Isnin, Julai 26, 2010

*Mujahadah hati.*


Mujahadah hati...~

Biarlah Dia Yang Maha Mengetahui dari segala yang mengetahui mengaturkan segalanya..

Biarlah Dia Yang Maha Penyayang dari segala yang penyayang mentarbiyyah(mendidik) diri& hati ini...

Ya.. aturanNya sentiasa yang terbaik untuk hamba ini.. :)
itulah keyakinan hasil didikanNya.. ♥

Lafaz yang tersimpan.. hanya pada Mu dapat ku zahirkan..
Kerana hanya Engkau yang memahami...
Kerana hanya Engkau yang dapat menyelesaikannya..

Pimpin hamba ya Allah..
Terus..bimbing hamba....

-------------------


Menentang nafsu bukan satu pekerjaan yang senang.Menyedari hal ini maka seorang ahli tasawuf berkata,"Sengatan kala jengking di tubuh badan lebih terasa ringan berbanding sengatan nafsu pada hati yang tawajjuh"

Imam Al-Syafei apabila ditanya khalifah tentang petua menentang nafsu.Beliau menjawab ringkas, "Bagaimana dapat ditentang hawa nafsu sedangkan ketika ia menyerang, ia menguasai dua petiga(2/3) akal. Maka tiada jalan lain melainkan sabar".

Sabar itu terbahagi kepada 3 iaitu :
1. Sabar terhadap musibah kesusahan yang menimpa
2. Sabar daripada melakukan maksiat (menjaga diri daripada melakukan maksiat)
3. Sabar dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah.

Sabar itu pula memperuntukkan mujahadah yang sentiasa dan muhasabah yang membersihkan jiwa. Wirid dan zikir serta Al-Quran mesti dijadikan basahan mulut dan tidak boleh lekang daripadanya. Betapa beratnya godaan nafsu ini, memaksa Umar Abdul Aziz berdoa, "Ya Allah, akau berlindung pada mu daripada kejahatan nafsu ku"

-------------


Mengenali diri sendiri.

"Mengetahi diri sendiri lebih rumit daripada mengenali musuh"
Sahl bin Abdullah

Barangsiapa mengenali diri sendiri, maka ia mengenal Allah SWT. Malah jika manusia seluruhnya mengalihkan perhatian kepada alam semesta dan memikirkannya, maka ia akan mengenal Allah di sebalik cahaya matahari yang mencelah di awan-gemawan.

Yusuf bin Asbat terasa sukat untuk mengenali diri sendiri lalu berdoa, " Ya Allah, perkenalkan aku kepada diriku sendiri". Sahl bin Abdullah turut menginsafi hal ini lalu berkata,"Mengetahui diri sendiri lebih rumit daripada mengenali musuh"

Dalam perjalanan mengenali diri, terlalu banyak kerumitan yang perlu ditempuh. Abu Jahal gagal mengenali dirinya yang sangat berpotensi untuk menjadi orang penting dalam Islam menyebabkan ia karam dalam lautan kekufuran.

Al-Walid Al-Mughirah gagal mengenali dirinya yang mempunyai pengaruh yang meluas. Abu Talib,bapa saudara Rasulullah tidak berjaya dalam pencarian diri meskipun ia berdekatan dengan simbahan cahaya.

Al-Hawariyyun menyedari diri mereka sebagai penolong Allah SWT. Lalu bila ditanya Nabi Isa a.s, mereka serentak menjawab,"Kamilah penolong agama Allah".

Seorang ulama sufi yang berjaya mengenali dirinya berkata " Mengapa manusia mesti sombong, sedangkan mereka tercipta daripada air mani yang hina yang keluar dari saluran air kencing""

Abu Bakar As-siddiq RA yang mengenali diri berkata, "Jika aku hanya menjadi rumput-rumpai". Rumput-rampai tidak ditaklifkan(ditanggungjawabkan) dengan tanggungjawab penghambaan. Berkata pula Umar Al-Khattab RA menginsafi kenaifan. "Andai aku seekor burung"

Uthman bin Affan RA yang mengikut jejak langkah mereka turut berkata dengan keinsafan menebal, " Andai aku di kampung akhirat, tidak tentu ke syurga mahupun neraka, aku lebih rela menjadi debu yang berhamburan sebelum mengetahui kesudahanku"

Alangkah indahnya ketebalan iman mereka...
Mereka yang mengenali kenaifan diri mereka, maka yang tawaddhu ditinggikan Allah, yang takabbur diperlekehkan.

---------------
Sumber dari buku : 50 kata - kata tokoh berpengaruh dan cerita disebaliknya

Wallahu'alam.

-----------------------------------
-- Kembalikan hati kepada pemiliknya yang sebenar..
Hati akan bahagia..--
InsyaAllah...
Kita sama-sama mujahadah ya.. :)
------------------------------------

3 comments:

upi berkata...

Salam..

Bleh tanya skit.. kat mn bleh ana beli buku 50 kata-kata tokoh berpengaruh dan cerita disebaliknya.. harap dpt membantu..

cahaya berkata...

Wsalam upi, Ana beli mlalui sahabat di MMU, Ustaz Dzul yg edarkan, InsyaAllah ana blh bantu.
tapi stakat ni ana tak pasti sahabat ana tu ada stock atau x.InsyaAllah ana tnyakan.. cuma cuba try contact num. ni:Ust Syaari[013-6280186]
cahaya boleh rujuk disini link : http://www.iskandarfateh.com/2009/06/tinta-pertama-presiden-gamis-buku-50.html
,tapi jika msih blm dpt beli,InsyaAllah,blh inform kembali

InsyaAllah... buku ini sangat bermanfaat..
sangat mendalam isi & ulasannya..
Ana pernah menitiskan air mata bila membaca buku ini... sebak.malu.sedih...
... benar2 terkesan..
Alhamdulillah..syukur padaNya..

upi berkata...

Salam..

Ana dah call Ust Syaari.. tapi katany dia dah xjual buku nie..
harap dpt mbantu skali lg.. :)