Rabu, Mei 16, 2012

Makin percaya, makin rasa nikmatNya..


Makin percaya, makin rasa nikmatNya..

Makin yakin, makin tersingkap pelbagai hikmahNya..
Makin berusaha, makin Allah permudahkan urusan keranaNya..
Percaya padaNya, berjaya untukNya!
La hawla wala quwwata illa billah.



Alhamdulillah~ :)





‎"...dahulu, aku kurang baik..
kini aku ingin jadi lebih baik..

semalam, aku penuh berdosa..
hari ini, aku berusaha mencari pahala..

aku yang terbuat salah, maafkan..
orang yang membuat salah, aku maafkan..

bila aku menangis, Engkau selalu ada..
tidak nampak, tapi tetap merasa..

dalam doa ku mohon ampunan..
dalam niat ku ingin perubahan..."

p/s: putih, tidak selalunya putih...hitam, tidak selamanya hitam...basuhlah dengan jiwa yang tenang, pasti ada perubahan...berubah, anda mampu mengubah...insyaAllah, bersamaNya, harum mewangi.

And this is  very good sharing caring tazkirah from Sister Yasmin Mogahed , 
Tittle "Why Cant I Get What I Want! "

(Yup! find the enlighten answer from your so FAQ (Frequently Asked Question)! ^_^)



Isnin, Mei 14, 2012

Munajat Pejuang

Kepada Mu Ya Allah, kami abdikan diri
dan kami memohon sungguh-sungguh agar dibantu dengan hidayah dan taufik Mu.


Munajat Pejuang

" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

اللهمَّ ياَ وَدُوْدُ ياَ وَدُوْدُ ياَ ذَا الْعَرْشِ الْمَجِيْدِ ياَ مُبْدِئُ ياَ مُعِيْدُ ياَ فَعَّالُ لِّمَا يُرِيْدُ . نَسْأُلُكَ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِيْ مَلأَ أَرْكَاْنَ عَرْشِكَ وَ بِقُدْرَتِكَ الَّتِي قَدَرْتَ ِبهاَ عَلى جَمِيْعِ خَلْقِكَ وَ بِرَحْمَتِك َالَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْئٍ لا إِلهَ إِلا أَنْتَ .

ياَ غَيَّاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ أَغِثْنَا ياَ غَيَّاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ أَغِثْنَا ياَ غَيَّاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ أَغِثْنَا اللهمَّ احْكُمْ وَاقْضِ على هَؤُلأِ الَّذِيْنَ يُؤْذُوْنَنَا بِغَيْرِ الْحَقِّ حَتَّى يَرْجِعُوْا اِلَيْكَ اللهمَّ احْكُمْ وَ اقْضِ على مَنْ ظَلَمَنَا بِغَيْرِ الْحَقِّ حَتَّى يَرْجِعُوْا اِلَيْكَ . اللهمَّ احْصِهِمْ عَدَدًا وَ اقْضِهِمْ بَدَدًا وَ لا تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَدًا وَ اقْذِفْ فِي قُلُوْبِهِمُ الرُّعْبَ .

اللهمَّ ياَ مَنْ ذَلَّتْ لَهُ رَبُّ الْجَباَبِرَةِ وَ خَضَعَتْ لَهُ أَعْنَاقُ الأَكَاسِرَةِ لا مَلْجَأَ مِنْكَ إِلاّ اِلَيْكَ وَ إِعَانَةَ إِلاّ بِكَ وَ لا اِتْكَاْلَ إِلاّ عَلَيْكَ اِدْفَعْ عَنَّا كَيْدَ الْحَاسِدِيْنَ وَ ظُلُمَاتِ الْمُعَانِدِيْنَ وَ أَشْرَارَ الْحَاقِدِيْنَ وَ الظَّالِمِيْنَ وَ ارْحَمْناَ تَحْتَ سَرَادِقَاتِ عَرْشِكَ . يا أَكْرَمَ الأَكْرَمِيْنَ أَيِّدْ ظَاهِرَنَا في تَحْصِيْلِ مَرَاضِيْكَ وَ نَوِّرْ قُلُوْبَنَا وَ سِرِّ إِخْوَانِنَا لِلإِطْلاَعِ على مَنَاهِجِ مَسَاعِيْكَ .

اللهم باَعِدْ بَيْنَنَا وَ بَيْنَ أَعْدَائِنَا وَ مَنْ يَحْسُدُنَا كَمَا باَعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَ الْمَغْرِبِ وَ اخْطُفْ أَبْصَارَهُمْ عَنَّا بِنُوْرِ قُدْسِكَ وَ ثُبُوْتِ عَزَائِكَ إِنَّكَ أَنْتَ الْمُعْطِى لِجَلاَئِلِ النِّعَمِ بِرَحْمَتِكَ ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ . اللهمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانِ هآمَّةِ وَ مِنْ كُلِّ عَيْنِ لاَّمَّةِ . اللهمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ في نُحُوْرِ أَعْدَائِنَا وَ مَنْ يَحْسُدُنَا وَ نَعُوْذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ .

اللهمَّ رُدَّ كَيْدَهُمْ على نُحُوْرِهِمْ . اللهمَّ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَ شَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَ زَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَ سَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ وَ لاَ تَطْمَعْ فِينْاَ عَدُوًّا وَ لاَ حَاسِدًا وَ لاَ مَنْ في قُلُوْبِهِمْ سُوْءُ الظَّنِّ ياَ قَهَّارُ يا جَبَّارُ يا مُنْتَقِمُ يا ذَا الْجَلاَلِ وَ الإِكْرَامِ .

اللهمَّ رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَ ثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَ انْصُرْنَا على الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ . اللهمَّ أَصْلِحْ ذَاْتَ بَيْنِنَا وَ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِنَا وَ اهْدِنَا إِلى سَبِيْلِ السَّلاَم ِوَ نَجِّنَا مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلى النُّوْرِ وَ جَنِّبْنَا الْفَوَاحِشَ ماَ ظَهَرَ مِنْهَا وَ ماَ بَطَنَ . اللهمَّ أَنْتَ رَبُّ السَّتَّارِ فَاسْتُرْ عَوْرَاتَنَا وَ آمِنْ رَوْعَاتَنَا . 

اللهمَّ أَعِنَّا وَ لاَ تُعِنْ عَلَيْنَا وَ انْصُرْنَا وَ لاَ تَنْصُرْ عَلَيْنَا وَ امْكُرْ لَنَا وَ لاَ تَمْكُرْ عَلَيْنَا وَ اهْدِنَا وَ يَسِّرِ الْهُدَى لَنَا وَ انْصُرْنَا على مَنْ بَغَى عَلَيْنَا .اللهمَّ اهْدِنَا إِلى سَوَآءَ السَّبِيْلِ وَ اجْعَلْنَا مِنَ الْهُدَاةِ الْمُهْتَدِيْنَ وَ الدُّعَاةِ الْمُرْشِدِيْنَ . اللهمَّ وَحِّدْ صُفُوْفَنَا الْمُجَاهِدِيْنَ الْمُخْلِصِيْنَ وَ انْصُرْ جُيُوْشَ الْمُوَحِّدِيْنَ وَ مَنْ مَعَهُمْ .

اللهمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِوَجْهِ اللهِ الْكَرِيْمِ وَ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ الَّتِي لاَ يُجَاوِزُهُنَّ بِرٌّ وَ لاَ فاَجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَ مِنْ شَرِّمَا يَعْرُجُ فِيْهاَ وَ مِنْ شَرِّ مَا ذَرَأَ في الأَرْضِ وَ مِنْ شَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَ ِمنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَ النَّهَارِ وَ مِنْ طَوَارِق ِاللَّيْلِ وَ النَّهَارِ إِلاّ طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرِ ياَ رَحْمنُ ياَ رَحِيْم ُياَ فَتَّاحُ الْقُلُوْبِ ياَ سَتَّارَ الْعُيُوْبِ يا كَاشِفَ الْكُرُوْبِ إِنَّكَ أَنْتَ عَلاَّمُ الْعُيُوْبِ .

اللهمَّ ياَ مَنْ نُوْرُهُ في سِرِّهِِ وَ سِرُّهُ في خَلْقِهِ أَخْفِنَا عَنْ أَعْيُنِ النَّاظِرِيْنَ وَ قُلُوْبِ الْحَاسِدِيْنَ وَ الْبَاغِيْنَ كَمَا أَخْفَيْتَ الرُّوْحَ في الْجَسَدِ إِنَّكَ عَلى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٍ اللهمَّ اجْعَلْ ثَأْرَنَا عَلى مَنْ ظَلَمَنَا وَ انْصُرْنَا عَلى مَنْ عَادَاناَ وَ لاَ تَجْعَلْ مُصِيْبَتَنَا في دِيْنِنَا وَ لاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا وَ لاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا وَ لاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لاَ يَخَافُكَ وَ لاَ يَرْحَمُنَا .

اللهمَّ إِنَّا نَشْكُوْ اِلَيْكَ ضَعْفَ قُوَّتِنَا وَ قِلَّةِ حِيْلَتِنَا وَ هَوَاناَ عَلى النَّاسِ . ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ أَنْتَ رَبُّ الْمُسْتَضْعَفِيْنَ وَ أَنْتَ رَبُّنَا . اللهمَّ إِلى مَنْ تَكِلُنَا إِلى بَعِيْدٍ يَتَجَهَّمُنَا أَوْ إِلى عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِنَا إِنْ لَمْ يَكُنْ بِكَ غَضَبٌ عَلَيْنَا فَلاَ نُبَالِى غَيْرَ أَنْ عَافِيَتَكَ أَوْسَعُ لَنَا مِنْ ذُنُوْبِناَ . نَعُوْذُ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِيْ أَشْرَقَتْ بِهِ الظُّلُمَاتِ وَ صَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الدُّنْيَا وَ الآخِرَةِ أَنْ يَنْزِلَ بِنَا سَخَطُكَ أَوْ يَحِلَّ عَلَيْنَا غَضَبُكَ لَكَ الْعُتْبَى حَتَّى تَرْضَى وَ لاَ حَوْلَ وَ لاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ .

اللهمَّ أَمَرْتَنَا بِالدُّعَاءِ وَ وَعَدْتَنَا بِالإِسْتِجاَبَةِ فَاسْتَجِبْ دُعَائَنَا . اللهمَّ لَكَ الْحَمْد ُوَ لَكَ الْمُشْتَكَى وَ بِكَ الْمُسْتَعَانُ وَ عَلَيْكَ التُّكْلاَنُ فاَسْمَعْ أَصْوَاتَ دُعَاتِكَ هَذا إِنَّكَ عَلى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٍ

Kemudian saudara sambung dengan doa rabitah.
( rujuk Al Mathurat Imam Hassan Al Banna )

Terjemahan doa di atas :

1. Ya Allah! Ya Tuhan yang Maha Penyayang. Wahai Tuhan yang memiliki Arash yang mulia, Wahai Tuhan yang Maha Mencipta, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa Mengembalikan, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa melakukan apa yang dikehendki, Kami bermohon kepadaMu dengan cahaya keAgunganMu yang meliputi ArashMu, dengan kekuasaanMu yang Engkau telah tentukan ke atas seluruh makhlukMu, dengan rahmatMu yang meliputi setiap sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami.

2. Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menyakiti kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu. Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menzalimi kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu.

3. Ya Allah! Ya Tuhan yang tunduk kepadaNya pemimpin-pemimpin yang sombong. Wahai Tuhan yang tunduk kepadaNya orang-orang yang membawa perpecahan.Tidak ada yang datang dari Engkau ya Tuhan melainkan akan kembali kepadaMu jua. Tidak ada tempat untuk memohon pertolongan melainkan kepadaMu dan tidak ada tempat bergantung melainkan kepadaMu. Hindarkanlah kami daripada segala tipudaya orang-orang yang dengki dan kegelapan orang-orang yang menentang kami, jua keburukan orang-orang yang iri hati serta zalim. Dan rahmatilah kami dibawah naungan ArashMu. Wahai Tuhan yang maha Mulia, kuatkanlah tubuh badan kami untuk mendapatan keredhaanMu, dan terangilah hati-hati kami dan sanubari sahabat-sahabat kami untuk melaksanakan manhajmu.

4. Ya Allah, jauhkanlah antara kami dengan musuh-musuh kami dan orang-orang yang dengki kepada kami sebagaimana Engkau jauhkan diantara timur dan barat. Sambarlah pandangan-pandangan mereka dari melihat kami dengan cahaya kebesaranMu dan kemuliaanMu. Sesungguhnya Engkaulah pemberi sebesar-besar nikmat dengan rahmatMu, ya Tuhan yang Maha Mengasihani.

5. Ya Allah! Kami berlindung dengan kalimah-kalimahMu yang sempurna daripada setiap gangguan Syaitan dan setiap penglihatan yang jahat dan membahayakan. Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami serahkan kepadaMu tengkok musuh-musuh kami dan orang-orang yang mendendami kami. Kami juga berlindung denganMu daripada perbuatan jahat mereka. Ya Allah! Kembalikanlah tipudaya mereka ke atas tengkok-tengkok mereka sendiri. YaAllah! hancurkanlah kesatuan mereka dan pecah belahkanlah panji mereka, goncangkanlah pendirian mereka dan utuskanlah keatas mereka anjing daripada anjing-anjingMu.

6. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kesabaran ke atas kami dan tetapkanlah pendirian kami. Tolonglah kami untuk menghadapi kaum yang engkar. Ya Allah! Perbaikilah hubungan diantara kami dan jinakkanlah diantara hati-hati kami. Tunjukkanlah kami jalan-jalan yang selamat dan keluarkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhilah kami dari kekejian samaada yang zahir daripadanya mahupun yang tersembunyi. Wahai Tuhan kami engkaulah Tuhan yang maha menutup, maka tutuplah keaiban kami dan amankanlah ketakutan kami. 7. Ya Allah! Tolonglah kami, janganlah susahkan kami.Tolonglah kami, janganlah Engkau tolong mereka untuk menyusahkan kami, rancangkanlah untuk kami, janganlah Engkau rancangkan untuk mereka yang menyusahkan kami.Berilah kami hidayah, mudahkanlah hidayah itu untuk kami. Tolonglah kami untuk menentang orang yang hendak melakukan kezaliman ke atas kami. Ya Allah! Pimpinlah kami ke jalan yang lurus dan jadikanlah kami dikalangan penunjuk jalan yang mendapat petunjuk dan dikalangan para da'ie yang mendapat petunjuk. Ya Allah! Satukanlah saf pejuang-pejuang kami yang ikhlas dan bantulah tentera-tentera yang bersatu dan orang-orang yang bersama dengan mereka.

8. Ya Allah! Sesungguhnya dengan wajah (Kebesaran) Allah yang Maha mulia dan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh orang yang berbuat kebaikan mahupun kejahatan, kami berlindung daripada kejahatan-kejahatan yang turun dari langit dan daripada kejahatan yang naik ke langit, daripada kejahatan yang bertebaran di muka bumi dan yang keluar daripadanya, daripada fitnah malam dan siang, daripada kejutan bahaya-bahaya besar yang datang pada waktu malam dan siang, melainkan kejutan yang datang dengan baik. Ya Tuhan yang maha pemurah, Ya Tuhan yang amat mengasihani, Ya Tuhan yang yang membuka hati, Ya Tuhan yang menutup keaiban. Ya Tuhan yang menyingkap kesusahan. sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui perkara-perkara yang tersembunyi.

9. Ya Allah! Ya Tuhan yang cahaya kemulianNya dalam rahsiaNya dan rahsiaNya dalam ciptaanNya,sembunyikanlah kami daripada pandangan orang-orang yang sentiasa memandang dan daripada hati orang-orang yang dendam serta orang-orang yang melampau sebagaimana Engkau sembunyikan roh di dalam jasad.sesungguhnya Engkaulah Maha berkuasa diatas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah! Tindakkanlah ke atas orang-orang yang menzalimi kami dan menentang kami. Janganlah Engkau jadikan musibat terhadap agama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai cita-cita utama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai tujuan ilmu kami dan janganlah Engkau timpakan kepada kami sebab dosa kami akan kekerasan orang-orang yang tidak gentar kepadaMu dan orang yang tidak mengasihani kami.

10. Ya Allah! Sesungguhnya kami mengadu kepadaMu lemahnya kami, sedikitnya helah kami dan hinanya kami di sisi manusia. Ya Tuhan yang maha mengasihani, Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah tertindas dan Engkaulah Tuhan kami. Ya Allah! Kepada siapakah Engkau campakkan kami. Kepada orang-orang yang jauh yang membenci kami atau kepada musuh yang mengancam kami. Jika Engkau tidak murka kepada kami maka kami tidak peduli. Akan tetapi keampunanMu lebih meluas kepada kami daripada dosa-dosa kami. Dengan cahaya wajahMu (kebesaran) yang menerangi kegelapan dan menjadi menjadi baik di atasnya urusan dunia dan akhirat, kami berlindung daripada ditimpakan ke atas kami kemurkaanMu kepadaMu lah tempat bermohon sehingga engkau redha. Dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan pertolongan Allah yang maha tinggi lagi maha Agung.

11. Ya Allah! Engkau telah memerintahkan kami supaya berdoa dan Engkau telah menjanjikan kepada kami dengan diperkenankan doa. Maka perkenankanlah doa kami. Ya Allah! KepadaMulah segala Pujian, kepadaMulah tempat mengadu dan denganMulah tempat memohon pertolongan.KepadaMulah tempat bergantung, maka dengarilah suara doa munajat kami ini. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu.