Isnin, Jun 30, 2008

Dakwah, Study & Jongkang Jongkit


Lia, jomlah pergi usrah, jomlah berdakwah..

Lia, ummah semakin teruk.. jomlah kita bangkit mengubah segalanya..



Ish, tak mahu la aku.. Aku nak study, dah la markah last sem teruk!

Ni gara-gara dakwah, tarbiah dan program2 la ni..

Menyesal aku ikut semua itu!! Huh..Bosan!!




Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan, tapi banyak lagi skopnya. Bukan ke islam tu syumul?

Kalau nak berjaya, kena study… Waktu jadi student ni, studylah dulu!

Esok kalau dah berjaya nanti, aku buatlah kerja dakwah tu..

Kalau aku buat kerja dakwah sekarang,

tapi aku gagal dalam pelajaranku, tak elok jugak… Malukan Islam je..


Kang nanti aku pulak yang menutup mata orang lain terhadap Islam…


Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongket.


Jongkang jongket? Apa kau merepek ni ???



Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongket.

Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah.. ataupun,

Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah..

Tu bukan dakwah namanya,

Dan tu bukan belajar namanya.



Habis tu?

Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus.

Tak boleh inversely proportional.


Apa maksud kau?



Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah

dalam pelajarannya..


Aku tidak faham!


Tak pe, aku terangkan….


Bila dah berdakwah tu, Insya Allah akan rasa senang je nak study nanti…

Contoh yang simple sangat adalah,

Bila kita belajar tentang mitokondria misalnya kita boleh bayangkan

betapa hebatnya Allah ciptakan mitokondria…

Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri…

Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta…

Kenapa?


Allah


Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah.


Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah.

Rasa senang hati nak terima ilmu.

Itu baru sedikit sahaja contoh-contohnya…

Kalau orang lain study 1 jam.

Kita hanya mungkin perlu study 10 minit sahaja.

Sebab apa?

Sebab ada keberkatan masa dalam study kita itu..Insha Allah…



Tapi, aku tak pernah rasa semua itu pun..?


Jadi, selama ni kau nak

cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?


Tak, itu bukan maksud aku. Cuma kena checklah sikit hati tu.

Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku TARIK TALI dengan Allah…?




Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?


Ok, aku berikan contoh…

Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,

Terdetik tak kat dalam hati, banyak lagi yang tidak habis belajar ?


Terdetik tak kat dalam hati, banyak kerja lain lagi nak kena buat?


Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah.

Iaitu.. ada keraguan dalam hati.

Seolah-olah kita tidak yakin dengan janji Allah.

Bukankah kita beriman yang sesiapa yang menolong agama Allah,

nescaya Allah akan menolongnya. ?


Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi.

Kita berdoa, tapi tak ada kesungguhan dalam doa kita.

Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah



Oh… Lia dah faham sekarang… Lia kena banyak muhasabah… Lia dah

study daripada tadi lagi, tapi tak masuk-masuk pun… Lia tahu itu

maksudnya peringatan dari Allah… Lia tahu hukum berdakwah jika

tidak mengerjakan kerja tersebut…


Lia sahabatku,

Seorang ibu pernah mengatakan…

Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku

Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan

kemanisan iman dan Islam


Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin

mereka merasakan keindahan Islam


Lia, itulah yang ingin kubentuk dalam diriku

Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri

Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya

adalah dakwah

Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya


Fulltime muslim


Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,


Pertama, mengenai kisah As-syahid Imam Hassan Al-Banna

Dan kedua, kisah sahabatku di Indonesia

Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama

Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini.


Lia, kau pastinya arif mengenai As-syahid Imam Hassan Al-Banna kan?.

Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah

sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua

manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu,

kenalkah kamu dengan As-syahid Imam Hassan Al-Banna, pasti semua


mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah .Lia,

aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena

berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam takkan

tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan

kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah

Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan daripada

pengikutnya.


Silence


Seorang sahabatku di Indonesia pula pernah bercerita mengenai


pelajarannya. Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik. Dia ingin

mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah.Di sudut

lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat.

Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah. Dahulu

dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada

Allah - Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat

temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau

menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu

melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.


Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang

dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti

sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu

menjawab “Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan

kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin

kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap

redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi

bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta

itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun”.



Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan.

Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya.

Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil.Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini A. A memerlukan tongkat untuk berjalan. A tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi.

Satu sahaja keinginan A. A ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah.


Keinginan A tercapai. Bila A belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila A berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah.

Bila A menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah.

Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.


Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu A berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya.


Allah mengurniakan A dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Dengan kecacatanya, A masih mampu membuat manusia mengingati Allah.


Allah


Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama.

Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta.

Dia mahu membawa panji bendera Islam.

Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh.

Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.



Pasti Lia ingat lagi As-syahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat.

Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan?


HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.


Lia, kita sempurna.

Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam.

Ayuh berada dalam saf perjuangan.

di ambil dr : sumber 1 ,2 & 3

0 comments: