Tulisan asal drpd aku-merindui-ikhwanku
Masih saya ingat lagi satu kisah yang pernah saya baca suatu ketika dahulu.
Sewaktu Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, para sahabat melihat wajah Rasulullah yang sedang termenung memikirkan sesuatu.
Lantas seorang sahabat bertanya “Apa yang engkau sedang fikirkan Ya Rasulullah?”
“Aku merindui ikhwanku”. Jawapan tersebut diluahkan sambil memerhatikan wajah para sahabat yang cukup setia dengannya.
“Kami lah ikhwanmu Ya Rasulullah”. Para sahabat berkata.
“Tidak kamu semua ialah sahabatku” Rasulullah menidakkannya.
“Kami lah ikhwanmu Ya Rasulullah” Sahabat menggulanginya lagi.
“Tidak, kamu semua ialah sahabatku”
“Kami lah ikhwanmu Ya Rasulullah” Sebanyak tiga kali penyataan yang diberikan oleh para sahabat tetap dijawab dengan “Tidak, kamu semua ialah sahabatku”
Kemudian Rasulullah member penjelasan tentang penafiannya tadi.
“Ikhwanku ialah umatku yang hidup selepas kewafatanku.
Mereka mencintaiku dengan sebenar-benar kecintaan,
mereka menggamalkan sunahku…
walaupun mereka tidak pernah melihat wajahku.”
Wahai ikhwan Rasulullah..
Berbahagialah jiwa mu,
kerana Rasulullah rindu kepada mu...
Adakah kita golongan ikhwan itu?
Wahai iman & amal & akhlak ku, jawab la...
Tak mahukah kita menjadi insan yg dirindui Rasulullah....?
0 comments:
Catat Ulasan