Jika ditanya siapa aku?
Akulah mukmin yang akan hidup sebagai mukmin.
Ana Faqir, Hamba, Khalifah juga Insan..
~ Manusia mengawal pena dan menyusun kata-kata, agar ia menjadi catatan terbaik untuk dipersembahkan kepada Khaliqnya~
[With so many paint colours to choose from, it can be hard to pick the right one for your life.] Life is the sum of your choices.
— Albert Camus
Rabu, Julai 14, 2010
"Tika Dinihari" Hati kita sering diuji...
Assalamu'alaikum w.b.t. buat sahabat2 blogger :)
Ingin benar update blog ini dengan sentuhan sendiri.. namun masih belum ada ruang masa lagi yang sempat untuk ana menyelit..
Tak mengapalah.. untuk mengelakkan daripada blog ana ni dikatakan dengan status 'bersawang'.. ada baiknya untuk ana sharekan dengan sahabat2, hasil penemuan :D ana di link-link,website-website yang ana lawati, perkongsian dari sahabat-sahabat yang lain.. dan juga pengisian yang ana rasakan sangat bermanfaat dan menarik untuk dikongsikan dan dihayati bersama-sama sahabat semua.. ^_^
Artikel ini sebenarnya ana dapat sewaktu mencari artikel yang menerangkan mengenai doa ini..
“Allahumma, ya muqallibal-qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik wa ‘ala thoatik”
“Wahai Allah, tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di dalam agamamu dan ketaatan.”
Nota : Doa ini sangat bagus diamalkan..
Ketika Rasulullah s.a.w membaca doa ini, para sahabat terkejut. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasululullah s.a.w, kamu juga takut berubah hati (murtad)?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Siapa di dunia ini dapat menjamin aku dari muslihat Ilahi?”
Untuk mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah "muslihat Ilahi".. jemput baca artikel dibawah.. ^_^ Alhamdulillah.. artikel ini sangat bagus.. Semoga bermanfaat untuk ilmu dan amal kita..
Baiklah.. ana tujukan artikel ini kepada semua sahabat-sahabat yang sudi untuk membacanya..^_^
ini adalah antara lagu nasyid yang sangat ana minat. Salah satu sebabnya adalah isi lirik ini mengandungi doa-doa amalan. Doa-doa ini boleh didapati di dua tempat, iaitu ketika membuat sunat Hai’ah dan ketika membaca Mathurat yang mana disunatkan dibaca ketika selepas Subuh dan selepas Asar. Kiranya jika hayati lagu ini sambil menyelam minum air
Berikut adalah lirik bagi lagu nasyid ini :
Oh Tuhanku Tiada indah di malam yg ini Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui kecuali dengan patuh kepadamu
Oh TuhankuTiada indah hidup di dunia melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi kecuali dengan kempunan mu
Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku
Tetapkanlah…
Hatiku…
Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua….taat akan perintahmu
Tuhan Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
SepertiYang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu …
Dari kami
Tuhan Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa…….
Rahmatilah Kami…
Lirik lagu berwarna merah adalah doa yang sunat dibacakan selepas selawat Ibrahim ketika tahiyyat akhir. Ia termasuk di dalam sunat Hai’ah yang mana penting bagi menyempurnakan solat dengan cara yang terbaik. Bacaan di dalam solat adalah seperti berikut :-
“Allahumma, ya muqallibal-qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik” (boleh disambung) wa ‘ala thoatik”
“Wahai Allah, tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di dalam agamamu dan ketaatan.”
Ketika Rasulullah s.a.w membaca doa ini, para sahabat terkejut. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasululullah s.a.w, kamu juga takut berubah hati (murtad)?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Siapa di dunia ini dapat menjamin aku dari muslihat Ilahi?”
Mengapa Rasulullah s.a.w menyebut muslihat ilahi? Ini kerana keimanan dan kekufuran itu adalah hak Allah. Ini telah disebutkan di dalam hadith Qudsi, “Hati manusia berada pada kekuasaan Ar-Rahman. Dia mengubah hati mengikut kehendakNya.” Maka perbanyakkanlah doa ini di dalam dan di luar solat semoga hati kita ditetapkan Allah di jalan diredhaiNya.
Lirik lagu berwarna biru adalah doa yang ada di dalam Mathurat dan Rasulullah s.a.w menganjurkan agar dibaca malam harinya. Ini adalah berdasarkan hadith diriwayatkan oleh Bukhari,
Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir di surah Al-Baqarah di suatu malam, maka ia (dua ayat itu) telah mencukupi.” Riwayat Bukhari.
Ini adalah ayat penuh bagi dua ayat terbabit, iaitu dari surah Al-Baqarah ayat 285 dan 286.
“Rasul telah beriman kepada al-Qur’an yang diturunkan kepadanya dari Rabbnya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan),’Kami tidak membeda-bedakan antara seserangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya,’ dan mereka mengatakan,’Kami dengar dan kami ta’at.’ (Mereka berdoa),’Ampunilah kami ya Rabb kami dan kepada Engkaulah tempat kembali, [285]’ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa):”Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Rabb kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Rabb kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.[286]”
Apakah sebab penurunan ayat ini?
Imam Muslim mengeluarkan di dalam kitab Shahih-nya dan juga dikeluarkan oleh periwayat lainnya, dari Abu Hurairah, dia berkata, “Tatkala turun ayat, ‘Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu” (Surah Al-Baqarah, ayat 284) beratlah hal itu bagi para sahabat r.a.
Lalu mereka mendatangi Rasulullah s.a.w dan berkata, “Wahai Rasulullah, kami sudah dibebankan amalan-amalan yang mampu kami lakukan; solat, puasa, jihad dan sedekah (zakat) dan sekarang telah diturunkan padamu ayat ini padahal kami tidak sanggup melakukannya.”
Lalu Rasulullah s.a.w, bersabda, “Apakah kalian ingin mengatakan sebagaimana yang dikatakan Ahli Kitab sebelum kamu; kami dengar namun kami durhaka? Tetapi katakanlah ‘kami dengar dan patuh, Wahai Rabb, kami mohon ampunan-Mu dan kepada-Mu tempat kembali.”
Ketika mereka mengukuhkan hal itu dan lisan mereka telah kelu, turunlah setelah itu ayat ‘Aamanar Rasuul…sampai al-Mashiir. (Surah Al-Baqarah, ayat 285) Dan ketika mereka melakukan hal itu, Allah pun menghapus (hukum)-nya dengan menurunkan firman-Nya, “Laa Yukallifullah…hingga selesai.(Surah Al-Baqarah, ayat 286)
Nasyid adalah satu cara hiburan islam yang baik untuk didengar, sememangnya halwa telinga kadang-kala mahukan lagu kerana itu islam tidak mengharamkan lagu asalkan menepati syariat Allah. Ia lebih dari mendengar lagu barat ayat membawa kepada pengisian tidak bermoral dan ada yang bermaksud syirik.
Semoga ana istiqamah dalam penulisan ana, wassalam
Setuju.... penulisan yg bagus kan.. Alhamdulillah..penulis bijak menyusun kata-kata.. [tapi bukan analah yang bijak tu.. sebab bukan penulish nye.. ]
Asif... Untuk clarify : Pengisian ni bukan ana yg sediakan... ia dicopy-paste dari blog sahabat ni.. http://sebaikbaikcahaya.wordpress.com/2010/06/30/doa-amalan-di-dalam-lagu-tika-dinihari-dari-devotees/
2 comments:
salam 'alayk...
penulisan sendiri!, bagus...atau sgt bagus mungkin!, fastaqim!...insyaAllah
W'alaikumumussalam, akhi Zulhairi..
Setuju....
penulisan yg bagus kan..
Alhamdulillah..penulis bijak menyusun kata-kata..
[tapi bukan analah yang bijak tu..
sebab bukan penulish nye.. ]
Asif...
Untuk clarify : Pengisian ni bukan ana yg sediakan... ia dicopy-paste dari blog sahabat ni.. http://sebaikbaikcahaya.wordpress.com/2010/06/30/doa-amalan-di-dalam-lagu-tika-dinihari-dari-devotees/
Catat Ulasan