang rujuk saya adalah Nilai Materialiti di dalam bidang perakaunan. :)
Buat kalian yang bukan pelajar Perakaunan, konsep ini sebenarnya mudah difahami, [tetapi saya rasa walaupun kalian pelajar bidang Kejuteraan mahupun Undang-Undang sekalipun, tetap kalian akan menempuh/mengambil subjek Akaun kan ? ][Maaf jika tersalah] dan kepada pelajar Perakaunan, jika saya salah, betulkan saya.. :)
Dalam Perakaunan, [sebenarnya kekok menggunakan perkataan Perakauanan sebab, perkataan Accounting telah sangat biasa saya gunakan] Nilai materialiti digunakan untuk mengukur sejauh mana (atau lebih baik guna "sebesar mana") nilai wang tersebut terhadap sesebuah perniagaan/syarikat.
Contoh paling mudah, sebuah gerai yang menjual buah-buahan akan menilai RM50 adalah suatu nilai yang besar, namun bagi syarikat/perusahaan yang besar, contohnya Sime Darby, RM50 bukanlah suatu nilai yang besar, bahkan mungkin RM500 pun "tiada apa-apa" bagi mereka, kerana keuntungan tahunan mereka lebih 1 Billion [mungkin, ini hanya sekadar contoh] berbanding keuntungan gerai tadi, yang purata keuntungannya mungkin bernilai RM 1000 atau mungkin kurang daripada itu. [Rujuk juga link ini untuk konsep perakaunan yang lain]
Bukanlah niat saya untuk memperkecilkan perkerjaan seorang penjual, tidak, tidak sama sekali. Contoh di atas saya berikan untuk menunjukkan bagaimana, nilai kepada wang berbeza meskipun dengan jumlah yang sama iaitu RM50.
Kenapa nilai kepada wang ini berbeza? Kerana nilai wang dinilai berdasarkan penilaian terhadap besar @ kecil peniagaan itu.
Konsep Materialiti dalam Masalah.
Menggunakan konsep materialiti merujuk ruang rujuk bidang perakaunan, ingin saya bawa konsep Materialiti dalam menilai masalah.
Ilham ini Allah izinkan saya perolehi tatkala saya didatangi oleh seorang teman. Situasi itu berlaku selepas berakhirnya satu majlis yang agak besar di bumi MMu, dan berlaku semasa kami sama-sama menanti kenderaan untuk pulang. Suatu yang tidak dijangka, tiba-tiba sahaja teman saya ini bertanya , [lebih kurang ayatnya seperti ini..]
" Bagaimana nak jadi sempurna ya? macam awak.. Maksud saya, hampir sempurna macam awak" dia bertanya
"Sempurna?" saya kurang faham maksudnya dan berharap dia menjelaskan maksud soalannya. [Dalam hati saya terdetik, adakah disebabkan maksud nama saya dia berkata begitu? hu3 main-main ke apa kawan saya ni? soalan macam serius pula..]Saya tidak tahu untuk memberikan jawapan apa, bibir dipaksa untuk tersenyum... ia bukanlah senyuman bermaksud bangga, tapi tersenyum sinis kepada diri sendiri, dalam hati terdetik, "kalaulah dia tahu tentang hidup saya yang sebenarnya, adakah itu juga persepsi nya untuk saya? "
" Maksud saya, jadi orang yang nampak macam tidak-ada-masalah..... Orang nampak awak seperti awak tidak ada masalah, walaupun awak mesti ada masalah sebenarnya. Tapi saya, walaupun saya cuba sorok, tapi orang lain mesti still nampak saya ada masalah" jelasnya
Ya Allah, malu sungguh..kerana dia terlalu bersangka baik dengan saya. Sedang diri ni selalu saja khilaf dalam kehidupan seharian.
Ya Allah, ampunkan hamba Mu ini.. Moga kami terus menerus memperbaiki diri dan amalan setiap masa. Agar niat tidak lari dari lorong Lillahi.
Mungkin dia faham yang saya masih tidak faham maksud soalannya yang sebenar, kali ini dia menambahkan penjelasannya mengenai masalah yang dia hadapi.
Apakah masalah yang dihadapinya, biarlah saya dan dia sahaja yang tahu, tetapi secara kasarnya saya berikan pendapat saya tentang permasalahannya, Saya berharap agar dia tidak terlalu mengambil berat dalam masalah-masalah yang kecil, kerana fokus utama seperti belajar & score adalah yang patut diutamakan, dan bukanlah masalah-masalah kecil yang patut diberikan tumpuan utama.Saya katakan juga, tips bagi saya dalam kehidupan ialah perbaiki diri dan terus memperbaiki diri..sebab diri sentiasa akan melakukan kesalahan...
Dalam kebisingan dan dalam keadaan terkejar-kejar ke kenderaan yang telah sampai untuk membawa kami pulang, kami berpisah. Tidak sempat saya bersalam dengannya, dan boleh juga saya katakan, jawapan yang saya berikan masih lagi tergantung. Sepanjang perjalanan pulang, saya mencari-cari jawapan. "Ya Allah, apakah jawapan yang sesuai saya berikan padanya, kasihan dia.."
{Inilah ilham dariNya untuk cuba menyelesaikan masalah awak. }
Saya harap awak dapat applykan konsep materialiti ini dalam kehidupan. Bagaimana menilai masalah yang kecil adalah kecil dalam kehidupan. Kehidupan yang sebenar menanti dengan pelbagai lagi masalah yang bernilai lebih besar dari itu. Gangguan-gangguan manusia sebegitu lebih saya ketegorikan sebagai angin sepoi-sepoi yang kadang cuba bergerak kencang, tapi masih.. ia angin sepoi-sepoi, tiupannya mungkin terasa tapi tidak pula mengoncangkan dunia. Awak cuma perlu selesaikan masalah kecil itu dengan cara yang mudah tanpa perlu bersusah-payah memberatkan diri untuk menyelesaikannya dengan kaedah yang susah. Teman,awak punyai cita-cita yang besar, [Malah, saya sangat mengagumi semangat dan keberanian yang awak tunjukkan] maka masalah-masalah sebegitu saya rasakan, ia bukanlah sesuai bagi awak untuk letakkan ia sebagai masalah besar. Maka teruskan dengan cita-cita besar mu, dan masalah-masalah kecil itu akan menjadi semakin kecil nanti.Berani Bercita-cita Besar
Tambahan buat kita bersama, ayuh kita lihat sama-sama ke langit.. Subhanallah.. lihatnya secara mata kasar sahaja sudah jelas betapa luas dan besar langitNya.. dan dalam ramainya manusia, lihat pula diri kita, ia mungkin kelihatan kecil sahaja dari langit sana. Dan masalah kita? dalam pandanganNya, pasti kecil sahaja jika Dia mahu menyelesaikannya, "Kun Fa Yakun" (Jadi,maka jadilah). Maka wahai diri dan temanku, tiap kali jika diri bertemu masalah, adukan sahaja padaNya, dekatkan dirimu denganNya serapat dan seerat yang mungkin. Jadikan setiap aktiviti (jika mampu) kita sentiasa berinteraksi dengan Allah, Mohon ampun pada nya selalu, Taati perintahNya itu wajib sekali buat diri kita yang lemah ini. Kita kembali padaNya, hambakan diri padaNya, itu sahaja yang mampu hamba seperti kita lakukan dalam mengharapkan pelbagai limpah rahmat dan redhaNya. Mujahadah itulah modal kita dalam menempuh dunia yang sudah termaktub akan melalaikan dan menggoda setiap jiwa.Sama-samalah kita sentiasa memperbaiki diri. InsyaAllah ruang dan peluang itu selalu Allah berikan, cuma kdang2 kita sendiri yang suka sia-siakan...Ya Allah, ampunkanlah kami atas kekhilafan diri,
kurniakanlah kekuatan kepada diri kami
untuk tuju iltizam pada taubat kami...
aminn..
(Petikan ini saya ambil dari solusi isu.2)
Secubit garam akan memasinkan segelas air. Tetapi jika garam yang secubit itu diletakkan ke dalam sebuah teko, kemasinan garam akan berkurang. Jika garam yang sama kuantitinya itu dilarutkan pula dalam sebaldi, sekolah malah sekolam air... masinnya tidak akan terasa langsung.Begitulah perumpamaan perbandingan di antara masalah dengan cita-cita. Masalah umpama garam, manakala cita-cita umpama air. Semakin besar cita-cita, maka semakin mengecil masalah, seperti mana garam yang hilang kemasinannya apabila air bertambah.
Ya, cita-cita besar akan mengecilkan masalah yang sedang dihadapi. Sebab itu jika kita terlalu disusahkan bahkan dikalahkan oleh masalah-masalah semasa, itu petanda cita-cita kita masih kecil. jika cita-citanya kecil, bangsa yang bagaimana bijak,kuat dan kaya sekalipun tidak akan mampu mencipta sejarah.Sebaliknya, mereka akan mudah "diratah" oleh bangsa yang kecil tetapi mempunyai cita-cita yang besar.
Jiwa yang besar lahir daripada keyakinan (keimanan) yang kuat.
Keyakinan kepada hari Akhirat yang kekal Abadi, menyebabkan kita reda dan rela menerima ujian hidup di dunia sementara ini.
Rasa manisnya iman dan keghairahan mengecapi syurga akan memujuk hati kita daripada tergoda oleh nikmat kejahatan yang sangat menggiurkan pada akhir zaman ini.
Rasa gerun kita pada neraka dan kemurkaan Allah akan menyebabkan kita sanggup memikul beban menggalas sunnah Rasulullah s.a.w. [selawat dan salam buat Junjungan mulia.] walaupun semacam mengenggam bara api.
Justeru, ketika ditimpa ujian hidup,
tetapi pintalah agar "dibesarkan" iman bagi menghadapinya!"
p/s: maaf, entri kali ini hampir menjadi karangan.
Moga-moga ia bermanfaat untuk semua.
Tolong doakan,agar kita semua
sentiasa mohon ampun dan memperbaiki amalan.