Khamis, Disember 27, 2007

Persoalannya : Mengapakah kita dizaman ini,

dipermainkan sesuka hati oleh musuh kita?

Tiada pembelaan dari tuhan untuk umat ini.

Kerana

CINTA DUNIA

DAN

TAKUT MATI

ARBAHAH

Ababil-Raihan








Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Bersandarkan Hanya Kerana Allah
Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya:“Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.”
(at-Tirmidzi)

Huraian
1. Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas.
2. Sifat taqwa merupakan benteng yang menjadikan seseorang itu merasa dekat dengan tuhannya tanpa mengira situasi apapun ia berada sama ada di dalam kelopok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuannya dipersembahkan kerana Allah.
3. Seorang ahli hikmah berkataContoh orang yang beramal dengan riyaa' atau sum'ah itu adalah bagaikan orang yang keluar ke pasar dan mengisi poketnya dengan batu, sehinggakan semua orang yang melihat poketnya berasa kagum dan berkata: "Alangkah banyaknya wang orang itu.", tetapi sebenarnya dia sama sekali tidak berwang kerana tidak dapat membeli apa-apa dengan batu tersebut tetapi hanya sekadar mendapat pujian orang semata. Demikian juga orang yang beramal dengan riyaa' sum'ah, tidak ada pahalanya di akirat kelak.Na'uzubillah.
4. Ali bin Abi Talib r.a. berkata: "Tanda orang yang riyaa' itu ada empat iaitu malas jika bersendirian, dan tangkas jika di hadapan orang, dan menambah amalnya jika dipuji, dan menguranginya jika dicela.”
5. Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah itu banyak. Di antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukannya dan menangis kerana takutkan siksaan Allah. Dan seseorang itu akan berani dalam berjihad menegakkan agama Allah hingga sanggup menghadapi kecedaraan malah menempuh syahid kerana Allah dan seseorang itu akan sabar dan tekun (khusyuk) dalam menjalankan ketaatan kepada Allah hingga terdapat kesan-kesan lebam di dahi dan anggota badannya. Semua ini merupakan ciri-ciri orang yang benar-benar beriman di mana ganjaran daripada perbuatan tersebut amat besar pahalanya di sisi Allah SWT dan diberi ganjaran di hari akhirat kelak.


Rabu, Disember 26, 2007

Kita di mana?? di zone selesa??



Dalam Librari ~ A. Samad Said

September 11, 2007

Dalam librari
aku tersengguk
seorang tua
tersenyum menegur:
Tak guna
membuka buku
menutup mata.
Kan elok
menutup buku
membuka mata?

Mulai esoknya
dalam librari
ku tak pernah
tersengguk lagi
walau orang tua
sudah lama
tiada kusua

Dalam librari
kini ku membaca,
mataku sering
ke kerusi orang tua
yang sudah tiada

~ A. Samad Said


Dunia Itu Satu Kebun ~ Ibnu Khaldun

Ogos 15, 2007

DUNIA itu satu kebun,
pagarnya negara.

NEGARA itu sebuah kekuasaan,
yang hidup dengan kekuasaan itu,
aturan yang tetap (sunnah)

ATURAN yang tetap itu
ialah politik (siasah)
yang dijalankan oleh raja.

RAJA itu peraturan
yang disokong oleh tentera
Tentera-tentera itu pembantu,
yang ditanggung oleh harta

HARTA itu rezeki,
yang dikumpulkan oleh rakyat..
RAKYAT itu budak-budak,
yang dipelihara oleh keadilan

KEADILAN itu yang disukai
dengan keadilan tegaklah dunia

~ Ibnu Khaldun



-kak zini minta izin, sy pinjam pinjam gambar ni.. menarik ..-

* Lagu disebelah sy hadiahkan buat kalian semua..

Rabu, Disember 19, 2007

Salam AidilAdha



-jauh hanya jarak-

rindu pada wajah-wajah
yang
selalu ku tatap tiap kali hari raya semakin terasa..

Apakah hati mampu menahan ...

tatkala mendengar kalimat takbir,tahmid dan tasbih
dilaungkan ..
memuji kebesaran Ilahi
yg kebiasaannya wajah-wajah itu hadir bersama
meraikan hari kebesaran itu..




erm...
dlu ingtkan org yg blajar oversea je yg xdpt nk balik raye..
hurm.. kwan2 ku yg di jepun,u.s mahupun korea..
ter'nasib' same pula dgn kalian..
huhu..


Isnin, Disember 17, 2007

luasnya pengetahuan dan goresan pena yang penuh berkhasiat



http://muhtarsuhaili.files.wordpress.com/2007/04/ayat-ayatcintaw300h455.jpg

Familiar tak buku di atas?
Movie based on this Novel.
Ayat-ayat cinta The movie..



******************

dan ini pula
AYAT-AYAT CINTA OST

desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku diantara
cinta yang rumit

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
kupertaruhkan

maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku jaga
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu

bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika kubersujud

untuk lagu itu
boleh juga didownload di link ini

-------------
Really..
I'm waiting for this movie.. :)
why..??
so much reasons..
btw
just feel it by yourself
by read this novel first
;)

download here

"Ambillah novel Ayat-Ayat Cinta dan masukilah keindahannya, nescaya anda dapati luasnya pengetahuan dan goresan pena yang penuh berkhasiat. Kadang-kala ia mengundang airmata tetapi akhirnya tetap ilmu yang berguna. Kadang-kala ia membuatkan hati kita tergoda, tetapi nafasnya tetaplah ajakan untuk agama yang mulia. Ayat-Ayat Cinta “adalah novel yang sangat bagus dan lengkap kandungannya. Ini bukan hanya novel sastera dan novel cinta, tapi juga novel politik, novel budaya, novel reliji, novel fiqh, novel etika, novel bahasa dan novel dakwah. Sangat bagus untuk dibaca oleh sesiapa saja.

really it's not only the matter about love between human..
but..
it's more than that
it is
when the whole of ur life u give to the Only Mighty God, Allah S.W.T
inside Ayat-Ayat Cinta tell us the best way to practice Islam

Bagi Kang Abik (Habiburrahman El Shirazy) sendiri
dia mengharapkan filem ini mendapat lebih baraqah
-sampai maksud apa yg ingin disampaikan olehnya-

*this song from Rossa..
just take her words on this song.. for us to ponder..
others about her..
Let Allah determine it k ..

****************
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai”.
Riwayat Muslim

-Wallahu'alam-

Sabtu, Disember 15, 2007

banjir

Temerloh
Paras air Sungai Pahang dan Sungai Semantan meningkat
TEMERLOH – Penduduk di daerah ini, terutama mereka yang tinggal di kawasan berisiko banjir dinasihati berjaga-jaga kerana paras air Sungai Pahang dan Sungai Semantan semakin meningkat.

----------------------------------------------

Sementara itu, Pahang yang mencatatkan jumlah mangsa dipindahkan paling ramai semalam iaitu 23,323 orang, hari ini menurun sedikit kepada 21,049 orang di 234 pusat pemindahan.

Daerah Pekan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai dipindahkan iaitu 5,590 orang, Kuantan (3,571), Temerloh (3,402), Rompin (3,298), Maran (2,657), Bera (2,479), Jerantut (412).

Pusat pemindahan di Kuala Lipis bagaimanapun ditutup selepas 104 mangsa banjir dibenarkan pulang.

Di Temerloh, kira-kira 90 peratus bekalan elektrik di bandar ini terputus sejak pukul 5 petang ini selepas pencawang elektrik di kawasan mengalami kerosakan. Setakat pukul 8.30 malam ini, keadaannya masih belum pulih.

Timbalan Pengawal Pusat Kawalan Operasi Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Pemangku Deputi Supritendan Mohd. Anuar Abu Yamin berkata, keadaan banjir di negeri itu dijangka bertambah serius malam ini berikutan fenomena air pasang.

Bencana itu juga meragut satu lagi nyawa di negeri itu hari ini selepas seorang warga emas di Lanchang dilaporkan tergelincir dan dihanyutkan arus deras awal pagi ini.

Mangsa keenam korban banjir di Pahang itu ditemui kira-kira 500 meter dari tempat dia dipercayai tergelincir pada pukul 9 pagi ini.


--untuk membaca lebih lanjut click disini--

Ya Allah..
Setiap ujian Mu pasti ada rahmat yg Kau berikan
Setiap kejadian pasti ada yg ada makna dan maksud yg tersirat dari Mu...

Hati mana yg tidak sedih..
hanya dapat bertnyakan khabar shj dr rumah..
tak dapat membantu sedikit pun..
itu pun terpaksa tunggu telefon di charge
di rumah pak sedara yg ade bekalan eletrik
kerana rumah sy menggunakan telefon wireless..

jgn salah faham..
hanya dgn menggunakan telofon wireless shj
kami dpt menikmati telefon dirumah..
jika tidak tidak.. tiadalah telefon dirumah sy..

Two days dah..
eletrik dipotong kerana bnjir..
Rumah sy...
Alhamdulillah masih belum dimasuki air..
tapi "terkepung"
Masjid sudah lama dimasuki air..
dan skrg katanya aras air di paras leher
jambatan sudah lama hilang dlm penglihatan..
kerana air sg. semantan semakin pasang..
pengangkutan utama mereka skrg...
boat ..
sbb kereta xdpt nk lalu air yg tingginya smpai ke paras leher
Alhamdulillah..
sekurang2 nya..
mereka ada pengangkutan
utk meredah bnjir..

Saya doakan agar air surut kembali..
agar dpt sy pulang menyambut
Hari Raya AidilAdha bersama keluarga..
dan semoga tiada kemalangan jiwa yg berlaku lagi..

ku pohon, Ya Rahman Ya Rahim

beberapa hari ...

Assalamu'alaikum...
lama rasenye sy tidak mengupdate blog ini..
smpai org sime darby pun tgur..
:D
miss u sis alia..
all the best at SIME DARBY ;)


meniti hari2 lalu..
ada beberapa gambar yg ingin dikongsikan bersama..




-- perkahwinan saudara--


--dipertemukan oleh Izin dan kehendak-Nya--
Semoga Allah memberkati kalian


--pemberian tanda ingatan--





--selamat hari lahir adik fatin..--
[adik sepupu]

Family Pak Itam [ayah saudara] dan family kami
smbut hari lahir fatin sekali hari lahir ayah..
secara sederhana.. itu yg ayah suka..

Alhamdulillah..
malam itu kami sume makan tom yam ..
nyum2..


-menjamu selera-


- dad assisted by atih -
**seperti selalunya**

Rahmati keluarga kami ya Rabb..
syukran atas segala kurniaan Mu yg tak bertepian

---pulang ke Melaka---


---tmbahan gmbar---

--kek kat umah ustazah ROhana..--
wee~ bru ari ni post .. :D


-- mercu tanda kat MMU--
[may be]
nice poems
nice things to think..
tapi adakah semua tahu kewujudan "mercu tanda" ini..
poeple go there rarely..
or at least
sebab tggu bus MMU ..

:D



--Syukran--
--Syukran Jazilan ya ukhti--

---------------------------------------




After Bakti Siswa ..
straight away to Kuparoh 07
[thanks to ukhti Idaz & akhi Hafiz ..
sebab jemput kami sume]
--KUpaROH--> Kursus Penghayatan Rohani organize by Usrah Institution




--berjalan mentafsir alam--


KUPAROH '07
[muslimat]
-credits to sis zinnirah 4this pict :) -

-------------------------------------



"Wahai Tuhan kami,
janganlah Engkau memesongkan hati kami
sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami,
dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMU;
Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNYA.


-- Alhamdulillah-