Alhamdulillah..
izinNya..
nikmat Iman dan Islam saya miliki..
nikmat yang teramat hebat dari Ilahi..
Sungguh..
Dengan Islam manusia dimuliakan..
dan dengan Iman, manusia punyai kekuatan..
Persis kata Saidina Umar,
"Kemulian ku kerana Islam.."
dan disambung..
"Semua ke syurga,
kecuali dia...
ku bimbangi..
dialah diri ku.."
Begitulah khauf dan raja' yang menebal dalam hati insan mulia ini..
Sahabat, hasil tarbiyah seorang Rasul yang agung.
iaitu Nabi Muhammad s.a.w..
-----------------
Delta Accounting..Ya Allah..
subject2nya sem ini menguji kemampuan diri..
Mampukah saya mengharungi tahun ini dengan selamatnya..
Bimbang sekali,
tewas dalam arus yang sangat menguji diri..
Ya Allah..
sungguh..
apa yang daku miliki..
hanya Engkau..
jika ku sandarkan harapan pada manusia..
mungkin boleh untuk beberapa kali..
tp bukan untuk selamanya..
kerana terkadang akan di kecewa..
dan
jika ku sandarkan pada kekuatan ku sendiri..
sungguh.. daku takkan mampu..
kerana akan tiba satu saat nanti
yang ku akan tidak terdaya untuk mengharunginya..
Sungguh...
Ya Allah,
aku tak punyai apa2..
melainkan Mu..Harapan, pengorbanan dan segalanya..
selayaknya ku sandarkan kepada Mu..
dan dengan Mu..
Engkaulah kekuatan yang Maha Hebat..
Yang susah mampu dimudahkan oleh Mu..
kerana mepermudahkan sesuatu
adalah mudah bagi Mu.. =)
Sungguh Tiada daya upaya ku...
Melainkan dengan Mu.. ---------
Seringkali kekuatan diri teruji..
hampir sahaja lelah utk meneruskan perjalanan..
Kali ini banyak medan yang perlu ditempuhi..
Agama, Akademik, Keluarga & Rakan..Yang mungkin sukar dan
unpredictable corak pertarungannya..
Namun..
Untuk berundur..
tidak.. tidak boleh itu terjadi..
seorang yang
bercita-cita menjadi mujahidah tidak bisa berundur..kerana
ini
saat penting untuk membuktikan cita-cita itu
dihadapan Khaliq ku...
Andai berundur,
jelas itu pengecut namanya..
dan sungguh..
ada kecaman bagi pejuang yang lari di medan perang..
iaitu murka Allah..
Moga dijauhkan mencari2 kerehatan..
dan gembira bersenang- lenang..
yang rupa-rupanya menjadikan saya dalam kemurkaanNya..
Nauzubillah..
--------------
Teruskan berusaha wahai diri.. !!
Mujahidah perlu kuat jiwanya..!
perlu kental imannya.
perlu mantap hubungannya dengan yang Esa.Perlu dijaga amal ibadahnya..
Perlu sentiasa mujahadah..
sungguh.. perlu serba serbi bersedia..Tapi ya Allah..
hampir satu ketika..
kekuatan yang dimiliki..
semakin berkurang..
Dan disaat itu...............
Engkau mengingatkan ku..
insan yg mudah sekali alpa...
dengan kata2 indah Mu dalam Al-Furqan.. =)
iaitu...
Kata2 indah yang
membakar nyalaan semangat agar tidak malap..
Kata2 inspirasi
yang membina harapan
dan kekuatan agar tidak mudah putus asa..
Dan bila diuji, kali ini..
kata2 itu menjadi rahmat sbg penghibur diri....
Alhamdulillah..
Ya Allah,hiburkanlah hati ku dengan redha Mu..---------
.-----------------.
Subhanallah..
kesukaran itu..
adalah
tanda ...
bahawa
akan datang kemudahan dari Nya..
Ya Allah..
Sungguh..
Engkau benar2 kasih pada hamba Mu..
Alhamdulillah..
-----------
Indah kan kata2 ini..
Saya tujukan kata2 ini buat semua yang terus menerus memilih untuk letih kerana berbuat kebaikan..------------
[Buat sahabat-sahabat semua,
ayuh kita bersatu.. untuk menongkah arus itu..
arus tu tidak sekuat mana,
jika kita bersatu bersama..
sebab kita ada Allah bersama dengan kita..
jika kita beriman.. =]
[Ramai antara mereka yang berkata..
kita ini
kumpulan yang sedikit...Subhanallah..
Gembirakanlah hati kalian..
kerana
Allah banyak kali memuji kaum yang sedikit..]
Moga kita antara golongan yang sedikit yang mendapat rahmatNya.. =]
aminn..