Selasa, Julai 22, 2008

..Mengenal Allah



Mlm td
sy mendengar cerita seorg ukhti berkenaan dirinya..
sejarah hidup sy dan dia mungkin berbeza..
tapi pengalaman utk mengenalNya
dan merasai nikmat dlm Rahman dan RahimNya..
tak jauh berbeza..

benar, mengerti rasanya apa yg diperkatakan olehnya..

**************************
Masa untuk bertanya diri sendiri..

Siapakah Allah itu?
Benarkah kita mengenalNya..?
Siapakah Allah dihati kita...?
***
Dan pd masa itu..
yg lain menambah..
dlm Islam..
Mengenal Allah itu yg Rasul ajarkan dahulu..

utk itu..
Mari kita singkapi bersama..
apa itu maghrifatullah..
*****
Bila mengenal Allah..
pasti

Ketaatan bukan hnya sekdar omongan..
tapi dibuktikan dengan amalan
tanda kepatuhan..
*****
menjadi si muhsin bukan mudah..
[maaf muhsin disini tiada kaitan dgn muhsin di pawagam..]
tapi muhsin disini adalah orang yang berihsan
*****
memetik krangan dr sini

Sebagaimana didalam sebuah hadith yang panjang dari Abu Hurairah ra., dimana Malaikat Jibril bersoal jawab dengan Nabi saw dan disana ada menyebut mengenai maksud ihsan :-

مَا الْإِحْسَانُ ؟ قَالَ : أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ

“Apakah itu Ihsan? Baginda menjawab : Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu” [Hadith Riwayat Bukhari #50, Muslim #9].

Mereka yang dikatakan telah memperolehi Ihsan dikatakan telah mencapai kenikmatan ibadat seolah-olah dia melihat Allah ketika melakukan.

Ibn Rajab rh menyatakan bahawa hadith ini menunjukkan bahawa seseorang itu hendaklah beribadat seperti cara ini, menggambarkan dia hampir dengan Tuhannya, Ia memerlukan sifat TAKUT, GERUN dan TUNDUK kepada Allah swt. Sifat ini juga akan menimbulkan rasa ikhlas didalam beribadat, dan seseorang itu akan cuba memperbaiki lagi ibadatnya agar ia menjadi lengkap dan sempurna (Jami’ al-Ulum, 1/35).

Maqam pada maksud kebiasaan adalah perhentian atau tahap. Ihsan bukan seperti pangkat didalam sesuatu organisasi; seperti Sarjan, Kapten dsb. Ia hanya memperlihatkan KEADAAN seseorang atau lebih kepada SIFAT atai CIRI-CIRI tertentu. Contohnya didalam surah al-Asr; Allah menjelaskan bahawa yang dikatakan orang yang beriman atau ciri-ciri orang yang beriman adalah hamba Allah yang SOLEH, membantu didalam kerja-kerja kebenaran dan bersifat SABAR.

Begitulah juga ciri-ciri orang yang berihsan (MUHSIN) iaitu mereka ini sentiasa memperbaiki ibadatnya, tidak kira ibadat wajib mahu pun sunat, dengan melakukannya dengan penuh rasa gerun dan takut seolah-olah dia melihat Allah memerhatikannya.

****
fahami
pula
raja' dan khauf..
****

tak pe la kita buat jht sekarang..
tak pe la solat jap lg..
tak pe la nanti2
tak pe la, aurat dgn muslimat, tak perlu dijaga sgt..
tak pe la tak jage sgt adab pergaulan.. kitakan "open-minded"..
tak pe la bercouple..
tak pe la makan aje yg mana sedap.. boycott x boycott
tak pe la bazir masa skit2..
tak pe la dosa skit2
tak pe la lagha2 kejap..
tak pe la..
hu3..

semua ini
bukan wajar bg seorg muhsin..


[utk diri]


wahai hati..
wahai diri..
sedarilah hakikat..
malaikat
rakid dan atid tak pernah berhenti dr mencatat..


[catatan ini sy coretkan utk diri sendiri, jika ada kebaikan yg dpt dikutip..
semua drNya..Alhamdulillah..
tapi jika menampakkan kelemahan diri.. itulah sy.. Insan(pelupa).. ]

Oh Allah, Oh Allah..
forgive me~

0 comments: