Kita pernah ada kisah ..
pelbagai kisah..
banyak kisah..
satu persatu kisah itu..
meski kadang tak terucap,
tapi
bila diimbau boleh jadi berjilid-jilid kisahnya..
Cuma kadang..
Kita pernah tak kisah ..
pelbagai kisah..
banyak kisah..
satu persatu kisah itu..
meski kadang boleh diucap,
tapi
bila tak diimbau ,sepertinya kita tiada kisah..
Kita pernah bermula dengan tiada kisah
Dan sekarangkita telah melepasi kisah garis mula.
Tak kisah lah kisah itu hebat atau tidak
Tapi mari..
kita hebatkan kesyukuran kita dalam SETIAP kisah.
Syukur. Alhamdulillah.
IzinNya,
semoga syukur kita ini
akan jadi kisah ke syurga.
....
11 Dis 2020.
...
Ya , apa khabar kalian semua ? :)
Rata-ratanya rakan blog saya makin ramai bersara /atau berehat seketika dari menaip.
Saya faham , masing-masing dari kami sedang membina kisah kami..
Saling doakan ya. :)
#365IamEnoughSayaCukup