Isnin, Februari 15, 2010

Alhamdulillah.
Tahniah atas kejayaan XPDC dan Sport Fiesta


Assalamu'alaikum w.b.t

Alhamdulillah, segala pujian dan kesyukuran layaknya hanyalah kepada Allah.

2 program Institusi Usrah Kampus Melaka telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

XPDC ke Gunung Senyum dan IU Sport Fiesta

telah menjalinkan Ikatan Ukhuwwah yang lebih erat diantara kita .

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pengarah program dan semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.


XPDC Gunung Senyum

Pengarah : Mannaf

Penolong Pengarah : Sumaiyah

Dan koordinator serta komiti-komiti yang aktif , ceria lagi cergas..


IU Sport FIESTA

Pengarah : Bukhari

Penolong Pengarah : Siti Najat

Koordinator : Aitiqah

dan komiti-komiti yang kreatif , gempak dan komited..


Terima kasih dan tahniah buat semua peserta yang telah hadir dan memeriahkan , meriuhkan dan mengamatkan lagi program.

Mohon maaf jika ada kesalahan dan kekurangan di sepanjang program.

Segala komen dan pandangan bolehlah disuarakan kepada mana-mana pihak Exco IU Melaka, InsyaAllah kami sedia menerima segala teguran dan pandangan.

Ayuh sama-samalah kita memperbaiki lagi mutu IU agar semakin mantap.Agar semakin mekar dan harum dengan generasi Islam di MMU.

Buat sahabat-sahabat,

Setiap dari kalian adalah asset utama IU. Asset utama untuk Mahasiswa Islam di MMU. Saps point, sijil dan nama bukanlah motivasi utama untuk kita melaksanakan program, tetapi balasan & ganjaran dari Allah lah menjadi penguat semangat dan motivasi terbaik kita semua. Hakikatnya kita bukan sekadar sebuah kelab biasa dengan tujuan yang biasa-biasa, tetapi kita adalah medium perjuangan generasi Islam di MMU.

InsyaAllah.

Program-program lain dari Institusi Usrah akan menyusul selepas ini.

Semoga dapat berjumpa kalian di program yang akan datang.

Salam Ukhuwwah Fillah.


Jazakumullahu Khairan Khatheera

(Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian dengan sebanyak-banyaknya)


Usrah itu Keluarga.Jalinan Ukhuwwah fillah.

Kata-kata untuk pembakar semangat kita untuk sentiasa istiqamah dalam perjuangan ini.


Usrah Institution 09/10
Multimedia University
Malacca Campus

0 comments: