Sabtu, Mac 24, 2007

Sedey cite nie


Pagi 16 Mei 2005,aku dikejutkan dgn
beberapa org anak murid yg meluru ke
arahku. Wajah mereka berseri-seri lalu
masing-masing menghulurkan bungkusan
berwarna-warni. "Cikgu...selamat Hari
Guru!" kata mereka bertepuk tangan
sambil berlari-lari anak
mengelilingiku. Memang aku terkejut
kerana sebelum itu tidak pernah aku
khabarkan pada anak-anak murid tentang
tarikh sambutan Hari Guru, apalagi
mengingatkan mereka. Bagiku mereka
terlalu muda dan belum dapat menilai
erti sambutan Hari Guru. Rupa-rupanya
aku silap. Tanpaku menyangka pagi itu
mejaku dipenuhi pelbagai jenis hadiah.
Hari itu aku rasakan terlalu indah.

Aku rasa disanjungi, lalu pipi anak-
anak murid saya kucup tanda merghargai
pemberian dan ingatan mereka. "Terima
kasih...bagitau ibu, cikgu ucapkan
terima kasih, ya!" pesan saya pada
Arina lalu satu kucupan singgah dipipi
gebunya. Di sisi Arina, saya lihat
Mariam tersengih-sengih.

"Cikgu...Mariam pun nak bagi hadiah.
Tapi tak bawa hari ni, lupa. Boleh
cikgu, ya?" kata anak kecil itu
bersungguh. "Tak payahlah Mariam. Tak
bagi pun tak apa, cikgu bukan minta
hadiah, cukuplah Mariam ucap Selamat
Hari Guru buat cikgu. Itu pun sudah
buat cikgu gembira." Aku cuba
memujuknya kerana tidak mahu
menyusahkan Mariam dan anak-anak murid
yang lain.

Sebagai cikgu, aku tahu serba sedikit
latar belakang keluarga mereka. Kerana
itu aku tidak mahu ada di antara anak-
anak murid saya yang bersusah payah
menyediakan hadiah, lebih-lebih lagi
Mariam. Dia bukan anak orang senang,
ibu bapa Mariam membesarkannya hanya
dengan meraut lidi, mencari daun getah
kering lalu menjualkannya. Sebab itu
aku tidak mahu Mariam rasa bersalah
bila melihat teman-teman yang lain
memberikan hadiah sedangkan dia tidak
membawa apa-apa. Bagiku, lebih baiklah
duit yang ada itu digunakan oleh ibu
bapa Mariam untuk makan minum
keluarganya, atau belikan baju baru
untuk Mariam buat menggantikan baju
yang kusam dan masam dek peluh.

Aku gembira mendidik murid seperti
Mariam. Biarpun ibu Mariam sudah lama
meninggal dunia namun anak kecil itu
masih bertuah kerana ibu tirinya
menyayangi Mariam tidak ubah seperti
anak kandung sendiri. Buktinya setiap
pagi akui lihat anak kecil itu datang
ke tadika sambil dipimpin ibunya,
berjalan kaki sejauh 2 kilometer setiap
hari. Kalau ada yang bersimpati, di
tengah perjalanan ada keluarga murid-
murid lain akan menumpangkan Mariam.
Kalau tidak Mariam akan terus berjalan
kaki dalam panas gerimis, pergi dan
balik. Begitulah setiap hari.

Esoknya sekali lagi meja aku dipenuhi
dgn pelbagai jenis hadiah. Kali ini
datang daripada anak-anak murid yang
tidak sempat memberikannya semalam. Aku
hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala
bila mana sambutan Hari Guru tahun ini
benar-benar meriah. Seperti biasa, !
pagi itu aku berdiri di hadapan pintu
menyambut seorang demi seorang ibu bapa
yang datang menghantar anak masing-
masing. Di muka pintu sekolah, saya
dengar seorang bapa berpesan ;

"Hadiah tu bagi kat cikgu tau."

Tatkala itu aku benar-benar tersentuh
kerana saya langsung tidak menyangka
cukup dihargai oleh anak-anak murid
yang masih kecil usianya. Dari halaman,
aku melihat Mariam berpimpinan tangan
dgn ibunya. Aku sambut kedua-dua mereka
dgn senyuman. Sama seperti pagi-pagi
sebelumnya, Mariam tiba di tabika dgn
keadaan tubuh yg bermandikan
peluh.Bajunya basah namun kanak-kanak
itu tetap ceria, tersenyum seperti
biasa.

"Cikgu! Mariam bawa hadiah untuk
cikgu!" laungnya sambil ketawa.
"Kan cikgu dah pesan, Mariam tak payah
bagi cikgu hadiah," kata saya lalu
mengusap rambut Mariam yang bertitisan
peluh, dgn rasa kasih yg mendalam.
"Tak apa....hadiah ni best cikgu!" kata
Mariam bersungguh-sungguh.

Mariam meletakkan begnya di atas meja.
Pantas jari-jemari comelnya membuka zip
beg sekolahnya yang sudah pudar
warnanya akibat dimamah cahaya
matahari. "Sekejap ya cikgu," kata
Mariam yang masih tercungap-cungap
kepenatan. Aku lihat Mariam
mengeluarkan sesuatu dari dalam beg.
Dia tersenyum sebaik menghulurkan
segumpal surat khabar yang berkecai
dalam genggamannya. "Alaaa...koyak
pulak, cikgu !," rungut Mariam penuh
kekesalan. Matanya membulat memandangku
yang masih setia menantinya.

Beberapa anak-anak murid yang lain
turut berdiri tidak sabar lihat apa
yang Mariam keluarkan. "Apa yang Mariam
bawa tu?," tanyaku penuh hairan melihat
sesuatu yang bulat dibungkus dengan
surat khabar lama. Aku dekati anak
kecil itu lalu menyelak beg yang
dibawanya. Di saat itu hati tiba-tiba
menjadi sebak sebaik melihat 5 biji
buah bacang bertindihan dengan buku-
buku tabikanya. Dadaku ini mula terasa
berat, ada air yang mula bertakung
dikelopaknya.

"Cikgu ambillah plastik, rumah Mariam
tak ada plastik sebab tu mak bungkus
dengan kertas. Tapi koyak pulak,"
katanya lincah sambil sebiji demi
sebiji buah bacang dikeluarkannya dari
dalam beg sekolah. Gelak tawa kawan-
kawannya mula kedengaran namun Mariam
masih tersenyum lalu matanya merenungku
dengan pandangan yang cukup sayu.

"Cikgu...cikgu tak suka buah bacang
ke?," tanya anak kecil itu bila melihat
aku
merenung wajahnya dan 5 biji buah
bacang yang bergulingan di atas meja.
Aku cuba tahan airmata supaya tidak
mengalir. Terlalu sebak rasanya.

"Takkkk..cikgu...cikgu suka sangat.
Balik nanti cikgu buat sambal belacan
ya," kata saya, perlahan. Suara saya
bagai tersekat dikerongkong. Dapatku
lihat anak kecil itu mengukir senyum.
Aku peluk tubuhnya yang masih
bermandikan peluh. Tidak dapat ku
gambarkan bagaimana anak kecil itu
membawa 5 biji buah bacang sambil
berjalan kaki sejauh 2 kilometer. Aku
kucup pipinya beberapa kali lalu tidak
henti-henti ucapan terima kasih ku
bisikkan ke telinga Mariam.

"Bagitau mak...cikgu suka buah bacang.
Terima kasih, ya," ucapku
lagi. Anak kecil itu mengangguk.
"Tengok, Mariam pun bagi hadiah kat
cikgu jugak," katanya kepada kawan-
kawan sambil tersenyum riang.
"Eleh...buah bacang bukan hadiah. Orang
bagi hadiah kena bungkus lawa-lawa,
bukan dengan kertas koyak." kata
seorang anak murid yang masih tidak
mengerti nilai sebuah hadiah yang
sebenar-benarnya. "Tak apa...semua
hadiah cikgu suka. Balut lawa atau
tidak semuanya sama. Cikgu sayang semua
anak-anak murid cikgu," ku ucapkan kata-
kata itu agar hati dan perasaan anak
sekecil Mariam tidak terguris.

Dapatku lihat Mariam sekali lagi ketawa
lalu bertepuk suka. Beberapa titis
airmata yang sejak tadiku tahan,
akhirnya tumpah dipipi. Cepat-cepat aku
mengesatnya bimbang anak-anak kecil
yang suci dan bersih itu perasan kerana
mereka belum dapat menyelami perasaan
seorang insan yang bergelar guru. Buah
bacang pemberian Mariam itu saya bawa
pulang dengan perasaan bangga bercampur
hiba. Walaupun ia hanya 5 biji bacang,
tapi hadiah itu amat istimewa. Wajah
Mariam,! bajunya yang dibasahi peluh
dan senyumannya yang ikhlas bermain-
main diruang mataku. Tengah hari itu
sambal belacan buah bacang menjadi
santapan kami sekeluarga dan semasa
menelannya, beberapa titis airmata ini
tumpah lagi ke pipi. Terima kasih
Mariam. 5 biji bacang itu merupakan
hadiah paling bermakna buat cikgu dan
cikgu tidak akan lupakan sampai bila-
bila.

p/s: tersentuh hati bile bace cite nie..sebab mcm ade persamaan cite nie dgn hidup ku..
teringat pd teacher Taharah...wktu darjah 1 dulu

0 comments: