Ramadhan 1433H : Pelbagai persoalan..
Yang terus di soal..
Yang berusaha untuk menjawab soalan..
Cuba perhatikan, soalan itu dari siapa..
Selalunya sahaja yang ada, soalan dari manusia dan untuk dunia..
Sedangkan Tuhan terus memberi nyawa dan peluang untuk menjawab soalanNya..
Yang terus di soal..
Yang berusaha untuk menjawab soalan..
Cuba nilaikan, soalan itu dan jawapan kita..
Wahai jiwa, kita nak 'score' untuk penilaian Allah dan akhirat, bukan 'score' manusia dan dunia..
Cukuplah bagi manusia dan dunia, untuk mereka merasa manfaat kebaikan dari kita..
Mereka tak berhak lebih dari itu untuk perhatian kita!
Yang terus di soal..
Yang berusaha untuk menjawab soalan..
Cuba dan terus cuba, menjawab hanya soalan yang berguna..
Exam dari Allah ini, Unik! kerana Allah suka hambaNya bertanya dan berdoa padaNya,
Jawapan, betul dapat markah, salah jika dibetulkan dengan taubat & istighfar, juga dapat markah.
Subhanallah, sweetnya kasih sayang Allah pada kita..
Soalkan pula kita? sweetkah kita di pandangan Allah? :')
Yang terus di soal..
Yang berusaha untuk menjawab soalan..
Selamat berusaha menulis jawapan yang diredhaiNya di buku amalan..
Ingat, nyawa dan peluang ini untuk dimanfaatkan untuk menjawab soalanNya.
Yang terus di soal..
Yang berusaha untuk menjawab soalanNya..
Ya Allah, mohon kekuatan dan bimbingan dari Mu, agar sentiasa setiap jawapan yang diusahakan diredhai oleh Mu dan mendapat rahmat dan keampunan Mu..
Ya Allah, adakah amal ku diterima oleh Mu?
Semoga Ramadhan kali ini menjadikan diri bertaqwa kepada Mu..
Ikhlas, sabar dan bertaqwa dalam menjawab ujian Mu..
Mohon dengan sangat. Allahumma Ameen.
- 27 Ramadhan 1433H , 16 Ogos 2012
ps: Catatan sebelum pulang ke kampung dunia, moga catatan ini bernilai juga tatkala pulang ke kampung akhirat.
Selamat menghargai masa-masa emas Ramadhan kali ini dan
Selamat meneruskan ibadah kesyukuran, ziarah, dan berukhuwwah di Syawal.
Taqabballahu minna waminkum.
.
0 comments:
Catat Ulasan