Sabtu, September 22, 2007

10 Ramadhan








Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali
hanya lapar dan dahaga.”




“Telah datang kepada kamu Ramadan bulan yang diberkati dan apabila datang bulan Ramadhan, maka telah dibukakan semua pintu syurga”.
(Riwayat al-Nasā’ī. )

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi
manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda
(antara yang haq dan yang batil)”.
( al-Baqarah 2:185. )




** entry yg sy tlh trjumpe dalam blog seorg insan ini, menarik juga entrynya...

mari kita baca sama ;)



**************************


RAMADHAN KAREEM


ramadhan kareem datang lagi menemui anda...

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerna masih lagi beri kesempatan untuk ana sambung cerita mengenai RAMADHAN KAREEM ( kalau kat mesir,bila tiba bulan ramadhan akan kedengaranla ayat seperti ni..Ramadhan Kareem..jadi,bila org arab ucap kat kita ramadhan kareem..cara jawab dia...Allahu akram..)..



Untuk pengetahuan semua, kita sekarang dah dipenghujung fasa pertama dari bulan ramadhan iaitu fasa RAHMAT ( awwaluhu rohmatun )..jadi kita doa banyak2 kepada Allah supaya DIA kekalkan pemberian rahmatNya kepada kita semua, sebab rahmat itu TERSANGAT penting.


Nak tau tak...kita ni, kalau nak harapkan amalan sahaja, ianya tak menjamin kita untuk masuk syurga ( maknanya, sebanyak manapun amalan yang kita lakukan, solat,puasa,zakat,haji.sedekah dan sebagainya,kalau takde RAHMAT dari Allah SWT untuk kita masuk syurga, tok leh masuk syurga wehh..)..


Oklaa..pada RAMADHAN KAreeM PART III ni, ana nak pastekan satu artikel mengenai peristiwa2 yang berlaku kepada BAginda Nabi Muhammad dan juga Ahli keluarganya serta orang2 islam semasa dalam bulan Ramadhan...



Pada bulan ini, Rasulullah turut menghadapi peristiwa duka, namun Baginda tabah menghadapinya sehingga tidak menjejaskan ibadat puasa.

Beberapa peristiwa lain, terutama membabitkan peperangan, membuktikan betapa teguhnya keimanan umat Islam terdahulu dalam menegakkan agama suci ini.

Peristiwa itu membawa pengajaran besar bahawa dalam melaksanakan ibadat puasa, umat Islam perlu tabah mengharungi apa saja cabaran.

Hakikatnya, puasa bukan bulan untuk berehat-rehat, bersenang-senang atau lalai melaksanakan kewajipan sebagai umat Islam. Umat Islam diingatkan sentiasa berwaspada menghadapi ancaman musuh.

Antara peristiwa berlaku pada Ramadan ialah `Ammul Hazan' atau `tahun kedukaan' iaitu pada Ramadan tahun ke-10 daripada kerasulan Nabi Muhammad.


Bulan mulia itu menyaksikan
kewafatan bapa saudara Baginda, Abu Talib, dan Ummul Mukminin Khadijah Khualid.


Pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah pula, untuk kali pertama, berlaku peperangan Badar al-Kubra antara kaum Muslimin dengan Musyrikin.


Mengikut keterangan Ibn Hisyam, Rasulullah bersama pejuang Islam berangkat dari Madinah menuju ke Badar pada 8 Ramadan dan pada 17 Ramadan berlaku peperangan Badar al-Kubra.

Perang itu menjadi titik awal kebangkitan kaum Muslimin ke atas kekuatan Musyrikin dan kesesatannya. Pada tahun kedua Ramadan itu juga diwajibkan zakat fitrah.


Bulan Ramadan pada tahun kelima Hijrah pula adalah bulan persediaan tentera Muslimin menghadapi peperangan Khandak, salah satu peperangan terbesar pada zaman Rasulullah.

Ia berlaku pada Syawal berikutnya dengan kemenangan tentera Muslimin.

Peristiwa meruntuhkan berhala Musyrikin terbesar dan termasyhur di sekitar kota Makkah oleh angkatan Islam turut berlaku pada Ramadan tahun ketujuh Hijrah.


Pasukan tentera pimpinan Khalid ibni Walid menghancurkan patung ‘Uzza, Umar ibnu ‘Asy pula meruntuhkan patung Siswa' dan pasukan Saad ibni Zaid al-Asyahily memusnahkan patung Mana.


Pada 21 Ramadan tahun kelapan Hijrah, Allah memberikan nikmat kepada rasul-Nya dan kaum Muslimin dengan kejayaan menakluki kota Makkah yg dipanggil dgn peristiwa pembukaan kota Makkah.


Nabi Muhammad menghantar Ali Abi Talib dan angkatan kaum Muslimin ke negeri Yaman pada Ramadan tahun ke-10 Hijrah dan membawa bersama surat Baginda kepada penduduk di situ.

Dalam satu hari saja, penduduk Yaman khususnya kabilah Hamdan memeluk Islam dan bersembahyang jemaah dengan Ali.

Siti Fatimah, puteri Baginda yang juga isteri kepada Saidina Ali Abi Talib dan ibu kepada Hassan dan Hussain, wafat pada Ramadan tahun ke-11 Hijrah.



Ramadan tahun ke-11 Hijrah turut menyaksikan orang Musyrikin yang tewas dalam peperangan Badar membuat persiapan untuk menuntut kembali kekalahan mereka. Beberapa kabilah mereka bersatu pada bulan itu dan pada 7 Syawal berikutnya, tercetus peperangan Uhud.




Pada Ramadan yang sama, utusan kerajaan Hummir menemui Nabi Muhammad dan memaklumkan mengenai keislaman kerajaan itu. Baginda menyambutnya dengan penuh hormat.


Rasulullah menyerahkan kepada satu catatan dan garis panduan mengenai hukum, hak dan kewajipan serta dasar daripada sejarah kemajuan dan perkembangan Islam kepada utusan itu.

Satu lagi peperangan berlaku pada Ramadan tahun ke-15 Hijrah. Dalam peperangan Qadisiah itu, orang Islam mendapat kemenangan daripada kerajaan Parsi.


Kejayaan itu memberi erti cukup besar dan membolehkan bendera kedaulatan Islam berkibar di Parsi.


Pada 584 Hijrah, Salahuddin Al-Ayyubi mengalahkan tentera Salib dan membebaskan sebahagian besar negeri yang pernah dikuasai oleh pihak Salib (Kristian).


Ketika tiba Ramadan, penasihat Salahuddin menyarankan beliau berehat kerana bimbang ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab: "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam." Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan Ramadan.


Pada 658 Hijrah, Kerajaan Mamalik mengalahkan dan menyekat kemaraan tentera Tartar Mongol di `Ain Jalut.

*terjumpe ...


Filem animasi yang MESTI TONTON ;)

0 comments: