Ahad, Februari 03, 2008

di saat ini...



( Surah Al-Fajr ; Ayat 27-30 )

Yaa Ayyuhan nafsul mutmainnah

27. Hai jiwa yang tenang..

28. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya.
29. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,
30. masuklah ke dalam syurga-Ku.


Indahnya ayat cinta Allah ini..
Pasti...!!
Nikmatnya.. miliki jiwa yang tenang....

bebas dari pesona dunia yg dusta
bebas dari godaan makhluk durjana
bebas dari belenggu dosa
bebas dari jiwa yang tak tentu hala..


Ya Allah ...
ku mohon agar seruan Mu ini..
seruan untuk diri ku..

kerana diri ku sudah lama rindukan
ketenangan..
ketenangan dalam dakapan redhaMu..

Mencintai Mu, wahai Allah
diri tak perlu gusar
samaada kau kan menerima kelemahan diri ini..
kerana
Engkau sudah pun mengetahui

Ya Allah...
Rindu kpd jiwa yg tenang ..
membuatkan ku rindu pada insan ini
insan yg terpancar ketenangan dari raut wajahnya
Aku rindu~
pada kekasihMu..

apakah baginda
tersenyum
atau berduka
dgn diri ku..

-nukilan hati-

3 comments:

aliaaa berkata...

bace this post pn rs tenang. ^.^ amazing.

WaNaHakALuGi..~ berkata...

salam..kamilah..rindunye kat awk..huhu

cahaya berkata...

Windu kamu berdua..