Sabtu, Disember 15, 2007

banjir

Temerloh
Paras air Sungai Pahang dan Sungai Semantan meningkat
TEMERLOH – Penduduk di daerah ini, terutama mereka yang tinggal di kawasan berisiko banjir dinasihati berjaga-jaga kerana paras air Sungai Pahang dan Sungai Semantan semakin meningkat.

----------------------------------------------

Sementara itu, Pahang yang mencatatkan jumlah mangsa dipindahkan paling ramai semalam iaitu 23,323 orang, hari ini menurun sedikit kepada 21,049 orang di 234 pusat pemindahan.

Daerah Pekan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai dipindahkan iaitu 5,590 orang, Kuantan (3,571), Temerloh (3,402), Rompin (3,298), Maran (2,657), Bera (2,479), Jerantut (412).

Pusat pemindahan di Kuala Lipis bagaimanapun ditutup selepas 104 mangsa banjir dibenarkan pulang.

Di Temerloh, kira-kira 90 peratus bekalan elektrik di bandar ini terputus sejak pukul 5 petang ini selepas pencawang elektrik di kawasan mengalami kerosakan. Setakat pukul 8.30 malam ini, keadaannya masih belum pulih.

Timbalan Pengawal Pusat Kawalan Operasi Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Pemangku Deputi Supritendan Mohd. Anuar Abu Yamin berkata, keadaan banjir di negeri itu dijangka bertambah serius malam ini berikutan fenomena air pasang.

Bencana itu juga meragut satu lagi nyawa di negeri itu hari ini selepas seorang warga emas di Lanchang dilaporkan tergelincir dan dihanyutkan arus deras awal pagi ini.

Mangsa keenam korban banjir di Pahang itu ditemui kira-kira 500 meter dari tempat dia dipercayai tergelincir pada pukul 9 pagi ini.


--untuk membaca lebih lanjut click disini--

Ya Allah..
Setiap ujian Mu pasti ada rahmat yg Kau berikan
Setiap kejadian pasti ada yg ada makna dan maksud yg tersirat dari Mu...

Hati mana yg tidak sedih..
hanya dapat bertnyakan khabar shj dr rumah..
tak dapat membantu sedikit pun..
itu pun terpaksa tunggu telefon di charge
di rumah pak sedara yg ade bekalan eletrik
kerana rumah sy menggunakan telefon wireless..

jgn salah faham..
hanya dgn menggunakan telofon wireless shj
kami dpt menikmati telefon dirumah..
jika tidak tidak.. tiadalah telefon dirumah sy..

Two days dah..
eletrik dipotong kerana bnjir..
Rumah sy...
Alhamdulillah masih belum dimasuki air..
tapi "terkepung"
Masjid sudah lama dimasuki air..
dan skrg katanya aras air di paras leher
jambatan sudah lama hilang dlm penglihatan..
kerana air sg. semantan semakin pasang..
pengangkutan utama mereka skrg...
boat ..
sbb kereta xdpt nk lalu air yg tingginya smpai ke paras leher
Alhamdulillah..
sekurang2 nya..
mereka ada pengangkutan
utk meredah bnjir..

Saya doakan agar air surut kembali..
agar dpt sy pulang menyambut
Hari Raya AidilAdha bersama keluarga..
dan semoga tiada kemalangan jiwa yg berlaku lagi..

ku pohon, Ya Rahman Ya Rahim

0 comments: