Ahad, Oktober 24, 2010

"Dude, You have no Quran! "

Jacob Isom rescues a Qu'ran before it can be burned....
Why ????


nice part : 0.09-0.43 & 0.55-1.35


nice part:1.11-1.40


nice part : 48 -1.43

his reason was
"i just don't wanna be around with mad people"
-------------------------------------------------------

Takbir! Allahu'akhbar..
betapa hebat dan mudah perancangan dan aturan Allah..
Betapa mereka (musuh-musuh Islam), bersusah payah untuk menghina Islam..
tetapi dengan senang dan mudah Allah mematahkan serangan dan tipu daya mereka..

begitulah..
hebatnya Islam.. kerana ia adalah agama Allah..
dan Quran.. kitab yang dijanjikan oleh Allah sendiri bahawa dibawah perlindunganNya..
--------------------------------------------

Jacob Isom, orang yang tidak ada kaitan dengan Islam..
digerakkan hati untuk mempertahankan keamanan yang selari dengan fitrah manusia..
yang tidak suka akan pergaduhan dan penganiayaan..

dan itulah yang diajarkan oleh Islam..
agama yang mencintai dan menyeru kepada keamanan..
sedangkan..dia,Jacob Isom hanya mengetahui hal mengenai "Aktiviti membakar Quran" itu pada pagi "hari pembakaran" itu ingin diadakan....

dan begitu juga masyarakat disekitar situ,yang mana kebanyakan mereka-mereka yang berada ditempat bantahan adalah dari golongan yang bukan beragama Islam..meskipun Quran bukan milik mereka,
tetapi Allahlah yang menggerakkan hati mereka dan membuka hati mereka untuk memahami dan lantang bersuara mempertahankan Quran..
(Sebuah kitab yang sebenarnya banyak sangat jasanya pada dunia..
bahkan kepada mereka yang non-muslim juga sebenarnya)

--------------------------------------------

Justeru ia sebenarnya muhasabah untuk kaum muslimin..
Kita satu Ummah perlu berfikir dan bermuhasabah mengenai pengajaran mengenai hal ini..
jika hari ini kita marah Quran dibakar..sungguh ketahuilah..
sebenarnya..telah lama Quran dihenyak & dibakar sedikit demi sedikit dalam hati ummat Islam..
(meski ia tidak dilakukan secara fizikal.. tetapi ia berupa perang saraf dan pemikiran..)

Quran ia bukan sekadar sebuah buku yang perlu dijaga..
namun isi kandungan dan pengajaran dariNya untuk diamalkan..
islam-itu-indah.jpg
Meski ummat Islam tidak membakar Quran secara fizikal..
tetapi telah ramai yang telah pun membakar isi kandungan dan suruhan Allah terlebih dahulu dalam kehidupan dan amalan mereka..

Na'uzubillah..

Saatnya untuk
fikir dan zikir
-------------

Dalam usrah, ustaz memberitahu kami..bahawa kisah niat dan tindakan jahat mereka untukmembakar Quran ini ada kaitan dengan kisah dalam surah Al-Fiil (Ayat 1-5) :-

"1. tidakkah Engkau mengetahui Bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
2. Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka Dalam keadaan Yang rugi dan memusnahkan mereka?
3. dan ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, -
4. Yang melontar mereka Dengan batu-batu dari sejenis tanah Yang dibakar keras, -
5. lalu ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu Yang dimakan ulat."

Abrahah & tentera bergajah yang sombong dan buruk sikapnya telah berhasrat ingin meruntuhkan Ka'abah iaitu Baitullah(rumah Allah).. namun rancangan mereka gagal..bukan sekadar perancangan mereka gagal..tetapi mereka hancur binasa dengan batu-batu panas dari neraka yang dijatuhkan oleh burung-burung dengan perintahNya..

Dan benarlah kata-kata Abdul Mutalib "Ka'abah adalah kepunyaan Allah..dan biarlah Allah menjaganya"

"Kemudian Abrahah berpesan supaya salah seorang pemimpin datang menghadap beliau. Lalu datang Abdul Muthalib berjumpa dengan Abrahah. Berkata Abrahah' apa maksudmu datang berjumpa dengan ku?. Jawab AbdulMutalib " maksud kedatanganku ialah supaya dipulangkan 200 ekor unta yang telah dirampas". Abrahah marah dengan permintaan tersebut disangkanya membicarakan pasal Kaabah yang hendak dirobohknanya. Dijawab oleh Abdul Mutalib" saya datang kemari menguruskan unta yang menjadi haknya sendiri sedangkan Kaabah adalah kepunyaan Allah biarlah Allah menjaganya"." rujuk sini untuk kisah penuh

------------------------
Wallahu'alam

Fastabiqul Khairat..
(Berlumba-lumbalah kita dalam menlakukan kebaikan"

-------------------------

Peringatan : Islamic Fashion Festival

Muhasabahlah "pemimpin".. !!
Jangan rosakkan kami dengan agenda kemaksiatan dan kekufuran mu !!!
Rakyat tersiksa melihat gelagat & keletah
"pemimpin" yang katanya "moderate muslim"..
tetapi solatkah mereka? aurat & riba' bagaimana?
rasuah & fitnah amalan 'mulia' mereka..

huh.. penat menjadi "rakyat" mereka..
menanti sesusuk tubuh ROLE MODEL khalifah
dari 1 Malaysia & Islam Hadhari yang tidak kunjung tiba.........

Wallahu'alam


0 comments: