Khamis, November 29, 2007

Demi kasih sayangnya..


tiba2
teringat iklan burung murai by Petronas
-- sebab hari jadi ayah sy nk dekat dah =) --
1 December;tarikh yg tercatat dlm IC beliau
;)



Burung apa tu ayah? Burung Murai nak..
Burung apa? Burung Murai..
Burung apa? Burungg Muraii..
Burung apa? Burung Murai sayang
Burung apa? Murai tuu nak..
----------------------

daya diri



i.n.i
diri saya

i.n.i
cara saya

i.n.i
daya saya

i.n.i
dari saya

Islam
cukup
utk saya

-dulu hidup penuh angan-
skrg hidup dgn cita yg tak menang tangan
dgn usaha yang akan berpanjangan
dgn izinNya yang berterusan
dgn rahmatNya yang tak bertepian-

ya Allah..
hidup dan matikanlah pemilik jiwa ini dalam
IMAN yang sebenar Iman,,


Sabtu, November 24, 2007

ku pohon



Adakah....
terkadang diri sendiri salah mentafsir kehendak diri
mungkin ...

tp itulah diri ini lakukan..
keputusan diri sendiri..
berat..
usah diperkatakan..
telah terang lagikan bersuluh..
ia akan menuntut pengorbanan diri..

masa!
sumber yg perlu digunakan sepenuhnya..


biarlah..
semoga apa yg ku pilih mendekatkan diriku padaMu
Sesungguhnya..
aku tiada apa selain Mu Ya Allah
dan tiada yg memahami diri ku selain engkau wahai Khaliqku..



Izinkan hamba kerdil Mu ini berbakti..
dan sesekali hati ini gusar..
bimbang niat terlari dan langkahnya kan pincang

tapi tak mengapa..
kerana diriku ada Engkau wahai Khaliqku...
izinkan .. izinkan .. Ya Rab

~~ Rabbi Yassir walatu 'Assir ~~

***********



Khamis, November 22, 2007

salam takziah



Al-fatihah

buat Allahyarham Ayahanda


Rabu, November 21, 2007

mencari ikhlas

Sebenarnya sudah lama mempunyai karya ini dlm simpanan memory lap top ini..
adakah salah si masa, atau salah diri sendiri yg tak membaca..


untuk berkongsi bersama..
kerana sejak kebelakangan ini..

Ikhlas ku semakin kabur dlm masa yg terlalu cpt utk dikejar.

Ya Allah..
benar dialah..

si Ikhlas dambaan hatiku yg mencintai Mu

******************

BUKTI-BUKTI PENGUAT IKHLAS

Fit-Thariq Ilallah: An-Niyyah wal-Ikhlas, Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Ikhlas itu mempunyai bukti penguat dan tanda-tanda yg banyak sekali, cthnya dlm kehidupan orang yg mukhlis; dlm tindak-tanduknya, dlm pandangan terhadap dirinya dan juga orang lain. Di antaranya adalah:

Pertama: Takut Kemasyhuran

Takut kemasyhuran dan menyebarnya kemasyhuran ke atas dirinya, lebih-lebih lagi jika dia termasuk orang yg mempunyai pangkat tertentu. Dia perlu yakin bhw penerimaan amal di sisi Allah hanya dgn cara sembunyi-sembunyi, tdk secara terang-terangan dan didedahkan. Sbb andaikata kemasyhuran seseorang memenuhi seluruh angkasa, lalu ada niat tdk baik yg masuk ke dlm dirinya, maka sedikit pun manusia tdk memerlukan kemasyhuran itu di sisi Allah.

Maka dr itu zuhud dlm masalah kedudukan, kemasyhuran, penampilan dan hal-hal yg serba gemerlap lbh besar drp zuhud dlm masalah harta, syahwat perut dan kemaluan.

Al-Imam Ibn Syihab az-Zuhri berkata:

“Kami tdk melihat zuhud dlm hal tertentu yg lbh sedikit drp zuhud dlm kedudukan. Engkau melihat seseorang berzuhud dlm masalah makanan, minuman dan harta. Namun jika kami membahagi-bahagikan kedudukan, tentu mereka akan berebut dan meminta lbh banyak lagi.”

Inilah yg membuat para ulama salaf dan orang-orang shaleh antara mereka mengkhuatirkan dan menyangsikan hatinya dr ujian kemasyhuran, penipuan dan kedudukan. Oleh krn itu mereka memperingatkan hal ini kpd murid-muridnya. Para pengarang buku tlh meriwayatkan dlm pelbagai gambaran ttg tingkah laku ini, spt Abu Qasim a-Qusyairi dlm ar-Risalah, Abu Thalib al-Makky dlm Qutul-Qulub, dan al-Ghazali di dlm al-Ihya’.[i]

Begitu pula yg dikatakan seorang zuhud yg terkenal,

Ibrahim bin Adham, “Allah tdk membenarkan orang yg suka kemasyhuran.”

Beliau juga berkata,

“Tdk sehari pun aku berasa gembira di dunia kecuali hanya sekali. Pd suatu mlm aku berada di dlm masjid salah satu desa di Syam, dan ketika itu aku sdg sakit perut. Lalu muazzin dtg dan menyeret kakiku hingga keluar dr masjid.”

Beliau berasa senang krn muazzin tersebut tdk mengenalinya. Maka dr itu beliau diperlakukan secara kasar, kakinya diseret spt seorang pesakit. Beliau meninggalkan kedudukan dan kekayaannya krn Allah. Sebenarnya ketika itu beliau tdk ingin keluar jika tdk sakit.

Seorang zuhud yg terkenal, Bisyr al-Hafy berkata, “Saya tdk mengenal orang yg suka kemasyhuran melainkan agama menjadi sirna dan dia menjadi hina.”

Beliau juga berkata, “Tdk akan merasakan manisnya kehidupan akhirat orang yg suka terkenal di tgh manusia.”

Seseorang prnh menyertai perjalanan Ibn Muhairiz. Ketika hendak berpisah, orang itu berkata, “Berilah aku nasihat.”

Ibn Muhairiz berkata, “Jika boleh hendaklah engkau mengenal tetapi tdk dikenal, berjalanlah sendiri dan jgn mahu diikuti, bertanyalah dan jgn ditanya. Lakukanlah hal ini.”

Ayyub as-Sakhtiyani berkata, “Seseorang tdk berniat secara benar krn Allah kecuali jika dia suka tdk merasakan kedudukannya.”

Khalid bin Mi’dan adalah seorang ahli ibadah yg dipercayai. Jika semakin ramai orang-orang yg berkumpul di sekelilingnya, maka beliau pun beranjak pergi krg takut dirinya menjadi terkenal.

Salim bin Handzalah menceritakan, “Ketika kami berjalan secara beramai-ramai di blkg Ubay bin Ka’ab, tiba-tiba Umar melihatnya lalu melemparkan susu ke arahnya.”

Ubay bin Ka’ab lalu bertanya, “Wahai Amirul Mu’minin, apakah yg tlh engkau lakukan?”

Jawab Umar, “Sesungguhnya kejadian ini merupakan kehinaan bg yg mengikuti dan ujian bg yg diikuti.”

Ini merupakan perhatian Umar bin al-Khattab secara psikologi terhadap fenomena yg pd permulaannya boleh menimbulkan kesan dan pengaruh yg jauh terhadap kejiwaan orang-orang yg mengikuti dan sekaligus orang yg diikuti.

Diriwayatkan dr al-Hasan, beliau berkata, “Pd suatu hari Ibn Mas’ud keluar dr rumahnya, lalu diikuti beberapa orang. Maka beliau berpaling ke arah mereka dan berkata: “Ada apa kamu mengikutiku? Demi Allah, andaikata kamu tahu alasanku menutup pintu rumahku, dua orang antara kamu pun tdk akan dpt mengikutiku.”

Pd suatu hari al-Hasan keluar rumah lalu diikuti beberapa orang. Beliau bertanya, “Apakah kamu ada keperluan kpdku? Jika tdk, mengapa kejadian spt ini masih tersemat dlm hati orang Mu’min?”

Ayyub as-Sakhtiyani melakukan suatu perjalanan, lalu ada beberapa orang yg mengalu-alukan kedatangannya. Beliau berkata, “Andaikata tdk krn aku tahu bhw Allah mengetahui isi hatiku ttg ketidaksukaan aku terhadap hal ini, tentu aku takut kebencian dr Allah.”

Ibn Mas’ud berkata,

“Jadilah kamu sbg sumber ilmu, pelita petunjuk, penerang rumah, obor pd waktu mlm dan pembaharu hati yg diketahui penduduk langit, namun tdk dikenal penduduk bumi.”

Al-Fudhayl ibn Iyadh berkata,

“Jika engkau sanggup utk tdk dikenal, maka lakukanlah. Apa sukarnya engkau tdk dikenal? Apa sukarnya engkau tdk disanjung-sanjung? Tdk mengapalah engkau tercela di hadapan manusia selagi engkau terpuji di sisi Allah.”

Athar-athar ini tdk mengajak kpd pengasingan atau uzlah. Orang-orang yg menjadi sumber riwayat ini adalah para imam dan da’ie. Mereka memiliki pengaruh yg amat baik dlm menyeru masyarakat, mengarahkan dan memperbaiki keadaan manusia. Tetapi yg dpt difahami dr sejumlah penyataan mereka adalah kebangkitan dr naluri jiwa yg tersembunyi, kewaspadaan terhadap tipudaya yg disusupkan syaitan ke dlm hati manusia, jika hati mereka dicampuri hal-hal yg serba gemerlap dan dikelilingi orang-orang yg mengikutinya.

Kemasyhuran itu sendiri bknlah suatu yg tercela.

Tiada yg lbh masyhur drp para Anbia’, al-Khulafa’ ar-Rasyidin, dan imam-imam mujtahidin.
Tetapi yg tercela adalah mencari kemasyhuran, takhta dan kedudukan, serta sgt bercita-cita mendapatkannya.

Kemasyhuran tanpa cita-cita ini tdklah menjadi masalah, sekali pun ia ttp menjadi ujian bg orang-orang yg lemah, spt yg dikatakan oleh Imam al-Ghazali.

Sejajar dgn pengertian ini yg tlh disebutkan dlm hadith Abu Dzar drp Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bhw Baginda prnh ditanya ttg seorang lelaki yg melakukan suatu amal kebajikan krn Allah, lalu orang ramai menyanjungnya.

Maka Baginda menjawab,

“Itu kurnia yg didahulukan, sekaligus khabar gembira bg orang Mu’min.” (HR Imam Muslim, Ibn Majah dan Ahmad)

Ada pula lafaz lain, “Seseorang melakukan amal krn Allah lalu orang-orang pun menyukainya..”

Pengertian spt inilah yg ditafsirkan oleh al-Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, Ibn Jarir at-Thabary dan alin-lainnya.

Begitu pula hadith yg ditakhrij Imam at-Tirmidzi dan Ibn Majah, dr hadith Abu Hurairah, bhw ada seorang lelaki berkata,

“Wahai Rasulullah, ada seorang melakukan suatu amal dan dia pun senang melakukannya. Setiap kali dia melakukannya kembali, maka dia pun berasa takjub kpdnya.”

Baginda bersabda, “Dia mempunyai dua pahala, pahala krn merahsiakan dan pahala memperlihatkan.”



[i] Lihat apa yg dihuraikan oleh al-Ghazali di dlm Dzammusy-Syuhrah wa Intisyarushshit, dan Bayanu Fadhilatil-Khumul, dr kitab Dzamjul-Jah war-Riya’, dr kitab al-Ihya’, yg disyarahkan al-Allamah Murtadha az-Zubaidi, 8/232-238

-akan disambung-
Kedua: Menuduh Diri Sendiri


---------------------------


-i.k.h.l.a.s-

Ahad, November 18, 2007

again


again ...
again...
and
again...

benarkah ?
salahkah?
siapakah?
kenapakah?

jwapannya ada pada diri sendiri yg diberi kuasa olehNya utk memilih..





Sabtu, November 17, 2007

enough for this : hopefully

Alhamdulillah, dgn izinNya sy masih lagi berkesempatan membuat renovation kepada blog ini...
nape sy suke tukar templetes@skin@nama yg seakan-akan membawa maksud dgnnye..
ENTAH ...!
sy pun kurang pasti...wee~

Lama sudah rasenye sy tak mengupdate blog ini.. stelah perubahan demi perubahan blaku pada blog ini... Harap inilah kali terakhir sy menukarnye.. kenapa sy tukar yg dahulu? hu3 no komen...

But I got an interesting post from my friend, miss leya..

HERE it is... =)

why talk about big acts when small ones are not even done.

You have brains in your head.
You have feet in your shoes.
You can steer yourself
Any direction you choose.
[Dr. Seuss ]

some say i'm choosy. but i'd rather say i'm making my choice.
of which i have the right to.
and so does each one of us.

and i mean choice as a consumer.

we all feel strongly about what's happening to our brothers n sisters in the middle east. we do recognise who are responsible for that. we are aware that we too must play a part in putting that to a stop. in whatever little way we are capable of.
isn't boycotting a way?

i find it disgusting that people talk endlessly yet zero act from their part. they say they hate certain countries for oppressing muslims. "if only i can kill that man, if only i can turn the gun the other way round...blah blah" and that is all. they talk of the impossible and do nothing that they are actually very capable of. sounds like hypocrisy isnt it? why talk about big acts when small ones are not even done.

it is not actually that hard to boycott. well, it is hard to boycott all, especially since we are not actually sure of all the products that contributes to the 'dark forces'. but excluding all the no-other-choice stuff, there are still tons we can live (better) without.
the fast foods. they're not even healthy to begin with. so why do we need to put 2 lives at risk : the people at the gun's end and our own's? it's tried and tested - people don't die not eating fast food. well, if u must to..sometimes might be acceptable. but some just live on fast foods. doesn't each bite hurt your conscience?
soft drinks. same points. with the mentioned above. i dont actually live that healthily yet some sense in me does fear that fizziness of those drinks. u totally can live without them. trust me.
do i have any more points...hm. not now... i guess..
there are of course a lot others but if these 2 non-necessity stuff can be excluded from our life, that's a good enough start i guess.

why notttt???

~ dikarangolehalia~