Selasa, Julai 29, 2008

.::. Penyelenggaraan hati .::.





Duhai Hati, Jangan Kau Terkorban dengan Dunia..

www.iLuvislam.com

oleh : azniey

Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak tersedarkah hati itu adalah ujian dari Tuhannya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengaduh dari bertahmid rasanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
"

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12


Tak tersedarkah hati segala yang diberinya itu adalah nikmat;
kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat,
jika hati ingin menerima.
Duhai hati, sedarlah,
bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih,
betapa pedih peritnya derita apa yang dialami,
betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi.
Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216


Nah, Tuhannya sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati.
Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuh.
Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat.
Redha dan pasrah, wahai hati, itulah lumrah.

Tidak tersedarkah hati bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Tuhannya beri, Tuhannya pinjamkan. Cara apa dan bagaimana hati gunakan semua pinjaman tersebut?
Setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikankah?
Setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sajakah?
Kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadahkah? Tuhannya berhak mutlak ke atas hati.
Kenapa hati masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan?
Tepuk dahi, tanya minda semula.
Layakkah hati-hati ini dengan Syurga milik Ilahi..
Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi
rezeki di dalamnya tanpa dihisab."
(Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)



Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia...
Sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...

***********



Sabtu, Julai 26, 2008

kubu ku buku

Selesai shj exam td..
hu3.. semakin susah nampaknya subject..
dan saya pula semakin asyik..
me'malas'-malaskan diri dr study..
hu3...

******
tiba shj dibilik.
sy trus on laptop..
mulanya ingin membaca berita2 terkini..
selesai baca..
[tajuk2 yang dipilih shj]

teringat pula tentang buku..
[buku M'sia.. ]

hu3..

usah cerita,
click shj laman
PTS publication.
Telaga Biru..
Galeri Ilmu.
dan lain2nya..
pasti longgokan buku beraneka genre dapat dilihat..

karya
"Fatimah syarha"...
teringin nak baca..!!!

**************
walaupun poket kering skit..
tapi rasa teringin sangat nak beli..
hu3..

[tiada penjelasan yang jelas untuk keinginan itu..]

buku2
yang ingin dimiliki..
[atau kot2 ada sesiapa yg sudi belikan utk sy sbg hadiah.. :D]
em.. xpe2..
main je..


[pertama]
Rm29.90

Tautan Hati pandu remaja erti cinta, kehidupan - Berita Harian (30 Ogos 2007)




[kedua]
RM15.90
Anekdot Kehidupan Nabi SAW Dalam Bentuk Kreatif


[ketiga]
*juga karya Fatimah Syarha

ps : btw, jika merujuk link ini
InsyaAllah ukhti Fatimah Syarha akan melangsungkan perkahwinannya..
Moga Allah merahmati majlis mu ukhti..
Tahniah..!!
:)



*************

bercerita tentang buku..
hu3..
buku cik ina yang sy pinjam dari sesi akademik yang lepas,
pun masih blum hbis dibaca.
tajuknya :Tuhan manusia



Sinopsis
Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama.

Abang sudah murtad. Sejak itu abah menjadi begitu pendiam. Dia hanya bermain dan menghiburkan diri ,dengan haiwan ternakan. ' Novel 'Tuhan Manusia' menyelami kehalusan jiwa dan akal seorang adik yang cuba memahami kemurtadan abangnya. Maka terbentanglah panorama pemikiran manusia yang mencobar hakikat ketuhanan.

Novel Faisal Tehrani ini bukan sahaja memberi kefahaman tetapi juga membuai jiwa kita dengan rasa sayu dan gerun terhadap pertembungan fikrah Dunia Barat dan Dunia Islam

********
itu sinopsis yg disediakan..

bg sy..
setakat yg sy baca hari ini..
hu3..
tak hbis2 lagi smpai skrg

karya FT (Faisal Tehrani bukan Faizal Tahir.. eh.. ]
sarat dengan ilmu yang disampaikan melalui dialog..
walaupun ada kritikan yg mengatakan "level" atau tahap yg dibawakan oleh FT agak tinggi..
[mungkin kerana penggunaan gaya bahasa tinggi dan term2 yang jarang diketahui..dan agak complicated..]
tapi
still menarik.!!.
Alhamdulillah..

walaupun sedikit-sedikit sy membacanya dan menghadam isinya...
[kerana berulang kali membaca part yang kurang jelas ... :) ]

[bukan memuji melambung tinggi.cuma ekspresi terhadap kupasan isi yang diberi olehnya]

************

sempat juga melawat ke laman web RAIHAN...
sudah banyak perubahan..
menarik.. :)
[hu3.. mungkin, sy yg dah lama tdk menziarah ke sana ..]


..RAIHAN..

Jika ditanya kepada saya kumpulan Nasyid yang mana di Malaysia saya
minati.. [yg popular]
yg pertama : Raihan..
dan diikuti oleh Hijjaz..
dan seterusnya..
kumpulan2 yang lain..

tapi maaf..
bukan semuanya
bukan semua lagu "nasyid"..
dapat sy terima..

ada juga lagu yg gagal menenangkan jiwa..
sebaliknya..
mampu melalaikan hati ini dari mengingati Khaliqnya..

tidak!! liriknya... tidak dapat diterima oleh hati..
walau terkdang telinga tidak dapat lari dari mendengar lagu itu didendangkan..

[tak perlu dinyatakan kump. apa]
namun sy harap..
para penasyid sekalian [jika benar kalian penasyid...]

singkap kembali tujuan asal kalian..
tujuan asal..
tujuan asal!!!

..tujuan untuk membangunkan Ummah..
[sy kira inilah tujuannya..
atau mungkin yg lain..
harap bukan skdar krn populariti..]


usah goyah dengan zaman yg berputar-putar ini..

mahukan pop,mahukan rock.. mahukan jazz juga (barangkali)

dan akhirnya..

bila menyebut Allah dalam alunan lagu itu..
tidak ada lagi rasa kegerunan..
tiada lagi merasa kemanisan..
yang setidak-tidaknya...
dapat mendekatkan diri kepada-Nya..
bila menghayati lirik dan alunannya..

sebaliknya..
lagu2 banyak dinyanyikan..
tapi hanya sekadar dibibir...
hanya dilafazkan..

tapi
hati dan perbuatan menafikan..


saya melihat nasyid sebagai salah satu method dakwah yang sangat baik..
tahniah..

usah goyah..
tetap teguhlah !!

berkenaan Raihan..
apa yang menarik di web page Raihan ini.

[dipetik dari web page Raihan]






* di sini RAIHAN menyediakan kepada pengunjungnya, koleksi albumnya
berserta lagu yang di 'play'kan secara automatik bila men "click' pada tajuk lagu..
juga ada lirik yang turut disediakan..*
[menarik... cuma perlu pastikan internet connection ok.. :D]

mungkin di bhgn atas sy tidak menjelaskan maksud sy
"jangan mengikut zaman yg berputar-putar"
bukan maksud sy terus dgn muzik zaman 60-an
atau tidak up-to-date
atau
tidak mengikut selera pendengar...

bukan..

tapi hati2 dgn liriknya..

tdk salah menyesuaikan lagu dengan zaman..
tidak!!

mungkin cth terbaik {dr kaca mata sy}
ialah

..yusuf Islam..

dan juga tidak
salah rasanya jika sy katakan...


Opick


***********
[bukan memuji melambung tinggi.cuma ekspresi terhadap kualiti yang diberi.]
walau
ya! bukan 100% karya mereka sempurna...

***********
kepada
kumpulan Afwan dan Demascus.. :)
[artis nasyid dunia MMU]

Moga dijauhkan lagu2 kalian dari melalaikan jiwa..
Moga nasyid yang kalian sampaikan membangunkan jiwa!!!

...Jiwa yg hanya mengingatiNya...

[harapan tulus]

***********
mata sudah mula kuyu..
sudah masanya utk berhenti menaip..
***********
dan mungkin blog ini akan lama tidak diusik kembali..
***
dua exam di minggu hadapan..
assignmentS...
kemudian mid-term break...
dan tugasan2 lain yang perlu diselesaikan..
**
hu3..
tiba2
rasa tak sabar2 utk pulang ke kampung halaman..
rindu pada insan-insan permata hati..
mak,ayah dan keluarga..

rindunya suasana
riuh-rendah dengan suara dan telatah saudara mara..

InsyaAllah..
mungkin hari raya nanti..
atau bila2 yang
Allah izinkan untuk ia berulang lagi..


sejak dari hari pulang utk melaksanakan tugas sebagai OC..
hingga sekarang..
masih belum berkesempatan utk pulang..
*****
setiap kali telfon ayah,
ayah mesti kata nak g medan../di medan..
:D
[bukan Medan di Indonesia..
tapi medan tempat dia mengerah keringat
dan tenaga]

medan=kebun


pasti skrg sudah tidak selapang tanah ini lagi..


pondok di kebun..
Dengan izinNya..
pondok kecil ini siap.. :)

Ayah..
Insan serba boleh..!!
kurniaanNya..



my lil. bro washes his hand..
..adik yang pelbagai kerenah..


..atih..
PMR candidate 2008
All the best tih..
..adik yg hatinya lembut..


... insan tabah ...
[in the middle]
-my dad-

juga emak..
tapi emak kurang suka bergambar..

.dua insan tabah melayani kerenah dan mehnah.

Terima kasih Ya Allah,
atas kurniaan Mu..

*****************
btw, bagi mereka2 yg pernah berkunjung/menjejakkan kaki ke kampung saya..
jambatan yang sebelum ini roboh akibat banjir,
InsyaAllah akan diganti..
dan ini kerja2 pembinaan..


[gambar dah lama, mungkin skrg dah siap dibina..]


-balai raya yg sebelum ini kalian pernah gunakan..
telah dirobohkan untuk pembinaan jambatan baru ini.. -

-jambatan lama yang meninggalkan kenangan-
-jambatan baru, menjadi harapan-

****************************************************
buat hati..

bukan masa lagi alasan utk bermalas-malasan..

kerana si ayah dan emak..
menunggu di rumah dengan penuh harapan..

dan adik-adik..
mencari-cari di mana contoh teladan..

dan
Kurniaan oleh-Nya juga...
adalah atas tujuan untuk belajar..

Moga Allah terus membantu diri ini..
dan sesiapa sahaja
yang ingin berubah..

berubah untuk menjadi lebih berguna untuk UMMAH..

aminn..

Iqra'




*****************************************

********************
post yg sebenarnya ingin bercerita ttg
kubu ku buku

..Al-Quran..

Selasa, Julai 22, 2008

..Mengenal Allah



Mlm td
sy mendengar cerita seorg ukhti berkenaan dirinya..
sejarah hidup sy dan dia mungkin berbeza..
tapi pengalaman utk mengenalNya
dan merasai nikmat dlm Rahman dan RahimNya..
tak jauh berbeza..

benar, mengerti rasanya apa yg diperkatakan olehnya..

**************************
Masa untuk bertanya diri sendiri..

Siapakah Allah itu?
Benarkah kita mengenalNya..?
Siapakah Allah dihati kita...?
***
Dan pd masa itu..
yg lain menambah..
dlm Islam..
Mengenal Allah itu yg Rasul ajarkan dahulu..

utk itu..
Mari kita singkapi bersama..
apa itu maghrifatullah..
*****
Bila mengenal Allah..
pasti

Ketaatan bukan hnya sekdar omongan..
tapi dibuktikan dengan amalan
tanda kepatuhan..
*****
menjadi si muhsin bukan mudah..
[maaf muhsin disini tiada kaitan dgn muhsin di pawagam..]
tapi muhsin disini adalah orang yang berihsan
*****
memetik krangan dr sini

Sebagaimana didalam sebuah hadith yang panjang dari Abu Hurairah ra., dimana Malaikat Jibril bersoal jawab dengan Nabi saw dan disana ada menyebut mengenai maksud ihsan :-

مَا الْإِحْسَانُ ؟ قَالَ : أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ

“Apakah itu Ihsan? Baginda menjawab : Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu” [Hadith Riwayat Bukhari #50, Muslim #9].

Mereka yang dikatakan telah memperolehi Ihsan dikatakan telah mencapai kenikmatan ibadat seolah-olah dia melihat Allah ketika melakukan.

Ibn Rajab rh menyatakan bahawa hadith ini menunjukkan bahawa seseorang itu hendaklah beribadat seperti cara ini, menggambarkan dia hampir dengan Tuhannya, Ia memerlukan sifat TAKUT, GERUN dan TUNDUK kepada Allah swt. Sifat ini juga akan menimbulkan rasa ikhlas didalam beribadat, dan seseorang itu akan cuba memperbaiki lagi ibadatnya agar ia menjadi lengkap dan sempurna (Jami’ al-Ulum, 1/35).

Maqam pada maksud kebiasaan adalah perhentian atau tahap. Ihsan bukan seperti pangkat didalam sesuatu organisasi; seperti Sarjan, Kapten dsb. Ia hanya memperlihatkan KEADAAN seseorang atau lebih kepada SIFAT atai CIRI-CIRI tertentu. Contohnya didalam surah al-Asr; Allah menjelaskan bahawa yang dikatakan orang yang beriman atau ciri-ciri orang yang beriman adalah hamba Allah yang SOLEH, membantu didalam kerja-kerja kebenaran dan bersifat SABAR.

Begitulah juga ciri-ciri orang yang berihsan (MUHSIN) iaitu mereka ini sentiasa memperbaiki ibadatnya, tidak kira ibadat wajib mahu pun sunat, dengan melakukannya dengan penuh rasa gerun dan takut seolah-olah dia melihat Allah memerhatikannya.

****
fahami
pula
raja' dan khauf..
****

tak pe la kita buat jht sekarang..
tak pe la solat jap lg..
tak pe la nanti2
tak pe la, aurat dgn muslimat, tak perlu dijaga sgt..
tak pe la tak jage sgt adab pergaulan.. kitakan "open-minded"..
tak pe la bercouple..
tak pe la makan aje yg mana sedap.. boycott x boycott
tak pe la bazir masa skit2..
tak pe la dosa skit2
tak pe la lagha2 kejap..
tak pe la..
hu3..

semua ini
bukan wajar bg seorg muhsin..


[utk diri]


wahai hati..
wahai diri..
sedarilah hakikat..
malaikat
rakid dan atid tak pernah berhenti dr mencatat..


[catatan ini sy coretkan utk diri sendiri, jika ada kebaikan yg dpt dikutip..
semua drNya..Alhamdulillah..
tapi jika menampakkan kelemahan diri.. itulah sy.. Insan(pelupa).. ]

Oh Allah, Oh Allah..
forgive me~

Isnin, Julai 21, 2008

forgive me


**********


wahai Hati kurniaan Ilahi...
Lembutlah dlm Rahman dan RahimNya..

************
Kak ecah ada kasi 1 lagu..
tjuk dia..
Forgive me when I whine..
by : Zain Bhika






Today, upon a bus I saw a girl with golden hair,
And in my heart I wished that I was just as fair
When suddenly she rose to leave, I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch, but as she passed, a smile.
Oh Allah, Oh Allah, forgive me when I whine.
I have 2 legs to walk upon and the world is mine.

I stopped to buy some candy; met a boy who had such charm.
We talked, he seemed so happy, if I were late, it do no harm.
And as I left, he said to me, "Thank you, you've been so kind.
It's nice to talk with folks like you. You see," he said, "I'm blind."
Oh Allah, Oh Allah, forgive me when I whine.
I have 2 eyes to see the world and the world is mine.

Later that day on my way, I saw a boy with eyes of blue.
He watched the other children play; he did not know what to do.
I stopped a moment, then I said, "Why don't you join the others, dear?"
He kept on looking straight ahead and then I knew he could not hear
Oh Allah, Oh Allah, forgive me when I whine.
I have 2 ears to hear the world and world is mine.

With legs to take me where I'd go.
With eyes to see the sunset glow.
With ears to hear what I'd know
Oh the world is mine

I stopped for a moment, just look how much I have
Everywhere, in all our lives, these are His signs


Oh Allah, Oh Allah, forgive me when I whine.
I have been blessed indeed, and the world is mine
Oh Allah, Oh Allah, forgive me when I whine.


I have been blessed indeed,
and the world is mine



**************
jazakillahkhu khair , kak ecah..

***************
ps : to kak kam, selamat berkerja..
to kak aina.. oOps.. sorry tersalah call..
camat kerja juga kak mis pooh.. :D
*****
to others..
who always, keep reading this blog.. :D
..advise me..
:)

***
..utk diri..
..dan sesiapa shj yg ingin memahami ayat cinta Ilahi..

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berfikir?
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',
(yaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya. "
Maksud Al-Baqarah,Ayat 44-46



Selasa, Julai 15, 2008

Muktamar Sanawi 0708

Institusi Usrah :> Muktamar Sanawi 0708

Assalamualaikum wbt.

Thank you for registering with Institusi Usrah Melaka campus for 2008/2009 academic session .

Institusi Usrah welcomes you to join actively and be a part of our big family as well as to strengthen the ukhuwwah and unity between all the Muslim community right here in MMU Melaka campus.

Institusi Usrah will be having an Annual General Meeting (Muktamar Sanawi) for 2007/2008 session.

Details for the meeting as stated below :

Date : 18 July 2008 ( Friday)
Venue : CLC 0001(A1)
Time : 7.45 p.m to 11.00 p.m
Attire : Baju Melayu/Baju Kurung/National Attire/Casual Attire

During this ceremony, the new lineup of excos for Institusi Usrah will be announced after the formal resignation of 07/08 excos.
The report of activities being done throughout the whole 2007/2008 academic year session will also be presented during this ceremony.

For those who still interested to join as a member of Usrah Institution or to renew back their membership can do so on that day.
Saps point,food and drinks will be provided.

Not to forget, prize giving ceremony for the participants who win the challenges during IU Ice Breaking 08/09 will be taking place on that day also.

Thank you and see you there!!

"Ukhuwwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana-Nya"

Regards,

Institusi Usrah (IU) 08/09
Multimedia University
Melaka Campus
75450 Ayer Keroh Melaka.

Sabtu, Julai 12, 2008

suluhan


Ya Allah,

apakah mereka dan saya..
berbeza?

letih rasanya berhujah,
pedih rasanya membaca di sini sana isu yang tak hbis-hbis
cukup!!!!

seperti ada yg buta melihat kebenaran..,
salah satu dr mereka ..atau kedua-duanya buta?

kerajaan vs rakyat
ketua vs ahli
politik itu vs politik ini
mereka itu vs mereka ini

Kebenaran!
itu semua yang di cari dan di tuntut..

cuma cr mereka melihat kebenaran itu berbeza..
seperti agenda mereka dgn harapan yang berbeza..

berhenti!!! saya letih membaca cerita menampakkan kelemahan kalian..
sudah!!! saya dah mati akal untuk melakukan apa..

Ya Allah, kurniakanlah kami Akal yang waras....
yang salah itu, akal waras kami nampak salah.
yang benar itu, akal waras kami nampak benar..

Moga semua dianugerahi akal yang waras..
terutama sekali saya..

Ya Allah, jaga mereka ya Allah..
Ya Allah, jaga kami ya Allah..


Moga tetap jalan yang benar.. di siratulmustaqim..

"Mencari kebenaran dalam suluhan Al-Quran dan As-sunnah"


Ahad, Julai 06, 2008

Alhamdulillah



" Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhan nya.Dan bertawakkallah kepada Allah yang hidup (kekal) Yang tidak mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya. Dan cukuplah Dia Maha Mengetahui dosa-dosa hamba-hamba-Nya. ..."

Maksud surah Al-Furqan , Ayat 57 & 58




Khamis, Julai 03, 2008

Sang Murabbi





Sang Murabbi

Album :
Munsyid : Izzatul Islam
http://liriknasyid.com

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani..