Rabu, April 04, 2007

Adakah anda tau? ^-^


Adakah anda tau?

1. Cuba tengok pd zip seluar.. kebanyakannye tertera huruf YKK..YKK bermakna
Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di
dunia
yang menghasilkan zip yang anda pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.
Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu
merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang
banyak
mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik
ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan
bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan
jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan
sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan
aksinya
tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar
biasa
dari orang lain.

8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor
nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan
di
mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan
sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas untuk menghalang kuman
berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dapat
jawapan
12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan
'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak
akan
tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Leonardo dah Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan
10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk
bahagian bibirnya sahaja)

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap
tahun.

21. Mengikut statistik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling
banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang
berleluasa
dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington DC mengalahkan penduduk
penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya
menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne
segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan
turun
kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

Akhir sekali...

26. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu
tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini
dapat
menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda
kita
sendiri.


~ Wallahu'alam la kesahihan nye.. :D mcm sewonok je bace .. post je la kat blog... :P ~
kekeke!! Oklah itu saje... dah jom kita smbung balik study.. ^-^