Ahad, September 27, 2009

Salam Persaudaraan


Salam 'eid mubarak.

Kullu 'aam wa antum bikhair

(Sepanjang tahun, Semoga anda semua beroleh kebaikan ).

Taqabbalallhu minna wa minkum

(Semoga Allah men erima doa dan amalan kita dan kamu).

Minal 'aeidin wal fa-iziin

(Semoga dpt meraikannya lagi & berjaya).

Mohon maaf atas segala kesalahan/kekhilafan sepanjang perkenalan..


-------------
Ingin berkongsi
Berita dari saudara kita disana..
Subhanallah..
Mengembirakan..

--------------------------------------------------------------------------------

Solat Jumaat depan Capitol Hill


UMAT Islam Amerika Syarikat bersembahyang fardu Jumaat di hadapan bangunan Capitol Hill, Washington, kelmarin. - AFP


BERIBU-ribu umat Islam Amerika Syarikat mengadakan solat Jumaat di hadapan bangunan Capitol Hill di Washington kelmarin, bertujuan memberi inspirasi kepada penganut Islam dan juga bukan Islam di negara itu.

Penganjur acara itu, Abdul Malik berkata, umat Islam datang dari seluruh AS, malah ada antaranya dari Britain dan Kanada.

Menurutnya, acara itu bukan suatu bentuk protes, sebaliknya hari untuk bersembahyang, mengabdikan diri kepada Tuhan dengan doa supaya semua lapisan rakyat Amerika boleh hidup bersama untuk kemajuan sejagat.





0 comments: