Isnin, Oktober 17, 2011

Baca diri dengan buku?

Jawapannya..Bukan~ Baca diri (memahami diri) dengan Ilmu yang ada dalam buku.. :)

Wanita Berfikirlah Seperti Lelaki [ Act Like A Lady, Think Like A Man.]


Saya kira malam ini antara malam bertuah saya..
Alhamdulillah,RezekiNya... :)
Bertuah kerana 'bertemu' dengan buku ini..
Meski buku ini bukan milik saya,
Tapi diizinkanNya untuk saya mendapat ilmunya.
Terima kasih kepada pemiliknya ,Kak Sarah (teman serumah) =)

Sengaja (bahkan diusahakan juga) dipostkan..walau sudah mencecah lewat malam.

Meski dalam masa 2jam lebih shj saya menyelak dan membaca..
Boleh membuatkan saya untuk mula "mempromosikan" isi buku ini..^^
Ilmu yang perlu dimiliki oleh semua Wanita..
Terutama...
Bagi yang mempunyai dilema mengenai isu hubungan(relationship) dengan lelaki.

Buku ini menerangkan bahkan memberikan tips & penyelesaian secara ilmiah.
Cuma pendekatan penulisannya kurang menuntun jiwa Muslim.
Faham sahajalah penulisnya tiada ilmu mengenai hal itu..
Meskipun begitu penekanan akhirnya selari dengan Islam iaitu perkahwinan (marriage)
Walaupun contoh prosesnya kurang harmonis dengan didikan Islam.

Justeru, tambahkanlah buku-buku yang lain untuk melengkapkan lagi ilmu mengenai perhubungan(relationship) yang pasti bagi kita seorang Muslim ( End in Mind) niatnya untuk membina Baitul Muslim (complete our half deen) untuk mendapat keredhaan & keberkatan dariNya agar

Antara buku yang boleh dicadangkan
[sebab saya sudah baca ataupun dalam senarai "akan dibaca" ..]

"Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul oleh Ukhti Fatimah Syarha"


"Aku terima Nikahnya oleh Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com)"
Boleh baca disini.

Bercinta Sampai ke Syurga (sini) & Murabbi Cinta (sini)
[Sikit je yang sudah dibaca...~]

Yang ni belum dibaca tapi InsyaAllah akan baca..

Wallahu'alam.

-----------------------------------------

Mematangkan diri dengan ilmu.
Let us learn "Feelings Management." ^_^
Supaya setiap apa yang berlaku kita cari mutiara hikmahNya..
Menerima dengan syukur & sabar.
Tarbiyah dariNya.. Jadi ibadah dan jana keredhaanNya..
Allah sentiasa berikan yang terbaik kepada kita.
Meskipun terkadang ia bukan yang kita mahu, tapi Allah mengetahui itu yang kita perlu.=)
----------------------------------------