Ahad, September 11, 2011

Law kana bainana~

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

anda pernah tonton rancangan law kana bainana yang sedang ditayangkan di TV AlHijrah setiap Ahad pukul 9.00 malam? kala belum, tontonlah.. satu rancangan yang sangat menarik.. ia adalah rancangan yang membicarakan respon orang ramai tentang amalan dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan menggalakkan orang ramai untuk sama-sama menghidupkan sunnah Baginda Rasul.. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w...




"jika Nabi Muhammad s.a.w di depan anda, apa yg kamu akan katakan padanya dalam tempoh seminit?"



Sunnah Baginda:

  • Menuntut ilmu itu satu kewajipan
  • Sampaikanlah salam diantara kamu
  • Berbuat baiklah dengan pembantu-pembantu kamu
  • Sebaik-baik kamu adalah mereka yang berlaku baik dengan ahli keluarga masing-masing
  • Hormatilah anak-anak kamu dan muliakanlah perwatakan mereka
  • Berlaku baiklah dengan makhluk-makhluk bernyawa yang lain
  • Alihkanlah benda-benda yang menggangu perjalanan
  • Tidak membuang sampah merata-rata / menjaga kebersihan
  • Berakhlak mulia dengan semua golongan
untuk tonton / download boleh klik sini (tiada subtitile english.. kalau faham bahasa arab bagus lar.. )
Disalin terus dari :
http://anafarha.blogspot.com/2011/07/law-kana-bainana.html

Sabtu, September 10, 2011

Mujahidah itu..


Ya Allah, Mohon Kau Pegang hati ku erat..

Puisi 'Mujahidah itu' menjadi santapan pertama di sini.
Mujahadah diteruskan di sini .

Di sini ... Mohon Allah terus pegang erat hati ini.

~ KL . 10 Sept 2011. 12 Syawal 1432H ~


Mujahidah itu…
Hati meresahkan kesal menolak cintanya,
Api cinta marak dipendam bahangnya,
kerna itu Rahsia hati dan cintanya,
Pada Allah saja diceritakan rahsianya,
Terusan berdoa memohon kepada-Nya,
Moga itu terbaik buat dirinya…

Mujahidah itu…
Di luaran dia tenang,
Dalam hati iman menentang,
Dalam hati nafsu berperang,
Antara dua cinta yang bertandang,
Namun, cinta Allah selalu menang,
Cinta kedua dilepaskan terbang…
Hari demi hari terus menyapa,
Kata orang mengapa tak punya rasa,
Sedangkan dia masih remaja,
Kata orang mengapa dia bahagia,
Sedangkan dia tak punya cinta,
Kata orang mengapa mantap hatinya,
Sedangkan dia tiada rijal penguatnya,
Mulut itu mulut mereka,
Sabarlah, biarkan saja…

Mujahidah itu…
Rabiatul Adawiyah itulah idolanya,
Sumayyah itulah obornya,
Khawlah itulah kecemburuannya,
Nusaybah itulah pahlawannya,
Fatimah itulah teladannya,
Aishah itulah buktinya,
Khadijah itulah kebanggaannya…

Mujahidah itu…
Dia mahu jadi bidadari,
Terus solehah di jalan Ilahi,
Itu mimpinya di malam hari,
Itu angannya di siang hari,
Itu bicaranya sehari-hari,
Menjadi isteri sentiasa berbakti,
Kepada suami bakal berbudi,
Pilihan Allah akan terbukti!
Ia janji yang sangat pasti!

Mujahidah itu…
Tidak takut kehilangan cintanya,
Biar pelbagai ujian melanda,
Lelaki itu, perlukan masa,
Memilih buat diri mereka,
Pilihan yang semestinya istimewa,
Calon ibu, buat zuriatnya!
Penyeri dunia, itulah temannya!
Di Syurga, itulah bidadarinya!
Membuat lelaki segan dengannya,
Menyedarkan, lelaki melainkan peranan,
Bahawa wanita bukan mainan,
Tetapi mutiara itulah nilaian…

Ya, mujahidah itu..
menghitung langkahnya,
Muhasabah dirinya,
katanya, dia masih banyak kurangnya!
Hanya menggeleng kepala..
Tatkala datangnya lelaki menggoda
Hanya bisu berdiam saja,
Diam maknanya iman sahaja bersuara,
Pandangan matanya dibutakan sahaja,
Buta maknanya hatinya mula berkata,
Rijal kekasih Allah itu yang diharapnya!
Pejuang agama itulah pembimbingnya!
Redha ibubapa itulah pilihannya!
Bukannya rijal yang sebaliknya…

Mujahidah itu…
Bukan dia tidak punya hati
Tetapi hatinya sudah mati,
Tatkala ummat Muhammad dilukai,
Hatinya menangis penuh ngerti,
Tatkala jasad saudaranya dikelar sana-sini,
Hatinya meraung penuh simpati,
Tatkala adik seakidah dirogoli,
Dibunuh tanpa secebis insani,
Hatinya jadi benar-benar mati,
Tak punya masa untuk bekasihani…

Mujahidah itu…
Tidak dia rasa kekurangan,
Kerna sudah cukup adanya Tuhan,
Tidak dia sepi sendirian,
Bila sentiasa bertemankan Tuhan,
Dia umpama permata yang bersilaun,
Kerdipnya menyilau pandangan,
Dialah wanita harapan Tuhan,
Kebanggaan umat zaman berzaman…

Mujahidah itu…
Menjadi gadis sudah fitrahnya,
Menjadi pilihan bukan pintanya,
Sebagai penyeri itulah hakikatnya,
Menjadi khalifah itulah tugasnya,
Membuat silap bukan sekali,
Namun mengalah tidak sekali,
Menjadi seorang mukminat sejati,
Itulah usahanya setiap hari…

Mujahidah itu…
Tetaplah dirinya teguh di satu jalan…
Menjadi bidadari sememangnya impian…
Melangkah dengan sejuta harapan…
Mengejar cinta dan keredhaan Tuhan…
Moga beroleh Syurga idaman…
Ameen…Ya Rabbb…


sumber : http://loveofislam.wordpress.com/2010/11/19/mujahidah-ansarullah/

Sumber :