Rabu, Oktober 01, 2014

Untuk adik bongsu kami

Untuk adik bongsu kami,

Jika ditanya pada ku,
kakak sulung mu..
apa istimewanya kamu ?

Akan ku dahulukan dengan senyuman ..
dan ku jawab ; dia PELENGKAP keluarga kami ..
dan senyuman ku akan terus melebar..
sambil terbayang pelbagai keletahnya..

Dan ku sambung terus jawapan ku..
dengan yakin aku gelarkan dia "PENCERIA" keluarga kami

Sejak dari kecil,
dia selalu berjaya buat kami tersenyum..
dari segi keletah dan akhlaknya..
Kadang suasana tegang menyapa..
InshaAllah, Tak mengapa!  Super ceria kami ada ^_^
Meski kadang gara-gara dia juga keadaan menjadi tegang.. :D
Namun suasana itu bukanlah berterusan..
dengan merendah diri, dia meminta maaf..

Berjaya lagi dia buatkan kami tersenyum!


Dan terus..
dia selalu berjaya buat kami tersenyum..
dengan pencapaiannya yang selalu kami gelarkan "advance"
dari segi pemikirannya..
dari segi soalannya..
selalu sahaja menjadikan kami tertanya kembali.. ? hihi
dan tak mengapa..
soalannya ada kewajaran untuk dijawab..
dan selalunya aku akan berusaha berikan jawapan,
meski sebenarnya.. itulah jawapan "cuba-jaya" ku
dan jika tidak berjaya..
aku minta "masa tambahan" ..
perlu dirujuk pada yang lebih berilmu..
dan Alhamdulillah, dia seorang yang bertimbang rasa,
dia bersetuju, tanpa respon balas mengejek ku..
dia percaya aku akan berusaha mendapatkan jawapan itu.
dia percaya ada jawapan bagi setiap soalannya :D

Ya, Berjaya lagi dia buatkan kami tersenyum!

Dan terus..
dia berjaya buat kami tersenyum..
dari segi pencapaian akademiknya..
Yang selalu menjadi "kejutan" buat kami..
dan bagi ku yang dapat juga melihat usahanya , meski tak selalu..
ku lafazkan
"Alhamdulillah, rezeki yang layak untuknya"
dan selalu kepercayaan ku padanya ; ada.
atau jika tidak..
aku ajarkan caranya bagaimana untuk mendapatkan kepercayaan ku,
agar kembali.. aku percaya padanya

Atas sebab ku kenal dia sejak lahirnya..
dan Alhamdulillah.. tidak mengurangkan nikmat ku sekeluarga..
bahkan mengindahkan hari-hari kami sekeluarga..

Ya,
dia berjaya lagi dia buatkan aku tersenyum!

Tersenyum pada kurnian Allah,
Alhamdulillah..
yang unik , yang berbeza..
yang ada pada kami sekeluarga..


Hari ini..
apabila dia meningkat dewasa,
dan jika ditanya pada ku,
"Mungkinkah senyuman itu akan terukir pada wajah ku.. ?"
InshaAllah ya! Akan ku dahulukan dengan senyuman ..
dan ku jawab ; dia PELUANG keluarga kami..

Jika ada keletahnya tak seindah yang kami harapkan..
(Salahnya juga.. sebab dari kecil selalu buat kami gembira.. hingga harapan kami padanya selalu terbina.hihi )

Adalah tidak adil untuk aku bersedih atau kecewa,
kerana aku yakin...
dia sedang dalam prosesnya untuk membuatkan kami lebih tersenyum.. ^-^
dia sedang melalui proses sukarnya ..
dalam memberikan "kejutan gembira" pada kami..
dia sedang memberikan kami masa,
untuk membantunya agar dapat menjawab persoalan-persoalan dalam hidupnya..

maka

Untuk itu adik,

Senyumlah pada kehidupan mu.
Senyumlah pada yang memberi kehidupan ini.
Dia tak pernah berikan yang terburuk untuk mu.
Selalu baik-baik sahaja.
Ia kehidupan Hadiah Allah buat mu :)
Engkau hadiah Allah pada kami sekeluarga.

Baik-baik dik lalui kehidupan ini.
Lalui titian sabar dan syukur
Ada jalan istiqamah yang perlu kau tempuh
Dan itu juga jalan yang sama untuk kakak mu lalui..

InshaAllah, sama-sama kita usaha!
Jom! :)