Selasa, September 14, 2010

Muhasabah Da’i di Pagi Aidilfitri

[Selalu-selalukanlah diri anda untuk membaca tulisan-tulisan Ustaz Hasrizal di saifulislam.com. InsyaAllah banyak manfaatnya.. :) ]


Hari Raya Aidilfitri kali ini ada ceritanya yang tersendiri.

Saya bersolat sunat Aidilfitri di kampung isteri.

Kami tiba di masjid agak lewat dan tidak mempunyai peluang untuk bersolat di dalam bangunan Masjid. Syukur Alhamdulillah pihak masjid menyediakan tikar dan sejadah tambahan, lalu kawasan lapang di perkarangan masjid kami manfaatkan. Suasana pagi itu mendamaikan. Langit agak mendung dengan awan tebal yang memayung 1 Syawwal. Dengan sedikit gerimis halus menyamankan wajah, kami bertakbir dan bertahmid memuji Allah mengisi masa sebelum solat yang bakal didirikan jam 9 pagi.

Tatkala jam hampir mencecah 9 pagi, Imam bertugas bangun memberikan ucapan.

Beliau mengambil peluang mengingatkan jemaah tentang kaifiyat Solat Sunat Aidilfitri. 7 Takbir di rakaat pertama dan 5 takbir di rakaat kedua, diperingatkan memandangkan ia hanya dikerjakan dua kali setahun. Imam juga mengambil kesempatan mengingatkan jemaah supaya mengambil peluang bermaaf-maafan serta membuang rasa dendam di dalam diri.

“Hish…” kata seorang lelaki usia pertengahan yang berdiri di pinggir tikar.

Tumpuan saya terganggu sedikit.

“Sibuk nak berceramah. Tak nampak ke langit dah gelap tu?” katanya sambil membetulkan songkok renyuk di kepala.

Teman di sebelah mengangguk-angguk setuju.

Saya tidak mahu berburuk sangka. Hati terlintas mengagak, ini gelagat pengunjung tahunan ke masjid barangkali. Namun saya cuba untuk menumpukan perhatian kepada pesanan Imam. Beliau bukan orang baru. Usia perkhidmatannya sama lama dengan usia masjid di kampung berkenaan.

“Saya menyeru kepada jemaah semua supaya berusaha memaafkan kerana kita juga sering melakukan kesilapan. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan…!” ujar Imam.

“Hah, tahu pun! Hujan dah nak turun ni. Cepatlah sembahyang tu!” kata lelaki itu lagi.

Biadab sungguh kelakuannya.

Terlupa bahawa si tua di mimbar itulah yang akan bertugas mengimamkan solat jenazahnya nanti. Kecuali beliau merancang untuk mati katak.

Kemerosotan akhlak masyarakat kebelakangan ini menimbulkan rasa resah yang mendalam.

TERLUPA

Tazkirah itu tidak lama. Hanya sekitar 3 minit.

Imam segera memberikan arahan memulakan Solat.

Agak mengejutkan, di rakaat pertama, Imam terlupa kepada Takbir 7 yang diperingatkannya sendiri. Biar pun ia tidak menjejaskan kesahihan Solat, saya berasa agak terkilan kerana Aidiladha dan Aidilfitri tahun lalu saya bersolat di masjid yang berbeza dengan imam yang berbeza. Namun perkara yang sama berlaku juga. Malah kali ini, laporan Facebook menambahkan kehairanan saya dengan situasi ini:

SELEPAS SALAM

Sejurus selepas Imam memberi salam, jemaah bangun berduyun-duyun meninggalkan masjid, tanpa rasa hormat kepada khatib yang sedang memanjat tangga mimbar untuk berkhutbah. Bukan budak muda, bukan kanak-kanak, tetapi orang tua-tua berupa imam keluarga.

Untuk tidak berfikiran negatif di pagi Raya, entah berapa lapis usaha saya untuk berbaik sangka.

Akhirnya saya menerima segala pemandangan tersebut, sebagai tugasan tanpa henti yang dipikulkan Allah ke atas bahu pendakwah.

Wallahu al-Musta’aan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

---------------

Alhamdulillah.. Bersyukur.. kerana di kampung saya tidak berlaku sebegitu.. Bersyukur.. meskipun imam tersebut sebenarnya sudah lama berkhidmat di Masjid Ar-Ridhwan(masjid kampung saya) itu.. Semoga sentiasa dalam rahmat dan redhaNya buat semua Imam yang ikhlas dan bersusah payah dan sanggup berkhidmat mengimarahkan dan menjaga masjid.. :)

--------------

Ada 2 orang ustaz yang BEST.BEST.BEST untuk sahabat-sahabat dengar..

Ustaz Kazim Elias ( Orang Kedah na.. )[if x silap]




Ustaz Azhar Idrus (Orang Ganu =)


0 comments: