Sabtu, April 21, 2007

Mesej2 dr YM

Salam semua..Kat sini sy nak postkan mesej2 yg bermanfaat yg sy dpt ...biarpun mesej ini sy dpt through YM....senang je utk di send kat org lain. ..but still worth enough untuk same2 kita hayati..Memang senang nak send kata2 yg baik tapi susah untuk kita aplikasikan kata2 tue dlm kehidupan kita.
InsyaAllah sy try make it looks nice n interesting utk dibace :D dan same2 lah kita ambil manfaat dr kata itu..;)(nasihat kat dri sendiri sebenanye..:D) InsyaAllah..
++++++++++++++++++++++++++++++++++++



kak z.i.n.n.i.e. (2/2/2007 7:24:40 AM):

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan,

tempat lahirnya cinta dan benci,

keimanan dan kekufuran,

taubat dan sikap degil,

ketenangan dan kebimbangan.

Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya

namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya.

"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."
[Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.]
-selamat hari jumaat- :)

[Ya Allah, peliharalah hatiku ini daripada tiupan angin duniawi.. Yakinkanlah hatiku untuk selalu berjuang dijalanMu]


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


kak fieqah afiqah (2/5/2007 1:12:06 AM):

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,

Ali segera mendekatkan telinganya

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku",

[Peliharalah sholat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.]

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii"

["Umatku, umatku, umatku" ]

Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita... Masaa al-khair

~Ya Allah ,ku harap diriku tidak mengecewakan Mu dan kekasihMu... Rasulullah S.A.W .. aminn~

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kak Azliana Azizan:

"Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan - itu adalah dendam.

Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan - itulah tanda ketinggian budi.

Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan - itu adalah kezaliman.

Tetapi jika kejahatan dibalas dengan kebaikan - itulah buktinya pekerti mulia lagi terpuji."


"Sungguh sedikit manusia yang memahami. Lebih sedikit manusia yang memahami dan mengamalkan. Lebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas. Terlebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas serta sampai ke tujuan."

-Imam Hassan al-Banna –

dan sy terjumpa dgn kartun yg menarik kata2 nye.. ^-^



Sekian sahaja lah dahulu.. sebab lepas nie sy kne tunggu bulan 5 pulak nak update. blog nie... After Final .. huhu.. final??? .. doakan sy ye :D

Khamis, April 19, 2007

Alhamdulillah dalam x sempat sy..
sempat jugak sy menyempatkan diri utk menghupdate blog nie..
ape kah??
hehe..faham x..ape yg cube sy ckpkan.. huhu...xpe la klau xfaham..
sy sebenanye nak berkongsi cerita ngan ..??
erk.. ade ke org yg dengar cite sy..??
huhu..xpe la.. sy cite je la.. kat blog sy nie..
Dear my blog....,
hehe.. mcm diari la plak.. :D
xpe la.. sy nak cite jugak..
cerita ini bukanlah rekaan semata-mata dan ada kene mengena antara yang hidup dgn yg hidup..
hehe.. faham2 kan lah ayat itu..
I want to tell bout my experience at Janda Baik.. hehe.. Yes name die Janda Baik..
Janda Baik.. wah.. tempat tue...so near with my home town..
hehe..tapi x pe la sebab minggu lepas2 sy dah balik umah dah.. :D
Bnyak yg sy dpt..
::.Bergeraklah secara berjemaah
::.Belajarlah dr seJaraH.. (kne bnyak bacce buku sejarah la maksudnye nie.. )
::.Yg hanya layak ditakutkan hanyalah Dia... Allah S.W.T. tp... sejauh manakah kita pratikan rase takut itu..?? Tnye2 kan lah pada diri sendiri..
::. Sedar bnyak sgt kelemahan diri..
::.Bnyak sgt sy angan2 kan hingga xtersedar yg diri sy dah ditinggalkan..
::.Cinta ??? CIntailah Allah nescaya sy xkan dikecewakan.. ..alangkah indah jika menjd seperti Zulaikha.. dgn cinta manusia membawa dia kepada cinta Ilahi.. :)
::.Try to be a better muslimah.. InsyaAllah..

Di bawah adalah beberapa gamba time Mukhayyam ari tue..

~~Ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana-Nya~~



Khamis, April 12, 2007

Mencari Yang Maha Satu

New song from UNIC.. Yg sy highlightkan tue...
maksudnye.. sy suke die nye ayat... hehe :D
InsyaAllah..
SeMoGa HarI Ini LEbiH baiK drpD Hari SemaLam...

Mencari Yang Maha Satu
by Unic and feat with Cat Farish

Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu
Kegelapan hati yang sering buat ku keliru
Dalam menguji pergolakkan emosi diri
Tak siapa tahu ada yang memerhati

(Mencari yang Maha Satu itu yang ku tuju)

Di dalam menjalani tiap dugaan yang diberi
Membawa pengertian hidup yang abadi
Tanpa perlu menipu diri sendiri
Yang menjadi lumrah duniawi

Seandainya ada yang memberi ruang
Akan ku baiki setiap kekurangan
Oleh itu diri ku memerlukan
Petunjuk dariMu oh Ilahi

(Kau yang Maha Satu)

Diriku kini masih tercari-cari
Jawapan di setiap persoalan ini
Ku akui kesalahan yang buat segalanya
Gelap jadinya ku terima seadanya

(rap)
Mencari terus ke situ
Itulah lampu hidupku

Terangilah gelap hatiku

Ku
pohon restu dariMU

Akan ku baiki setiap kekurangan
Oleh itu diri memerlukan
Petunjuk dariMu oh Ilahi

(Kau Yang Maha Satu)

Agar tidak tersilap langkahku
Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi

Terdetik di hatiku untuk
sujud ke pangkuanMu

Memohon ampun dariMu

Tak seharusnya ku tergoda lagi
Dunia ini yang sesat membuntukan jiwaku
Kini ku mengakui ketuhan Mu
Yang membuat ku sedar siapa diriku ini
U.N.I.C.C.A.T

(rap)

Tak semua lahir sempurna
Tak semua lurus jalannya

Bermulalah cerita nak dijadikan cerita

Dengan izin Yang Maha Esa wujud

Aku ,cinta dan cita

Segala yang ada bermula dari Maha Esa

Aku akui adalah kasih ku
taklah hasratku setajam itu

Yang amat ku risau lidah hujan di banjiri
Fitnah melilau-lilau

Tuhan lindungilah dia dari kata-kata jahat itu

Doa-doa dipohon sentiasa setiap masa

Ampunilah dosa-dosa semasa lalu ke sana

Dewasakanlah pemikiranku yang tak semudah mana

Salah silap ku berkarya tak pernah ku salah guna

Kau Yang Maha Satu (4x)

Pengirim : zinnirahjannah

~mintak maaf klau lirik nie silap..huhu ~
~ Ku MoHoN.. another song yg sy suke skrg nie.. hehe.. wait 'a 4 the lyrics.. ;) ~

Rabu, April 11, 2007

Weng2

Salam ..
hurm.. entahlah nape sy merajinkan diri mengupdate blog nie.. Sesungguhnye..sebenanye sy sgt wunsing+ buzzy.. huhu..kne berjual2 la plak minggu nie.. smpai next week.. "Jual2.. sape mau beli Pizza ..." hehe.. iklan sebentar..
Alhamdulillah.. sume berjalan seperti biasa.. huhu.. Hidup klau xde msalah ... memang bukan kehidupan namanye.. Sy nak menasihatkan diri sy supaya jgn jadi org yg membazir masa... huhu..

" HAVE A SENSE OF URGENCY , TIME IS MONEY "

Alhamdulillah minggu lepas ,akhirnye selamat pergi dan balik ke Rumah Ku... dah lama x jumpe ngan mak, ayah , angah, ide , atih , Umairah , Iqbal... Huhu.. xtually sebenanye.. Bru sebulan x balik umah... hehe.. xtau la nape sy jd seorg yg homesick skrg...
Kat umah as usual.. nak kumpulkan kite org adik beradik memang xdpt la.. sebab bukan time cuti skolah... yg balik nye.. Ide ngan Umairah jer.. angah ngan Atih x balik..
so.. ade la kepingan picture yg mengarut2 telah ditangkap...



~ sedapnye tido..~ bukan akak yg tangkap gamba nie ek.. Umairah yg tangkap :P



~ ini Fatin.. adik sepupu sy.. ~



~bukan senang nak dpt tangkap gamba die senyum... hehe... akhirnya.. dpt jugak tgkap :D ~



Khamis, April 05, 2007

Fikir-fikirkanlah ^-^

أحبب حبيبك ‏ ‏ هونا ‏ ‏ما عسى أن يكون بغيضك يوما ما وأبغض بغيضك ‏ ‏هونا ‏ ‏ما عسى أن يكون حبيبك يوما ما

Cintailah orang yang kamu kasihi sekadarnya sahaja, kerana boleh jadi di suatu saat nanti ia akan menjadi orang yang kamu benci. Bencilah orang yang tidak kamu sukai sekadarnya sahaja, kerana boleh jadi di suatu saat nanti ia akan menjadi orang yang kamu cintai.

[ Sunan at-Tirmizi - no: 2065. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami' as-Saghir - no: 178


]

Rabu, April 04, 2007

Ya Rasulullah ,
Kelahiran mu membawa rahmat keseluruh alam..
kami di MMU..
meraikan hari kelahiran mu dgn malam sinar maulidur rasul..
biarpun berkonsepkan konsert..namun InsyaAllah tujuan asal kami dtg ke situ adalah semata2 untuk menghayati perjalanan hidup mu..

Dibawah adalah 'sedikit' gamba2 yg brkaitan dgn Malam Sinar Maulidur Rasul










Dan ini pula gamba kami...
[Jawahir, Saya,Zati ,Balqis]
mesti korang pelik....xde gamba ite org ngan waheeda ke.. ngan firdaus ke..
huhu..mls lew na tunggu..itulah jwapan yg plg senang+segan jugak..hihi




Huhu...mereka bertiga akan berpindah ke CJ..
sy jer la.. yg tinggal kat sni..
:(




























Kau, Kawan, Sahabat & Teman

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku

Huuuu....aaaaa.....

(ulang dari mula)

Ku pasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama

Pengirim : zinnirahjannah

Adakah anda tau? ^-^


Adakah anda tau?

1. Cuba tengok pd zip seluar.. kebanyakannye tertera huruf YKK..YKK bermakna
Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di
dunia
yang menghasilkan zip yang anda pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.
Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu
merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang
banyak
mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik
ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan
bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan
jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan
sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan
aksinya
tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar
biasa
dari orang lain.

8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor
nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan
di
mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan
sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas untuk menghalang kuman
berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dapat
jawapan
12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan
'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak
akan
tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Leonardo dah Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan
10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk
bahagian bibirnya sahaja)

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap
tahun.

21. Mengikut statistik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling
banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang
berleluasa
dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington DC mengalahkan penduduk
penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya
menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne
segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan
turun
kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

Akhir sekali...

26. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu
tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini
dapat
menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda
kita
sendiri.


~ Wallahu'alam la kesahihan nye.. :D mcm sewonok je bace .. post je la kat blog... :P ~
kekeke!! Oklah itu saje... dah jom kita smbung balik study.. ^-^

Selasa, April 03, 2007

Persandaran


Persandaran makhluk hanya pada tuhannya

Tempat ia pasrahkan segalanya

Bukan selain daripada pencipta

Pasti kekecewaan yang akan dirasa



Bila bersandar pada makhluknya

Jika terpisah rasa kehilangan

Jika terasing rasa ditinggalkan

Jiwa menderita gelisah sentiasa



Biar bersandaran hanya pada tuhan

Merasai cukup hanya dengannya

Bersama terasing rasanya sama

Allah sentiasa di dalam jiwa


Biar terlihat tidak punya apa

Tetapi hati kaya dengan rasa

Rasa kasih dan cinta Illahi

Menjadi cahaya penghidup jiwa