Khamis, Disember 29, 2016

syukuri seikhlas iman :)

"Pelangi selalu terlihat di atas kepala orang lain."

Enjoy the rainbow ; Thankful for the rain. 

2016 bakal berakhir.
Alhamdulillah 'ala kullihal
 masih bertambah-tambah nikmat Allah kurniakan..


mengeluh?
apa yang di keluh kan?
apa yang meresahkan mu wahai hati?

masa yang berlalu?
amal yang compang camping?
atau..
senarai hajat yang bergunung tak habis-habis?

wahai hati..
tak pandaikah kau
syukuri seikhlas iman ?
atas setiap masa, 
peluang dan nikmat kurniaanNya.

atau iman mu sakit?
sebab itu hati.. 
kau
tak larat bersyukur?
lelah membersih semak samun dunia?
tak bersungguh menanam ikhlas?

jika ya...
cepat istighfar wahai hati..

Astaghfirullah..
mohon ampun ya Allah..

barangkali air mata itu ingin sekali menderu
rindu sekali ia mengalir untuk tuhan penciptaNya..

wahai hati..
cepatlah sedar..
kita hamba.. 
faqir ilallah..

kasihanilah air matamu..
biarlah ia melepaskan rindu pada RabbNya.
jadi saksi untuk mu bila bertemu sang Khaliq.

ya biarkan air mata taubat mu mengalir
ini sahaja peluang nya berbakti untuk mu 
air mata tanpa kos ini,
jika ikhlas mohon taubat..
nilainya memadamkan api neraka..

Allah..
Allah..
kami ini kedekut apa?
tak melapangkan waktu bertaubat dan menangis

Allah..
atau sebenarnya kami tak dipilih oleh Mu?
pilih kami ya Allah..
rezekikan air mata taubat untuk kami.
...

Lega...
ya..
itu baru 
satu tangisan
.. 
baru 
beberapa istighfar..
..
Subhanalah,
Rasullullah adalah orang yang selalu menangis.
tak mahu kah hati 
kita teladani sunnah itu?


...

eh?
hati..
tak hairan kah engkau wahai hati..
lidah mu tak pula kelu beristighfar..
kelihatannya ini bukan pekerjaan sukar baginya..
tapi kenapa
tak pula sentiasa lidah itu beristighfar?

“Barangsiapa yang senantiasa beristighfar niscaya Allah akan menjadikan baginya kelapangan dari segala kegundahan yang menderanya, 
jalan keluar dari segala kesempitan yang dihadapinya 
dan Allah memberinya rezeki dari arah yang tidak ia sangka-sangka.” 
(HR. Abu Daud)


Astaghfirullahal 'azim..
hati, kau kelukan lidah mu..

barangkali hati..
kau tak percaya dengan janji tuhan Mu.
atau.. selalu lah kau indahkan catatan mu..
dengan
alasan lupa!

Astaghfirullahal 'azim..
tugas mu masih tak selesai hati!
tambahkan iman mu....
tambah percaya mu pada Hadith Rasul kita....


-----


syukuri seikhlas iman

bila syukur, 
Allah tambahkan lagi nikmat.
bila kufur, 
azab Allah amat pedih.

2017 bakal tiba.
tak mungkin Allah takdirkan peluang semua ini sia-sia

untuk penat mu 2016,
ketahuilah jika ikhlas,
Allah terima..
dah terjilid amal 2016 itu.

untuk resah mu 
pada urusan mendatang 2017,
ada Tuhan yang tak tertakluk pada waktu melihat Mu.
memahami Mu..

Dia
menunggu Mu memohon padaNya.
Allah, tanpa perlu diberitahu 
Dia sudah tahu..

tapi atas sebab kita ini hamba, 
ingin selalu diberi perhatian..
maka doa itu lah 
terapi jiwa hamba yang keluh kesah itu..

tawakkal yang indah,
sabar yang indah,
semoga Allah kurniakan
iman yang indah
dan bertemu dengan Allah di syurgaNya
yang penuh keindahan.

syukuri seikhlas iman 

apa itu iman?




Jumaat, September 02, 2016

مَنْ جَدَّ وَجَدَ


السَّـلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُـه

" Man jadda wajada, wa man zara’a hasada, wa man yajtahid yanjah " adalah prinsip meraih kejayaan dan keuntungan yang berasaskan kepada usaha yang bersungguh-sungguh oleh seseorang Muslimin dan Muslimat di dalam hidupnya dengan berpandukan kepada ajaran Islam.

مَنْ جَدَّ وَجَدَ - Man jadda wajada bermakna "sesiapa yang berusaha (Inshallah) akan mendapat apa yang diusahakannya".

مَنْ زَرَعَ حَصَدَ - Man zara'a hasada pula bermaksud "sesiapa yang bercucuk tanam (Inshallah) akan menuai hasilnya."

مَنْ يَجْتَهِدْ يَنْجَحْ - Man yajtahid yanjah pula bererti "sesiapa yang berusaha (Inshallah) akan beroleh kejayaan."

Berusaha, bekerja dan belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh adalah dituntut dalam agama Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya." (Surah Yunus, 26)

Sesungguhnya ruang kebaikan, rezeki, ilmu, kebahagian, kekayaan dan pahala itu sangatlah luas. Tanpa usaha yang teliti dan bersungguh-sungguh maka seseorang itu tidak akan berjaya meraihnya.

Ibaratkan kalau tak dipecahkah ruyung manakan dapat sagunya!

Sabda Rasulullah saw: "Kebaikan itu banyak tetapi pengamalnya (yang melaksanakannya) sedikit." (HR. Abu Hanifah)

Akhir sekali lakukanlah sesuatu usaha itu dengan niat yang ikhlas, berprinsip dan bermaruah.

Sepertimana sabda Nabi saw: "Janganlah kamu menjadi orang yang "ikut-ikutan" dengan mengatakan "Kalau orang lain berbuat kebaikan, kami pun akan berbuat baik dan kalau mereka berbuat zalim kami pun akan berbuat zalim". Tetapi teguhkanlah dirimu dengan berprinsip, "Kalau orang lain berbuat kebaikan kami berbuat kebaikan pula dan kalau orang lain berbuat kejahatan kami tidak akan melakukannya". (HR. Tirmidzi)

Ketahuilah saudara bahawa sesungguhnya ilmu itu adalah amal jariah dan sedekah. Ianya penyubur minda dan panduan kehidupan. Ia juga penyuluh jiwa dan merupakan cahaya yang meningkatkan iman dan taqwa. Ilmu dapat mendekatkan diri kita kepada Pencipta dan dengan ilmu jua Allah tingkatkan kebijaksanaan kita. Carilah ilmu sebelum jasad berhijrah. Harap-harap ilmu boleh menjadi landasan ke Syurga!

Petikan dari :
http://penanota.blogspot.my/2011/10/man-jadda-wajada-wa-man-zaraa-hasada-wa.html

Isnin, Ogos 15, 2016

Dikelilingi dengan Ummi-Ummi

Dikelilingi dengan Ummi-Ummi :)
Ini gambar terkini, (beza hanya 2 hari dengan hari diambil gambar..)
Gambar terkini saya dengan sahabat-sahabat seusrah sewaktu di kampus ..
sekarang pun.. kami hadir ke usrah juga.. InshaAllah..
cuma dah pelbagai tempat ..
dah tak car pool naik TAN atau AEQ.. hehe...

ya, Alhamdulillah.. sangat mengembirkan bila dapat berkumpul dan bertemu ramai-ramai... ^_^

Gambar ini bermakna buat saya,
meski saya tampil berbeza dengan sahabat-sahabat yang lain..

Spot the difference.. hehe..
All-except me..
Alhamdulillah with their babies.. ^_^

from left side :
Me with me ~ :p
Q.Ain with Sweet little Hana Qaisara
Kak Zini with Innocent Nawfal
Kak Sab with Lovely Qudwah Hasanah a.k.a Sakinah
Kak Aina with Smart Alif
Izzati with Good boy Nu'man



Let me share some words.
As these consider as reminder for me too.... :D

When all your friends are getting married and getting children..
As single muslimah lady, the best thing to do is to learn from them..and offer them help if they need.

That's the way to do good deeds..
That's actually extra opportunity to do good deeds given by Allah.. :)
To gain Allah's loves and mardhatillah..  :)


I'm feel release and thankful , now I understand that the question of
"Why, you are not yet married" will not be question by Allah.. :D
(Eventhough this question, still will be questioned by friends, makcik pakcik or even little anak sepupu! :P)

Because
Allah knows the reason..
and even Allah knows when..
Allah knows already who is my spouse-to-be , just me don't know yet..
So when the right time comes, May Allah bring us together..
if not here at Dunia.. may Allah grants it happen at Jannah..Ameen ya Rabb..

After all, not yet married up to this age is nothing bad to me.
Allah Ar-Rahman Ar-Rahim make this happen..  :)
and really up to this age.. so many things I learn and I able to explore..
Alhamdulillah... and that's really so much better for  me in this condition.

Yet,
there is question Allah will ask me on.. which is "What I've done with my age"
So InshaAllah.. I plan ( I work hard) to make my life worth for myself, family,jemaah & ummah.
"The best of people are those that bring most benefit to the rest of mankind." [Daraqutni, Hasan]


( campurization happen so much in this posting.. sorry for that)

Mesti dengar

Ustazah Norhafizah Musa - Tabir Hikmah,Ikim.fm 6.2.2014
http://www.mediafire.com/download/3r34ka5czh2xyaw
Kredit: aie125

Ustazah Norhafizah Musa - Tabir Hikmah 2,Ikim.fm 13.2.2014
http://www.mediafire.com/download/ow0pze9j59a4kov

Ahad, Mac 20, 2016

Aku juga ingin beribadah di sana.

Tapi aku yakin..
Engkau Maha Indah dalam ketentuan.

Aku syukur dan redha atas nikmat yang Engkau rezekikan.
Bukan wang dan manusia yang mengizinkan aku beramal..
Tapi semua dengan rahmat izin Mu.. ^_^

InshaAllah
-------------------
HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN

Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah  menceritakan kisah ini.

Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, "Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?" Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.

"Tujuh ratus ribu," jawab malaikat yang satu lagi.

"Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?"

"Tiada satu pun"

Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, "Apa?" Dia menangis dalam mimpi.

"Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?"

Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.

"Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Diatas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah. "

"Bagaimana ia boleh terjadi begitu?"

"Itu adalah kehendak Allah"

"Siapakah orang tersebut?"

"Sa'id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik"

Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga. Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria.

Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa'id bin Muhafah.

"Di sana, di pinggir bandar", kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh.

"Adakah benar anda bernama Sa'id bin Muhafah?", tanya Ulamak

"Betul, siapakah tuan?"

"Saya Abdullah bin Mubarak"

Said terharu, "Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?"

Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu.

"Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?"

"Wah! saya sendiri tidak tahu!"

"Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini".

Sa'id bin Muhafah kemudian teringat, "Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika....Labbaika la syarika laka labbaika... innal hamda...Wanni'mata... Laka wal mulka... La syarika laka...

Ya Allah, aku datang kerana panggilan -Mu. Tiada sekutu bagi -Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi -Mu.

Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis "Ya Allah aku rindu Mekah ... Ya Allah aku rindu melihat ka'abah ... Izinkan aku datang ... Izinkan aku datang, ya Allah ..."

Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan. Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.

"Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji"

"Tetapi anda batalkan?"

"Benar"

"Apa yang berlaku?"

"Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu ngidamkan sesuatu  "

"Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?

"Ya sayang"

"Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya "

"Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Disitu terdapat seorang balu dan enam orang anaknya."

Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit.  Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.

Akhirnya dengan perlahan dia berkata, "Tidak boleh tuan"

"Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi," kata saya tegas

"Makanan ini bukan untuk dijual, tuan," katanya sambil berlinang air mata.
Saya bertanya kena
pa?

Sambil menangis, wanita itu berkata, "Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan," katanya.

Dalam hati saya, "Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim?  Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, "Kenapa?"

"Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak "

"Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram".

Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah.

Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi.

"Ini masakan untuk kamu"

Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka.

"Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi"

Ya Allah ... disinilah Hajiku ...by
Ya Allah...  disinilah Mekahku ...

Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata.

Fikirkanlah bagi orang yg pergi berpuluh puluh kali Haji tapi bakhil....dimana tempatnya...sedangkan dlm masa yg sama berapa ramai lagi umat Islam yang memerlukan...

Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa dekat dgn kita

Sabtu, Februari 20, 2016

Inspirasi

Surah Al-Ankaboot, Verse 27:
وَوَهَبْنَا لَهُ إِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَجَعَلْنَا فِي ذُرِّيَّتِهِ النُّبُوَّةَ وَالْكِتَابَ وَآتَيْنَاهُ أَجْرَهُ فِي الدُّنْيَا وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ

Dan Kami anugrahkan kepda Ibrahim, Ishak dan Ya'qub, dan Kami jadikan kenabian dan Al Kitab pada keturunannya, dan Kami berikan kepadanya balasannya di dunia; dan sesungguhnya dia di akhirat, benar-benar termasuk orang-orang yang saleh.

MashaAllah.

Nikmatnya... Allahu Akhbar..

Isnin, Februari 01, 2016

New Quantum Tarbiyah & Marhalah Takwin (pembentukan)

new quantum tarbiyah

Murobbi adalah seorang guru atau pendidik. Ia mengajarkan Al Qur’an, hadits, dan kitab memberi suplai ilmu, memberikan wawasan baru sehingga murid-murid merasa tentram bersamanya. Serta seseorang murobbi berarti dia merupakan jejak pewaris Nabi, karena Nabi mengajarkan Islam dengantarbiyah. Jadi saatnya bersama menggelorakan jiwa mencetak kader serba bisa, mengubah potensi jadi prestasi, mengubah energi menjadi cahaya, mengubah ide menjadi karya, mengubah impian menjadi kenyataan.
Imam Hasan al-Banna merumuskan sasaran dakwah yang beliau dakwah dari warung kopi, bukan di mimbar masjid atau di kursi empuk parlemen.
Dari Kondisi keterbatasan itulah optimism dan gagasan besar dibangun
Dari orang biasalah dakwah bermula.
Membangun tarbiyah sebagai aktivitas yang lebih menyenangkan dari pada aktivitas yang lain. Agar indah bagai di jannah penuh bunga nan merekah. Hadir dengan wajah sumringah. Sampaikan nasihat dengan ikhlas agar dahsyat dan menggugah. Hemat berkata-kata agar tidak merusak ukhuwah. Tebarkan senyuman tulus tanpa menyimpan ghibah. Yang besar bukanlah dimulai dari yang besar, namun dimulai dari yang hal-hal kecil yang dilakukan dengan kesungguhan dan cinta. Cinta itulah ruh perubahan, cinta itulah yang menghilangkan segala rasa sakit. Sering kali hal-hal yang dianggap kecil berakibat penyesalan besar bila diremehkan.
Global Thinking
Bagian ini merupakan kabar gembira buat pegiat tarbiyah untuk mendapatkan “Parcel khusus dari Allah”. Ini merupakan spiritualitas tarbiyah dan amunisi agar rajin ngaji, yakni mendapatkan “Bidadari Edisi Spesial” plus bonus “ Agar Bidadari Naksir Padamu, Mau ?” Bangkitlah, sadarlah kita tengah melaju di jalan yang besar menuju padang mahsyar.
Kontrak tarbiyah
Belajar mesti dengan kesepakatan. Kontrak tarbiyah adalah energi. Energi “janaji” sebagai inspirasi berprestasi.
Spirit yang hilang
Ini inspirasi yang teserak di sana–sini untuk mengembalikan spirit tarbawi. Banyak kabar tak sedap ketika kader mulai terlelap dalam khilaf, tersesat dalam maksiat, ternoda dengan dosa, dan akhiratnya tersesat ke penjara dunia maupun neraka akhirat.
Breaking the limit
Pecahkan kebekukanmu dengan mungubah paradigma. Bila kita tidak bisa mengubah keadaan, ubahlah cara kita menghadapinya.
New Quantum tarbiyah
Menghadirkan gairah tarbiyah dengan mengemas secra baru dan jitu sepanjang waktu.
Kader dahsyat full manfaat.
Kader adalah asset pergerakan, motor perubahan, inspirator sekaligus konduktor dalam orchestrapembelajaran.
Hadirkan jannah dalam halaqoh
Pada bagian inilah kita bersama belajar mendahsyatkan diri mutarobbi menjadi murobbi.
Kini engkau menjadi murrobi.
Jadilah murrobi, minimal sekali bagi diri sendiri. Kita mampu mengarahkan orang lain, bila berhasil merefleksikan kebaikan  dalam diri kita. Sebab yang pandai berbuat untuk orang lain hanyalah yang pandai berbuat untuk dirinya sendiri, “ bergitu taujih Abdullah bin Wahab.
Setiap masa ada tutunannya masing-masing, ada kadernya masing-masing, tidak bisa dipukul rata. Dakwah yang dahulu dirintis di warung kopi kini mulai merambah memimpin negeri. Akankah terus merangsek menuju puncak prestasi atau kembali ke warung kopi tentu tergantung bagaimana cara kita menyikapi.
Menjadi kader berarti shalih bukan saja untuk dirinya sendiri (shahih ritual) tapi juga shalih sosial, memberi manfaat bagi orang lain. Beda antara mengendarai becak dengan mengendalikan Airbus A300. Risikonya beda. Penumpangnya juga berbeda. Tanggung jawabnya beda, tantangan bahayanya juga beda. Umar bin Khatab berkata ,”Orang yang cerdas bukanlah orang yang dapat membedakan yang baik dan yang buruk, tetapi orang yang berakal adalah orang yang dapat memilih yang lebih ringan dari dua keburukan.”
Tarbiyah adalah taman indah untuk menumbuhkan bunga-bunga ikhwah, mengembangkan potensi ukhuwah menyalurkan kebaikan jadi berkah, menebarkan nan merekah. Sebagaimana komunikasi empati Nabi yang membuat setiap orang merasa sangat dihargai oleh Nabi SAW.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    TUNTUTAN MARHALAH 
    TAKWIN
    MARHALAH takwin ialah peringkat pembentukan anggota Islam.  Tujuan peringkat (marhalah) ini ialah untuk melahirkan mukmin mujahid yang mempunyai kelayakan yang diperlukan bagi memikul amanah Allah iaitu menegakkan Islam di muka bumi.
    Marhalah takwin mesti dilalui oleh mereka yang membuat keputusan untuk bersama jamaah Islam dan sanggup pula melalui proses pembentukan dan latihan, bersedia meninggalkan perkara haram dan melaksanakan perintah waiib di peringkat individu seperti solat, puasa dan zakat.  Mereka inilah orang yang layak untuk meneruskan proses peningkatan kualiti diri sebagai mukmin mujahid yang bakal meneruskan amal Islam setelah melalui proses pembentukan di marhalah takwin.

    Marhalah takwin adalah satu marhalah yang lebih tinggi daripada marhalah mukmin biasa.  Mereka yang bersedia serta terpilih untuk melalui marhalah ini perlu menjalani
    dan menguasai sekurang-kurangnya empat aspek, iaitu:

    1. Tarbiyah Thaqafiyah - pembentukan ilmu dan pengetahuan
    Pengisian ilmu dan pengetahuan adalah salah satu aspek penting dalam pendidikan Islam.. Ilmu pengetahuan akan melahirkan kefahaman.  Justeru dalam Islam tampak jelas hakikat ini dengan turunnya ayat pertama (Iqra') yang melambangkan perintah membaca untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman berasaskan sumber yang betul
    iaitu Allah SWT.

    Segala ilmu yang ada bersumberkan Allah.  Allah memberi akal dan ilmu kepada manusia agar mereka dapat melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan menggunakan ilmu pengetahuan yang dikurniakan oleh Allah SWT. Pengasas gerakan Islam abad
    ke-20, Imam Hasan a1Banna meletakkan kefahaman sebagai syarat pertama baqi
    seorang mukmin mujahid.  Ulama Islam telah membahagikan ilmu kepada fardu 'ain
    dan fardu kifayah. Ilmu fardu 'ain ialah ilmu-ilmu asas yang mesti dipelajari dan dikuasai oleh setiap individu Muslim seperti konsep Islam, akidah, hukum-hukum syara', bahasa Arab, al-Quran, as-Sunnah dan konsep jahiliah. limu fardu kifayah ialah bidang pengkhususan seperti keiuruteraan dan perubatan. Ilmu fardu kifayah tidak diwajibkan kepada setiap individu tetapi wajib kepada sebilangan tertentu yang sesuai.  Anggota pada marhalah ini perlu memilih bidang pengkhususan tertentu atau ditentukan untuk mereka apa-apa pengkhususan yang diperlukan.

    2. Tarbiyah Ruhaniyah
    Aspek kedua yang mesti diialui ialah pendidikan hati atau jiwa.  Hati perlu dibersihkan daripada kekotoran dan kekufuran.  Hati yang bersih sahaja yang akan mengenali Allah dan beriman serta patuh kepada sistem Allah.  Sebaliknya hati yang kotor akan menolaknya.  Hati yang kotor mempunyai penyakit dan akan membawa masalah kepada tuannya.  Orang yang berilmu tetapi memiliki hati yang keras tidak akan tunduk dan patuh kepada arahan Allah.  Oleh itu Allah sangat menuntut supaya setiap mukmin mentarbiyah hati.  FirmanNya yang bermaksud:
    "Dan demi jiwa dan penyempurnaannya, maka Allah mengilhamkan padanya potensi fujur (jahat) dan potensi takwa. Sesunggubnya berjayalah bagi mereka yang menyucikannya dan rugilah mereka yang mengotorinya."

    3. Tarbiyah Jasadiyah - Pendidikan Jasmani
    Aspek jasmani juga adalah satu daripada tuntutan dalam marhalah takwin.  Pembentukan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW adalah bersifat sempurna dan menyeluruh.  Seorang Mukmin mujahid mestilah memiliki kemampuan dari segi fizikal untuk melayakkan mereka melaksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi dalam erti kata sebenarnya.

    4. Tanzimi
    Aspek tanzimi ialah satu aspek dalam Islam.  Rasulullah SAW menegakkan Islam melalui tanzim atau penyusunan yang rapi. Benarlah kata-kata Saidina Ali:
    "Kebenaran yang tidak bersistem boleh ditewaskan oleh kebatilan
    yang bersistem (tersusun rapi ). "

    Ringkasnya keempat-empat aspek ini mesti dikuasai mereka yang menjalani proses pembentukan di peringkat takwin.  Selagi tidak menguasai dan memiliki ciri-ciri yang sebenarnya, seseorang itu tidak mampu untuk melaksanakan tuntutan Islam yang banyak dan mencabar.  Akibatnya umat Islam akan menjadi lemah dan terus ditindas.