Jumaat, Februari 06, 2009

geMpar!

KUALA KANGSAR 6 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, 47, baharu sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-11 di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Balai Istiadat Istana Iskandariah, di sini. - Utusan
---------------------
-----------------------

[di Petik dr page ustaz zaharuddin]

KERAJAAN NEGERI PERAK

Semasa saya menulis artikel ini, belum ada keputusan dari pihak Sultan sama ada untuk memperkenankan pembubaran DUN atau tidak. Namun, adalah sangat bijak jika diperkenankan pembubaran bagi menyapu bersih muka-muka yang tiada ‘malu' DENGAN PERLAKUAN SALAH MEREKA atau yang juga sedang merendahkan minda dan hak rakyat di negeri mereka.

Sangat elok kiranya, rakyat diberi peluang semula untuk memilih pemimpin mereka agar individu tiada parti diganti dengan yang ada parti. Yang melompat-lompat diganti dengan yang tidak melompat. Amat diharap DUN boleh dibubarkan. Ia saya kira keputusan yang terbaik di mata pemerhati awam khususnya saya.

Bagi saya, kes di Perak sebenarnya membuktikan betapa ‘TIDAK TAHU MALUNYA' sebahagian orang-orang politik di Malaysia. Seolah tidak lagi mereka mengendahkan perasaan, kebencian dan minda rakyat.

Tiada lagi malu untuk berbuat apa sahaja atas nama politik. Yang penting boleh dijustifikasikan walaupun dengan hujjah tidak beraqal.

INILAH POLITIK TIDAK TAHU MALU namanya dan politik hina dan membawa kepada kehinaan dan tiada maruah. Nabi s.a.w pernah menyebut kita PERLU MALU, kerana malu adalah agama, dengan terang lagi jelas baginda menyebut :-

إن مما أدرك الناس من كلام النبوة الأولى إذا لم تستح فاصنع ما شئت

Erti : Sesungguhnya, perkara yang telah diketahui ramai dari perkataan nabi-nabi awal dahulu adalah : Apabila kamu tidak lagi mempunyai perasaan malu, kamu buatlah ( akan berbuat) apa sahaja ( Riwayat Al- Bukhari)

-----------------------------------------

KUALA KANGSAR, 6 Feb (Hrkh): 3.30 petang - Bacaan yasin dan zikir munajat selesai diadakan di Masjid Ubudiyah. Doa dibaca oleh pelajar tahfiz Perak, Putera Tazreemudin, 20 sambil menangis dan memohon supaya Allah menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Doa diaminkan kira-kira 5,000 orang yang ada di masjid dan persekitarannya. - mns
---------------------------

Wallahu'alam

--------------------------

saya cuba mengambil[mencedok]..
tapi tak nak mencuri.. :D

pendapat, idea dan kritikan tentang keadaan yang berlaku di Perak..
dari pelbagai sumber tanpa sbrang kepentingan politik :D

dan ...
bole sy tnya skit tak?

pada pendapat kalian kenapa jadi macam ni??




4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan sudah tamak kuasa

Pilihanraya yang baru patut diadakan
barulah namanya adil

Tanpa Nama berkata...

titah sultan ade sebabnya...jgn sampai meenyesal sbb tidak tahu perancangan sultan untuk org melayu..think..

cahaya berkata...

terima kasih buat "Tanpa Nama" yang mungkin insan yang berbeza identiti dan cara pemikirannnya..
Saya gembira mendapat respon..

Masing2 ada pendirian masing2 yg wajar dihormati selagi tiada insan yang teraniya dan dizalimi.

Pemimpin Adil, disanjung rakyat..
Pemerintah zalim, dimurkai Allah..

~ so far.. let me see and observe first..
till meet on the next post..~
well.. some people allergic when we say about "politics.."
As 4 me.. I like to talk about " fair and justice" in the Islam's point of view..

Wallahu'alam..

Tanpa Nama berkata...

politik d malaysia jauh ketinggalan dengan politik Rasulullah..

politik zaman nabi digerakkan selepas kekuatan aqidah terbina dgn kukuh,,kekuatan dan kefahaman Islam mencorakkan politik..adalah tersasar sama sekali apabila meletakkan penguasaan politik yang pertama,kemudian baru dtgnya penguasaaan aqidah dan iman..

yang pastinya-semua ini berlaku akibat dari "foundation" basement yang lemah,iman yang longlai,amal yang hancur..

maka apa shj boleh terjadi..

alkandahlawi