Jumaat, Ogos 31, 2012

Malaysia & Anak Malaysia!


Selamat Hari Merdeka yang ke 55 tahun, Malaysia.
Selamat Mengisi Kemerdekaan dengan selamat, Anak Malaysia! :)

Malaysia milik kita,
dan kita miliki Malaysia dengan nilai yang kita sendiri bina.

 Sedang Malaysia dan kita, anak Malaysia milik Allah yang Maha Bijaksana,
Malaysia akan kekal menjadi tanah.
sedang anak Malaysia akan di soal di dalam tanah ; di alam Barzakh.

Aku dan kamu, sama-sama kita syukur & izzah dengan bumi Malaysia ini,
namun aku dan kamu tak pasti 
adakah akan sama-sama kita direzekikan untuk bersama-sama di JannahNya.

Semoga Allah kasihan dan rezekikan kita untuk meraih merdeka di JannahNya juga. Ameen.

Jannah, hadiah yang indah untuk jiwa yang tunduk pada KhaliqNya.

Selamat berusaha! 


Happy Best Day yang ke 55 tahun Malaysia.


Khamis, Ogos 16, 2012

Ramadhan 1433H : Pelbagai persoalan..

Ramadhan 1433H : Pelbagai persoalan..

Yang terus di soal..
Yang berusaha untuk menjawab soalan..
Cuba perhatikan, soalan itu dari siapa..
Selalunya sahaja yang ada, soalan dari manusia dan untuk dunia..
Sedangkan Tuhan terus memberi nyawa dan peluang untuk menjawab soalanNya..

Yang terus di soal..
Yang berusaha untuk menjawab soalan..
Cuba nilaikan, soalan itu dan jawapan kita.. 
Wahai jiwa, kita nak 'score' untuk penilaian Allah dan akhirat, bukan 'score' manusia dan dunia..
Cukuplah bagi manusia dan dunia, untuk mereka merasa manfaat kebaikan dari kita..
Mereka tak berhak lebih dari itu untuk perhatian kita!

Yang terus di soal..
Yang berusaha untuk menjawab soalan..
Cuba dan terus cuba, menjawab hanya soalan yang berguna..
Exam dari Allah ini, Unik! kerana Allah suka hambaNya bertanya dan berdoa padaNya,
Jawapan, betul dapat markah, salah jika dibetulkan dengan taubat & istighfar, juga dapat markah.
Subhanallah, sweetnya kasih sayang Allah pada kita..
Soalkan pula kita? sweetkah kita di pandangan Allah? :')

Yang terus di soal..
Yang berusaha untuk menjawab soalan..
Selamat berusaha menulis jawapan yang diredhaiNya di buku amalan..
Ingat, nyawa dan peluang ini untuk dimanfaatkan untuk menjawab soalanNya.

Yang terus di soal..
Yang berusaha untuk menjawab soalanNya..
Ya Allah, mohon kekuatan dan bimbingan dari Mu, agar sentiasa setiap jawapan yang diusahakan diredhai oleh Mu dan mendapat rahmat dan keampunan Mu..

Ya Allah, adakah amal ku diterima oleh Mu? 

Semoga Ramadhan kali ini menjadikan diri bertaqwa kepada Mu..
Ikhlas, sabar dan bertaqwa dalam menjawab ujian Mu..
Mohon dengan sangat. Allahumma Ameen.

- 27 Ramadhan 1433H , 16 Ogos 2012

ps: Catatan sebelum pulang ke kampung dunia, moga catatan ini bernilai juga tatkala pulang ke kampung akhirat.

Selamat menghargai masa-masa emas Ramadhan kali ini dan
Selamat meneruskan ibadah kesyukuran, ziarah, dan berukhuwwah di Syawal. 
Taqabballahu minna waminkum.

.