Khamis, Oktober 09, 2008

Al-Fatihah

Assalamu'alaikum...

Salah seorang rakan Biro Ekonomi 0607 , Izan
telah meninggal dunia..

...Al-Fatihah...

Moga roh mu dirahmati Allah..
aminn..

*********
Tadi, buka buku yg dah lama sy tak dibaca..
(rest jap dr study..hu3 )

tajuknya : Sifat Calon Penghuni Syurga
Susunan Harun Arrasyid Haji Tuskan
(buku yg ayah belikan time form. 5)

IzinNya..
Tangan menyelak halaman m/s 4
dan mata tertumpu pada tulisan

5.Menanti Kematian.

[ sebelum ni, memang pernah tempuh(baca) halaman tu..
tapi ..
rasa..
mcm kali ini baru benar2 membacanya..]

Tulisan yang ingin saya kongsikan bersama dengan kalian ialah:

" Seorang mukmin memandang kehidupan dunia
hanya selintas sahaja,
lalu membayangkan
cita-citanya
yang akan diakhiri dengan kematian.

Kita saksikan orang-orang di sekitar kita yang mempunyai cita-cita di masa depan. Tiba-tiba datanglah kematian, maka lenyaplah segala impiannya.

Umar bin Khattab r.a. pernah berkata,
"Setiap kali diberitakan si polan meninggal dunia,
maka ingatkanlah,
Umar juga akan meninggal dunia."

maka Ingatkanlah
pada diri saya..

Anti juga akan meninggal dunia..






Isnin, Oktober 06, 2008

Semalam Dan Hari Ini



Semalam Dan Hari Ini

Semalam aku bertatih dalam sinar kelam
Mengeja kehidupan
walau payah seringkali menjenguk

Lorong kaca itu
Ku susuri walau satu demi satu langkah ku
Menagih darah, keringat dan air mataku

Pada asbab;
Aku tidak tegar melihat jerih payah
Ayahanda bonda tergadai dek kemalasan dan kelemahanku

Pada asbab;
Aku ingin meniti sinar kejayaan
Waima diri serba kurang

Sungguh janji Tuhan itu pasti
Tiada siapa yang berusaha, melainkan Kau membayarnya

Sedetik aku bertatih di lorong kaca
Aku tiba di boulevard penuh ranjau duri

Tuhan, sesungguhnya Kau masih mahu menguji
Aku merangkak, berjalan dan kalau perlu berlari

Mengejar kejayaan;
yang kupasti ada di hujung sana

Musim yang empat,
itulah saksi setia jatuh bangunku

Sejuk salju
tak bisa
memendam beku semangatku

Azamku tak bisa gugur
bersama kekuningan daun musim luruh

Mentari yang mencengkam tak bisa
menghambat aku bermalasan
Di teduhan lagha

Warna-warna yang mekar lewat musim bunga
tak bisa melalai diri
Dengan pesona dunia

Wal hasil, kini

Aku hampir tamat pengajian di madrasah hidup

Ijazahku;
muslim yang cemerlang dalam tribulasi dunia
Dan imtihan ukhrawi

Tuhan,
saksikanlah wahai
Yang Maha Menyaksikan

Keihklasan abid-Mu
dan
kesungguh khalifah-Mu ini

Dalam mengimarahkan dar al fana

Demi berteduh
di bawah redhaMu.

Fieza Nur
Harold's Cross
26 Oktober 2006
http://gkln.blogspot.com/


************
Antara sajak yang saya sangat suka..

Sajak ini saya tujukan buat semua yang akan menempuhi peperiksaan..

Selamat Menempuhi Final Exam buat semua student MMU :)

Kpd yang industrial training,
selamat menyiapkan final report.. :D

Kpd yg akan ke
industrial training,
sem dpn kan..?
tunggu sem depan sy akan berikan ucapan.. he3

Okeylah..

Jadual Exam Saya:
InsyaAllah

7 OCT : KNOWLEDGE ECONOMY
8 OCT : ACCOUNTING INFORMATION SYSTEMS 1
12 OCT: CORPORATE FINANCE
15 OCT: FINANCIAL ACCOUNTING AND REPORTING II
18 OCT: MUSLIM MODERN

Terima kasih atas ucapan/wish Good Luck dan doa kalian semua
utk saya menempuhi final exam ini..


Moga kita dipermudahkan urusan olehNya utk menghadapi final exam...


ps:
"Ehem, jgn buat2 lupa 18 Oct tu ya.. :D "
"eh, mesti la sy tak lupa.. kan sy exam hari tu... :P "



Juga nak ucapkan
Salam Aidilfitri
Mohon Maaf Atas Salah dan Silap Saya..
Insan yang memang xdpt nak lari dari buat silap..

Moga amalan kita disepanjang bulan Ramadhan diterima olehNya

Rindu berpuasa..??
Jom sambung dgn Puasa 6 Hari dibulan Syawal..
InsyaAllah ;)

*******
..Semalam dan Hari Ini..
ada beza x?

Wallahu'alam..

In time of difficulties and troubles in our life, don't ever
say, "Oh GOD , I've a big problem" but say"Hey problem, I've a big GOD".
Allahuakhbar...