Isnin, Disember 29, 2008

Salam Maal Hijrah


~ Salam Maal Hijrah buat semua.. ~

kongsi sms:

Selamat Menyambut tahun baru!
Moga hijrah kita hijrah hati,
hijrah utk Ilahi,
Moga tidak diulangi kejahilan diri,
berazam utk perbaiki diri,
thabat melakukan kebaikan hakiki.
Moga muslimah mukminah menjadi title diri..
-dr dua insan yg dkagumi: kak aini dan adik nurafaz-

Salam maal Hjrah.
Ibn Mas'ud bkata
"Perkara yg plg sedih apabila tibanya tahun baru
adalah umurku bertambah
tetapi amalan ku tidak bertambah..."
Semoga tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun lepas.
salam maal hijrah 1430.
-dr din BA-
(Exco yg happy go lucky..)
Salam maal hijrah~
semoga kita menjadi muslim
yang lebih baik
akhlaknya,
amalannya,
baik pencapaiannya dr segi duniawi & ukhrawi. :)
~ adik aini ~(kwn kepada athirah tu.. :)
Salam..
selamat ma'al hijrah 1430..
Moga pjg umur dlm ibadah
dn dimurahkan rezeki..
-a. hmdn-
(erm..guna 018 ke skrg? )


Ya Allah,
InsyaAllah akn muncul tahun baru yg ceria.
Engkau muliakan& sayangi pembaca blog ini*
berkati keluarganya,
sihatkan tubuh badannya,
limpahkan rezekinya,
jauhkan drp fitnah,penganiayaan & penghinaan,
suburkan benih keimanan dgn penuh ksih syg
serta taqwa tanpa alasan.
Makbulkan cita2nya yg murni.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Slamat Myambut Maal Hijrah 1430 H.
-kak niza-
(org sedaerah sy!! :) tahniah akak ats smbungan master .. )
*part star tu sy edit skit.. perkataan sebenar "penerima ucapan ini"

TERIMA KASIH ATAS DOA-DOA KALIAN..


****************
memang dr umah dah niat nak update blog ni..

knapa sy xupdate blog ni sekian lama..?
tak de alasan yg kukuh boleh diberikan
sebenarnya dlm 2 bulan ni dah bnyak pun draft sy buat..
tgoklah if ada masa sy continue draft2 tu..

(hu3.. mf ats sawang2 yg sy biarkan seberapa lama ini..)
dan terima kasih atas komen dan sapaan.. :)

*****

..."tak kan nak beruzlah lama sgt.."
kata ustaz smasa perbincangan dlm usrah td..

walaupun kata2 itu bkn utk sy...
..tp ia buat sy berfikir semula ...

*****

dlm tempoh..
2 bulan ni..
bnyk prkara yg berlaku..
JED dan pun berlepas.. :)
*Jejak Eksplorasi Diri.(JED)

Ya Allah..
moga diri ini,
kenal hakikat diri..
walau besar mana diri..
walau jauh mana pergi..
walau tinggi mana didaki..
tetapkan kepada Engkau kami kembali ..



..moga istiqamah dlm keadaan hidup yg selalu berubah..

*********
Kak Kam is now call Puan Kamariah..:D
(hurm.. do her have time to spend with us anymore..)
he3.. tak baik btul sy ni..

kak zini dah tukar link.. kak sang semut yg chumil ;)
template kak alsuraya yg purple..
dan anak muda yg dah beralih ke blogspot..

to cik alia:
sy dah bc post awak utk birthday sy..
Terima kasih sbb wish birthday sy dgn dedication kata2 tu..
Mungkin ia kata2 yg terlalu tinggi utk org yg tak tinggi mana seperti saya.. :)
tp apa2 pun..
I appreciate it.. thanks a lot, friend..
moga kebaikan yg sdikit ini mendapat rahmatNya..
dan keburukan yg sy lakukan dpt keampunan drNya..


*************
dan 28 Dis 08
adik lelaki sy dah pi PLKN di Kemaman Terengganu..

(dan kami2 sempat bgambar.. :)


dihantar dgn harapan..

(sblm ni angah dah g..
skrg ide pula..
he3.. "the chosen one" adik2 sy rupanya..
sy?
dlu sy nak pi.. tp xdpt..
adik2 sy.. dua2 xnak pi.. tp dpt..
maka conclusionnya..
sapa yg xnak pi.. buatlah nak pi..
(btul ke? salah.. :D )

conclusion sebenarnya..
terimalah ketentuan Ilahi dgn ikhlas dan sabar..
krn disebaliknya ada hikmah yg tersimpan..

akhirnya,
angah bersyukur dpt g PLKN di Kem semarak, Pekan...
-bukanlah latihan yg disediakan di PLKN yg sy agung2kan..
cuma aturan Tuhan yg sgt indah dgn tarbiahNya yg disusun sgt mengkagumkan...
(blog pelatih yg byk berjasa pd pelatih di kem semarak.. "ustaz"

pg td,
sblum bertolak blik dgn pak cik dan mak cik..
(terima kasih pak cik dan mak cik.. :)
Alhamdulillah..
ayah dapat ikan Picu..(nama ia pelik skit..)


dan skrg ni musim bnyk ikan.. (mungkin kot..) sy pun xpasti..
tp ni lah antara ikan2nya..
bg yg tere dan tahu bab2 ikan..
cuba la teke ikan ape..




esok atih dan ayah dan pok de..
InsyaAllah tgok result PMR..

****************
oklah..
Wallahu'alam..
*****************
tutup kisah yg berlalu..
kini
susun langkah utk episod baru..


(hr yg cerah)

Selamat study utk final exam..

..Dgn Nama Allah yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
sy mohon kemaafan..
bantu sy utk berhijrah tp bukan paksa sy..

Khamis, Oktober 09, 2008

Al-Fatihah

Assalamu'alaikum...

Salah seorang rakan Biro Ekonomi 0607 , Izan
telah meninggal dunia..

...Al-Fatihah...

Moga roh mu dirahmati Allah..
aminn..

*********
Tadi, buka buku yg dah lama sy tak dibaca..
(rest jap dr study..hu3 )

tajuknya : Sifat Calon Penghuni Syurga
Susunan Harun Arrasyid Haji Tuskan
(buku yg ayah belikan time form. 5)

IzinNya..
Tangan menyelak halaman m/s 4
dan mata tertumpu pada tulisan

5.Menanti Kematian.

[ sebelum ni, memang pernah tempuh(baca) halaman tu..
tapi ..
rasa..
mcm kali ini baru benar2 membacanya..]

Tulisan yang ingin saya kongsikan bersama dengan kalian ialah:

" Seorang mukmin memandang kehidupan dunia
hanya selintas sahaja,
lalu membayangkan
cita-citanya
yang akan diakhiri dengan kematian.

Kita saksikan orang-orang di sekitar kita yang mempunyai cita-cita di masa depan. Tiba-tiba datanglah kematian, maka lenyaplah segala impiannya.

Umar bin Khattab r.a. pernah berkata,
"Setiap kali diberitakan si polan meninggal dunia,
maka ingatkanlah,
Umar juga akan meninggal dunia."

maka Ingatkanlah
pada diri saya..

Anti juga akan meninggal dunia..






Isnin, Oktober 06, 2008

Semalam Dan Hari Ini



Semalam Dan Hari Ini

Semalam aku bertatih dalam sinar kelam
Mengeja kehidupan
walau payah seringkali menjenguk

Lorong kaca itu
Ku susuri walau satu demi satu langkah ku
Menagih darah, keringat dan air mataku

Pada asbab;
Aku tidak tegar melihat jerih payah
Ayahanda bonda tergadai dek kemalasan dan kelemahanku

Pada asbab;
Aku ingin meniti sinar kejayaan
Waima diri serba kurang

Sungguh janji Tuhan itu pasti
Tiada siapa yang berusaha, melainkan Kau membayarnya

Sedetik aku bertatih di lorong kaca
Aku tiba di boulevard penuh ranjau duri

Tuhan, sesungguhnya Kau masih mahu menguji
Aku merangkak, berjalan dan kalau perlu berlari

Mengejar kejayaan;
yang kupasti ada di hujung sana

Musim yang empat,
itulah saksi setia jatuh bangunku

Sejuk salju
tak bisa
memendam beku semangatku

Azamku tak bisa gugur
bersama kekuningan daun musim luruh

Mentari yang mencengkam tak bisa
menghambat aku bermalasan
Di teduhan lagha

Warna-warna yang mekar lewat musim bunga
tak bisa melalai diri
Dengan pesona dunia

Wal hasil, kini

Aku hampir tamat pengajian di madrasah hidup

Ijazahku;
muslim yang cemerlang dalam tribulasi dunia
Dan imtihan ukhrawi

Tuhan,
saksikanlah wahai
Yang Maha Menyaksikan

Keihklasan abid-Mu
dan
kesungguh khalifah-Mu ini

Dalam mengimarahkan dar al fana

Demi berteduh
di bawah redhaMu.

Fieza Nur
Harold's Cross
26 Oktober 2006
http://gkln.blogspot.com/


************
Antara sajak yang saya sangat suka..

Sajak ini saya tujukan buat semua yang akan menempuhi peperiksaan..

Selamat Menempuhi Final Exam buat semua student MMU :)

Kpd yang industrial training,
selamat menyiapkan final report.. :D

Kpd yg akan ke
industrial training,
sem dpn kan..?
tunggu sem depan sy akan berikan ucapan.. he3

Okeylah..

Jadual Exam Saya:
InsyaAllah

7 OCT : KNOWLEDGE ECONOMY
8 OCT : ACCOUNTING INFORMATION SYSTEMS 1
12 OCT: CORPORATE FINANCE
15 OCT: FINANCIAL ACCOUNTING AND REPORTING II
18 OCT: MUSLIM MODERN

Terima kasih atas ucapan/wish Good Luck dan doa kalian semua
utk saya menempuhi final exam ini..


Moga kita dipermudahkan urusan olehNya utk menghadapi final exam...


ps:
"Ehem, jgn buat2 lupa 18 Oct tu ya.. :D "
"eh, mesti la sy tak lupa.. kan sy exam hari tu... :P "



Juga nak ucapkan
Salam Aidilfitri
Mohon Maaf Atas Salah dan Silap Saya..
Insan yang memang xdpt nak lari dari buat silap..

Moga amalan kita disepanjang bulan Ramadhan diterima olehNya

Rindu berpuasa..??
Jom sambung dgn Puasa 6 Hari dibulan Syawal..
InsyaAllah ;)

*******
..Semalam dan Hari Ini..
ada beza x?

Wallahu'alam..

In time of difficulties and troubles in our life, don't ever
say, "Oh GOD , I've a big problem" but say"Hey problem, I've a big GOD".
Allahuakhbar...


Jumaat, September 26, 2008

..rancang..

26 sept 2008...

rancang pd awalnya pulang pd 29 sept 2008..
tapi ketentuan dan aturanNya mengatasi rancangan si insan biasa ini..

begitulah aturan Khaliq buat hambaNya..

terdetik dlm hati..
manusia merancang,Allah merancang... tetapi perancangan Allah lebih baik..

moga2 perjalanan pulang sy selamat smpai..

sebenarnya pada yang sma saat ini..
seorg shabt sy sdg menaiki flight ke uk..
(cik Alia.. sy tak reti nak menyebut nama U awak.. hehe.. nanti tlog taipkan ejaannya.. :p)

tadi sy call dia, mohon maaf xdpt hdir utk hantar..
tiba2 shj hati rasa sedih..

seingt sy, dia antara kwan2 sy di skolah yg sgt bersemangat bila berbicara tentang friendship..
still remember baju yg ada tulis 3 , circle of friendship x?
antara hasil kreatifnya..(if xsilap la)

apa2 pun :)
moga selamat smpai dgn selamatnya di tanah UK...
tanah yg berbeza dengan kami2 di Malaysia...

tp internet yg sama.. :D

*********


**********

Khamis, September 25, 2008

tag

di tag oleh kak Kamzz.. :)


HOW??


1. Copy gambar di bawah lalu posting di blog anda
2. Teruskan tags ini minimum ke 5 blogger muslim yang anda kenal.
3. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka
4. Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tags



http://queenmary87.blogspot.com
http://sukesuki.blogspot.com
http://nurafaz-mirh.blogspot.com
http://pahlawansrikandi.blogspot.com
http://kamzalqamariah.blogspot.com
http://cahaya-alhamdulillah.blogspot.com

dan saya tujukan utusan hari raya ini buat:
cik Alia Salleh... (yg akan fly..)
cik farah (fasya)
cik liyana.. (boOgey)
cik... x
cik.. y
hehe..
xda idea nak tag siapa..
buat kakak yg tag sy ni..
moga sentiasa sihat dan dalam rahmat dan redha Allah sentiasa..
:)

Selasa, September 23, 2008

Tell me ... what did i do today?






What Did I Do Today?

Oh the moon has come
The day is done
The night has covered up the sun.
I have stood so often before you to pray
But I wonder Allah, tell me, what did I do today?
Did I remember the words of Al-Fatiha?
Did I take time to thank you for all that I have?
Did I call on you to guide my way?
Tell me, what did I do today?

I has whispered to you
As I made ruku
Subhana Rabiy'yal adheem.
But was my faith
Bright or grey?
Oh Allah, tell me, what did I do today?
Did I smile at my brother?
Was I kind to my mother?
Did I teach another something that I know
Or did my love of this world lead me astray?
Tell me, what did I do today?

Sami Allah hu liman hamida
Rabanna lakal hamd.
Sami Allah hu liman hamida
Rabanna lakal hamd.
La illaha il Allah.
La illaha il Allah.

Though I've bowed to you
with my face in the dust,
subhana raby'yal a'la
Did I turn to you
And did I obey?
Oh Allah, tell me, what did I do today?
Did I use my mind?
Did I use my time?
If I search my heart what will I find?
The light of your guidance is a glimmering ray,
Tell me, what did I do toady?
Oh Allah, tell me, what did I do today?

Rabu, September 10, 2008

:)

...Bismillahirrahmanirrahim...


blog sy semakin menyepi.. nge~

maaflah bg mrk yg selalu kunjung pada blog ini..
tapi enggak ada apa2 yg menarik..
(hi3 mcm ade je org yg setia nak baca.. perah santan je skit.. :D)

btw..
bnyak sebenarnya nak dicoretkan..
tapi biasalah..

kondisi internet di EP.. yg mcm chipsmore..
dan kondisi laptop sy... yg hnya bergantung dgn wireless connection shj sbg penghubung dgn internet..

kdang low.. tp bila good.. sy pula tiada mood..
bila low.. sy pun slow utk update ini blog.. :D
(alasan...)

skrg ada masa skit nak menaip..

(writting to express not to impress)

kalau boleh nak tulis
every single my word to express about
what i see/i do/i feel and so on...
but then...
tiada rezeki utk itu..
:D

*********


pagi tadi sahur dgn housemateS yg disayangi..
:) sahur kami,InsyaAllah time nya.. ikut sunnah..
(dkt2 nak subuh bru kami stop.. sbb start pun nak dkt2 time imsak.. :P)

terima kasih kepada kakak2 osmate ku..
bak kata sy..
"umah sy ada kakak yg rajin memasak.."
dan kak zini a.k.a kak zinnie smbung..
"ada adik2 yg rajin makan.. "

he3

sj nak letak tis pict. (bru edit.. :)

kata2 dr miza.. thanks ya miza,kwan ku.. :)

***

td sblm hbis masa sahur.. sempat kira hari ..
tarikh dah 10 sept.. (ari jd suhailah... :)
owh.. maksudnya..
dah 10 Ramadhan..
(ya Allah.. cpat benar masa berlalu..)

ini bermaksud..
salah! bukan, 20 hari lagi nak raya..
tapi lagi.. 20 hari madrasah(sekolah) Ramadhan utk kita lalui..

masa utk kita memperbaiki..
kenapa bukan bulan lain??
usah itu jd pertikaian..
bcoz skrg kita diizinkan hidup..
bln lain dh lepas.. dan belum tiba..
itulah sbb masa ini masanya.. ;)



*******


kpd shbt ku Alia Salleh.. : nak sgt jumpa kamu sblm flight...
(jika ada rezeki kita jumpa..)

kpd Suhailah.. : Selamat Hari Lahir..
Tahniah dah 19 tahun.. :)
(as I'm still 19++ ... he3)
Semoga sentiasa dalam rahmat dan redhaNya..
*****
Jom!!
eh.. nak kemana...???

lah.. nak g mana lagi.. tak kemana2..
tapi nak ajak..
pertingkatkan amalandiri..
tingkatkan iman dan taqwa..
(sebab iman dibuktikan dgn amal)
j0m.. cari lailatulQadar.

*****
lastly..
mimpi td membuatkan sy tersenyum sampai sekarang..
:)
(ya Ilahi...
Indahnya, jika benar itu caranya..)



**
Jom!!

Jumaat, September 05, 2008

Salam Ramadhan Al-Mubarak





Bulan Ibadah
Bulan Mujahadah



Bulan Karnival Ibadah..


Rabu, Ogos 13, 2008

click-click

apa yang sedang hangat diperkatakan skrg.. ?
stakat dlm pengetahuan sy..
dan yg mencuri perhatian sy..)
^_^


********


  1. Khalid umpama jual Melayu
  2. Bukan bumiputera terima UiTM untuk bumiputera
  3. Khalid tiada kuasa tentu kuota UiTM

*******
PERINGATAN KEPADA MAJLIS PEGUAM



SHAH ALAM 12 Ogos - UMNO Selangor memberi peringatan kepada Majlis Peguam supaya bertanggungjawab sekiranya tercetus perkara yang tidak diingini ekoran kedegilan mereka untuk meneruskan forum yang menyentuh isu sensitif di negara ini.
Ketua Penerangannya, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, amaran itu diberikan kerana isu yang membabitkan kaum dan agama merupakan antara perkara yang tidak sepatutnya dibincangkan secara terbuka.
"Kenapa mereka hanya mempertikaikan Islam sedangkan agama ini mempunyai struktur undang-undangnya sendiri yang sememangnya melindungi kepentingan dan keadilan kepada penganutnya.
"Bagi saya, mereka melihat daripada sudut yang sempit, mempunyai pengetahuan cetek mengenai Islam selain tidak sensitif mengenai perkara ini.
"Mereka perlu ingat, umat Islam khususnya orang Melayu di negara ini tidak pernah mempertikaikan kedudukan agama dan kaum lain, apatah lagi mengadakan perbincangan secara terbuka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdul Rahman yang juga bekas Exco Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Majlis Peguam berhubung penganjuran forum 'Memeluk Islam' oleh badan itu pada Sabtu lalu.
Dalam pada itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abdul Wahid berkata, Majlis Peguam tidak harus mengambil langkah mengadakan forum secara terbuka bagi membincangkan perkara berkenaan.
Katanya, masih banyak cara untuk membincangkan perkara berkenaan termasuk mengadakan dialog dengan pertubuhan Islam, kerajaan dan pakar perundangan syarie bagi mencari pendekatan yang lebih sesuai.
"Saya fikir Majlis Peguam bertindak sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain,'' ujarnya.



************





boleh percaya ke??


-mungkinkah pelan damai ini sama dgn yg dulu2..


pelan yg MITOS!! PALSU!!!




- Apakah yang sebenarnya dialami oleh SUADARA saya di MANILA-



..Berikan mereka kekuatan ya Allah..





- tak aci..!!!-mana boleh.. hu3..

*******

*****

****






- GO... badminton!!! - :)


******

dlm MMU..

skrg tgh midterm..

Good luck and All the best

utk semua..

dan sy juge..

*******

ada lagu buat kak nawwar @ kak wawa :)


Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

;)

-nyanyi ikut rentak lagu ya.. -

**************


...wassalam...

Selasa, Julai 29, 2008

.::. Penyelenggaraan hati .::.





Duhai Hati, Jangan Kau Terkorban dengan Dunia..

www.iLuvislam.com

oleh : azniey

Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak tersedarkah hati itu adalah ujian dari Tuhannya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengaduh dari bertahmid rasanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
"

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12


Tak tersedarkah hati segala yang diberinya itu adalah nikmat;
kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat,
jika hati ingin menerima.
Duhai hati, sedarlah,
bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih,
betapa pedih peritnya derita apa yang dialami,
betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi.
Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216


Nah, Tuhannya sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati.
Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuh.
Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat.
Redha dan pasrah, wahai hati, itulah lumrah.

Tidak tersedarkah hati bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Tuhannya beri, Tuhannya pinjamkan. Cara apa dan bagaimana hati gunakan semua pinjaman tersebut?
Setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikankah?
Setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sajakah?
Kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadahkah? Tuhannya berhak mutlak ke atas hati.
Kenapa hati masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan?
Tepuk dahi, tanya minda semula.
Layakkah hati-hati ini dengan Syurga milik Ilahi..
Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi
rezeki di dalamnya tanpa dihisab."
(Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)



Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia...
Sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...

***********



Sabtu, Julai 26, 2008

kubu ku buku

Selesai shj exam td..
hu3.. semakin susah nampaknya subject..
dan saya pula semakin asyik..
me'malas'-malaskan diri dr study..
hu3...

******
tiba shj dibilik.
sy trus on laptop..
mulanya ingin membaca berita2 terkini..
selesai baca..
[tajuk2 yang dipilih shj]

teringat pula tentang buku..
[buku M'sia.. ]

hu3..

usah cerita,
click shj laman
PTS publication.
Telaga Biru..
Galeri Ilmu.
dan lain2nya..
pasti longgokan buku beraneka genre dapat dilihat..

karya
"Fatimah syarha"...
teringin nak baca..!!!

**************
walaupun poket kering skit..
tapi rasa teringin sangat nak beli..
hu3..

[tiada penjelasan yang jelas untuk keinginan itu..]

buku2
yang ingin dimiliki..
[atau kot2 ada sesiapa yg sudi belikan utk sy sbg hadiah.. :D]
em.. xpe2..
main je..


[pertama]
Rm29.90

Tautan Hati pandu remaja erti cinta, kehidupan - Berita Harian (30 Ogos 2007)




[kedua]
RM15.90
Anekdot Kehidupan Nabi SAW Dalam Bentuk Kreatif


[ketiga]
*juga karya Fatimah Syarha

ps : btw, jika merujuk link ini
InsyaAllah ukhti Fatimah Syarha akan melangsungkan perkahwinannya..
Moga Allah merahmati majlis mu ukhti..
Tahniah..!!
:)



*************

bercerita tentang buku..
hu3..
buku cik ina yang sy pinjam dari sesi akademik yang lepas,
pun masih blum hbis dibaca.
tajuknya :Tuhan manusia



Sinopsis
Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama.

Abang sudah murtad. Sejak itu abah menjadi begitu pendiam. Dia hanya bermain dan menghiburkan diri ,dengan haiwan ternakan. ' Novel 'Tuhan Manusia' menyelami kehalusan jiwa dan akal seorang adik yang cuba memahami kemurtadan abangnya. Maka terbentanglah panorama pemikiran manusia yang mencobar hakikat ketuhanan.

Novel Faisal Tehrani ini bukan sahaja memberi kefahaman tetapi juga membuai jiwa kita dengan rasa sayu dan gerun terhadap pertembungan fikrah Dunia Barat dan Dunia Islam

********
itu sinopsis yg disediakan..

bg sy..
setakat yg sy baca hari ini..
hu3..
tak hbis2 lagi smpai skrg

karya FT (Faisal Tehrani bukan Faizal Tahir.. eh.. ]
sarat dengan ilmu yang disampaikan melalui dialog..
walaupun ada kritikan yg mengatakan "level" atau tahap yg dibawakan oleh FT agak tinggi..
[mungkin kerana penggunaan gaya bahasa tinggi dan term2 yang jarang diketahui..dan agak complicated..]
tapi
still menarik.!!.
Alhamdulillah..

walaupun sedikit-sedikit sy membacanya dan menghadam isinya...
[kerana berulang kali membaca part yang kurang jelas ... :) ]

[bukan memuji melambung tinggi.cuma ekspresi terhadap kupasan isi yang diberi olehnya]

************

sempat juga melawat ke laman web RAIHAN...
sudah banyak perubahan..
menarik.. :)
[hu3.. mungkin, sy yg dah lama tdk menziarah ke sana ..]


..RAIHAN..

Jika ditanya kepada saya kumpulan Nasyid yang mana di Malaysia saya
minati.. [yg popular]
yg pertama : Raihan..
dan diikuti oleh Hijjaz..
dan seterusnya..
kumpulan2 yang lain..

tapi maaf..
bukan semuanya
bukan semua lagu "nasyid"..
dapat sy terima..

ada juga lagu yg gagal menenangkan jiwa..
sebaliknya..
mampu melalaikan hati ini dari mengingati Khaliqnya..

tidak!! liriknya... tidak dapat diterima oleh hati..
walau terkdang telinga tidak dapat lari dari mendengar lagu itu didendangkan..

[tak perlu dinyatakan kump. apa]
namun sy harap..
para penasyid sekalian [jika benar kalian penasyid...]

singkap kembali tujuan asal kalian..
tujuan asal..
tujuan asal!!!

..tujuan untuk membangunkan Ummah..
[sy kira inilah tujuannya..
atau mungkin yg lain..
harap bukan skdar krn populariti..]


usah goyah dengan zaman yg berputar-putar ini..

mahukan pop,mahukan rock.. mahukan jazz juga (barangkali)

dan akhirnya..

bila menyebut Allah dalam alunan lagu itu..
tidak ada lagi rasa kegerunan..
tiada lagi merasa kemanisan..
yang setidak-tidaknya...
dapat mendekatkan diri kepada-Nya..
bila menghayati lirik dan alunannya..

sebaliknya..
lagu2 banyak dinyanyikan..
tapi hanya sekadar dibibir...
hanya dilafazkan..

tapi
hati dan perbuatan menafikan..


saya melihat nasyid sebagai salah satu method dakwah yang sangat baik..
tahniah..

usah goyah..
tetap teguhlah !!

berkenaan Raihan..
apa yang menarik di web page Raihan ini.

[dipetik dari web page Raihan]






* di sini RAIHAN menyediakan kepada pengunjungnya, koleksi albumnya
berserta lagu yang di 'play'kan secara automatik bila men "click' pada tajuk lagu..
juga ada lirik yang turut disediakan..*
[menarik... cuma perlu pastikan internet connection ok.. :D]

mungkin di bhgn atas sy tidak menjelaskan maksud sy
"jangan mengikut zaman yg berputar-putar"
bukan maksud sy terus dgn muzik zaman 60-an
atau tidak up-to-date
atau
tidak mengikut selera pendengar...

bukan..

tapi hati2 dgn liriknya..

tdk salah menyesuaikan lagu dengan zaman..
tidak!!

mungkin cth terbaik {dr kaca mata sy}
ialah

..yusuf Islam..

dan juga tidak
salah rasanya jika sy katakan...


Opick


***********
[bukan memuji melambung tinggi.cuma ekspresi terhadap kualiti yang diberi.]
walau
ya! bukan 100% karya mereka sempurna...

***********
kepada
kumpulan Afwan dan Demascus.. :)
[artis nasyid dunia MMU]

Moga dijauhkan lagu2 kalian dari melalaikan jiwa..
Moga nasyid yang kalian sampaikan membangunkan jiwa!!!

...Jiwa yg hanya mengingatiNya...

[harapan tulus]

***********
mata sudah mula kuyu..
sudah masanya utk berhenti menaip..
***********
dan mungkin blog ini akan lama tidak diusik kembali..
***
dua exam di minggu hadapan..
assignmentS...
kemudian mid-term break...
dan tugasan2 lain yang perlu diselesaikan..
**
hu3..
tiba2
rasa tak sabar2 utk pulang ke kampung halaman..
rindu pada insan-insan permata hati..
mak,ayah dan keluarga..

rindunya suasana
riuh-rendah dengan suara dan telatah saudara mara..

InsyaAllah..
mungkin hari raya nanti..
atau bila2 yang
Allah izinkan untuk ia berulang lagi..


sejak dari hari pulang utk melaksanakan tugas sebagai OC..
hingga sekarang..
masih belum berkesempatan utk pulang..
*****
setiap kali telfon ayah,
ayah mesti kata nak g medan../di medan..
:D
[bukan Medan di Indonesia..
tapi medan tempat dia mengerah keringat
dan tenaga]

medan=kebun


pasti skrg sudah tidak selapang tanah ini lagi..


pondok di kebun..
Dengan izinNya..
pondok kecil ini siap.. :)

Ayah..
Insan serba boleh..!!
kurniaanNya..



my lil. bro washes his hand..
..adik yang pelbagai kerenah..


..atih..
PMR candidate 2008
All the best tih..
..adik yg hatinya lembut..


... insan tabah ...
[in the middle]
-my dad-

juga emak..
tapi emak kurang suka bergambar..

.dua insan tabah melayani kerenah dan mehnah.

Terima kasih Ya Allah,
atas kurniaan Mu..

*****************
btw, bagi mereka2 yg pernah berkunjung/menjejakkan kaki ke kampung saya..
jambatan yang sebelum ini roboh akibat banjir,
InsyaAllah akan diganti..
dan ini kerja2 pembinaan..


[gambar dah lama, mungkin skrg dah siap dibina..]


-balai raya yg sebelum ini kalian pernah gunakan..
telah dirobohkan untuk pembinaan jambatan baru ini.. -

-jambatan lama yang meninggalkan kenangan-
-jambatan baru, menjadi harapan-

****************************************************
buat hati..

bukan masa lagi alasan utk bermalas-malasan..

kerana si ayah dan emak..
menunggu di rumah dengan penuh harapan..

dan adik-adik..
mencari-cari di mana contoh teladan..

dan
Kurniaan oleh-Nya juga...
adalah atas tujuan untuk belajar..

Moga Allah terus membantu diri ini..
dan sesiapa sahaja
yang ingin berubah..

berubah untuk menjadi lebih berguna untuk UMMAH..

aminn..

Iqra'




*****************************************

********************
post yg sebenarnya ingin bercerita ttg
kubu ku buku

..Al-Quran..