Selasa, November 24, 2009

~Jalan itu...~




------------

Pejuang

--------------

Jalan Mujahadah itu...

Memang sukar sekali~
Kerana Mu...
Ya Allah..

Ya Allah,
ampunkanlah
daku..
yang selalu shj melakukan kesalahan.
lalai dlm kehidupan..

Terima kasih ya Allah,
atas tarbiyah Mu setiap masa..

Alhamdulillah...

mujahadah.jpg
--------------------

Sebahagian dari perkongsian Ilmu dari adik myramei ^_^ : Salam Zulhijjah..

Ramai daripada kalangan kita yang telah maklum akan kelebihan 10 malam-malam terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai di kalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 hari-hari pertama dalam bulan Zulhijjah?

Imam al-Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Tiada suatu hari pun di mana amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini - iaitu 10 hari Zulhijjah.." Para sahabat baginda bertanya: "Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan hari-hari tersebut)?" Ujar Baginda: "Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)."

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Tiada suatu hari pun di mana amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)."


Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda:
“Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.
--------------------------



"sebelum darah haiwan yg dikorbankan itu jatuh ke bumi, darah itu sebenarnya telah pun sampai ke Allah telebih dahulu"
Hadith Bukhari..

Khamis, November 19, 2009

Syafakallah/Syafakillah Syifaan Ajilan


Sejak kebelakangan ini, bertambah ramai sahabat yang diuji dengan ujian kesihatan..


"Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman"1.
"semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya."

(doa ini saya belajar dari watak Fahri dalam novel AAC ..)






Pelbagai perkara yang tak terduga berlaku dalam hidup kita. Ianya meniti dari tiap saat dan minit yang berlaku sama ada kita sedari atau tidak. Kesakitan dan kematian yang menjengah hadir tanpa di undang dan tidak terduga. Dalam sehari pelbagai berita yang kita terima yang mengembirakan dan tidak kurang yang menyedihkan.


Sakit atau musibah yang datang adakalanya ringan dan ada masanya berat. Bergantung kepada kekuatan diri individu. Sebagai ujian dari Allah mengikut kemampuan kita. Kesakitan dan musibah juga dianggap sebagai kaffarah terhadap dosa - dosa yang telah dilakukan. Sahabat nabi amat risau jika tidak sakit kerana bimbang Allah tidak kasihkan mereka. Tetapi, kita hari ini sebolehnya menolak kesakitan dan musibah yang datang. Mudahnya kita mengeluh, berputus asa, bersedih yang keterlaluan dan lain -lain lagi.


Datangnya sakit atau musibah lebih mendekatkan kita kepada Allah. Pada waktu itulah kita ingat Allah. Menyebut -nyebut namanya. Kerap berdoa kepada Nya. Maka di sinilah perlunya syukur atas nikmat kesihatan yang Allah berikan. Syukur itu diterjemahkan melalui penambahan amal ibadah serta perkara - perkara yang diredhaiNya.


Kita telah diajar untuk mengamalkan doa untuk kesihatan iaitu: :
"Ya Allah sihatkanlah penglihatanku, pendengaranku dan tubuh badanku..."

sumber: http://tintanusaybah.blogspot.com/

------------
Ingat lagi waktu sem lepas, 1 rumah kami (rumah sewa di MMU) diuji dengan demam panas..
seorang demi seorang
Allahu Akhbar.. mcm klinik jugalah rumah kami.. penuh dengan ubat-ubat..

Saat itu, zikirnya hanya Allah..
Kerinduan pada emak, usah dikata.. (anak manja..hu3..)
Tapi Alhamdulillah,di rumah kami ada "ibu yang penyayang"
erk.. tekalah siapalah..? :D
-------------

Rabu, November 18, 2009

Coretan..



Coretan hari ini..
ingin dibuat catatan sedikit...

Alhamdulillah,Kelas tutorial tadi sangat berbeza dengan kelas-kelas tutorial sebelum ini..(tutorial semenjak melangkah ke Degree). Bincangkan jawapan tutorial dalam kumpulan dan diberikan markah(macam kuiz) untuk setiap kumpulan, kumpulan pula, berdasarkan nombor yang dikira..
Pada mulanya, kami semua tidak selesa, hu3.. rasa macam budak sekolah pun ada juga.. tapi setelah hampir 1 jam 30 minit bertutorial, (Short sem, semua dipadatkan dalam ruang masa yang ada dan dengan kelas yang agak "limited addition" di MMU..) Ada manfaat yang baik, mungkin kerana dipaksa untuk keluar dari comfort zone kami, (berpisah dengan Farhana, kemudian bergabung dengan pelajar lain yang jarang-jarang dapat berkerjasama), kami rasa ia adalah satu kaedah yang baik untuk mendapatkan keterlibatan semua pelajar meskipun di dalam kelas tutorial.

Usai kelas, berjanji dengan Sis Wani untuk bertemu di masjid, untuk sama-sama merawat telefon bimbit dengan bantuan Sis Iqa dan AEQ beliau..^_^ ( Bateri telefon bimbit saya "kembong" kerana dimasuki air) Alhamdulillah, dipermudahkan urusan olehNya.. Dapat dicari ganti bateri telefon dengan jumlah yang tidak lah sedikit, iaitu 5000sen.Dan telefon dapat berfungsi kembali..

Ucapan terima kasih buat Sis Iqa yang sudi membantu menemani kami.:)


Buat adik lelaki saya, Ide.. :)
Moga terus diberikan kekuatan untuk menempuhi ujianNya..
Sungguh, Terlalu banyak hikmah yang ingin diberikan olehNya sebenarnya ..

Fitrah manusia akan selalu mengingati Allah, tatkala diuji dengan kesusahan..
dan mudah sekali lalai, bila diuji dengan nikmat kesenagan..

Lapangkanlah hati mu,
Ada tarbiyah untuk mu wahai adikku..
Bergembiralah..kerana
Dia sedang mendidik mu dengan segala kasih sayangNya..
Yakin dan percayalah kepadaNya, setelah berusaha.. kini bertawakkal lah pula.. ^_^
Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mu..
InsyaAllah..
-------------------------------------------

[Sharing]
Discover and understand different aspects
of your personality by taking our free tests.
Personality Test - Discover Your Type [here]

mohon maaf, ayat tidak berapa tersusun..

Selasa, November 17, 2009

Terus berlari..




Lagu ini menjadi antara lagu kegemaran saat ini.. :)



Suci Sekeping Hati
Album : Kembara Cinta
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com



Suci Sekeping Hati - Saujana


Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

------------

ada kartun..
tentang korban..




Waktu silih berganti..


Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku,
jika Allah menjadikan untukmu malam itu terus menerus sampai hari kiamat,
siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan sinar terang kepadamu?
Maka apakah kamu tidak mendengar?"


Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku,
jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus menerus sampai hari kiamat,
siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu yang kamu beristirahat padanya?
Maka apakah kamu tidak memperhatikan?"


[ Al-Qashash : 28:71&72 ]

-------------

Alhamdulillah..
Segala pujian hanya layak ditujukan kepadaNya..

-------------------------
Benarlah,
Yang sangat jauh ; adalah masa yang berlalu..

Masa berlalu dalam kadar yang pantas,
selalunya,
tidak akan sempat memintas..
bahkan,
hampir juga kehidupan dicantas..

tapi diri diajar,
untuk terus sedar..
untuk terus mengejar..
ya, kejarlah..!!


Dalam larian pantas itu,
tiba-tiba kaki tersadung batu ..

Allahu Akhbar...
Sakit..
Sangat perit...!!

Hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui..
apa yang hamba alami..


Sendiri,
diri menyesali.
berulang kali..
ditanyakan pada diri..
"Diri.., Kenapa lah kau tak nampak akan batu ini....?"

Meskipun soalan itu ingin dijawab,
Namun, bergunakah jawapan itu menjadi asbab
untuk menghasilkan ubat yang mujarab?

sudahlah,
tak perlu lagi bermadah,
cepatlah..


cepatlah dirawat,
agar tak terlewat..
merawat luka
yang masih belum diisikan ubat..

----

Sesungguhnya,
Hanya pada Nya
diadukan segalanya..
dimohon ampun atas khilaf dan dosa..
"Tuhan, maafkan hamba..

Salahnya hamba...
bukan batu yang tidak tahu apa-apa
"

yang wajar menghisab diri,
yang harus menyesali diri,
adalah diri sendiri..

Salah sendiri,
dek kerana nak cepat sampai ke destinasi..
tak menyempat berlari-lari,
sampai tak pula berhati-hati,

asif jiddan..

wahai diri...
banyak kali dilukai
disebabkan kelemahan sendiri..

---------

Tak sangka,
perit dan sakitnya
masih terasa..
mohon izin dari semua..
untuk ambil masa
untuk mengubatinya..
mungkin sedikit lama dari yang biasa..
kerana perit dan sakitnya sedikit luar biasa..

Benar,
Sakit masih terasa,
namun diri tak punya masa,
untuk terus membawa rasa...

Mohon hamba pada Mu, Ya Rabbi..
Wahai tuhan yang mendidik diri..
agar hilang terus perit ini ..
jika dapat, dikebalkan hati
dengan keadaan ini
agar mudah cergas kembali..
agar diri ceria sekali
dalam dakapan Ilahi..
dalam tunduk hati..
dalam sujud diri..
sebagai abdi..
yang hina sekali..
yang berasal dari setitis air mani...


Allahu Akhbar..

Bantulah diri ini..
agar terus berlari..
mudah-mudahan dengan langkahan yang lebih berhati-hati..
dengan membawa sekeping hati..
untuk dipersembah kepada Ilahi..

walau tidak dapat dinafi
diri sendiri masih belum berhenti
dari memperbaiki diri..

-----

Alhamdulillah,
dalam diri lemah..
sahabat-sahabat datang memapah..
membantu agar diri tak terus rebah..

Ucapan ku,
Untuk para sahabat dan saudara-saudara ku
Yang sentiasa sudi membantu..
Yang menerima seadanya diri ku

Jazakumullahu Khairan Khathira..

-------

Faqir..
Insan..



Mohon hidayah Mu

dalam tiap saat hayat ku..

Aminn ya Rabbal 'alamin..

------
mudah-mudahan tidaklah pula disalah tafsirkan..
----------------


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI BUAT WAN (Nenek saya).. ^_^
*Tiada doa dicoretkan disini,
kata kak Nad (Fesi Klinik Solat)
doa lebih berkat jika di rahsiakan.. :)


Wallahu'alam..
------------



*plz change the word *he/him, to *she/her ..

Selasa, November 10, 2009

Klinik Solat 2009 (Sabtu Ini)
Semua dijemput hadir^_^

Klinik solat 6

------------------------------------------
KLINIK SOLAT 2009
Anjuran : Institusi Usrah, Kampus Melaka


Kenapa ya?




Persoalan yang mungkin anda tak jumpa lagi jawapan.....

Kalau soalan tutorial kita usahakn untuk cari jawapan..
Kenapa tidak jawapan bagi amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti
iaitu..
.: SOLAT :.

Ayuh kita cari jawapannya dengan menyertai

KLINIK SOLAT
2009


Dengan
Tema:




---------------------------------------------------------------------------

Tarikh : 14 November 2009
Hari : Sabtu Ini
Masa : 7.45 Pagi - 4.45 Petang
Yuran: RM 15 untuk seorang (Sangat Murah harganya!)
Yuran Promosi : RM 50 untuk 5 orang yang daftar bersama-sama.
Tempat : CLC 2001

------------------------------------------
Hubungi :
Saudara Atif Fahmi
No. Tel: 012-3175321
Email: atif_cloud_strife@yahoo.com.my

Saudari Norkamilah Mohd. Rosely
No. Tel : 013-6285277
Email : wakafabillahi_wakila@yahoo.com

Atau mana-mana Exco IU.

Untuk pendaftaran: Diminta sertakan
1.Nama
2.Nombor Id
3.No. Telefon
4.E-mail
5.Wang Deposit (RM 5 utk seorang)


Tarikh tutup : 12 November ( Khamis ini).
Tempat adalah terhad.

Tawaran hebat menanti anda:
Makanan Disediakan,
Saps Point Diberikan,
Sesi Soal Jawab yang dinantikan,
Handout diberikan,
Slot praktikal solat yang sangat bermanfaat.
dengan hanya RM 15 shj..

Memang berbaloi..
2 Thumbs up!
InsyaAllah..


------------------------

Klinik Solat 2009 dianjurkan
Dengan kerjasama:


My Photo
PAKSI Educare Serdang
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
dan

Bahagian Hal Ehwal Pelajar,
MMU Melaka.


---------
Institusi Usrah Kampus Melaka