Khamis, Januari 10, 2008

SALAM MAAL HIJRAH





AMALAN-AMALAN SUNAT
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam: Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Hari Asyura (10 Muharram):
Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

wallhu'alam
sumber dr : Jabatan Mufti Negeri Melaka

2 comments:

ukhti27 berkata...

Salam Ma`al Hijrah 1429 ya Habibati :)

May ALLAH `Azzawajalla
preserve and protect U,
keep U strong on the straight path,
forgive Ur sins and make U successful
in this life and the hereafter.

ALLAHumma amiin.

cahaya berkata...

Assalamu'alaikum ukhti..

Aminn ya Rabbal 'alamin..
May Allah's bless always on you..
and

May ALLAH `Azzawajalla
preserve and protect U,
keep U strong on the straight path,
forgive Ur sins and make U successful
in this life and the hereafter.