Selasa, September 14, 2010

Muhasabah Da’i di Pagi Aidilfitri

[Selalu-selalukanlah diri anda untuk membaca tulisan-tulisan Ustaz Hasrizal di saifulislam.com. InsyaAllah banyak manfaatnya.. :) ]


Hari Raya Aidilfitri kali ini ada ceritanya yang tersendiri.

Saya bersolat sunat Aidilfitri di kampung isteri.

Kami tiba di masjid agak lewat dan tidak mempunyai peluang untuk bersolat di dalam bangunan Masjid. Syukur Alhamdulillah pihak masjid menyediakan tikar dan sejadah tambahan, lalu kawasan lapang di perkarangan masjid kami manfaatkan. Suasana pagi itu mendamaikan. Langit agak mendung dengan awan tebal yang memayung 1 Syawwal. Dengan sedikit gerimis halus menyamankan wajah, kami bertakbir dan bertahmid memuji Allah mengisi masa sebelum solat yang bakal didirikan jam 9 pagi.

Tatkala jam hampir mencecah 9 pagi, Imam bertugas bangun memberikan ucapan.

Beliau mengambil peluang mengingatkan jemaah tentang kaifiyat Solat Sunat Aidilfitri. 7 Takbir di rakaat pertama dan 5 takbir di rakaat kedua, diperingatkan memandangkan ia hanya dikerjakan dua kali setahun. Imam juga mengambil kesempatan mengingatkan jemaah supaya mengambil peluang bermaaf-maafan serta membuang rasa dendam di dalam diri.

“Hish…” kata seorang lelaki usia pertengahan yang berdiri di pinggir tikar.

Tumpuan saya terganggu sedikit.

“Sibuk nak berceramah. Tak nampak ke langit dah gelap tu?” katanya sambil membetulkan songkok renyuk di kepala.

Teman di sebelah mengangguk-angguk setuju.

Saya tidak mahu berburuk sangka. Hati terlintas mengagak, ini gelagat pengunjung tahunan ke masjid barangkali. Namun saya cuba untuk menumpukan perhatian kepada pesanan Imam. Beliau bukan orang baru. Usia perkhidmatannya sama lama dengan usia masjid di kampung berkenaan.

“Saya menyeru kepada jemaah semua supaya berusaha memaafkan kerana kita juga sering melakukan kesilapan. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan…!” ujar Imam.

“Hah, tahu pun! Hujan dah nak turun ni. Cepatlah sembahyang tu!” kata lelaki itu lagi.

Biadab sungguh kelakuannya.

Terlupa bahawa si tua di mimbar itulah yang akan bertugas mengimamkan solat jenazahnya nanti. Kecuali beliau merancang untuk mati katak.

Kemerosotan akhlak masyarakat kebelakangan ini menimbulkan rasa resah yang mendalam.

TERLUPA

Tazkirah itu tidak lama. Hanya sekitar 3 minit.

Imam segera memberikan arahan memulakan Solat.

Agak mengejutkan, di rakaat pertama, Imam terlupa kepada Takbir 7 yang diperingatkannya sendiri. Biar pun ia tidak menjejaskan kesahihan Solat, saya berasa agak terkilan kerana Aidiladha dan Aidilfitri tahun lalu saya bersolat di masjid yang berbeza dengan imam yang berbeza. Namun perkara yang sama berlaku juga. Malah kali ini, laporan Facebook menambahkan kehairanan saya dengan situasi ini:

SELEPAS SALAM

Sejurus selepas Imam memberi salam, jemaah bangun berduyun-duyun meninggalkan masjid, tanpa rasa hormat kepada khatib yang sedang memanjat tangga mimbar untuk berkhutbah. Bukan budak muda, bukan kanak-kanak, tetapi orang tua-tua berupa imam keluarga.

Untuk tidak berfikiran negatif di pagi Raya, entah berapa lapis usaha saya untuk berbaik sangka.

Akhirnya saya menerima segala pemandangan tersebut, sebagai tugasan tanpa henti yang dipikulkan Allah ke atas bahu pendakwah.

Wallahu al-Musta’aan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

---------------

Alhamdulillah.. Bersyukur.. kerana di kampung saya tidak berlaku sebegitu.. Bersyukur.. meskipun imam tersebut sebenarnya sudah lama berkhidmat di Masjid Ar-Ridhwan(masjid kampung saya) itu.. Semoga sentiasa dalam rahmat dan redhaNya buat semua Imam yang ikhlas dan bersusah payah dan sanggup berkhidmat mengimarahkan dan menjaga masjid.. :)

--------------

Ada 2 orang ustaz yang BEST.BEST.BEST untuk sahabat-sahabat dengar..

Ustaz Kazim Elias ( Orang Kedah na.. )[if x silap]




Ustaz Azhar Idrus (Orang Ganu =)


Salam Aidilfitri.
Moga diizinkan bertemu Ramadhan lagi..

Daripada : Cahaya dan keluarga..
khas buat semua sahabat-sahabat dan mereka yang sudi membaca dan menasihati..

Abu Ayyub al-Anshari radhiallaahu 'anhu meriwayatkan, Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda,
"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun." (HR. Muslim)

----------------
MAHAR CINTA SYAWAL

Dari medan Ramadan sepenuh perjuangan
Terpamir ketulusan jiwa, kemurnian hati,
kecerdasan fikiran, ketangkasan tindakan…
Ukir semurni tadbir
Tagih sesuci takdir

Dari takbir Syawal seluruh kemuliaan
lambang satu kemenangan
mengatasi kejahatan diri dalaman
menangani angkara musuh luaran
kembali ke fitrah…
kembali kepada Allah!

Hitung syukurmu di istana rahmat-Nya
Renung sukarmu di penjara dosa-dosa
Moga keberkatan Ramadhan…
Agar Kemuliaan Syawal…

Menjadi mahar seorang hamba…
untuk melamar cinta Tuhannya!

Diambil dari : Karya Ustaz Pahrol (GentaRasa)




----------------

Mohon maaf atas segala kesalahan/kekhilafan/kelemahan/keburukan/salah faham/buruk sangka dan segala yang terlebih dan terkurang di sepanjang perkenalan kita..

Terima kasih juga atas segala kebaikan kalian terhadap saya..
Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian..

---------
Bertemu lagi dengan Imtihan Degree Accounting..
Bersedia!! Jangan lupa Allah jua yang mengizinkanNya..

Montaj ini adik nadiah tayangkan sewaktu di Sister Gathering pada suatu masa dahulu..
Alhamdulillah.. Pesanannya sangat bermanfaat..




--------------

Saya mohon kekuatan untuk sentiasa(istiqamah) mendekatkan diri ku kepada Mu ya Allah..
Saya mohon dikuatkan juga sahabat-sahabat saya agar kami sentiasa mendekatkan diri kepada Allah..
Semoga kami sentiasa berpesan-pesan untuk berjaya..
Berjaya meraih Jannah Mu yang istimewa..

-------------
Ramadhan kali ini banyak segala hikmah kurniaanNya pada hamba sehina dan selemah saya..
Alhamdulillahi Khatira..
Terima kasih Allah atas kasih sayang Mu..

Dia Maha Melihat saya sedang menaip..
Dia Maha Melihat kamu sedang membaca..
Moga amal kita semakin mendekatkan diri kita kepadaNya..
------------


[Inspirasi: Soon to be..Aminn Ya Rabb.. InsyaAllah..]
----------
Catatan Ringkas Syawal 1431H:
Saya lihat ramai insan-insan hebat yang hadir menjadi tetamu..
tapi Insan yang menerima tetamu itu saya lihat lebih hebat..
dan mereka insan yang sangat dekat dihati saya..

Merekalah,


Ayah : Insan yang sentiasa gigih berusaha..hebat! Subhanallah..
Hanya Allah saja yang tahu sakit & penat beliau sebenarnya,
Mencari Rezeki yang Berkat..: Ayah mengajar kami maharnya usaha gigih..

Emak : Sabarnya beliau dengan kerenah kami..
Dosa kami mudahnya dimaaf.. Kelemahan kami diterima dan diperbaiki dengan seni sabarnya..
Hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa hebatnya ujian kehidupan yang dilalui olehnya..

Orang kata kami adik beradik anugerah dan rezeki dari Allah kepada mereka..
tapi bagi kami..
Merekalah anugerah dan rezeki TERBAIK dari Allah buat kami..
2 Insan hebat menjadi emak & ayah kami..
dan simbahan rahmatNya melimpah kepada kami..

Alhamdulillah..
Terima kasih Allah atas kurnian Mu..
Terima kasih emak dan ayah..
---------


Sabtu, September 04, 2010